20 Nov 2011

Finally dah mermajikan

Beberapa jam sebelum berangkat...
Beberapa jam sebelum aku mengubah nasibku...
Beberapa jam sebelum aku mengubah dunia...

Menyiksa sungguh perasaan ini...
Bila fantasi bertemu realiti...
MUET pun tak sampai tahap macam ni...

Bukan mermadah untuk menghibur hati...
tapi hati mencari isi...
isi yang hilang termanti-nanti...
rupanya tengah shiok studi...
aku jer tak cuti-cuti...
bila dah stat koje Isnin ni...

Salam 1 malaysia. Slumb3r nak update pasal sesuatu yang pada Slumb3r agak remeh la, tapi Slumb3r berazam untuk mengupdate status Slumb3r hari2 selepas Slumb3r dah bekerja sebagagi peon gomen. Jenuh kena sakat dengan kawan2 sebab Slumb3r ni bernasib baik tidak seperti diorang.

Korang untung sebab ada EPF dengan SOCSO. Slumb3r tiada itu semua. Slumb3r memang dibayar RM 59 1 hari, tapi semua tu takda.

15hb November 2011


Pagi2 bukak facebook dan tgk berapa orang wish bithday. Ada la ramai juga. Dah balas wish diorang satu-satu, Slumb3r terus bersiap sebab nak keluar g makan.

Dalam hati ni nak makan KFC, tapi mak tak cakap pun pasal KFC. Mak cuma cakap nak g makan mee rebus kat Mastan Ghani Simpang Empat. Bersyukurlah dari takda apa-apa.

Slumb3r drive masa nak pergi tu. Slumb3r dengar je mak membebel ape tah. Pasal adik ke, makcik Slumb3r tu ke. Tah. Tak ingat.

Sampai2 je seronok tengok orang kat kedai tu melantak sajee je. Turun kereta dan terus menuju meja yang kosong.

Sorang brader tu datang:-

Brader: order makcik, bang...
Mak: bagi ayor sirap kurang manis 1...
Slumb3r: sama la...
Brader: Makan?
Mak: mee rebus tanak tolor 1...
Brader: makan bang?
Slumb3r: cuba teka nak makan ape...

Dengan muke peliknye dan mulut ternganga dia jawab... UH?!

Slumb3r: sama la... tapi mee rebus biase 1...

Tak lama lepas tu dapat call:

*tuttt* (tak tahu nk wat bunyi macam mana sebab ringtone pelik)

LHDN: Helo, bole bercakap dengan Encik Abdul Ghafar Nawi?
Slumb3r: Aperhal kaw tepon aku?
LHDN: Tak arr.. Saje nak inform ko pasal ko dah dapat koje ni ha.
Slumb3r: oh... abes tu?
LHDN: Ko kena melapor 21 haribulan ni kat LHDN Ipoh tingkat 7 pukul 8 pagi.
Slumb3r: Oh... Okay, Isnin ni kat LHDN tingkat 7 pukul 8 pagi?
LHDN: ok, bye!
Slumb3r: bye!

*Perbualan kami yang asal tidak seperti diatas*

Melompat gumbiranya rasa.

20 November 2011

Hari itu adalah hari ini. Pagi 8.30 tadi baru balik dari Ipoh hantar Najmi kat umah abang dia. Najmi offer dok umah abang da sekali. Slumb3r segan la. Tapi boleh je umah dia tu. Takda Masalah.

Najmi berkali2 dok tanya "okay ker ko dok sini?" dan Slumb3r jawab"okay la, takda masalah"

Sekarang dok taip blog sambil pening memikir kehidupan semasa berada di Ipoh tanpa kehadiran internet 3G sebab kawasan situ cuma dpt EDGE je. Boley mati beb!

Paling pedih bila Slumb3r tak dapat bawak PC untuk minggu pertama ni. OWWHH!! DAAAYYUUUM!!



Giler... jem jem!!

Tidak pernah berjauhan lama dengan PC. Even worse Internet. Kimak giler.

Pape jer la. Slumb3r nak pack siap2 la. Nanti2 mengarut.

PS: You should appreciate what you have today. Thank God I still live here today.

2 comments:

  1. eh par asal ade line EDGE je..adela 3G..

    ReplyDelete
  2. tah.. mimi guna aritu just ada EDGE je.. dok tahu...

    ReplyDelete