7 Jul 2011

Ajaran Sesat Fukers!

Salam ukhuwah semua...

Slumb3r dah beberapa hari buat sedikit research pasal konsep nikah batin. Dah takda kerja yang baik dari buat research macam tu. HAHA!

"kaw dah kenapa buat benda tu?"

Yer la, Slumb3r tengok sekarang ni kumpulan underground ajaran sesat dah banyak buat aktiviti dengan orang yang terdekat dengan Slumb3r. Baru-baru ni kawan Slumb3r ade sebut pasal kakak beliau ada buat nikah batin dengan seorang lelaki. Intrestingnye, Slumb3r ingt benda tu main-main jer, sekali betul-betul la pulok.

Slumb3r pon gagahkan diri buat research. Just key-in je kat google search box 'konsep nikah batin'.

Tetiba keluar 1 blog ni dari sumber yang Slumb3r boleh percayai. Link dia sini. Ini kerana sumber dari blog ini adalah dari jabatan agama islam.

Ada satu pengikut ajaran batiniah dalam Malaysia ni yang mengamalkan konsep nikah batin. Slumb3r belajar kat sekolah dulu rukun nikah ada 5, pengantin lelaki, pengantin perempuan, 2 orang saksi, wali dan akad. Tapi nikah batin hanya menggunakan 1 dari 5 rukun tu, akad. Tu pun Slumb3r tak pasti sebab Slumb3r tah tahu bebenda semua ni.

Tetiba Slumb3r teringat masa belajar kat sekolah agama masa kat Johor dulu. Kami tak diajar pasal ajaran-ajaran sesat pun. Tapi kali diajar perkara basic pasal cabang-cabang fikh seperti Munakahat, Muammalat, Faraaid dan Jenayat. Ada la juga perkara fardu ain macam ibadah, tauhid, hafazan, hadith. So far, Slumb3r ingt tu je la subjek yg diajar.

Slumb3r belajar benda ni bila dah masuk tingkatan 5 masa kat sekolah menengah. Adalah ajaran taslim, Bahai dan ape ape tah.

Persoalanya, kenapa kami diajar semasa ditingkatan 5??

Slumb3r konpius... Takpa la, at least Slumb3r tahu macam mana nak bezakan antara benda btul dan salah. Korang jangan pulak ikot benda-benda yang terang2 haram ni...

p.s: Dah lama Slumb3r tak main gitar...

No comments:

Post a Comment