8 Aug 2011

Entry Muzik Terbaru, Music Monday #1

Salam...

Slumb3r minat muzik giler bhah-bie punya, maka Slumb3r tetapkan hari isnin sebagai Music Monday under tag 'Muzika and Slumb3r'.

Untuk kali pertama ni Slumb3r cerita pasal lagu yang korang jarang dengar. Tapi bagi sesetengah gamers ni memang agak familiar dengan lagu ni. Takpe, Slumb3r bagi dengar lagu yang dicover oleh seorang budak yang agak cool dier punya cara permainan gitar dia. Tapi agak LAME~ sebab dia punya face gesture gak yang spoil dia punya performance.

Hahahaha!... giler cool!

Try tgk masa 1.23 minit. Jari dia. Bhapak poyo! rasa macam nak potong jer jari sotong dier tu tuka dengan jari Slumb3r.

Ini adalah lagu OST (official sound track) unk game versi Guilty Gears yang direka oleh Daisuke Ishiwatari.


Beliau adalah game developer, game designer, composer, cartoonist, anime director dan banyak lagi jawatan dier. Ada sumber yang cakap game ni beliau buat semua, dari storyline, characters sampailah muzik. Mega kaw Daisuke!

Daisuke ni keturunan Jepun yang lahir kat Afrika selatan. Beliau banyak guna lagu2 heavy metal dalam game ni sebagai menunjukkan game fighting yang gempak dan MEGA!. Nama pun OST, jadi kebanyakkan lagu dalam game ni takda vocalist dan guna lead guitarist jer.

Kalau nak notes guitar pro 3 lagu ni, boleh la korek kat sini.

Game ni di develop oleh Arc System Works yang ade lebih kurang 5 sequel iaitu Guilty Gear, Guilty Gear X, Guilty Gear XX, Guilty Gear Judgment, dan Guilty Gear 2: Overture. Banyak lagi sebenarnya, tapi yg popular lima ni jer la.



Game ni adalah game 2D fighting genre yang mega dan meletz pada zaman Playstation dedulu. Game ni release tahun 1998 (masa tu Slumb3r darjah 2). Feeling2 lepas sahor dok maen game ni sampai pukul 10 then tido sampai nak dedekat buke. Teringat masa zaman mude mudi dulu yek. hahaha!

Storyline dier simple jer. Pada zaman masa depan iaitu zaman 2180. Zaman tu sangat mistik. Kononnya pada tahun 2010 ada 1 kajian pasal 1 kuasa yang dilabel sebagai Magic. Magic ni telah mencetuskan peperangan kepada sesiapa yang mahukan kuasa yang tiada had. Pelbagai Gears (satu kombinasi antara manusia dan kuasa Magic) telah terbentuk.

Nak dijadikan cerita, Gears ni menentang manusia. Satu team manusia yang digelar Orders of Holy Knights telah dibentuk untuk menetang Justice (Ketua Gears) dan akhirnya dikalahkan dan dikunci didalam penjara Dimensi oleh Orders of Holy Knights. Antara watak dalam Orders of Holy Knights ialah:






Slumb3r tak leh nak cakap hero yang mana 1 la sebab Slumb3r yakin Arc System Works ni takda la plak kuarkan versi anime selain versi game ni. Tapi every sequel ada diorang punya hero dan storyline.

Macam yang keluaran pertama diorang, hero dalam game tu ialah Sol-Badguy



Selain cover guna gitar OST game ni, ada yang lebih kreatif guna violin. Sumpah cool! Enjoys!



Sumber: Wiki

No comments:

Post a Comment