25 Feb 2013

Review buku Kolonial Mimpi


Slumb3r jadi pembaca dah. Dah lepas tahap pembacaan normal tipikal rakyat Malaysia. Dah lepas 2 buku setahun. Ohseemnye rasa.

Kali ni cerita pasal buku Kolonial Mimpi yang digarap dari penulis Sahidzan Salleh dan diterbitkan syarikat Abam Aisa Linglung, Lejen Press. Kalau nak follow twitter penulis, followlah . Dia ni penulis baru. Katanyalah. Hari tu Slumb3r sengaja unmensi tuit buku Kolonial Mimpi:

Jadi nak pendek cerita, adalah sedikit kritik buku Kolonial Mimpi ini. Tapi kalau ikut hakikatnya, bukan salah penulis, ini mungkin salah editor atau... Teknikal (klisenya). Tapi Slumb3r percaya, hanya dalam cetakan pertama sahaja buku terbitan label alternatif ini ada masalah, selepas itu semua okay. Buku ni cetakan pertama September 2012. Panas lagi. Baku keluar oven.



Ni cover bukunya. Mudah dan lebih abstrak dengan corak camo di muka depan. Perfect binding sebagai tulang buku. Materialnya yang pasti bukan simili 80gsm la kot. Sebab kertas dalamnya kekuningan macam kertas ujian bulanan sekolah. Kertas recycle la kot. Ringan walaupun agak tebal. Tiada finishing yang power seperti laminate gloss atau UV coating bagai. Simple.

Kat belakang buku ini ada ruangan sinopsis korang beli dan baca sendiri. Tapi sinopsis yang Slumb3r tulis ini bukan penuh sebab rasanya korang kena beli buku yang betul untuk ketahui akhir ceritanya.

Buku ini menceritakan perjalanan hidup Hairi yang berkerja sebagai pustakawan asalnya. Di awal buku ini menceritakan Hairi tersedar dari lena (kot, malas nak semak balik betul ke tidak) dalam sebuah hotel di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Latar masa dalam buku ini adalah tahun 2066. Permulaan cerita agak sakastik kerana jelas menceritakan apa yang berlaku depan mata kita. Bab satunya menceritakan huru-hara yang berlaku dalam Kuala Lumpur kerana golongan anti kerajaan sedang berkumpul dam mengadakan demonstrasi untuk memansuhkan sistem raja berpelembagaan. Raja umumkan darurat. Selepas darurat, Hairi terperangkap dalam KLIA untuk pulang ke Sabah, tanah airnya.

Bila hampir masuk bab tiga, ceritanya makin menarik. Demonstrasi tadi melihatkan kerajaan Malaysia seperti zalim kerana tidak menghiraukan tuntutan mereka. Ianya berlarutan sehingga negara luar Amerika datang kononnya menjadi hero menyelamatkan rakyat Malaysia (sama ironinya kes Libya).  Tentera diRaja Malaysia kalah teruk dalam masa enam hari selepas diserang oleh tentera Amerika yang jauh lebih maju dari Malaysia.

Hairi dan Kamal (kenalan di hotel) tinggal sementara di flat Jingga rumah si Kamal. Hairi pengsan selepas tentera Amerika melancarkan serangan keatas Malaysia. Bom jatuh depan flat. Bila Hairi sedar, dia berada dalam zon merah, zon larangan. Dia ditanggap dan dimasukkan dalam penjara kerana disyaki menjadi tentera diRaja. Dalam penjara kenal Malik. Mereka bebas setelah hampir setengah tahun dalam penjara. Malik bekas tentera diRaja dan pakar penembak tepat.

Selepas itu, Hairi pulang ke kampungnya di flat Seri Indah, Sabah dan berpisah dengan Malik di Kuala Lumpur. Secara tidak disangka mereka berjumpa kembali di Sabah. Hairi menjadi ahli TPM yang berjuang membebaskan Malaysia dari penjajah Amerika di Sabah.

Pertemuan bagaimana Malik bertemu dengan Hairi? Siapa perempuan misteri berbau lavender dalam mimpi Hairi? Apakah nasib Hairi dalam misi pertamanya? Bagaimana TPM Sabah melakukan misi-misi yang mencabar dengan kekuatan ahli kurang 10 orang? Berjayakah mereka menemui si pengkhianat bangsa dalam gerakan TPM Sabah? Kenapa Hairi tidak merasa sakit walaupun ditembak? Siapakah Hairi sebenarnya?

Semuanya ada dalam buku Kolonial Mimpi ini dengan harga RM 17 di Kedai Buku 1 Malaysia. Kedai lain takda ye. Harap Maklum.

Lagi satu... Buku ni ada unsur-unsur Satu Malaysia.

22 Feb 2013

Mungkin jin atau aku tak cukup tidur? #Cerkon


Aku tak tidur malam tu kerana menyiapkan gadjet-gadjet dalam tapak kem. Rasanya aku sempat lelap dalam 1 atau dua jam. Hakikatnya lama gila. Aku bangun pagi tu aku tengok ada yang dah siap pintu gerbang, semua. Aku jadi panik sebab bivuovac aku tak siap lagi. Aku tengok Aik Kian, Tuck Man dan ramai lagi baris calon pengakap raja dah siap. Aku?



Pemeriksaan pagi dilakukan dengan pantas pagi itu. Aku kemaskan tapak kem, menyusun barang-barang dan mengosongkan beg. Ala-ala tentera punya pemeriksaan. Aku rasa pada saat itu aku adalah seorang bangang berpakaian lengkap pengakap berdiri bagai orang bodoh depan pondok buruk. Itu semua aku rasa selepas aku melihat tapak kem orang lain teratur dan kemas.

Lagi parah apabila bivouac yang aku buat itu beratapkan batang pisang atas ikhsan jiran sebelah tapak kem aku. Asalnya aku memakai buluh sahaja. Bangangnya rasa. Satu persatu tapak kem idividu seluas 10 kali 10 kaki agak-agak aku itu diperiksa. Mula dari hujung sekali. Aku kira-kira aku adalah orang terakhir diperiksa pagi itu untuk bakal pengakap raja. Kem kami jauh sedikit daripada kawasan kem lencana maju dan jaya.

Lagi takut bila aku tengok tapak kem pertama didatangi oleh 2 orang pembantu daerah membawa sebaldi air untuk menguji kekukuhan atap bivouac. Syarat utama dalam kawasan kem kami mestilah 90% daripada alam. Itu antara mengapa aku tidak menggunakan kanvas sebagai atap aku. Calon pengakap raja dikehendaki baring atas bivouac dambil berdoa air tidak keluar banyak menimpa mereka.

Sampai tapak kem aku, seperti yang dijangka aku lenjun kerana atap yang aku buat hanya menahan lebih kurang 20% sahaja dari air yang dicurahkan. Lenjun. Itu yang aku boleh katakan.

Aku adalah antara yang terakhir diperiksa pagi itu. Apabila semua ahli kem berkumpul di tapak berkumpul untuk istiadat pagi, aku yang paling lambat sampai. Kenapa lambat sampai? Kerana aku basah. Oh yeah.... Malunya.

Selepas itu kami ada aktiviti ujian sistem bes atau 'Base System Test' yang mana setiap checkpoint akan dibahagikan kepada pemimpin yang dikehendaki menjalankan ujian kawad kaki, kawat tongkat, pertolongan cemas, orienteering, ikatan dan lain-lain. Semua ujian berbentuk praktikal kerana ujian teori malam tadi sudah dilaksanakan. Checkpoint akan berubah apabila wisel ditiup.

Aku tiada cerita menarik untuk dikongsi pada masa itu kerana pada sebelah pagi, hanya aktiviti itu sahaja kami lakukan. Selepas solat Zohor, aku terpaksa untuk menyerahkan model menara yang telah siap diikat kepada Tuan Arol untuk diperiksa dan diberi markah. Terus terang aku katakan yang model menara yang aku ikat semuanya tidak kemas dan rupanya sangat teruk pada aku. Walaubagaimanapun, aku tetap memberikan kepada Tuan Arol.

Sebelah petang kami ada aktiviti backwood cooking. Acara masak memasak secara alamiah. Ini tidak berapa aku gemari sebab aku tak reti memasak. Kami dipanggil untuk berkumpul, dihadapan junior sekolah aku, model menara aku dilempar. Brengsek punya Arol. Nasib baik ikatan aku kemas dan kukuh, tak terburai. Bangga sekejap depan junior aku.

Apa yang menarik yang berlaku untuk hari itu adalah pada sebelah malam. Ramai yang tidak lepas ujian bes siang tadi, jadi pada malam itu, ramai kena ulangi sistem bes mereka. Aku pun tidak terkecuali mengikut.

Aku pergi ke checkpoint kawad tongkat. Chekpoint itu diantara kawasan surau dengan dewan. Kawasan disitu gelap dan cuma diterangi oleh cahaya samar-samar dari surau dan tapak kem. Aku tak sedap hati malam tu.



Sedang aku tunggu giliran untuk diuji, aku duduk dibawah pokok mangga depan surau. Aku menyendiri kerana dalam 9 orang calon pengakap raja daerah Hilir Perak pada masa itu, hanya aku seorang sahaja Melayu. Ramai diantaranya Cina yang lebih gemar bergaul sesama mereka.

Aku kurang tidur malam semalam. Jadi aku duduk seakan-akan mahu tidur. Tiba-tiba aku terpandang jauh dalam lebih kurang tujuh kaki disebelah kiri ku satu objek. Objek tersebut tinggi lebih kurang 1 meter lebih agak-agak tinggi sedikit dari aku. Mula-mula aku ingatkan tiada apa-apa kerana objek tersebut hanya berdiri mengintai disebalik satu pokok kekabu besar. Mukanya tidak pula kelihatan. Aku biarkan sahaja.

Kemudian bunyi dedaun kering sedang dipijak sesuatu. Seolah-olah ada yang sedang memijak dedaun kering untuk menuju kearah aku.

Aku tenung lama objek itu. Lama-kelamaan objek itu melompat perlahan-lahan kearah aku. Aku dah agak, ini pocong. Ada dua ekor ditempat itu. Lama aku tenung yang seekor datang kearah aku tadi. Aku menunggu pocong tadi rapat. Aku nak tahu apa betul yang aku lihat ini atau sekadar gambaran minda separa sedar aku yang digabung dengan badan yang tidak cukup tidur.

Benda itu tak berani rapat sebab ada samar cahaya diantara aku dengan dia. Mungkin dia tak berani dekat kerana cahaya. Mungkin. Aku tenung lama juga untuk menanti mukanya. Tah kenapa aku rasa berminat untuk menunggu. Aku tidak berganjak walaupun sedikit. Dia berdiri dalam jarak tiga kaki dihadapan aku.

"Kalau dia datang lagi dekat, mesti punya aku lari," kataku sendiri. Dadaku berdebar sambil peluh menguasai ketiak dan dahi. Tanggan dan kaki aku sedia untuk berlari. Bunyi dedaun dipijak semakin hampir ketika itu. Apa aku nak tunggu dia depan aku baru nak cakap 'hai'?

Kemudian nama aku dipanggil. Selepas aku menoleh kepada tuan yang menjaga checkpoint itu aku lihat balik, dua ekor makhluk tadi tiada. Misteri betul.

PS: Semua gambar google je..

(Bersambung... Mungkin kali terakhir untuk versi kem batu 8 ini)

Isu kontemporari industri buku alternatif / indie Malaysia

Ahad ini akan berlangsungya satu forum yang aku 80% insyaallah akan hadir. Forum itu dianjurkan Frinjan (Aku tak tahu pula apa maksud ni tapi dia kumpulan aktivis seni yang dapat dana dari kerajaan negeri). Forum ini berlangsung di Rumah Titi (Aku tak tahu dimana setakat ini).  Ya, Ahad ini bersamaan 24 januari 2013 atau 14 Rabiul Akhir 1434 Hijrah. Sehingga saat post ini dinaikkan, tidak pula aku kesah tajuk forum ini mengenai apa tetapi topik yang diunjurkan sangat menarik. Topik mengenai buku-buku indie. Ahli panel terlibat yang telah sepakat untuk berforum adalah Cik Mary, Brader Luca, dan En. Zoul. Siapa mereka? Mereka adalah individu yang sayangkan buku. Aku tak kenal mereka. (serius)

Nak baca lebih lanjut?... Lawatilah blog Extradisi Idea. Cuma picisan pendapat dari pengemar buku alternatif... 

20 Feb 2013

Review buku Mental


Slumb3r jarang baca buku. Mungkin kerana buku2 dalam Malaysia ini tidak menepati citarasa. Sejarah untuk Slumb3r seronok membaca selepas dikenalkan dengan buku dari penerbit Lejen Press. Buku Sperma Cinta.

Tapi kali ini bukan nak cerita pasal buku-buku Lejen, nak cerita buku dari Fixi.


Haa... Ini adalah cover buku ni. Slumb3r tak beli pun buku ni cuma pinjam. Nanti dah dapat baucar baru boley beli, tapi buku lain la. Fixi membawa gelombang baru dalam industri buku dalam Malaysia. Mereka dapat kejian, makian dan pukian kerana menerbitkan buku-buku yang kebanyakannya hanya boleh dibaca dan difahami oleh golongan yang berfikiran terbuka.

Contohnya buku Mental ini. Buku ini ditulis oleh penulis. Mestilah penulis, takkan pembaca pula kan? Pembaca mesti baca, jadi penulis adalah tukang tulis. Penulis dia Shahz Johar. Ini adalah buku ketiga beliau. Buku ketiga selepas buku Kaugar degan Tabu.

Novel ini mengisahkan Maya yang hidupnya sebagai seorang hamba yang diberikan gaji tiap bulan atau lebih dikenali sebagai orang gaji dalam istilah zaman moden ini. Tuan rumah tempat dia bekerja itu mempunyai seorang Isteri, dua-dua orang itu bernama pelik iaitu Tuan Jin dan Puan Sierra. Duduk bersama mereka adalah anak Tuan Jin iaitu Rashid atau lebih popular dengan nama Shit dan anak perempuannya, Riana. Tuan Jin sibuk menduakan isterinya dan Puan Sierra pula kadang2 mood swing tak tentu pasal marah-marah. Rashid tidak suka tangan kanannya dan mahu ia dibuang kerana tidak suka. Riana pula beria mahu belajar mengenai agama Kristian. Maya seperti orang gila duduk dalam rumah itu.

Macam mana Maya menangani kesemua orang dalam rumah itu? Adakah dia terus berjaya mencari siapa sebenarnya Raudah? Siapa pula Raudah itu dan apa kaitan dengan Benjamin, jiran rumah Tuan Jin? Adakah Rashid berjaya memaksa Maya memotong tangannya? Adakah Rania memarahi Maya selepas mengetahui Rania bernyanyi choir dalam gereja?

Kesemua itu akan dirungkai apabila anda membaca buku ini.

Tapi cerita ini takdalah sepalat cerita Jusoh Turbo yang Slumb3r baca tahun lepas. Cerita ni tersusun sedikit dan cara penceritaan seperti orang sedang duduk bercerita dekat kita. penggunaan 'aku' itu dalam buku ini membuatkan pembaca merasa, mendengar, melihat dan menghidu apa yang watak dalam itu buat.

Selamat membaca dan teruskan membaca! 

18 Feb 2013

Bau hamis disekolah agama rakyat. #Cerkon


"Aduh... Siapa pula melepaskan gas pemedih mata dan hidung time time ni?" keluh aku sendirian.

Ustaz Saiful yang memimpin bacaan tahlil malam itu berhenti setelah mendengar jeritan tadi. Sedang dia mahu bangun untuk melihat apa yang berlaku, seorang abang dari unit pengakap kelana datang kearah ustaz. Mereka berbisik.

Kerana bengang pasal bau kentut tu, aku pun ketuk lutut Fadli, junior sekolah aku yang mengambil lencana jaya dalam kem tu.

"Wei cibei, apesal kau kentut takda bagi salam?"

"Alah... Kongsi-kongsilah"

Bengkek je aku dengan si Fadli ni rasanya. Ikutkan hati nak aja aku suakan punggung aku depan muka dia lepas tu kentut sepuas-puas hati siap dengan cirit sekali. Baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah.

Ustaz bangun dan menyuruh kami kembali menyambung bacaan Yassin. Aku dah agak dah perkara ini akan terjadi. Seram jugalah dengar orang histeria ni. Setiap kali kem, mesti ada kes-kes ni.

Sehingga selesai membaca Yassin, ustaz tak naik-naik lagi. Aku tahu tempat tapak kem ini keras dan berpenunggu. Mana tidaknya, kawasan ini kawasan sekolah lama, Sekolah Rendah Sungai Buluh Batu 8 Teluk Intan. Sekolah ini ada 2 blok. Satu blok dewan yang kami buat aktiviti, satu lagi macam pejabat guru lama yang dah menunggu masa nak rebah sebelah itu. Kami pengakap menggelarkan tapak kem itu sebagai Kem Intan Batu 8.

Tuan Arol kat bawah dewan bersedia hendak naik bersama beberapa orang pemimpin pengakap yang lain. Tuan Arol ini adalah ketua unit pengakap remaja daerah pada ketika itu. Dia juga sebagai AJK keselamatan kem pada kali ni. Dia beri arahan kepada seorang ahli kami untuk memanggil semua ahli pengakap berkumpul. Dalam masa 3 minit, seluruh warga kem sudah berada dalam dewan berunifom separuh atau half uniform. Cukup dengan memakai skaf pengakap tergantung di leher sudah memadai.

"Saya tak tahu kamu semua blablabla..." Tuan Arol dah mulakan sesi ceramah dia. Aku dah banyak kem dah pergi tahu perangai Tuan Arol ini. Dekat kem daerah sahaja dia menunjuk belang dia, bila datang kem negeri menikus. Satu perangai dia yang aku tak suka sebab dia kasar. Ish! Menyampah rasanya dengan dia.

Kami diberi taklimat keselamatan kem. Aku dah muak dengar maka aku pun perlahan-lahan keluar ikut pintu belakang dewan terus pergi kesekolah agama hadapan dewan tadi. Cukup senang dalam kem itu kerana guru besar sekolah agama rakyat membenarkan kami menggunakan kemudahan sekolah itu untuk kem kami. Aku pun pergi ke tandas untuk membasuh muka. Sesekali menjeling kebelakang kalau-kalau ada yang mengikut.

Setibanya di tandas, bau hamis kencing menusuk hidung. Bila aku bukak sahaja pintu jamban, kelihatan tahi-tahi bergelimpangan seperti kalah perang tak sempat dipam. Ah sial! Aku tak jadi hendak buang air, aku terus basuh muka.

Tiba-tiba salah seorang sahabat pengakap aku tiba dengan membawa baldi untuk mengisi air. Sambil aku duduk di tangga surau yang berhadapan dengan tandas sempat juga aku bersembang dengan dia mengenai kejadian tadi.

"Aik kian, lu tau ka apa jadi tadi?" kataku sambil membuka kasut.

"Tak tahulah, aku rasa ada budak kena sampuk. Helpers daerah kot. Aku tak tengok lagi, ni pun nak isi air untuk lap badan,"

"Dah berapa gadjet kau buat? Aku baru siap pagar tadi, sempatlah tebas-tebas lalang sikit tadi,"

"Baru tiga, banyak la nak kena buat, mereka kata yang wajib ada 10 wajib kena buat,"

Kami beredar selepas air dalam baldi Aik Kian penuh. Aku pun berjalan semula ke dewan. Aku sempat jugalah melihat kawasan tapak perkhemahan pra-pentarafan. Dah kelihatan rangka pondok sementara peserta lain. Pondok sementara itu dikenali sebagai bivouac yang wajib dibuat oleh kami bakal pengakap raja.

"Macam mana ni? diorang semua dah siap, aku aje belum. Sempat ke siap?" keluh aku sendirian.

PS: Gambar cuma google sahaja

Bivouac
(Bersambung...)

17 Feb 2013

Pengalaman Berpengakap Zaman Sekolah #Cerkon


"Cikgu, saya rasa saya tak boleh bawalah sebab rasa macam berat sangat," kata aku kepada Cikgu Nazim dan Cikgu Raof. Dua orang insan yang sangat aku hormati dalam kalangan cikgu-cikgu yang berada di Sekolah Tun Abdul Razak. Aku tahu yang Cikgu Nazim ni tak boleh pakai kerana selalu kencing ramai pelajar dalam kelasnya. Aku tak tahu kenapa dia berkelakuan bangang seperti itu. Dari situ aku belajar yang cikgu itu hanya manusia biasa, mereka bukan nabi.

"Kamu boleh buat punyalah, cikgu percaya," Kata-kata Cikgu Raof memberi semangat pada aku yang pada ketika itu hanya berbekalkan semangat untuk menjadi pengakap raja pertama dalam tempoh beberapa belas tahun sekolah aku tidak dibintangi seorang pengakap raja.

"Saya dah penat la cikgu, banyak dah saya buat tapi apa pasal rasa tak cukup lagi ni cikgu?"

Pengakap raja adalah anugerah yang tertinggi dalam ilmu kepengakapan yang diberi kepada seorang individu yang berumur kurang dari 17 tahun. Anugerah itu diberi oleh sultan negeri yang diduduki. Sijil pengakap raja itu ditandatangani oleh semua sultan dalam Malaysia ini dan diberi kepada individu yang berjaya menjalani pelbagai ujian untuk ke tahap itu.

Antara ujian yang pada aku mengarut adalah perkhemahan yang banyak tak terkira. Aku cerita sikitlah pasal perkhemahan yang aku maksudkan. Masuk sekolah menengah secara automatik akan masuk unit Pengakap Muda. Masa itu korang akan menjalani perkhemahan sijil usaha dalam sekolah selama dua hari satu malam kalau tidak silap. Kemudian ke tahap seterusnya iaitu lencana maju dan jaya. Kedua perkhemahan itu dianjurkan persatuan pengakap daerah masing-masing. Selepas habis lencana jaya, individu akan memakai rambu pengakap muda, hijau warnanya. Maka habis dalam unit Pengakap Muda.

Masuk pula dalam Unit Pengakap Remaja, Ambil lima lencana tertinggi. Dari lima itu, rasanya dua yang perlu berkhemah iaitu lencana ekspedisi dengan lencana kemahiran. Tapi biasanya dirumpunkan semua itu dan buat semasa kem pra-pengakap raja anjuran persekutuan pengakap daerah.

Kesemua buku log untuk sampai perkhemahan pentarafan pengakap diraja aku rasa dalam 11 yang wajib dan enam elektif. Ada 17 semuanya. Buku nota sekolah aku pun tak sampai 17. Palat rasanya nak siapkan semua buku itu. Semua perkhemahan yang aku kata itu ikut persekutuan pengakap daerah tempat korang duduk itu.

Contoh sijil pengakap raja


"Macam mana nak siapkan semua ini cikgu? Kem pra pengakap raja minggu depan, konfem punya tak siap cikgu,"

"Kamu buat setakat kamu mampu," Kata Cikgu Nazim memberikan aku semangat.

Dalam minggu itu aku bertungkus-lumus menyiapkan buku log yang diminta. Aku tak dapat siapkan apa yang disyaratkan sebelum kem pra-pengakap raja daerah. Rasa bersalah pula rasa untuk melangkah gerak ke kem itu.

Aku terpaksa juga pergi selepas didesak oleh Cikgu Raof. Aku tahu aku membawa nama Sekolah Menengah Tun Abdul Razak Selekoh atau lebih popular dengan STARS. Walaupun bukan seperti STAR Ipoh, tapi aku bangga bawa nama sekolah aku.

"Cikgu, saya takutlah," kata aku pada Cikgu Nazim. Hanya Cikgu Nazim sahaja aku dapat meluahkan perasaan gusar aku kerana Cikgu Raof itu sangat tegas dan garang. Mungkin kerana beliau merupakan cikgu disiplin sekolah, terpaksalah membawa perwatakkan begitu.

"Takda apalah, perasaan kamu tu berkecamuk mungkin sebab tak biasa pergi kem macam ni,"

"Ape cikgu merepek? Dah berapa banyak kem dah saya lalui, takda maknanya kem kali ini saya kecut perut," kataku kepada Cikgu Nazim sambil memunggah segala keperluan berkhemah peserta sekolah aku yang turut bersama mengikuti kem lencana maju dan jaya sekali. memang jadi rutin untuk pengakap daerah tempat aku untuk mengumpulkan kem maju, jaya dan pra-pengakap raja sekali gus.

Malam itu aku rasa tak sedap hati seperti akan ada sesuatu yang tidak baik akan berlaku. Maghrib berlalu dan peserta muslim dikehendaki berada di dewan untuk sesi tahlil ringkas dan bacaan yassin bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini terjadi.

Sebelum masuk waktu Isyak kira-kira dalam pukul 8.45 malam, aku lihat pengakap raja, abang dan kakak unit Kelana yang menjadi pembantu daerah berlari-lari kesana kemari. Apa yang diresahkan aku tidak tahu. Serentak itu, aku dengar satu jeritan datang dari arah tempat masak di sebelah dewan makan pemimpin daerah.

Kami terkejut. Tidak semena-mena kami jadi panik, lampu dewan kelip-kelip tiba-tiba dalam dua hingga tiga minit. Satu bau kurang senang mula menusuk dalam hidung aku pada waktu yang sama....

(Bersambung...)

16 Feb 2013

Result UiTM Part 4

Assalamualaikum...

Slumb3r tak tulis cerkon minggu ni sebab adik Slumb3r dah takluk tempat paling kondusif untuk bekarya. Ahad ni baru dia blah. Minta maaf semua.

Lagi satu, semalam baru dapat result untuk semester 4. Sedih jugalah sebab kawan2 ramai DL. Slumb3r ni bingai sikit untuk degree ni. Masa diploma dulu dah perform bila masuk degree bongok. Hahaha...

Alhamdulillah, semua lepas. Kepada Najmi, Asyqal, Azam, Ipah, Asraf dan Nanad tahniah. Slumb3r tahu, Najmi, Asyqal dengan Azam DL. Tahniah diucapkan kepada kome semua. Kepada yang tak DL termasuk Slumb3r ni, marilah kita berusaha semester 5 akan datang ni.

Sebelum Slumb3r terlupa, ni result sbg bukti. Kang kata Slumb3r tak bg bukti pula.



Duduk atas kiri Nanad, Najmi, Asraf
Duduk bawah Azam Asyqal, Slumb3r, Ipah





9 Feb 2013

Selamat Tahun Baru Cina



Selamat tahun baru cina... Hanya gamers sejati faham fungsi banner ni. LULZ.

Malam ni takda cerkon sebab sibuk dan penat buat design ni... Minggu depan ada balik...

8 Feb 2013

Kucing Kuasa Dua #Cerkon









Sha Atom adalah nama manja Tom, Kucing Harun. Kucing Harun ni popular dalam kalangan penduduk Kampung Matang Kunda. Kemana saja dia pergi, pasti ada kesannya. Di sofa, kerusi, meja, tiang, pasu bahkan di longgokkan guni baja sawit orang kampung pun ada kesannya. Ya kawan-kawan, kesan KENCING!

Sha Atom kucing handalan kampung. Selain aktiviti hariannya iaitu kencing merata, beliau juga otai dalam hal hal pergaduhan merebutkan Minah, kucing Pak Manan Jawa dan banyak kucing betina lain. Banyak sudah kucing jantan lain tumpas ditangannya. Dia sangat hebat sehingga boleh mengumpulkan gangster-gangster kucing Matang Kunda dan membentuk satu persatuan kongsi gelap bergelar “Gagasan 1 Kucing” atau lebih popular dikenali G1K. Beliau ‘claim’ yang idea 1 Malaysia itu mereka punya dan bukan Pok Jib. Nasib baik Pok Jib bukan sebangsa dengannya, kalau tidak pasti rabak dikerjakannya.

Tapi kehebatan Sha Atom itu tidaklah lama. Beliau digelakkan oleh Nen Tiger, Mat Labu, M. Jibeng, S. Kilau dan kucing-kucing gangster yang lain kerana kebodohannya satu hari di tepi masjid. Kejadian itu merupakan titik hitam bagi Sha Atom, si kucing gangster.

Jarang sekali berlaku, tapi hari itu Pak Harun terlambat beri makan kepadanya. Pak Harun sakit perut akibat cirit birit selepas kenduri  Pak Manan Jawa semalam. Sha Atom tahu sebentar lagi tuannya akan pergi solat Jumaat di masjid depan rumahnya. Biasanya beliau diberi makan sebelum tuannya pergi ke masjid. Tekaan beliau tepat. Pak Harun segera memberinya makan dan bergegas untuk ke masjid.

Selesai makan, Sha Atom mencari tempat untuk berehat dan menjilat bulunya. Dia mempunyai satu ‘port’ tidak jauh dari rumahnya iaitu di bawah bangku taman dalam kawasan masjid. Tanpa berlengah, dia pun bergegas kesitu. Direbahkan dirinya di bawah bangku tersebut. Sejuk rasanya kerana kawasan itu dekat dengan air pancut.

Datanglah 3 orang budak cangkung menghadapnya.

“Eee... Ada tucin lar” Kata salah seorang dari bertiga itu.

Sha Atom terus bangun menunjukkan beliau seekor kucing yang berani.

“Cuk cuk cuk cuk...” Kata budak itu sambil membuat gaya duit ditangannya. Sha Atom tahu itu teknik tipikal seorang Meleis untuk menunjukkan kebodohan memanggil kucing.

Sha Atom pergi juga bergesel dengan kaki budak itu. Bukan apa, tapi dia berlu membuangkan kutu-kutu dan kotoran baring tadi. Tak ‘hygine’ dia rasa.

Tiba tiba dia rasa satu jentikan tepat ke scrotumnya. Bukan rasa sakit. Tapi rasa sedap. Sedap macam mana, susah digambarkan. Mungkin sedap rasa seperti malam pertamanya bermain tindih-tindih dengan Minah. Iya. Tindih tindih sedap... Wow! Kerana sedap dia membenarkannya.

Dia diangkat oleh salah seorang budak tadi diatas bangku. Manja bukan main Sha Atom. Dibelai-belai, usap-usap. “Gerr... Ger... Gerrrrriooowww ” itu yang keluar dari mulutnya.

Budak tadi berhenti membelainya. Mungkin kerana bosan. Dia mengambil peluang membersihkan bulunya. Dijilat bulunya bermula dengan ekornya. Kemas jilatannya. Dijilat juburnya. Walaupun sedikit kelat, dia tahu dia tidak boleh beristinjak dengan baik kerana dia bukan manusia. Lidah Sha Atom macam berus. Bayangkan berus membasuh jubur anda. Sakit bukan? Tetapi tidak Sha Atom, nikmat rasanya.

Tidak habis dia menjilat juburnya, tiba-tiba jubur kesayangannya ditusuk lidi dari budak-budak kurang ajar tadi. Sejurus itu kedengaran jeritan “Woi Korang! Apahal korang buat gangguan seksual dekat kucing tu?” 

Sha Atom terkejut  dan berlari meninggalkan kawasan itu bersama-sama lidi di juburnya. Sesekali bergesel dengan tanah lidi itu, ngilu rasanya. Vibrator lidi.

6 Feb 2013

Kelas Belajar Internet Kampung Simpang Tiga


Seperti tertera di poster ini, mak Slumb3r organize satu kelas belajar internet dekat kampung menerusi JKK Kampung Simpang Tiga. Target audience adalah mak-mak dan mak cik yang dok kat rumah tak belajar apa. 

Kelas tu ada dekat Kampung Sungai Haji Mohammad. Dekat je pun, tak payah ke Teluk Intan atau Simpang Empat kalau nak belajar komputer. Dah la murah, cikgunya pula graduate. Mari ramai-ramai meriahkan kelas ni. 

PS: Poster du design sendiri less than 2 hours. Kena push dgn mak. Ni je la dapat buat...

2 Feb 2013

Kucing #Cerkon



Hari ni hari Jumaat. Hari ni biasanya aku pergi solat Jumaat kat Masjid. Masjid kampung aku ni biasanya ramai orang. Bongok juga aku ni, dah nama solat Jumaat mestilah ramai orang. Ramai pelajar sekolah. Budak-budak lelaki akil baligh wajib pergi solat Jumaat kecuali ada sebab-sebab dibernarkan syarak.

Nak dipendekkan cerita. Aku malas nak gerak naik motor sendiri kerana motor aku ada dalam rumah. Tumpang motor adik. Sampai di masjid dah khutbah. Biasalah imam kampung tua, khutbah yang aku faham,

“bla blablaaaa... burburbur.. lalala”

Sebutan macam orang malas. Biasalah imam tua. Gigi tinggal dua.

Setibanya aku di masjid itu. Ramai pemuda dan pemuda tak berapa nak muda sangat kumpul di tapak parkir motorsikal. Aku ingat nak sama lepak, tapi mengenangkan depa dok bersembang kat situ aku pun blah. Lagha semua tu. Luluh pahala Jumaat.

Aku labuhkan punggung aku dekat tangga nak masuk masjid sambil jelas nampak muka khatib dari pintu. Sandar dekat pemegang tangga dan acah-acah nak tido seperti sorang pakcik dekat dengan aku ni. Power punya tido pakcik ni sampai tak ramai spot dia tido. Pakai sunglass hitam dalam masjid. Kalah orang buta. Siot betul pakcik ni.

Tiba-tiba ada 3 orang budak kecil dalam lingkungan umur 6- 8 tahun melepasi aku. Kecil lagi. Belum capai akil baligh.  Diorang dok lepak kat luar. Lepak dekat kerusi taman luar masjid. Tak jauh dari tangga nak masuk. Jelas dan terang aku boleh dengar diorang gelak-gelak. Salah seorang dari mereka jumpa kucing sedang landing baik punya bawah bangku tu diorang lepak tu.

“Eee.. Ada tucin lar” Kata budak paling kecil diantara bertiga tu.

“cuk cuk cuk cuk..” kata budak tu sambil cangkung menghadap kucing tu. Tangannya buat cara pegang duit. Aku rasa budak ni bebal kot. Kucing mana layan semua tu. Lagha. 

Jangkaan aku meleset. Kucing itu akur dengan pujuk rayu acah-acah ada makanan tu.  Bergesek kucing  kat budak tu. Baik punya landing.

“Kucing ni jantan ke betina?” Tanya budak paling sederhana besarnya diantara 3 orang tu

“Jantan, ni ha dia punya telo” Jawab budak kecil itu sambil jentik jentik scrotum kucing tu.

Tap tap tap...

Aku yang melihat dari tadi tersentak sekejap.  Silap! Bukan tersentak tapi tersenak. Aku tengok aku rasa macam scrotum aku depa jentik. Laknat punya budak-budak ni. Senak beb.

Diteruskan lagi bila budak paling besar tu angkat kucing tu letak atas bangku mereka. Yang besar tu mungkin dah boleh fikir rasanya. Dia tak ikut perangai budak-budak kecik tu. Dia belai-belai kucing tu tadi manakala 2 orang kawannya tadi dok usha bontot kucing tu sambil beberapa kali mengusik scrotum kucing itu sambil terkekek-kekek ketawa. Aku yang tengok makin senak rasanya.

Tiba-tiba si besar tu turun kerusi dan mencari sesuatu dibawah bangku tu. Aku tak pasti lidi atau rumput kering yang dijumpainya. Dia ambil benda tu di cucuknya dalam jubur kucing tu. Lahanat betul. 

Disodominya kucing tu. Aku dah hilang sabar dah. Aku bangun terus sergah budak-budak tu.

“Oi korang! Apehal korang buat gangguan seksual dekat kucing tu?!”

Seluruh jemaah dalam masjid memandangku. Khatib pun terpaku.

1 Feb 2013

Dompet #Cerkon



"Cuma ada tiga ringgit ni makcik" kata Faris kepada makcik 'paksa'. Kenapa 'paksa'? Sebab makcik tu paksa beli barangannya. Ramai pelajar Unisel dan UiTM Shah Alam jadi mangsanya. Faris tahu dia terpaksa tipu makcik tu. Pernah Faris beli keropok ikan makcik itu. Lemau semua ketika buka dirumah. Petrol diisi dengan cepat. Hajatnya mahu lepas dari cengkaman makcik ini.

"Tolong la makcik nak. Makcik tak dapat jualan lagi satu hari ni. Tak beli banyak satu pun jadilah."

Makcik itu memujuk Faris untuk membelinya. Faris terpaksa tolak lagi. Bermacam-macam alasan dia bagi. Duit belanja minggu ini dia dah terlebih guna buat beli Utusan. Katanya nak tunggu artikelnya keluar akhbar itu. Dia terpaksa menipu.

"Tak percaya, tengok dompet saya ni makcik."

Dikeluarkan dompetnya. Kosong. Satu sen pun takda. Kalau ada pun, bukannya laku. Makcik tu berlalu dengan riak kecewa. Padanya itu pujukkan tapi pada Faris itu sudah kira memaksa. Rasa mengjengkelkan kalau makcik itu ada. Nasib baik Faris sembunyikan dalam poket seluar duitnya, kalau tidak, habis kena paw makcik tu.

Dia berlalu pergi menaiki motornya dan singgah di satu mesin ATM. Agak jauh dari peradaban ATM itu. Kerana jauh itulah ATM itu menjadi pilihan Faris. Tak ramai menggunakannya. Faris mengeluarkan dompetnya untuk dikeluarkan kad ATM. Dompet dipegang dengan cermat tidak mahu terjatuh.

Dompet itu bergerak sendiri tiba-tiba. Faris terkejut lalu dicampaknya kebawah. Masih bergetar-getar dompet tu. Terkuak sedikit daun domet itu. Seolah-olah sesuatu benda yang mahu keluar daripadanya. Faris cuak bukan main. Berpeluh-peluh dahi,muka dan badannya terutama diketiak. Perlahan-lahan dia ingin mengambil semula dompetnya yang masih bergetar macam ikan atas darat.

ZAAAZ!

Tak sempat Faris ambil dompetnya satu objek melekat di dahi. Kad ATM dia cantik terbenam terus dalam dahi. Separuh kad itu dalam kepalanya. Pandangan Faris kabur. Dia terkulai tidak bernyawa depan mesin ATM itu. Mayatnya dijumpai esoknya bersama not-not seringgit tak terkira banyak sekeliling Faris dalam berlumuran darah dan bau keropok ikan sedap.