3 Aug 2011

Simbolik video 'So far away'

The death of James Sullivan The 'REV'

Okay. Kelmarin Slumb3r ada post pasal musim lagu akustik yang memaparkan video clip Avenged Sevenfold (A7X) bertajuk 'So far away'. Maka, kali ini Slumb3r akan cerita sedikit pasal video clip tu.

Sebenarnya, video clip dan lagu itu dibuat khas untuk ditujukan kepada diorang punya drummer, James Owen Sullivan aka The 'Rev'. Beliau telah ditemui meninggal dunia pada tanggal 28 Disembar 2009 pada usia 28 tahun. Muda lagi kan?


Semua gambar ikhsan Mr. Google


The 'Rev' meninggal di rumahnya akibat pembesaran jantungnya sebab komplikasi ubat yang dimakannya. Slumb3r ingt dia overdose dadah or somethin, tapi laporan autopsi mengatakan beliau mati sebab lain. Antara ubat yang dier makan itu adalah Oxycodone (pain killer), Oxymorphone (Lebih kurang macam morphine), Diazepam/Nordiazepam (ubat anxiety disorder) dan ethanol dalam alcohol. Tapi dalam laporan sebenar autopsi, penyebab utama kematian beliau adalah jantung beliau yang membesar kesan sampingan sebab amek ubat tu.

Sekarang posisi drummer beliau telah digantikan dengan drummer Dream Theater. Mana taknya sebab dia meninggal time A7X tengah rekod lagu unk album Nightmare yang release tahun 2010 dulu. 

Slumb3r respek kat mamat ni sebab dia punya skill main drum yang sangat gempak. Lagu feveret Slumb3r yang beliau main adalah 'A Little piece of heaven'. Suara beliau ade dalam lagu tu. Kalau korang denga suara lain selain M. Shadows dalam lagu tu, suara dia la tu.

Ni video live A7X buat konset. Slumb3r simpan lagi full concert diorang dalam hardisk Slumb3r yang rosak tu. Tabik la kat A7X!!

Ade beberapa fan yang buat cover lagu unk 'so far away' tu. Antara cover yang terbaik Slumb3r tengok adalah ini sebab yang main bass, lead, rhythm dan plucking unk akustik itu adalah orang yang sama manakala orang yang main drum tu adalah orang lain. Total, 2 person played this song.

So far, Slumb3r clear main rhythm dengan lead sahaja. Lead pon time solo jer. Part plucking tak dapat lagi. Laju gak Synyster Gates main plucking neh. 


P/s: Slumb3r nak carik la gitar replica custom made Synyster Gates. Gempak sehh!

Sumber: Wiki dan Rolling Stone.com

No comments:

Post a Comment