Ini post Slumb3r lepas muet speaking test. Rasanya malas nak buat dalam bahasa Inggeris la sebab dengan bahasa Melayu akan lebih mudah difahami.
Back to topic. Samalah dengan tajuk kat atas, Slumb3r nak mula menulis pasal fotografi tapi bukan nak share gambar2 yea. Sebab gambar2 Slumb3r letak banyak kat photoblog Slumb3r. Kat Blog ni Slumb3r suka menulis dan share benda0benda bukan gambar. Senang nk load dan boleh diakses sekiranya menggunakan internet lembab macam siput. *siput pon lagi laju.
Okay, Slumb3r nak cerite pasal fotografer.
Tahukah anda, sekiranya anda mengupah seseorang jurufoto profesional/separa profesional atau amatur mereka akan mengenakan cas yang mahal. Maksud Slumb3r, mahal gilerbabi! *babi besar atau babi kecik bergantung kepada setiap individu*
Tidak kiralah sekiranya saudara dan saudari mengambil jurufoto untuk majlis kahwin (selalunya), portfolio untuk seorang model ataupun untuk potret keluarga. Pastinya cas yang akan diberikan mahal boleh mencecah ribuan hingget. Itu pun begantung pada sesi fotografi yang macam mana dikehendaki oleh pelanggan.
Slumb3r dah buat sedikit kajian terhadap mengapa mengupah seorang fotografi boleh mencecah tahap
1) Kos Peralatan Kamera
Slumb3r memberi satu contoh la eh. Sekiranya anda seorang tukang kayu, peralatan asas yang diperlukan adalah seperti tukul, paku, gergaji, cangkul, dan sebagainya. Bagi seseprang penukang kayu yang profesional, beliau memerlukan mesin gergaji, set 'nail gun', mesin bancuh simen dan sebagainya untuk membuat kerja dengan lebih cepat, cekap dan kemas.
Sama seperti seorang fotografer. Untuk menghasilkan sesuatu gambar yang sangat berkualiti perlulah ada set kamera yang harga mampu mencecah puluhan ribu. Memang orang akan kata,
"Guna kamera murah pun boleh hasilkan gambar yang mega kebabom."
Slumb3r ngaku la, memang boleh. Tapi lambat. Nak editing blablabla. Makan masa. Itu dari segi kelengkapan. Ape cer plak dengan kos selengara? shutter count kamera pon kena kita bhai!
2) Kemahiran Jurugambar
Slumb3r ada baca dalam 1 buku Saiful Nang. Dier bagi metafora bini dia bersalin. Ada doktor pakar masuk bilik bini dia cuma cek papan yg ada kertas2 kat katil. Tanda-tanda, sembang2 jap then keluar. Tak smpai 10 minit (kalo tak silap). Dia tengok2 bil hospital tu beriban. Berbaloi ke?
Berbaloi beb! sebab pengalaman, kemahiran dan pengatahuan seseorang fotografer itu mempengaruhi juga. Ce cari harga pakej fotografer amatur dengn profesional. Sangat berbeza. Atas faktor pengalaman. Korang bayar untuk tu la!
3) Masa Perkhidmatan
"Masa itu Emas!"
Siyes doe, korang bayar masa seseorang fotografer tu. Kalau korang nak tahu, kebanyakkan fotografer itu sangat menitikberatkan faktor masa. Ini kerana satu satu fotografer itu kadang2 terpaksa menggunakan 1 hari untuk buat 2 event. Ce korang fikir. Slumb3r tak heran kalo event hari pon bleh cecah lebih 5 ratos.
4) Perkhidmatan Selepas Rakaman
Nak pilih gambar terbaek, edit, susun dalam album (kalau sticky), nak design layout album (kalau custom) makan banyak masa dan duit. Sebab kalau nak kualiti terbaek, seseorang fotografer itu akan periksa dan buat saringan terhadap gambar2 yang dah siap print. kalau ada cacat cela boleh la print baru just to get quality.
5) Kos Material
Kos material ni Slumb3r panggil kos Overhead. Tak kira la korang panggil apa pun, tapi kos ini senang dipanggil kos pengurusan la. Contohnya kos minyak keta, tol. Kalau buat kerja outstation lain nak kena kira kos penginapan bagai. Kos Album pun kira kat sini.
Slumb3r nak share la sikit pasal kos print. Slumb3r pernah jumpa 1 kedai kat Melaka yang menawarkan 1 keping gambar saiz 4 R sebanyak RM 0.35. Murah la seh! Tapi ada lagi murah, 30 sen unk 1 gambar (Masa print gambar untuk Malaysian Book Of Records unk event TOUCH 2011).
Output untuk kedua-dua kos itu berlainan. Sudah tentu yang 35 sen lebih berkualiti berbanding 30sen. Sebab material print, jenis kertas dan juga bilangan gambar diprint. Slumb3r korang try la yang 1 gambar 1 hingget. Yang tu tak berbaloi sebab material sama dengan yang 35 sen. Motifnya: pandai2 la survey tempat print gambar murah!
Kesimpulanya:
Berbaloi untuk menggaji seseorang fotografer untuk majlis yang sekali seumur hidup atau apa-apa sahaja yang mempunyai nilai sentimental tersendiri. Senang citer, korang spent RM1500 untuk guna sampai mati. HAHAHA!
Sumber:
Lensa Malaya
Saiful Nang SNDROM <=Buku Saiful Nang
No comments:
Post a Comment