Salam...
Slumb3r malas nak update ni tapi memandangkan dah takda koje kat rumah ni asik dok men game Civilization V je, boring gak.
Cakap pasal kerja, Slumb3r sedang mancari kerja sementara disekitar Teluk Intan ni yang boleh mendatangkan gaji RM 800++. Tak kira la kerja apa, janji uwangnya cukup yaaa.
Slumb3r sedang memikirkan sama ada untuk mencari kerja menggunakan transkrip diploma yang keluar selepas result (result 4 hb November 2011) atau untuk mencari kerja based on SPM and kekuatan resume yang sedia ada.
Kalau mencari kerja dengan transkrip diploma, Slumb3r rasa Slumb3r mampu mendapat RM 1000++ tetapi masa perlu ditempa untuk mengunggu result keluar dan untuk mengambil transkrip itu. Larat ker Slumb3r nak tunggu ni?
Kalau mencari kerja tanpa transkrip diploma, Slumb3r boleh buat duit cepat tapi mampu mendapat gaji hanya RM800+/- je. Cepat tapi pulangan kecil dan kemungkinan skill Photoshop, AI dengan Indesign berhabuk bila nak sambung degree kang. Hauk sehh!
Tapi untuk pilihan pertama, Slumb3r mempunyai masa untuk Setup portfolio, weblog dengan photoblog untuk biz Slumb3r. Memang boleh onn la. Tapi nak design semua tu makan masa la. Slumb3r pulak tak mobile. Laptop akan dapat bila masuk degree. Itu pun yg bese2 punye.
Cakap pasal degree, permohonan unk masuk degree UiTM dah buka. Slumb3r belum register lagi. Besok baru nak beli sebab teringat siang tadi nak beli tapi bank tutup. Ni pun bingung nak masuk kos ape time degree.
Nak amek Journalism atau Publishing?
Dedua Slumb3r minat. Tapi strength Slumb3r bukan kat penulisan. Subjek journalism masa part 2 dulu pon dapat B- je. Ape masalah Slumb3r pon taktau la. Mungkin penguasaan vocabulary tak besar dan memerlukan Slumb3r untuk lebih banyak membaca. Tu la yg Slumb3r malas. Hahaha!
Tapi Publishing style. Design buku banyak. Slumb3r suka design. Yang paling penting untuk dedua sebab Slumb3r suka printed materials. Slumb3r bercita2 nak buka kedai printing sendiri. Tapi tak tahu la dapat ke tak sebab Slumb3r berazam sebelum umur masuk 45 tahun, Slumb3r perlu ada RM100k dalam akaun simpanan kalau nak bukak bisnes tu. Menangis gak ar nak kumpul.
Semua delima. Mana satu pun tak tahu. Tapi takpe la, lepaskan 1 fasa dulu iaitu fasa beli nombor pin BSN dulu.
Okay la, Slumb3r mengarut panjang pun bukan ada apa nak tulis, sekadar meluahkan pendapat.
No comments:
Post a Comment