Salam ukhuwah hadirin dah hadirat sekalian.
Berdirinya saya disini untuk menulis sesuatu berkaitan isu yang agak beberapa panas semenjak beberapa tahun ini.
Slumb3r terpanggil untuk menulis post ini kerana Slumb3r tersasa seperti dunia ini perlukan sesuatu yang baru. Baru macam mana?
Slumb3r tengok e-mail tadi dan terperasan satu berita kat yahoo punye portal pasal seorang brader cina ni tak puas hati yang McD kat Singapore pasang azan kat diorang punye outlet. Dia post kat wall fb McD sambil menyatakan ketidakpuasan hati beliau sebagai penganut agama lain yang berada di dalam outlet tersebut. Pihak pengurusan menjelaskan sebagai penghormatan kepada penganut agama Islam sebab kami berada dibulan puasa.
Dia akhirnya memadam post beliau dengan final words yang beliau bukan nak menjadi racist tetapi sekadar meluahkan pendapat beliau sebagai penganut agama lain.
Fine words by him. Slumb3r tak salah kan dia. Mungkin dia tak selesa semasa berada disitu sebab kalau Slumb3r ditempat beliau sememangnya Slumb3r turut tidak berasa selesa. Semestinya Slumb3r akan cepat2kan urusan kat situ dan blah. Ape ade hal?!
******
Still pasal isu agama. Kalau kita tengok dibidang penyiaran sendiri rancangan berkaitan agama macam Imam muda dah macam suatu trend. Slumb3r perhatikan ni semenjak demam Mawi lepas beliau menyertai AF. Ini kerana Mawi adalah salah satu peserta yang membawa kelainan kepada environment media terutamanya kepada Astro dan Akedemi Fantasia sendiri.
Ini kerana Slumb3r merasakan Mawi adalah calon AF yang ilmu agamanya agak tinggi dan dia menjaga imej dirinya baik.
Slumb3r bukan nak adore Mawi sangat. Tapi korang boleh tengok. Selepas hadirnya Mawi, media berlumba-lumba untuk mewujudkan program TV berbentuk keagamaan. Akedemi Al-Quran, Akedemi Nasyid, Akedemi ape lagi tah.
Korang boleh la layan video ni kejap sebab video ni alah OST kepada 1 prgram realiti yang ditakrifkan sebagai berjaya.
Ni adalah OST untuk rancangan Imam Muda. Program ni dah macam pemecah trend terhadap seseorang itu memandang Islam sebagai sesuatu yang menarik. Mungkin pada sesetengah orang membuat rancangan ini seperti mempersendakan agama. Well, they got some point there.
But, nabi kita dulu pun tak gunakan 1 cara sahaja untuk menyebarkan Islam. Baginda menggunakan pelbagai cara untuk menyebarkan dakwah. Baginda sendiri tahu orang dalam dunia ni pelbagai ragam dan beliau menggunakan pelbagai cara untuk menyesuaikan dengan ragam manusia. That is creative.
Dalam dunia yang serba Moden ini, Slumb3r merasakan teknologi dah makin berubah dengan pesatnya. Slumb3r turut merasakan orang disekililing Slumb3r berubah mengikut peredaran zaman. As for Islam, Syumul beb! Sesuai diamalkan sepanjang zaman.
People need to be more creative to conveys a simple message.
Kalau korang amati OST rancangan tu sendiri dah ade beat rancak disulami dengan lirik yang simple dan senang difahami oleh semua lapisan masyarakat. Orang dah macam muak denga nasyid2 yang slow macam Raihan, Hijjaz atau Rabbani. Takpayah jauh la, Tengok Slumb3r sendiri la. Sama je. Tapi Slumb3r suka lagu yang rancak dan tidak ngantuk mendengarnya. Sumpah terbaek!
As conslusion, be creative sebagai pendakwah-pendakwah sekalian. Seperti pesanan Nabi Muhammad saw. kepada kita,
"Sampaikanlah pesanan pun walaupun sebesar zahrah sekalipun"
Ahlan wasahlan ya marhaban mikum!
Selamat menjalankan Ibadah Puasa.!
ps: kalau salah tolong betulkan
No comments:
Post a Comment