7 Nov 2011

Journalsim Again?!

Selamat Hari Aidiladha buat semua kaum muslimin muslimat sekalian.

Okay. Slumb3r masih panas nak membincangkan pasal journalism ni.

"If a dog bites a man, that is not a news.
If man bites a dog, that is news"

Ungkapan kat atas itu adalah ungkapan yang wajib diketahui oleh bakal2 wartawan dan otai2 wartawan. Make sense kan? Tak payah nak explain2 lagi. Anda pun mesti boleh fikir.

What is journalism?

Kewartawanan atau nama yang diberi oleh omputeh, journalism adalah satu tabiat untuk menyelidik dan melaporkan tentang sesuatu perkara. Tabiat ini dimulakan dengan ungkapan, menyelidik dahulu sebelum melapor.

Yes! Selidik.

Mereka kena selidik dahulu mengenai kesahihan perkara itu agak tiada unsur khabar angin atau 'rumors' tersebar.

Para wartawan terikat dengan etika. Etika itu adalah 'unwritten rules' yang menjadi panduan bagi para wartawan untuk menulis sesuatu berita. Antara etikanya:

  1. Melaporkan kebenaran SAHAJA, tipuan tak buley!
  2. Keutamaan mereka kepada rakyat.
  3. Asas kepada wartawan adalah pengesahan sesuatu berita. (Sumber yang benar)
  4. Mesti berlaku adil. Tak boleh berat sebelah.
  5. Bertindak seperti mata dan telinga rakyat.
  6. Sebagai madah untuk rakyat menyuakan pendapat.
  7. Kena selalu berusaha untuk membuat sesuatu berita itu berkesan, emnarik dan relevan.
  8. Kena berusaha untuk melaporkan berita yang terkini dan komprehensif.
  9. Wartawan mesti menggunakan akal, logik, berperikemanusiaan dan mengamalkan nilai-nilai murni ketika melaporkan sesuatu berita.
  10. Mengutamakan hak dan tanggungjawab sebagai rakyat 

    Jenis-jenis kewartawanan

    Wartawan ada banyak jenis. Antara spesis mereka adalah:

    1. Advocacy - Menulis untuk mempengaruhi dan membentuk pandangan pembacanya untuk membeli. Kata dasarnya, 'advertising' iaitu iklan
    2. Broadcast - Mereka menulis bukan untuk printed media, tetapi lebih kepada penyiaran seperti radio dan TV.
    3. Investigative - Menulis untuk menerangkan secara terperinci dengan memberi lebih maklumat melalui penyelidikan terhadap sesuatu topik. Slumb3r minat ni.
    4. Tabloid - Yang ni diorang tak guna sumber yang disahkan. Diorang menulis berdasarkan pendapat. Slumb3r selalu jer mix tabloid degan investigative. Beza dua ni adalah dari segi sumber.
    5. Yellow (sensationalism) - Ni yang popular kat Malaysia terutama mainstream newspaper. Yang ni mensensasi dan melebih-lebikan sesuatu isu walaupun ianya sebuah khabar angin. Ala, pesen gosip gitu.
    Slumb3r dah standby beberapa siri artikel mengenai sesuatu isu yang Slumb3r rasa menarik sebab tak ramai orang bincang pasal benda ni.

    Kan best share benda yang simple2 sebelum cover benda yang besar2 kan?

    Source of:
    Wiki- Journalism
    James Glen Stovall. (2009) Writing for the mass media seventh edition.

    ps: Teringat research report part 5 setebal 70 page dan part 6 punya setebal 93. Macam mana boleh sampai tebal tu yea?

    2 comments:

    1. par,ko ni dah boleh ambik journalism dah ni

      ReplyDelete
    2. degree aku amek minor journalism ni... aku suke..

      ReplyDelete