8 Nov 2011

Solar Vs. Nuclear power part 1

Salam.

Ni fakta.

Slumb3r terfikir benda ni sebab teringat masa bengkel MUET yang UiTM buat dulu. Lect kami ada cerita pasal nuclear power dengan solar power energy.

Seperti yang anda semua tahu bahawa Malaysia kini sedang berusaha untuk beralih arah daripada menggunakan fossil fuel ke sumber yang lebih hijau atau lebih dikenali sebagai sustainable energy resource. Antara sustainable energy source ialah air, matahari, nuclear, angin, biofuel dan ombak.



Penggunaan kereta hybrid yang dimansuhkan cukai jalannya adalah antara usaha gomen kiter ni mengurangkan penggunaan tenaga non-renewable. Kereta hybrid menggunaakan elektik dan petrol untuk menggerakkan kenderaan tersebut. Penggunaan petrol boleh dikurangkan dengan menggantikannya kepada elektrik.

Bagi sesiapa yang tidak tahu, kenderaan hybrid adalah terms atau sebutan yang digunakan untuk kenderaan yang menggunakan dua atau lebih sumber tenaga untuk menggerakkan kenderaan tersebut. Contohnye, petrol dan elektrik.

Kat Malaysia, kita masih lagi menggunakan fossil fuel, arang batu dan empangan hydroelectric untuk sumber tenaga elektrik. Peratusan penggunaan  fossil fuel ni adalah lebih tinggi berbanding penggunaan yang lain seperti arang batu dan solar.

TNB kini masih membuat kajian antara penggunaan cekap tenaga yang manakah boleh digunakan dalam Malaysia ni memandangkan renewable energy source seperti angin dan ombak tidak sesuai digunakan kat Malaysia ni atas faktor geografi dan sebagainya, maka short listed kembali kepada beberapa antaranya ialah solar dan nuklear.

Kenapa pulak TNB buat macam ni?

Jawapannye, tgk rajah ni.


Year Production Capacity Maximum Demand
TNB Production Capacity IPP Production Capacity Total Production Capacity
2005 6346 11277 17623 12493
2006 6346 11977 18323 12990
2007 6346 13377 19723 13620
2008 6436 13377 19723 14007
2009 7040 14777 21817 14245
 *Numbers are count as megawatts.

Cuba tengok kat Maximum Demand tu. Semakin lama, penggunaan elektrik semakin meningkat. TNB kena sustain semua tu supaya tak lebih Total Production Capacity. Cuba korang fikir. Carta ni menunjukkan penggunaan hanya di semenanjung dari tahun 2005 sehingga 2009. Sekarang 2011. Agak2nye, berapa banyak Maximum Demand sekarang? Sabah dengan Sarawak pula macam mana?

Fossil fuel kita guna untuk banyak benda, kereta, jentera, bas, gas masak, minyak kapal terbang bagai dan tak mustahil ia akan habis digunakan dalam beberapa dekad lagi. Kat barat dah lama diorang research pasal sustaianble energy ni. Tak lama lagi Malaysia akan mempraktikkannya.

Itulah antara sebab kenapa Malaysia buat research pasal sustainable energy.

Post seterusnya menarik sebab Slumb3r akan memaparkan mengenai tenaga Solar.

Courtesy of:
Wiki- Hybrid
Wiki- TNB Chart
Wiki- Sustainable Energy
KeTTHA



























No comments:

Post a Comment