- Kos berpatutan
- Risiko
Tragedi Chernobyl, Three Mile Island dan yang terbaru tahun ini adalah Fukushima Daiichi di Jepun. Selain daripada Chernobyl, tiada kes kematian akibat pendedahan terhadap radiasi berlebihan dilaporkan. Ini rasanya dah cukup menunjukkan bahawa tenaga nuclear adalah selamat digunakan.
Bahagian risiko ini adalah yang paling panjang perlu dijelaskan kerana ramai orang berpendapat bahawa risiko yang dihadapi adalah besar berbanding manfaat diperolehi. Ini adalah tanggapan yang salah.
Antara negara yang menggunakan tenaga nuklear ini adalah negara kapir Amerika, negara komunis China dan Rusia. Kemalangan di loji nuklear dalam dunia ni 2/3 adalah dari negara kapir laknat Amerika. Kenapa negara2 lain kurang kecelakaan? Entah la.
Ibarat kata pepatah, lagi besar periuk, lagi besarlah keraknya. Begitulah apa yang boleh disamakan kat sini. Banyak faktor boleh menyumbang kearah kemalangan di loji nuklear antaranya ialah human error.
Human error adalah perkara yang tidak boleh dielakkan. Dalam politik, pembinaan, media dan segala2 yang diurus mahluk namanya manusia takkan terlepas daripada ni. No man perfect!
Jangan risau. Semakin hari, teknologi semakin maju dan banyak kajian telah dijalankan untuk menjadikan loji2 nuklear ini selamat digunakan. Peratusan kecelakaan loji nuklear semakin berkurangan dari tahun ke tahun.
Bahan buangan juga diselengara dengan baik. Dunia dah maju beb!
- Cekap ruang
Bekalan elektrik konsisten dan mampu bertahan lama sebelum bahan bakar ditukar ganti. Paling cikai pun, setahun sekali tukar. Itu pun ikut keperluan. Ada yang 20 tahun baru tukar. Ikut kapasiti penggunaan la.
- Cekap tenaga
************************************************************************
Benda yang kita takut ialah kerana benda tu kita tak tahu. Macam bergaduh. Kalau korang tahu teknik dan cara yang betul untuk self defense, mesti korang berani.
Meh Slumb3r cerita sikit macam mana loji nuklear ni beroperasi.
Masa fizik form 5 kita ada belajar pasal radio aktif kan? Slumb3r masih tertanya2 ape bende radio aktif tu. Adik Slumb3r ni pandai. Budak matrix. Beliau guna explanation yang simple.
Radio aktif adalah haba panas (tanpa api) yang dilepaskan oleh bahan radio aktif. Contohnya macam sinaran matahari. Kesan panas itu dilepaskan dalam bentuk gelombang. Gelombang sinaran dalam dunia ni yang Slumb3r tahu ada 3. Alpha, Beta dan Gamma.
Sinaran Alpha dan Beta ni tidak berapa bahaya berbanding Gamma kerana dua2 sinaran tersebut adalah sinaran yang lemah. Contohnya Alpha ni boleh ditahan sinarannya menggunakan kertas sahaja manakala Beta adalah sinaran boleh ditahan menggunakan batu dan seumpamanya tapi Gamma tidak.
Gamma perlu dihalang menggunakan 1 tembok tebal 7 kaki yang dibuat menggunakan plumbum. Ini kerana plumbum ni mempunyai molekul yang besar. Ia boleh menghalang sinaran radiasi Gamma.
Makenisma loji nuklear sama macam empangan hydroelektik dan loji thermal yang lain. Apa yang membezakannya ialah bahan bakar yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Macam loji nuklear, mestilah bahan nuklear. Empangan hydroelektik, air dan loji thermal pula guna arang baru, minyak atau gas asli untuk menghasilkan elektrik.
Mekanisma pergerakkan loji nuklear
Loji nuklear ade berbagai spesis. Ada yang guna coolant tower, ada yang guna water coolant. Slumb3r nak explain yang tak guna coolant tower.
Sementara nak tunggu video ni load, apa kata korang baca dulu ni.
Perkara yang paling utama ialah turbin. Tubin adalah gabungan wayar kuprum yang digulung untuk menghasilkan elektrik dengan memotong aruhan magnet. Bukak buku fizik form 5 kalau nak tahu macam mana DC beroperasi dan macam mana nak tukar DC ke AC.
Aruhan magnet yang terpotong itu akan menghasilkan arus elektrik yang terus a.k.a direct current (DC) dan tidak boleh digunakan oleh kebannyakkan perkakas elektrik dirumah, maka sesuatu benda dinamakan kapasitor (kalau tak silap) digunakan untuk mengubah dari DC ke AC (alternate current).
Turbin itu digerakkan oleh wap air bertekanan tinggi yang terjadi bila air biasa telah dipanaskan oleh "air berat" atau 'Heavy Water'. Air ni bukan air biasa. Air ni berat sikit 10% berbanding air biasa kerana kandungan Hydrogen yang lebih untuk menyejukkan reaktor nuklear.
Heavy water tadi dipanaskan oleh teras nuklear atau 'nuclear core' yang mana nuclear core itu mengandungi beberapa siri lapisan rod yang panjang2 berisi pallet uranium sebesar ibu jari kaki seorang berumur 20 tahun.
Seketul pallet itu boleh tahan selama setahun untuk sebuah rumah. Ianya juga menghasilkan kadar radiasi yang selamat sebelum diletopkan dalam nuclear core tu.
Okay!
Korang kena tahu collision theory untuk memudahkan fahaman terhadap makenisma loji nuklear ni terhasil. Slumb3r nak explain panjang. Tapi takpe la, harap korang faham.
Uranium adalah bahan radio aktif yang sama seperti kepingan seramik yang lain. Batu je kot. Tapi uranium sangat tidak stabil. Dia tak stabil sebab sifat alamiah dia macam tu. Uranium adalah benda yang kedua paling tak stabil selepas plutonium dan banyak digunakan oleh loji nuklear dalam dunia ni.
Nuclear diffusion adalah proses dimana sejumlah tenaga dilepaskan kepada bahan radio aktif (uranium) dan menghasilkan chain reaction yang berterusan. Chain reaction tersebut menyebabkan sejumlah tenaga dikeluarkan secara berterusan dan diffusion tadi telah melepaskan tenaga dalam bentuk haba.
Tu la sebab kenapa loji nuklear panas. Tu sebab loji nuklear perlukan sumber air yang banyak. Tu sebabnya kenapa kebanyakkan loji nuklear dibuat berhampiran sumber air seperti tasik. Semua sebab nak sejukkan benda yang panas tadi.
Cuba korang fikir. Mana pula pembebasan gas karbon?
- Risiko kebocoran
Untuk mengelakkan semua itu menjadi semakin buruk, nuclear core itu kena disejukkan dengan kaedah semulajadi dengan mengalirkan bahan radio aktif tadi ke sumber air yang terdekat.
Bila dah alir, tu yang pencemaran terjadi. Di Chernobyl tu lambat bertindak menyebabkan meletop. Makin buruk kesannya.
Conclusion
Tuntasnya, loji nuklear ni sangat kos effektiif. Bahan bakar tahan lama mampu sampai ribuan tahun, TIADA pembebasan karbon keudara, TIADA lapisan ozon yang terhakis. Selamat dan tenaga dihasilkan sangat cekap.
Sekarang korang dah tahu kenapa Slumb3r support kalau gomen buat loji nuklear kat Malaysia ni. Tapi buat sementara waktu ni kita terikat dengan perjanjian Kyoto lah, ASEAN la, PBB la, IAEA la menyebabkan usaha untuk Malaysia menjadikan loji nuklear satu realiti itu terbantut.
Slum3br nak mintak maaf sekiranya bahasa Melayu bercampur baur dengan bahasa Inggeris kerana ni lah dilemma first batch PPSMI tahun 2003. Kami ada masalah untuk menerangkan apa yang kami paham kedalam bahasa Melayu sebab sebutan-sebutan yang kami belajar adalah dalam bahasa Inggeris.
Dengan itu, tamatlah versi penulisan penyiasatan oleh Slumb3r. Sekian.
Courtesy of:
Wiki- Nuclear power
Wiki- Nuclear and radiation accident
Wiki- Nuclear technology portal
Solar are cheaper than nuclear
Nuclear power education
Wiki- Nuclear fusion theory
No comments:
Post a Comment