12 Nov 2011

I feel really stupid...

Salam...

Slumb3r tak buat apa-apa hari ni cuma donload game dan cover lagu.

Petang tadi masa tengah cari lagu Janji- Akim untuk dicover, Slumb3r ditelefon oleh orang opis Mynews Hub.

Rasa bodoh dan bebal menyelubungi diri ni kerana BODOHNYE Slumb3r jawab soalan dia.

Perbualan kami lebih kurang macam ni,

MynewsHub: Assalamualaikum, sy dari MynewsHub. Boleh saya bercakap dengan Encik Abdul Ghafar?
Slumb3r: Ya, saya bercakap. Ada apa ye encik?
MynewsHub: Hari tu Encik ada hantar resume untuk jadi wartawan kan kat kami?
Slumb3r: Ya ada. Kenapa ye cik?
MynewsHub: Oh. Cik Ghafar memang minat ke nak jadi wartawan?
Slumb3r: Ye! saya memang minat! tapi saya takda bakat menulis la cik. Minat je ada. Dulu masa kat U dulu saya dapat jadi wartawan pon saya tak tahu kenapa.
MynewsHub: oh, takpa. Menulis boleh di-train. Tapi Cik memang minat la ye?
Slumb3r: yea! Minat giler babi!
MynewsHub: Encik minat menulis? Sekarang encik menulis ke?
Slumb3r: Ye, saya menulis kat Blog saya.
MynewsHub: Blog? Boleh saya tahu blog encik?
Slumb3r: Slumberstory dot blogspot.com... nama dia unik sikit, sebab bukan slumber, tapi huruf E tu tukar jadi nombor 3... (Dalam hati, ape bongok beno aku cakp ni?... Ahh! takpe... panik punya pasal, hembus...)
MynewsHub: Oh... Okay... takpe... Encik menulis pasal apa? politik ke........ (belom sempat abes ckp, Slumb3r dah potong)
Slumb3r: Minat... Memang minat... (Siyes minat... TAPI... *continue je la baca*)
MynewsHub: Oh, kalau macam tu sebenarnya kami nak interview bermuka. Sebelum tu kami interview fon dulu, takpe ke? Encik kerja ke sekarang?
Slumb3r: Eh! takpe! Saya tak kerja sekarang. Free ni ha. (sambil mencabut wayar chord gitar dan meletak gitar atas rak dan berlari mencapai wayar charger telefon)
MynewsHub: Oh. Jadi encik minat politik? saya nak tanya beberapa soalan ye boleh?
Slumb3r: Boleh, takda masalah.
MynewsHub: Encik ada dimana ni?
Slumb3r: Rumah di Perak kat Bagan Datoh, Tempat Zahid Hamidi (Slumb3r tak tahu apesal ni yg keluar. Panik kot.*HAHAHAHA!*)
MynewsHub: Siapa ye presiden UMNO sekarang?
Slumb3r: (Dengan spontanya jawab) Entah la. Saya tak ingt la. (*Waktu post ni ditulis, sudah teringat jawapan yang sebenar unk semua soalan dia tadi. Terasa bongok beno sebab main hembus jer tadi*)
MynewsHub: Aik! kata minat politik, takkan presiden UMNO pon tak tahu.
Slumb3r: Tak pasti. Tapi bukan Najib <==== (Siyes betol2 tak pasti!) 
MynewsHub: Aik!! abes najib tu sape?
Slumb3r: Najib tu Perdana Menteri. Dia bukan presiden UMNO. (Serius I feel DUMB after this question being asked. The answer is Dato' Sri Najib Bin Tun Abdul Razak.)
MynewsHub: Oh. Okay. Kalau macam tu, siapa presiden DAP?
Slumb3r: Lim Guan Eng (Jawapan ni pon salah, Sebenarnye bapak Lim Guan Eng tu ha presidenye)
MynewsHub: Oh. Presiden PKR siapa?
Slumb3r: Anuar Ibrahim

After a while of silence in the phone, Slumb3r pon tengok la fon, tak ape pasal line tak betol ke hape. Patiently wait for him to call again.

Dia talefon lagi, tapi kalini suara pulak macam robot. Slumb3r cakap la tak clear. 30 saat je dia cakap bahasa robot tu then fon diletak.

Dia telefon lagi, perkara yg sama terjadi. Lepas tu dia tak telefon sampai lah sekarang.



************************************************
To tell the truth, Slumb3r rasa bongok gila sebab semua soalan tu Slumb3r dapat jawab hanya beberapa saat lepas dah terlepas cakap tadi. SERIUS!!

Rasa bebal, bodoh dan stress. Macam mana 3 tahun Slumb3r dok 1 bumbung dengan bebudak yg belajar political science ni boleh tersilap jawab soalan tu?

Takpa lah, kalau ada rezeki, dapat la tu. Tapi memang minat gila jadi wartawan. Itu yg pasti. GILER BABI PUNYE!!

ps: kenapalah aku panik tadi... Spoil betol...

4 comments:

  1. you should invest for a new handphone. yang biasa2 pun takpa.

    ReplyDelete
  2. Tak salahkan fon... sebab line celcom kat kampong ni memang prob...

    ReplyDelete
  3. haha, comel lah. kelakar la kau ni par! :D takpe perlahan lahan lah, ada rezeki ada la nanti :)

    ReplyDelete
  4. tahu takpe.. ade tu ade la... takd nk wat cane?...

    ReplyDelete