17 Nov 2016

No Shave November

Aku rasa dah lama tak tengok blog, GUI dia pun dah lain sikit. Aduh. Ape kena dah dengan aku ni.

Without further a due~

Fast forward sedikit kerana aku dah lama tidak menulis blog. Ada sedikit sibuk selepas kahwin. Tapi aku akan recap satu persatu.

  1.   Alhamdulillah 6 Ogos yang lepas aku telah selamat dinikahkan dengan suri hati aku selama 10 tahun kami kenal, Miss A atau Nur Atiqah Binti Ahmad Zaki di kampung.
  2. Kerja Shenget diteruskan semula seperti biasa. Aku cuba stail like-marketing dalam facebook page shenget.
  3.   Aku baru perasan, aku takda rancangan menyeluruh bila aku buat tu. Habis RM 300 saving. LOL!
  4. Aku buat content untuk Shenget selama 3 bulan. Tapia da perkara menghalang.
  5.  Miss A di diagnos mengandung pada awal bulan 10 kalau tak silap. Kami gembira.
  6.   Kami pun pergi honeymoon di Langkawi pada bulan 10. Masa tu tak rancang pun nak ada anak sampai dia diagnos mengandung.
  7.  Balik dari honeymoon kami, Miss A sakit.
  8.  Penyudahnya awal bulan 11 kelmarin konfem dia keeguguran. Aku jangka masa kami dilangkawi memang lasak.
  9. Shenget tidak bergerak selepas dia didiagnos mengandung sampailah sekarang. Katanya tak larat nak buat kerja.
  10. Aku patah kaki dan patah semangat untuk menjadi produktif.
  11. Dan sehingga sekarang Miss A masih dalam pantang.

Dugaan banyak dalam beberapa bulan ni. Tapi nak buat macam mana kan. Bukan rezeki kami.
Antara update yang lain adelah:
  1. Untuk menjadikan aku produktif dalam keadaan begini, aku telah buat beberapa mindset baru. Sesuai dengan keadaan semasa.
  2. Aku telah setup satu facebook page baru dan rekod facebook live sebagai vlog aku. Maklumlah tiada skill mengedit, facebook live adalah tempat untuk aku upload segala progress projek-projek kecik aku.
  3.  Aku mohon untuk sambung belajar di UiTM bagi sesi Mac 2017, baru mohon, belum dapat result lagi.
  4. Selain projek sambung belajar dan vlog aku, Shenget pun beroperasi dalam keadaan pepura je. Update content facebook je buat masa ni. Tiada marketing secara agressif seperti sebelum-sebelum ni.
  5. Lepas Miss A dah sihat, mungkin aku nak run projek tshirt grafik aku, tapi MO belum siap. Mungkin KIV dulu dan fokus pada benda yang penting lain.
Banyak sangat plak projek kau ni Gapa. Tapi yang penting, projek buat anak tangguh dulu sampai aku nak-nak habis master nanti. Itu pun kot ade rezeki la. Alhamdulillah Miss A faham yang laki dia ni ada cita-cita. LOL!

6 Jul 2016

Setahun dah adik takda...

Sedih sebenarnya aku, tapi post2 aku dimedia sosial yang lain tidak menunjukkan aku sedih sangat. Cuba2 cover sedih untuk latih diri lebih kental dari biasa.

Hari ni 6 Julai 2016. Tahun lepas waktu begini waktu arwah adik dah selamat dikebumikan ditanah perkuburan Ayer Hitam Batu Pahat, Johor. Dia kemalangan melibatkan motorsikal dan lori di Johor Bahru.

Tahun lepas jugalah kali terakhir aku bayarkan zakat untuk adik sebelum dia kemalangan. Nak bayarkan untuk mama, dia dah bayar sendiri. Jadi aku bayarkan untuk adik. Tu kali pertama aku bayarkan zakat untuk adik dan juga untuk kali terakhirnya. Tahun ni bayar untuk diri sendiri je. Mcm biasa, mama dah bayar sendiri.

Aku masih ingat, waktu sekarang aku dapat bersembang dengan para pensyarah beliau yg melawat. Terus direct dari UniKL MIMET di Lumut. Tak kurang ramai sahabat2 arwah yang datang dari serata Malaysia. Tuhan je mampu aku ingat masa tu. Dia lebih sayangkan adik.

Mama aku pada waktu ni dah balik hotel. Dia dengan keluarga Acik Adan datang terus dari Perak ke Johor selepas dengar berita kemalangan adik. Aku dari KL naik Kak En sempat smpai waktu magrib tu. Aku langsung takda selera nak buka puasa. Masa tu puasa yang ke 19. Beberapa hari lagi nak raya. Sedih tak terkata keluarga kami pada waktu tu.

Aku rasa time2 macam ni aku lepak kat kedai tomyam dekat dengan rumah. Anak2 buah aku makan kat sana. Aku tengah tunggu Miss A, Mat Yie dengan Sha. Depa datang dari Shah Alam ke Johor lepas aku kabor adik dah takda. Bersyukur aku ade depa. Tak lupa juga geng2 sepengajian aku, Agi, Najmi, Zainal, Sapes, Anis, dan sape tah membe sapes tu aku x kenal.

Masa kat kubur aku nangis depan depa. Aku tak dapat terima yang adik dah takda. Sekuat mana pun rasa sayang aku kat adik, Allah lebih sayangkan dia. Dia tarik nyawa adik dalam bulan berkat ni. Kami sekeluarga cuba untuk redha.

Berbulan aku dengan mama cuba recover. Aku recover awal dari mama atas bantuan doktor, ubat2 yg dia bagi dan sokongan keluarga dan rakan2 yang lain.

Bos aku kerap kali perasan aku menangis tiba2 masa tengah buat kerja. Mana taknya, tiba2 aku teringat kat adik, aku nangis. Tak kira masa tak kira tempat. Rasa tu datang macam gelombang. Tiba2 datang, tak sampai 5 minit, hilang.... Macam angin kentut. Kejap je baunya, lepas tu hilang.

Tugas aku untuk pikul tanggungjawab makin berat. Segala hal urusan duniawi berkenaan keluarga dan peninggal arwah adik terpaksa aku uruskan. Dengan keadaan mama yang kengkadang sihat, kengkadang tak sihat, buat aku risau.

Alhamdulillah,  pelan2 lama2 abes la segala2 urusan seperti, insuran, KWSP, PTPTN. Tak lupa juga urusan konvo arwah adik. Selesai semuanya dalam lingkungan kurang setahun. Ada sikit lagi belum setel kerana kekangan birokrasi mcm urusan pertukaran nama motorsikal.

Hari ni juga mencatatkan sejarah. Pertama kali aku beraya tanpa bapak. Arwah bak meninggal bulan 12, 5 bulan selepas arwah adik. 5 Disember 2015. Selepas kematian arwah adik, kesihatan dia merudum. Dimulai dengan ingatan dia kemudian berlarutan sehingga fizikalnya.

Setahun adik takda, first raya tanpa bak dan insyaAllah last beraya bujang. Itu cerita lain. Nanti aku bagi kad.

Aku pergi ambil sendiri laporan post mortem dia dari hospital JB. Dalam laporan forensik tu mendapati ada beberapa tulang rusuk adik patah dan menjadi salah satu punca kematiannya. Ada sesetengah pendapat cakap memang lori tu gilis badan adik, tapi tak seret.

Sehingga saat ini, kami sekeluarga masih tidak dapat apa khabar berita dan keadilan dalam kes kemalangan ini. Siapa melanggar dan tuntutan apa pun kami tak dapat khabar berita.

Mungkin akan ada 1 hari nanti aku akan pergi ke JB untuk menerima penerangn dari pegawai polis yang menguruskan kes adik ni. Tapi atas faktor kekangan masa, aku masih belum sempat untuk berbuat apa2. Kes ini masih di awang2an.

Beruntunglah kalian ada mak, bapak dan adik beradik yang lain. Hargailah mereka sebaik2nya. Jangan nanti dah takda, baru terkial2 nak cari.

Aku cuti sampai Isnin, jadi kot2 ade geng nak ajak lepak, gua onn je... Jgn sembang sudah la...

5 Jul 2016

Tegur

Ade sesetengah orang reti menegur. Aku takda masalah dengan orang macam ni.

Ada sesetengah orang cam pundek ketika menegur. Aku fakap ngan orang macam ni.

Apa aku buat dengan orang yang tak reti menegur dengan hikmah ni?

Buat bodo dan carry on dengan apa aku tengah buat. Jelas menunjukkan aku ni seorang manusia. Sememangnya aku beranggapan bahawa 'A' untuk Allah...

Shit...

Esok balik raya dah... I cannot brain...

Tiada mood raya...

Fullstop...

3 Jul 2016

The Worst Raya Ever

Not much to say.

This raya is the worst ever.

Sebab jatuh pada 6 Julai. Ngam2 setahun selepas arwah adik takda. 6 Julai 2015.

Dan...

First raya takda arwah bak.

Last raya sebagai bujang.

InsyaAllah....

18 May 2016

Review Buku Pedagogi Bahasa Tertindas oleh Zul Fikri Zamir

Lama juga aku nak habiskan baca buku ni. Adalah 2 minggu. Mulanya aku tak minat buku falsafah ni, tapi minat aku pasal falsafah mendorong aku untuk kencari buku2 bergenre berat macam buku Pedagogi Bahasa Tertindas ni selepas baca SBPUBK.

Ada 161 mukasurat je. Banyak space sebab selang antara bab. Diterbitkan oleh DuBook Press tahun 2013. Aku beli cetakan pertama tahun 2013.

Penulis dia Zul Fikri Zamir. Penulis yang sama tulis buku SBPUBK atau Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang. Buku tu adalah buku berat pertama aku khatam. Terus terang aku cakap, tak masuk akal buku berat2 ni sebenarnya.

Tapi buku tu aku habiskan tahun 2013 dulu, zaman PRU. Aku taksub dengan buku SBPUBK sampai masa nak mengundi, buku ni aku usung nak masuk bilik buang undi. Tak faham sangat ape pun isinya, cuma berkisar isu semasa mahasiswa dan kaitannya dengan negara.

Buku PBT atau Pedagogi Bahasa Tertindas ni lebih kepada mengkiritik PPSMI atau program kerajaan bermula tahun 2003 dulu yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penggantar. Pelajar yang lahir tahun 1990 seperti aku adalah 'mangsa' kepada sistem ini. Kami adalah batch pertama yang menjadi bahan eksperimentasi untuk program Ini.

Dalam buku ini turut dikongsi apakah 'disebalik' PPSMI yang makhluk macam aku terlepas pandang. Contohnya:

1. Rasionalisasi peng-Inggerisan matapelajaran matematik dan sains kepada bahasa Inggeris.

Pada aku bagus sebenarnya penggunaan BI dalam matematik dan sains sebab berguna untuk memudahkan rujukan pada peringkat kolej dan universiti. Aku sendiri memahami banyak terma sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Cikgu matemetik aku tidak mempunyai masalah sekiranya mengajar dalam BI, tetapi ada cikgu yang menyebut terma sains dalam bahasa Inggeris slanga Jawa. Kelakar bunyinya, tapi itulah hakikat.

Pandangan aku ditambah tentang keburukan PPSMI, contohnya tender buku2 teks dan latihan akan diberi kepada kroni, jurang ilmu antara orang kampung dan bandar semakin besar, penjualan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu semakin merosot, amalan BM sebagai bahasa kebangsaan diabaikan, PPSMI menentang falsafah pendidikan kebangsaan dan berbagai isu dikaitkan dengan perlaksanaannya yang banyak kesan kepada masa depan negara.

2. Peranan pemimpin sebagai penetap keputusan.

Pemilihan pemimpin perlu dititikberatkan untuk memastikan negara tersebut mempunyai kelangsungan yang mapan disamping tidak meninggalkan aspek nilai negara bangsa itu sendiri.

Pemimpin yang bijak lahir daripada kesedaran yang proaktif mencari penyelesaian masalah. Mereka pula dibantu oleh golongan cendekiawan sebagai 'think tank' dalam menilai sesuatu keputusan sebelum digubal menjadikan polisi.

Dalam buku ini juga jelas menunjukkan mereka juga adalah manusia biasa yang pernah silap dan salah. Apa yang kita boleh ambil pengajaran adalah, bagaimana langkah pemulihan dilakukan selepas kesilapan dibuat. Pada aku, itulah yang paling utama.

'Past is past, let it go and move on fucker!'- (Ghafar Nawi, 2016)

3. Tugas tarbiah untuk semua golongan, bukan hanya insan2 terpilih.

Ini dapat digambarkan dengan peranan Zulfa mengingatkan ayahnya selaku pembesar untuk memikirkan dan menimbang semula keputusan yang telah dibuat.

Walaupun Dr. Hussein adalah abang kepada Dato Farid telah menasihati adiknya untuk mengubah polisi kerajaan tidak berjaya, Dr Hussein meminta anak buahnya, Zulfa menasihati ayahnya.

Pada aku ini adalah lambang dakwah dan tarbiah sebenarnya. Setiap titip surat Widya, Zulfa, Dr Hussein dan Dato Farid  sering mengingatkan satu sama lain. Kalau bukan berkenaan agama, mesti berkaitan bangsa isinya.

Kesimpulan

Cukup aku berikan 3 point. Ada banyak lagi aku boleh tulis, tapi aku perlu bersiap pergi kerja pagi ni. Buku ni sudah lama aku beli tapi belum sempat baca.

Lepas ni buku La Adri InsyaAllah...

Dalam list aku ada:
1. La Adri (tak ingat penulis dia sebab buku kat opis)dari DuBook Press
2. Filsuf untuk Noob oleh Dayang Sifar dari Thukul Cetak
3. Sang Penguasa oleh Nicolo Marcheavelli terjemahan oleh Thukul Cetak
4. Pidato dan Strategi Perang oleh Che Guevara terjemahan oleh Thukul Cetak
5. Mentaliti Jamban oleh Khairul Abdullah dari Komrad Buku

Kalau korang ada buku yang berbentuk falsafah untuk dicadangkan, boleh le kabor ye. Tapi syaratnya tak lebih 200 Mukasurat. Kalau bergambar lagi bagus.

Maaflah, aku malas membaca...

6 May 2016

#Day 1: Hanya 4 jam Tido.

Aku terpanggil untuk mencabar diri aku untuk tidur 4 jam kerana 1 sebab. Aku ingin menjadi Muslim yang produktif.

Aku terperasan 1 video dalam FB berkenaan how to be productive Muslims. Antara bait-bait pesanan dalam video tu aku ingat adalah amalan wajib dan sunat yang lain yang dilakukan secara istiqamah (disiplin). Caranya mudah, tidur pukul 9 malam, bangun pukul 2 atau 3 pagi untuk solat tahajud, baca Quran, zikir, kemudian teruskan solat Subuh, then pergi kerja. Pukul 9 atau 10 buat Solat Dhuha, sambung kerja semula. Lepas merarau, Solat Zuhur. Masuk je waktu Solat  Asar, amek rehat kejap dalam 15 minit untuk pergi solat. Balik rumah petang tu terus Solat Maghrib, beramah mesra dengan keluarga bagai, bila masuk waktu, terus Solat Isya' dan sebelum tidur buat Solat Witir.

Simple je kan, tapi nak buat, MasyaAllah..... Struggle betul la rasanya.

Aku mulakan langkah pertama. Tidur cuma 4 jam. Tidur pukul 9 dan bangun pukul 2.30 gitu. Tak buat Solat Tahajud sebab aku dah lupa, lama tinggal. Baru google tadi. Nanti nak minta mak aku ajar aku semula. Last buat masa nak SPM dulu, tu pun atas dasar ikut program sekolah.



Kenapa pukul 9 tido?

Aku pernah baca artikel yang kata tidur 4 jam sahaja sememangnya cukup untuk rehatkan badan bukan 6 jam atau 8 jam seperti yang dicadangkan saintis. Syaratnya tidur pukul 9 sehingga pukul 2 atau 3 pagi. Kerana pada waktu itu adalah waktu hormon tidur sedang aktif dan sekiranya kita tidur pada waktu itu, badan akan mendapat kualiti tidur yang terbaik.

So, apa aku buat?

Aku tidur pukul 9 malam. Takda 9 malam sangat sebab aku kengkadang sampai rumah pun dah pukul 9 malam, kemudian bangun pada pukul 2.30 pagi. Sehingga pada post ini ditulis, aku masih segar walaupun aku dah bangun dari pukul 2.30 pagi.

Tapi silap aku, aku makan sebelum tidur. pergh. Gemuk sial. Tu aku nak kena ubah juga...

Masalah aku hadapi, aku ngantuk sekiranya stay up semalaman dalam pukul 9 atau pukul 10 pagi. Jadi aku tanya Kerut (Naim), dia bagi tips.

"Minum kopi bila bangun tu. Kafein biasanya bertindak selepas 5 jam kita consume. Kalau ko dengar sembang orang bangun pagi minum kopi terus segar, itu hanyalah sembang kotey,"

Tulah, aku cuba buat dulu, nanti aku share la ape yang aku rasa.

Oleh kerana aku dah bangun tadi, aku terus buat artikel nak post dalam TelukIntanKini.com sebagai featured writer. Saja je hantar artikel, mana tahu kena publish. Editor dia minta aku tulis, jadi aku takde idea sebelum ni, aku pun tulislah pagi tadi.

Gerak dulu nak bersiap g kerja. Pape, roger.

1 May 2016

Cara Aku Berdisiplin Ketika Berbelanja

Lama tak tulis benda-benda ilmiah ni kan? Alhamdulillah, aku tetiba ada banyak masa pulak malam ni, jadi aku terasa nak menulis sesuatu yang kritikal dan sensitif lagi. Berkenaan kewangan. 

Ramai kawan dalam circle 'kawan' dan kenalan aku bertanya pasal cara pengurusan kewangan aku. Aku tak berdisiplin sebenarnya untuk mengatakan sistem yang aku guna ini adalah sistem yang terbaik dan korang patut guna. Sebab sistem yang aku gunakan ini adalah sistem menjerat diri. Aku mengolah ianya supaya menjadi motivasi kepada diri aku sendiri. Dalam post ini aku akan berkongsi sistem yang aku maksudkan tu.


Screenshoot kat atas ni adalah halaman pembayaran kad kredit aku pada bulan ini. Aku menggunakan kad kredit bagi membantu aku berdisiplin dalam berbelanja. Nampak cam bangang je, tapi inilah yang memberi motivasi kepada aku.

Meh aku fokuskan sikit kat tempat bulat tu.

Oh yeah. Memang negatif. Aku terlampau berdisiplin berbelanja sehinggakan CIMB berhutang dengan aku sebanyak RM 5.25. Kah kah kah!

Ehem...

Bukan. Jangan salah sangka. Aku sebenarnya bulan lepas terbayar lebih pula. Punya aku paranoid takut terkurang bayar, jadi aku bayar lebih. Rasionalnya aku menggunakan kad kredit ni ada beberapa perkara. Berikut adalah alasan kenapa:

1. Aku guna kad kredit untuk 2 benda; Hiburan dan belanja dapur.


Aku membeli belah barangan dapur selalunya di Econsave Alam Jaya sebab situ je dah banyak pilihan. aku tak perlu untuk pergi jauh nak berbelanja. Tak payah aku susah-susah keluar cash dan amaun dia aku boleh kawal. Setiap bulan penyata kad kredit akan dikeluarkan menunjukkan keterangan terperinci mengenai perbelanjaan.

Walaupun keterangan perbelanjaan itu tidak sedetail seperti resit pembelian, dari situ aku boleh tengok berapa banyak aku berbelanja pada waktu dan tarikh yang tercatat.

Untuk hiburan pula aku guna sebab senang. Contohnya menonton wayang. Punyalah jarang aku keluarkan cash untuk tengok wayang sebab aku dah guna kad kredit. Kalau dengan kengkawan pulak, aku kelihatan kaya sedikit kerana aku hanya mengeluarkan sekeping kad plastik. Time ni nak acah-acah kaya depan kengkawan. Phuiiiii!~ Kah kah kah!

Point sama macam belanja barang dapur, aku boleh tengok dan rekod perbelanjaan bulanan aku. Kalau terperasan yang bulan ni banyak tengok wayang, bulan depan kena kurangkan. Berapa banyak kena kurangkan? Itu berdasarkan data-data perbelanjaan tempoh hari dan budget bulanan. Aku biasanya carry forward budget hiburan ni. Takdak save-save.

Aku bayar website punya bil, bil telefon, langgan Spotify, langgan Smule, langgan apps bisness lain semua pakai kad kredit. Bahkan shopping kat lazada pun pakai kad kredit. Yup... Smule... Aku tak tahu kenapa aku suka apps tu... Kah kah kah!

2. Disiplinkan lump sump bayar sebelum 17 hb.


Bayangkan, bayar duit dapur, hiburan yang beratus-ratus tadi dengan hanya 3 minit. Wow... Sangat pantas dan cekap aku buat kerja. Tak perlu terkial2 beratur kat ATM nak cucuk duit. Tak payah terkial2 keluarkan duit syiling tatkala cashier minta duit sen-sen ni. Tak payah woi! Kad kredit jimat masa kau banyak.

Jadi masa yang lebih tu korang boleh guna untuk benda yang lain lebih manfaat. Contohnya bagaimana mahu menambah pendapatan sampingan. Masa adalah komoditi yang mahal. Berhati-hati.

Persoalannya kenapa 17 hb?

Kalau tak silap aku, CIMB start kira bunga lepas tarikh tu. Kalau tak silap aku la. Mana yang salah tu, minta betulkan. Jadi aku ada tempoh 'free bunga' setiap bulan. Dah la jimat masa, ada fasa 'free bunga' pula. Best betul!

3. Kad kredit ada points


Ini adalah salah satu kelebihan kad kredit. Contoh macam kad kredit aku ni, ada cash rebate sebanyak 5% kalau aku isi petrol. Jimat 5% woi. Katakanlah aku isi RM 100, aku jimat RM 5 kot. Tahan la 2 hari isi minyak moto aku ulang alik g kerja.

Macam kawan aku sorang ni, Azril. Dia gunakan kad kredit untuk beli barang elektronik kat AEON. Dia utilize betul-betul point dari kad kredit dan point dari AEON member's card. Itu dah satu level yang lain.

Untuk utilize point mata kad kredit ni, kena tanya yang pakar. Nak tahu, boleh tanya agen kad kredit mana-mana bank. Setiap kad kredit ada pakej point tadi yang berbeza-beza. Aku punya kad kredit kaya dengan cash rebate. Belanja banyak, banyak la jimat. Bak kata pepatah, 'orang tamak selalu untung'


Kesimpulan


Tiada masalah guna kad kredit. Lepas guna, bayar. Konsep dia mudah. Bila lapar, kita makan. Bila mengantuk, kita tidur. Bila sakit, jumpa doktor. Bila hutang, mesti bayar.

Jangan takut untuk berhutang. Tapi pastikan hutang kita tu bukan hutang jahat. Hutang jahat macam Personal loan. Sekali amek personal loan, interest rate dah jalan. Kad kredit? Bila tak bayar baru kena caj.

Rasa bermanfaat? Share la woi!

27 Apr 2016

Maklumat TPM

Alhamdulillah,  surat yang aku tunggu2 dah sampai. Surat TPM. Mak aku wasep tadi.

Tapi masalahnya aku cuma dapat sebagai calon simpanan. Kena tunggu at least 2 bulan sebelum dipanggil semula untuk jadi calon utama ke ape.

Sempat gak aku sms sorang brader yg sama2 interview dulu. UiTM dah suruh dia amek IELTS dah. Dia dapat la tu sebagai calon utama. Tapi UiTM letak benchmark 6.5 which is by right quite high la.

In the end, aku berdoa dan mengharap aku dapat. Dah 3 kali permohonan untuk master tak dapat. Jangan bagi aku mohon untuk kali ke empat pulak. Aku dah ade rancangan, by hook or crook aku tetap sambung belajar bulan 9 ni.

Kalau aku mohon, permohonan untuk september ini adalah kali ke empat.

Uuuu... what the heck...

21 Mar 2016

Job Website TelukIntanKini.com.

Seperti apa yang tertera di tajuk, itulah yg membuatkan aku sibuk sedikit sebanyak. Aku takda masa nak update macam-macam status kat fesbuk. Terutama status ilmiah. Aku sibuk nohorom.

Jadi, website tu dah 80% siap. Aku tinggal design cover photo dia, then sumbat masuk dalam website. Aku dok tunggu content dari Agi ni tah bila nak dapat. kang aku masuk post template, takut dia pelik plak.

Website tu boleh diakses melalui telukintankini.com. Dia sebenarnya portal berita tempatan. Terutamanya di Teluk Intan kawasan Changkat Jong. Alhamdulillah, rezeki aku dapat job ni.

Sebelum buat website ni, aku dah siapkan layout untuk Shenget. Nak tengok layout baru? Usha shengetstudio.com. dalam tu dah tak macam dulu. Banyak benda aku ubah sebab nak bagi nampak canggih.

Shenget dalam proses untuk develop e-commerce platform. Untuk jual tshirt grafik. Aku namakan sebagak ProjectTee.com. Tapi tu la, tak tahu bila nak launch sebab aku dah bizi nohorom ni. Nak main game pun dah takde masa.

20 Feb 2016

8 Sebab Aku Malas Nak Respon Pasal Bangla Datang Malaysia

Faktab betul.

Mana taknya, mula2 kecoh pasal TPM kita nak tambah warga pekerja asing untuk sektor 3D. Tak lama lepas tu viral artikel anak dia, respon pasal orang kondem bapak dia bawak masuk pekerja asing. Paling menghiburkan bila orang dok kondem anak TPM tadi sebab tak mengerti hidup orang susah atas sebab dia tu anak menteri. Orang juga kondem yang dia acah2 nk hidup susah.

Wadefak!

Aku malas nak respon dalam ruangan komen kat FB tu. Sebab ramai tahu cakap dan taip, tapi x tahu buat.

Sebelum aku cerita kenapa aku malas bagi respon, artikel ini adalah menjawab soalan "kenapa Gapa tak jadi keyboard warriors dan komen kat isu Bangla ni?". Aku tidak menyokong dan aku tidak menentang.

1. Aku malas

Aku banyak kerja lain nak buat. Usha FB tu sebagai tempat aku tahu perkembangan ilmiah kengkawan dan sedara mara aku. Aku nampak sape2 yang share pasal bangla ni, aku terus blok.

Malas baca

2. Aku sibuk

Aku nak print baju, design website, buat sikit kandungan media sosial yg ilmiah, nak siapkan buku, nak siapkan ebook lagi, nak uruskan kerja fulltime sebagai eksekutif kreatif, tanggungjawan sabagai anak siapa nak buat?

24 jam 1 hari aku habiskan dekat benda2 produktif. Aku takda masa nak layan pasal bangla.

3. Takda kena mengena dengan aku

Terus terang aku tak nampak kesan dia pada aku. Biarlah bangla datang pun, dah rezeki dia dapat kerja kat negara orang. Korang bising2 ni rezeki korang depa amek ke?

Aku tak kata orang Malaysia ni pemalas, tapi asalnya nama manusia ni, mesti ade juga yang pemalas. Ikut kau la nak ape pun.

"Bukan hal aku," (Peter, 2016)

4. Tidak mendatangkan $$$ (duit) pada aku

Ambil berat dekat isu bangla (yg pada aku remeh ni) tidak akan membuatkan tukang komen itu kaya. Tu la yg aku rasa masa aku jadi aktivis sosialis suatu ketika dulu. Rakan-rakan aku juga pernah megalami perkara yang sama.

Maklumlah, aku juga kapitalis.

5. Bukan bidang aku

Aku terlibat dalam industri retail media, pengiklanan, tshirt, pereka grafik, dan seumpamanya. Senang cerita, aku terlibat dalam industri kreatif. Aku BERANI komen bila berkenaan itu sahaja. Aku takde kepakaran dalam bidang bangla membangla, nepal menepal, indon mengindon atau myanmar memyanmar ni. Pergi cari ahlinya sana.

Yang komen2 tu mesti banggakan?

Ye la, komen hentam pasal bangla ni boleh buat diri tu makin 'Malaysia' kan? #sarkastik

6. Sudah melibatkan politik

Aku seorang kapitalis. Asalnya aku nampak kerajaan akan dapat duit poket sikit sekiranya warga asing ramai masuk kat Malaysia ni. Katakanlah, 1 orang Bangla boleh kaut cukai RM 3000. Kalau 10 orang, adelah RM 30 000... Kalau berbiliyun-biliyun macam mana?

Tapi itu duit jangka pendek. Kerajaan tak fikir jangka masa panjang kot akibatnya pada ekonomi negara kita.

Politik itu kotor. Jadi bila kes ni dah masuk politik, aku terfikir, "pak menteri ni agak2nya mesti dapat komisyen kalau bawak masuk pekerja asing ni kan?"

Can someone prove me wrong on this?

7. Fokus terganggu

Ni paling feymes aku rasa. Mungkin aku patut salahkan FB juga yang menarik perhatian aku dan membazir masa aku. Kah kah kah....

Aku nampak muka TPM ngan anak dia, aku tertarik kt anak dia je. Pejam celik, eh macam lawa. Pejam celik lagi, eh comel jugak minah ni. Pejam celik lagi tengok, eh, kat kepala dia ade bonggol. Bonggol ape tu?........

Tapi ni dah kira serang personal kan?

Isunya sekarang pasal orang Malaysia malas dan sebab itu, bangla pun dibawa masuk. Tak juga...

Aku rasa muka Anak TPM ni ganggu aku... Kah kah kah!

8. Media sosial tempat bersosial, bukan tempat ekstrimis

Shuuuhhh... shuhhh... Nyah dari wall FB aku...

Aku tak suka orang ekstrimis ni.

Terlalu taksub dengan kerajaan dan taksub dengan pembangkang. Dua2 barua... Baik berjuang untuk diri sendiri. Jadi selfish sikit. Ekstrimis tak bagus.

Tambah tak bagus bila melibatkan politik macam point nombor 6 aku tadi.

Kesimpulan

Aku takde ape nak tulis. Tengah tunggu mak aku bangun dari tidur petang. Nak g jenjalan kat pekan Simpang Empat kejap lagi. Dah la aku lapar, tu sebab tulisan ini penuh emosi.