Salam....
'Bos saya merungut sebab beliau terlampau banyak meeting'
'Tak lah, dia tak merungut, cuma meluahkan pendapatnya'
'Tak! dia merungut. Dia buat aku tension dengan cakapan dia. Ibarat aku tak buat kerja langsung dan dia jer yang memajukan syarikat ni'
'Nak kena cepuk? memang la dia yang bangunkan company ni sendiri. Dah company ni dia punya sendiri'
Whoaa...
Slumb3r agak demotivated sikit dalam beberapa hari ni mengenangkan nasib gambar wedding yang tak siap dan beberapa tempahan wedding yang bertindih tarikh. Slumb3r tahu juga bezakan mana yang utama dan tidak. Wedding boleh tunggu, study kena first!
Slumb3r cuba nak dapat RM1600 dalam masa beberapa bulan ni untuk repair hardisk. Takda source lain selain mak Slumb3r. Tapi bukan dalam bulan ni, mak dah keluar duit banyak nak masukkan adik kat UniKL. Biar lah.
Slumb3r nak meluahkan pendapat jer. Bukan merungut.
1. Got another big fight with my GF menyebabkan Slumb3r di-hanjing oleh kengkawan. Katanya 'terlalu sabar', 'terlalu berlembut' dan blablabla. Haha. Well, I've got to say this. Feeling is to0o0 abstract and each and everyone around me give different oppinion. I accept. Tak melantun. Tidak merungut itu ini tak kena. GF Slumb3r mengamuk bersebab, bukan suka suki. My bad.
2. My daddy kirim duit semalamnya. Slumb3r dah berapa bulan tak balik Johor. Ada sebab and my daddy understand. Alhamdulillah. Tapi Slumb3r berazam yang raya ni Slumb3r akan beraya kat Johor kalau takda aral melintang. Sorry family and friends kat Perak. hehe... Rasa bersalah sebab lama tak balik Johor.
Slumb3r dah dididik dari kecik supaya redha dengan apa yang ada dalam dunia. Hidup ni alakadar je. Tak payah nak bermegah-megah.
Slumb3r peratikan sekeliling Slumb3r pasal-pasal student ni ha. Dok UiTM. Dah la dapat hostel, dapat elaun makan. Rupa dah macam orang susah, tapi laptop, henpon MEGA. Ada kereta besar. Pakaian brended. Kasut pon mahal. Suka benor overnight dengan alasan pergi buat assignment. Ape kimak tu?
Layakkah anda belajar di UiTM atau tempat anda sepatotnya di Lim Kok Wing University?
Family Slumb3r golongan pertengahan je. Mak pesara cikgu. Bapak pesara manager estet. Mak Slumb3r sekarang berkebun dan makan duit pencen sambil menyara 2 orang anak di Universiti. Bapak Slumb3r dah mula sakit2. Source of income takda melainkan 1 buah rumah sewa dan anak-anak yang dah bekerja.
No special gadjet. Henpon pon pinjam orang. Moto ade 1 je, tu pon mak tak bagi bawa sebab adik nak guna.
Ada DSLR Nikon D3000 dengan speedlight murah. Cuma tambah sikit bateri speed lite tu betri caz. PC motherboard DDR2 RAM 2 gig. Hardisk 1 teraB + 500 GB. Ada gitar yang beli RM 300 baru, amp dengan multi effect beli secondhand dari senior masa part 2, RM 300. Kasut dah 2 tahun tak tuka, baju brended baru beli sem ni. Ada 2 pasang jer. Plus 1 RM50 monthly broadband that my mom support me.
No cars, No motorcyles, No other branded clothing, No handphone that really working fine, NO rich parents, NO rich siblings, No SmartPhone. No Ipad 2...
Bukan bermaksud takda semua benda tu takda life. Life ada. Depan PC jer. Main gitar pon tengok PC.Berhibur, release tensi, bersosial pon depan PC. Pendek cerita, semua la depan PC.
Layak ker aku belajar kat UiTM?
=================================
Terfikir balik cakap mak.
'Orang merungut ni tak bagus'
Orang bagus = orang tak merungut. Kenapa?
Soalan yang bermain-main kat kepala dah berapa hari ni. Kenapa ye?
Cek balik, Irfan khairi, Dato' Syekh Muzaffar, Dato' Siti, Saiful Nang, Nabi Muhammad sendiri pon takda hikayat pasal diorang merungut.
Teringat lagu 'kau boleh'
"Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan,
jika kau fikirkan ragu-ragu usaha kau tidak menentu"
Teringat cerita pasal 'Law Of Attraction'
'Thought become things' <= Kompleks nak explain
Banyak lagi la side effect bila merungut ni. Tak bagus semua.
Okay. Slumb3r cuma nak motivasikan diri ni la juga.
Merungut = orang yang mengata benda-benda negatif terhadap sesuatu pekerjaan yang dilakukan dan bembeza-bezakan kerja itu dengan kerja yang lain. (tafsiran sendiri)
Berbeza dengan meluahkan pendapat. Beza kedua ni adalah pada bahagian 'negatif' ditukar kepada 'positif' dengan meletakkan solution kepada masalah (benda negatif) tersebut.
Contoh:
'Malas giler aku nak buat kerja ni! Ada 2 orang kerani, tapi kenapa aku je kena buat kerja?' <=Merungut!
'Malas giler aku nak buat kerja ni! Ada 2 orang kerani, tapi kenapa aku je kena buat kerja? Ah! takpe la. Cepat buat, cepat siap. Boleh Rehat' <= Meluahkan pendapat...~
Secara asas, 'You are what you think' and at the same time you are giving your self motivation to go further beyond your capabilities. GOT MY POINT?
Tak payah nak salahkan orang lain tak buat kerja. Kaw buat jer kerja kaw. Kalau terasa tak adil, jangan merungut. Sebaliknya carik jalan penyelesaian. Orang sekeliling tak larat nak dengar penekanan terhadap masalah sebaliknya cadangkan solution. Paling tidak, doa jer supaya orang tu sedar. Lagi mulia.
Dah la, terlalu banyak masalah dah ni Slumb3r. Fokus jer lah pada objektif yang lebih penting. Slumb3r bukan orang cepat terasa atau melantun. No point nak buat semua tu. Baik cari solusi.
Memang tak dapat la time ni. Kena tido dulu. Bila otak dah fresh, baru boleh pikir. Gud nite.!
paling terasa pasal overnight buat assignment. Mcm group aku par ada laki perempuan. takkan nak duduk kat library smpai ke pagi paling pak guard bagi.
ReplyDeleteMacam slalu lak kaw keluar mi...
ReplyDelete