5 Nov 2011

*Investigative Journalism Series* Label

Hye Yoll!

Slumb3r minat Journalism. Minat sangat-sangat. Tapi bakat menulis tu takda. Cuma tulis ikut suka je. Tak pernah amek kelas untuk tulis berita or what so ever. Seronok menulis ni sebenarnya tapi hanya berbekalkan minat sahaja tak cukup. Bakat dan kreativiti itu sebenarnya jadi pelengkap.

Sesuai dengan tajuk kat atas, Slumb3r rasanya nak buat beberapa siri tu la sebagai label. Feeling2 macam journalist pulak. HAHA!

Slumb3r bukan seorang wartawan. Subjek journalism pon dapat B-. Writing for mass media dpt B, critical thinking and writing dpt A-. Senang citer, takda apa nak dibanggekan la.

Slumb3r tergerak hati ni nak buat sebab Slumb3r rasa nak praktis penulisan Slumb3r ni. Dah lama tak mengarang, jadi Blog ini adalah wadah tebaik untuk bermadah.

Slumb3r sudah bertemu dengan beberapa blog yang Slumb3r sangat kagumi penulisan beliau yang dibawa bersama design blog yang simple dan menarik. Nak tiru macam diorang kang kita macam takda trademark sendiri. Lebih baik buat style sendiri.


******************************************************
Mass Media Writing Style

Untuk pengatahuan korang semua, cara penulisan untuk sesebuah karya yang mahu diterbitkan melalui media massa seperti surat khabar mahupun online newspaper mestilah menggunakan style "inverted piramid" atau dalam Bahasa Melayunya, piramid terbalik.

Penulisan cara ini menitikberatkan isi sesuatu berita itu diutamakan dahulu. Penunjuk untuk menulis sesuatu 'Lead' ini mestilah menjawab semua persoalan contohnya seperti mengapa, apa, siapa, bila, bagaimana, dimana.

Setelah perkara utama telah diletak, kemudian itu barulah maklumat-matlumat lain yang lebih terperinci diberi. Biasanya 'Lead' ditulis 1 perenggan dan jumlah ayat maksima adalah 3 dan 'lead' bagus pula dikarang dalam 1 ayat.

Beza 'Academic Writing' dengan 'Mass Media Writing'

Memang banyak beza, tapi tidaklah begitu kompleks untuk membezakan dua-dua jenis penulisan.

Seperti kelas BEL (UiTMers) dan subjek Bahasa Inggeris tingkatan 6 di sekolah, mereka didedahkan untuk menulis secara akademik. Maksudnya susun atur, ayat, sumber dan isinya adalah untuk dibaca secara akademik.

Academic Writing mempunya cara penulisan untuk memudahkan target audience mereka baca. Contohnya sekiranya rencana itu dibuat untuk arkitek, maka cara penulisannya mempunyai jargon dan sebutan yang lebih difahami oleh arkitek.

Mass Media Writing tertumpu untuk memberitahu pembacanya mengenai maklumat yang didapati dari sumber dengan menyesuaikan dengan cara fahaman masyarakat umum.

Itulah serba sedikit beza antara dua-dua jenis penulisan. Nak lebih2 rujuk pakar.

*******************************************************

Next post Slumb3r tulis pasal cabang-cabang Journalism ni termasuklah, advocacy, broadcast, investigative, tabloid dan yellow.

No comments:

Post a Comment