31 Jul 2011

Musim lagu akustik

Salam~

Aku Mahu Acustic

Slumb3r terlupa nak post pasal 1 benda ni. Beberapa minggu lepas Slumb3r dan bebudak rumah pergi tengok satu konset amal anjuran DMC 6 C iaitu side event TOUCH 2011 bertajuk Lendu Acustic Night di Dataran Keris dalam UiTM Lendu tu.

Kelas Slumb3r pun ade buat side event unk TOUCH 2011. Kami ade la buat sedikit jualan amal untuk disumbangkan dalam Big Boxx of HELL yang dibuat oleh TOUCH 2011 event committee. Big Boxx of HELL itu akan disumbangkan kepada 10 badan kebajikan yang diwakili setiap kelas. Kelas batch kami cuma ada 5 je. So 1 kelas dapat 2 badan kebajikan. Total is 10.

Cerita pasal 'Lendu Acustic Night' aka LAN (Bukan LANciau atau LAN Julies Goes Overseas). Lagu yang dimainkan dalam event itu semua boleh di nyanyikan bersama oleh para hadirin. Tapi apakan daya, Slumb3r tak berapa layan lagu akustik meleleh neh. Guwa layan screamo dan lagu yang keras2.

Ada 1 lagu yang didendangkan oleh Haiqal DMC 6E dan Ben DMC 6 E. Diorang main lagu Avenged Sevenfold aka A7X bertajuk 'So far away' versi akustik.

Hanya lagu itu sahaja yang Slumb3r boleh nyanyi penuh sebab Slumb3r selalu gak dengar lagu ni dalam playlist Itunes Slumb3r.

Apa kata korang enjoy dulu lagu ni daripada dok bace benda2 yang Slumb3r tulis ni.

2 comments:

  1. Tak ramai yang layan... sebab background band ni dari hardcore dan baru2 ni je dier ubah...

    ReplyDelete