4 Jul 2011

Mula tumbuk, Lepastu tersungkur.

Salam~!

Semalam Slumb3r dah cerita sikit pasal pengalaman masa mula-mula nak masuk Silat ni dulu. Kali ni Slumb3r nak cerita pasal silibus matapelajaran dan beberapa FAQ pasal Silat Cekak ni.

Silat cekak tersangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
InsyaAllah mendapat faedah.

Ini adalah salah satu daripada 8 pantun yang dikarang oleh YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad, Pengasas PSSCM. Slumb3r nak kupas sikit je pasal ni. Mungkin akan membantu anda menjawab soalan dan rungutan:

1. Belajar Silat ni mesti susah kan?

Tak la susah. Kalau susah mana ade orang nak belajar benda yang bahaya ni. Walaupun buah matapelajaran ni ada 21 pun dah kira macam banyak, tapi hakikatnya senang.Okay. Meh Slumb3r cerita kenapa senang.

Korang nak belajar membaca kat sekolah dulu macam mana? Cikgu aja korang macam mana sampai boleh masuk U sekarang?

Sama macam Silat Cekak. Korang akan diajar berperingkat-beringkat. Korang takkan diajar secara tiba-tiba untuk menangkis serangan bersenjatakan pisau. NONSENSE!

-Belajar kenal huruf. Metafora untuk langkah pertama belajar kaedah tangkis serangan. Ada 4. Kaedah A,B,C dan D. Kaedah ini akan digunakan dalam semua buah matapelajaran.
-Lepas dah kenal huruf, kita belajar buat perkataan dengan suku kata. Metafora untuk kelas asas. Pada Slumb3r kalau korang taknak tunggu sampai habis sebab lambat sangat nak habis sampai buah 21, buah asas Silat Cekak boleh guna dah.
-Lepas dah buat perkataan, kita buat ayat. Masa ni korang akan belajar macam mana nak jatuhkan lawan. Masa ni lah korang akan merasa cium tanah dan bengkak bengkil. Jangan risau. Lagi lama korang belajar, makin berani. Tak takut dah sakit ni.
-Buat karangan dan artikel. Masa ni korang dah tamat silibus matapelajaran Silat Cekak. Tiba masa korang belajar macam mana nak tahu orang yang kita lawan tu ahli persatuan kita ke. Pada peringkat ini korang juga akan diajar macam mana nak tangkis serangan dari seni bela diri yang lain. TERBAEK!

So... Dun wury la pasal susah atau tidak. dah cukup simple benda ni.

2. Konpem balik latihan je, mesti bengkak bengkil. Kan?

Kelas seni bela diri. Cuba bagitahu, kelas seni bela diri mana yang tidak terlepas daripada begkak, luka, terkehel dan lebam? Semua sama.
Tapi jangan risau. Jurulatih yang sedia ada ni sudah cukup terlatih. Korang akan diaja untuk meminimakan risiko kemalangan ketika berlatih. Di kelas latihan sahaja korang akan diajar macam tu. Tapi bila betul-betul gadoh, ikot korang la nak bagi lembut atau kasar.

3. Malas la nak belajar, hari-hari kena turun kelas.

Tak. Kami fleksibel. Kelas wajib turun cuma 2 hari seminggu. Kalau di UiTM KAG, Isnin dan Rabu pukul 9 malam sebelah Masjid Al-Hikmah di tepi pondok wakaf.

Kalau korang ada kelas malam, lepas kelas pun boleh datang. Apadahal? lagipun kelas ni ada 2 sesi. Sesi pertama latihan kaedah dan matapelajaran lepas. Lepas rehat pula sesi kedua iaitu buah matapelajaran yang baru. Kalau terlepas sesi pertama, korang boleh je masuk terus sesi kedua. Sebab benda penting sini korang kena dapat buah untuk tamat silibus pada waktu ditetapkan. Tak lama pun belajar kalau datang kelas hari-hari. 4 Sem dah boleh grad!

4. Duit. Nak belajar mesti guna duit. Takda duit la nak bayar.

Slumb3r pun menghadapi masalah macam korang. Yuran persatuan untuk ahli baru tak banyak. Cuma RM 65 (Last sem punya harga).

Guess what! Itu je korang kena keluar sehingga korang dah tamat silibus. Takda duit uniform. Takda kos-kos tersembunyi yang lain. Apa yang ada hanyalah derma seikhlas hati untuk persatuan buat beli benda runcit untuk kelas latihan. Contoh macam air, kuih-kuih dll.

Uniform korang kena beli dan wajib pakai ketika dah tamat sahaja. Ni untuk ringankan beban. Sebab yang penting kat persatuan ini adalah korang belajar.

Kalau korang boleh keluar duit untuk henpon beriban-riban, overnight tetiap malam sampai balik pagi-pagi, takkan RM 65 untuk 4 sem tak boleh keluar? 

Dah la tu, banyak sangat Slumb3r bebel tah pape. Ni baru sikit rungutan dan benda-benda yang biasa Slumb3r dengar sebelum masuk Silat. Senang cerita, masuk dulu baru tahu.

P/s:Tiba-tiba Slumb3r teringat nak basuh uniform Slumb3r. Dah kotor dah sebab simpan lama-lama.

No comments:

Post a Comment