9 Jul 2011

Respon BERSIH 2.0

Salam semua...

Slumb3r terima 2 komen yang agak lancang lepas Slumb3r post pasal BERSIH 2.0.

Hahahaha!! Kelakar.....

Slumb3r tahu korang ada yang fikir Slumb3r nak main SEO atau sekadar nak naikkan blog Slumb3r yang tak seberapa ni. Korang tengok la sekeliling blog ni. Ada tak iklan? Ada tak cara untuk bubuh duit dalam poket ni? Adoi! kamon la! Slumb3r takda niat pun nak main SEO neh. Kalau nak main SEO guna domain blogger? Apa barang brader!

Slumb3r tahu yang korang guna alasan perlembagaan persekutuan. Slumb3r study la pasal politik kat kelas. Try cek dekat artikel 10. Slumb3r pun guna artikel 10 ni. What? Salah ke?

Korang mesti tertanya kenapa polis dok sebok buat roadblock bagai. Slumb3r percaya, segala apa yang berlaku dalam dunia ni mesti ada sebab baik termasuklah cerita pasal polis.

Take a look at that artikel 10 fasal 2 (a). Carik pasal ketenteraman awam. Simple je. Ada jaminan ke yang penganjur perhimpunan tu behave like it supposed to be? Jaminan takda. Jadi polis tu bukan suka suki jer kat situ. Back then, Okay jer perhimpunan tu tadi. Takda la riot or what so ever. Totally respek!

Pasal tahanan segelintir peserta perhimpunan, diorang kena lock up 24 jam jer. Kalau takda reason kukuh unk tahan diorang, mesti b4 24 jam diorang dah dilepaskan.

Slumb3r dah tahu pasal 8 tuntutan BERSIH 2.0 ni.
1. Clean electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institution
7. Stop corruption
8. Stop dirty politics

Slumb3r sokong semua agenda ni. Tak dinafikan bahawa SPR sudah tidak telus. Terbukti. I don't deny that.

But the thing is, MATLAMAT tidak menghalalkan CARA. Nabi sendiri tak ajar kita untuk demonstrasi sebagai protes. Al-Quran terang2 dah tunjuk tak ada guna pasal demonstrasi. Tengok video yang Slumb3r post semalam. Hujah tu dah cukup terang dan jelas.

Tak perlu perhimpunan-perhimpunan BERSIH 2.0. Walaupun sampai BERSIH 9.0 pun belum ada jaminan SPR akan telus. BERSIH tak jalan, korang nak buat apa? Pakai baju merah cakap REFORMASI ramai2. Eh! Kamon la. Macam lalat. Bising tak ketahuan.

Korang dok sebok tanya "Mana dia jalan lain? Media dah kena blok, blablabla"

Jawapan Slumb3r simple je.

Jalankan tanggungjawab anda.

Slumb3r seorang PELAJAR. Maka, Slumb3r rasa tak payah pergi BERSIH 2.0 atau BERSIH 1000000000.0 pun Slumb3r dah boleh buat semua 8 tuntutan BERSIH tu. Slumb3r belajar rajin-rajin. Bila dah grad, boleh jadi pemimpin yang:
1. Mengamalkan pilihanraya bersih,
2. Pemimpin yang merombak sistem undian pos,
3. Mengizinkan penggunaan dakwat kekal ketika pilihanraya,
4. Pemberi kebenaran untuk kempen pilihanraya selama 21 hari,
5. Pemberi hak penggunaan media yang percuma dan adil,
6. Perkukuhkan lagi institusi awam macam supaya bebas bersuara,
7. Pemimpin yang anti rasuah dan
8. Pemimpin yang mengamalkan sistem politik yang bersih.

See. Slumb3r dapat je buat semua tu dengan cara lebih aman, damai lagi mulia. Tak payah bazir pergi perhimpunan bagai. Select your leader and support them.

Dok kumpul ramai2 then yang hantar memorandum sorang jer. Ape masalah anda? Biar je la sorang hantar. Bagi jer sokongan dengan cara lain. Sokong pemimpin anda. Tak payah dok ramai2. Dok kat umah, study rajin2. Bila dah grad, jadi la pegawai politik yang baik. APA SUSAH??

Minta maaf dengan tulisan Slumb3r yang tidak menyenangkan mana-mana pihak.

Allah bagi kita akal untuk berfikir. Korang yakin ker apa yang korang buat tu betul? Takkan takda cara lain?

Daripada dok buat kempen BERSIH, baik korang buat kempen BELAJAR RAJIN-RAJIN 1.0. Setel. Lebih mulia. Jaminan itu ada.

Apabila seorang anak Adam meninggal, maka tinggallah segala-gala di dunia kecuali 3 perkara, sedekah jariah, ILMU YANG BERMANFAAT dan anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraannya.

"Kenal diri rata-rata baru kenal tuhan yang nyata" (YM Ustaz Haji Hanafi, Pengasas PSSCM)

10 comments:

  1. kalau kau tahu lah keadaan politik negara kita ni kau akan tahu betapa susahnya nak buat cara yang elok dalam hal ni. perkara ni dah diusulkan di parlimen beratus kali masih tiada tindakan diambil. dengan perarakan ini, kerajaan akan tau yang bukan hanya segelintir yang mahukan perubahan dalam SPR tetapi RAMAI yang nakkan perubahan. kau dah terlalu selesa dengan hidup kau yang kau tak nampak susah nya orang-orang lain nak survive. kau tak tau slumb3r, yang kau nampak kawan2 kau. post kat atas ni tak menjawab lansung soalan2 yang aku kemukakan kat post kau yang sebelum ni. tak apalah. biarkan aje. benda pun dah lepas, tak ada kerosakan yang berlaku. alhamdulillah. assalamualaikum.

    ReplyDelete
  2. brp RAMAI yg nakkn perubahan?50 ribu eh yg berhimpun td?ooo..sbnrnye patut ramai lg yg bole dtg,tp sangkut kt roadblock,jln jem..nice try..aku sokong tujuan BERSIH 100% but this is not the way..perkara ni dh diusulkn beratus kali kt parlimen tp masih xde tindakan?ni je cara yg ada supaya kerajaan dgr?dh lupa gelombang tsunami thn 2008 yg melanda politik negara?kedah,pulau pinang n perak jatuh ke tangan pembangkang..kelantan lak terus diperintah ole PAS yg dh masuk ulangthn ke-21..in conclusion; pembangkang mng--->SPR telus..pembangkang kalah--->SPR manipulate undi especially undi pos,rasuah,pengundi hantu etc..such a bad loser~~

    ReplyDelete
  3. Yer aku selesa... aku bersyukur dengan apa yang aku ada... Mak aku pesara cikgu, bapak aku pesara swasta..

    Apa kaw tak bersyukur?... Itu ke sebab kaw protes?...

    Hidup aku kat kampung. Okay jer. Bersyukurlah sebab negara kita tak jadi macam negara serantau yang lain..

    Tak pernah aku dengar orang malaysia mati sebab lapar. Tak pernah lagi aku dengar kawan-kawan aku ditindas bagai.

    Belajar di UiTM buat aku sedar, aku ada tugas lebih penting dari join perhimpunan yang takda faedah.

    Ape kaw nak lagi? Tak cukup ke?

    ReplyDelete
  4. past is past..!! kt sbg bakal pemimpin yg akan dtg nie, kena lar elak dr rasuah semua. & ubah yg kt ade sekarang ini utk generasi akn dtg! kt jgn gaduh sesame sendiri, okay..

    ReplyDelete
  5. I'm just saying that perhimpunan tu bukan jalan terbaik... that's it...

    Sokong dengan meen!!

    eh, best tak FESKOM tadi... Malas la nak pergi, badan penat siang tadi... besok plak nak gerak...

    ReplyDelete
  6. bagi air free satu laa..hahahaha
    XkuperX

    ReplyDelete
  7. "Tak pernah lagi aku dengar kawan-kawan aku ditindas bagai."

    Mungkin kerana kawan-kawan kau dari Melayu. Cuba kau berkawan dengan Cina dan India, mungkin kau tahu keadaan mereka. Belajar dapat 8A time SPM, matrik pun tak dapat. Tapi Melayu lembab yang dapat 4-3A boleh dpt masuk matrik, masuk IPTA. Where is the rationalize in that matter?

    Belajar tinggi mana pun, kalau tiada akal, tak guna juga. Dan, adakalanya matlamat menghalalkan cara. Kau post satu video je, ada kau tengok video video lain? Ada kau pergi khutbah jumaat kat area Kajang dan secara terang-terang, khutbah itu kata perhimpunan Bersih tak haram. Orang dan cendekiawan boleh cakap apa yang mereka suka, tapi ALLAH lah yang nilai akhirnya.

    Jadi, nasihat aku kat kau, tak perlu nak jadi part time tuhan cakap ni halal ni haram. Sebab kau tiada kuasa nak wat judgment begitu.

    Also, artikel 10 kau tu weak. Restriction kau tak based on the argument bahawa BERSIH telah jamin tiada keburukkan akan berlaku. Aku bukan setakat belajar politik, aku belajar pengajian undang-undang terus.

    ReplyDelete
  8. wahai anoy,

    Bagus lah kalau kaw pelajar undang2. Kau mesti tahu sistem dalam Malaysia ni dibuat macam mana. Dari kaw dok komen tak puas hati bagai, elok la kaw belajar rerajin. Bila dah grad, ubah la sistem. Get some support. Get involve. Baru gentle man.

    Aku ade je kawan2 yang non-Malay. Kami sedar semua ni. Ni semua wujud bukan pasal status diorang 'bukan pribumi'. Sistem British yang mencorak pemerintahan negara. Lawyer biasa dapat sejarah A. No need for me to explain this for you.

    Kalau kaw tak puas hati, kaw pergi la pangkah parti politik yang menyokong idealogi kaw. Lepas tu kita boleh tengok sapa dominant. Kata demokrasi kan?

    Gomen buat Konsep 1 Malaysia untuk mengurangkan jurang perkauman dalam Malaysia. Bukan bermaksud menjadikan hak bumiputra sama rata, tapi layanan, hak non-bumi dan kebajikan rakyat non-bumi dijaga. Kalau kaw sedar benda ni, takkan timbul isu perkauman dalam ni.

    Hidup dengan subsidi kerajaan, aku rasa bersyukur sangat. Takda la macam negara2 miskin yang lain. Apa kaw tak bersyukur ke dengan apa yang ada sekarang?

    Aku pangkah parti politik bukan sebab ideologi diorang semata, aku pangkah sebab wakil rakyat kat tempat aku. Hanya wakil rakyat tempatan sahaja faham senario tempatan. Bukan pusat.

    Memang aku takda kuasa nak adili haram atau halal. Aku mintak maaf. Tah part mana yang buat kau fikir aku mengadili haram atau halal itu. Apa yang aku kata secara rumusan, perhimpunan BERSIH 2.0 tak bersesuaian dengan budaya rakyat Malaysia. Banyak cara lain boleh guna. Aku sokong 8 tuntutan tu. Tapi bukan dengan cara berhimpun.

    Tiada keganasan katanya. Fine. Aku percaya. Tapi adakah perhimpunan BERSIH 2.0 efektif unk buat 8 tuntutan itu?. Fikir balik. Ada jaminan ker SPR nak buat? Sampai bila? Sampai BERSIH 9999999999.0?

    Try la buat BERSIH 3.0, tapi bukan perhimpunan. Kumpul tandatangan macam KIMMA buat. Lagi aman. Bertanding la. Low cost but high impact.

    ReplyDelete
  9. http://hornbillunleashed.wordpress.com/2011/07/11/20711/

    ReplyDelete
  10. everyone is entitled to their own opinion..myb for those yg hentam penulis entry ni doesn't realize that he actually support all the demands by Bersih organizer..yg dia x sokong ialah cara penganjur n beribu2 org yg berarak tu menyampaikn memorandum..d same goes for me..to this anonymous,aku cuma dpt 3A je masa SPM,but thanx to the policy yg ko kata x rasional tu,aku dpt jgk msk ipta..alhamdulillah..aku nk tnya sket,ko ni org melayu ke?brp A ko dpt masa SPM?8A?9A?klu ko one of the top scorer masa SPM,then its good for you yg ko berjaya smpi ke menara gading..tp klu ko pn mcm aku,its better for you to be thankful..ko dh kawin?ada anak?ko bole jamin anak cucu ko akan berjaya jgk mcm ko pd masa dpn nnt?

    xde kerajaan dlm dunia ni yg perfect melainkn kerajaan yg dipimpin oleh Rasulullah..x dinafikn,byk keputusan kerajaan yg aku pn x setuju,but it doesn't mean that yg kerajaan lgsg x prnh berbuat baik..what i can see today is,a lot of people feel that everything yg kerajaan buat,semuanya salah,xde yg betulnye..as i said,everyone is entitled to their own opinion,especially based on the side that u chose..klu ada org yg fikir najib terlibat dlm kes altantuya,kes liwat n video seks anwar ibrahim,kes kematian teoh beng hock,u should realize ada jgk org di luar sana yg percaya bahawa anwar mmg kaki liwat,kaki putar alam n pro-yahudi..but people like u will always got negative feelings towards the government n akn kata yg those people who believe on the government is fools because they doesn't know d truth..but actually we all doesn't know who is telling the truth until after we die..i'm not choosing side,but everyone can say what they want, if you don't like this blogger opinions,please GET OUT OF HERE!!

    ReplyDelete