21 Jan 2013

Tak puas hati #Cerkon

"Jaga kau kejap lagi" Kata Hamid sambil mengeluarkan rokok dunhill cap kaki dari poketnya..
"Jangan ingat perbuatan kau orang aku akan diam. Aku tunggu Masa"

Dah 30 minit tunggu dalam kereta yang di parkir seberang jalan. Hatinya marah tidak terkata. Kalau ikutkan hati, dah lama dia tetak Pekerja kedai tu. Duitnya habis ditipu Mereka.
Hamid perhatikan sekeliling dari tadi. Ada beberapa pelanggan masih berada dalam kedai tu. Parang tapik arwah emaknya tersimpan dalam sarung di bonet belakang. Siap sedia dikeluarkan bila perlu. Lama dia tunggu saat ini. Dah 3 bulan dia tunggu.

Dia nekad kali ini mahu serbu tanpa bincang. Kerja gila. Dah la sorang je. Bukan berkumpulan. Memang kerja gila.

Hamid buka laci dashboard sebelah tempat duduk pemandu. Dikeluarkan revolver yang masih boleh digunakan dari laci tu. Dicampak atas seat pemandu. Hamid masih mencari-cari lagi 6 butir peluru dalam laci tu. Terkebil-kebil mulutnya menyumpah-nyumpah.

"Mana pula aku punya peluru ni. Takkan tak da kot. Semalam baru cek takkan dah kena gigit dgn Johan. Aku dah bagitahu benda tu bukan kacang"

Johan teman serumahnya. Kalau ikut rancangan asal, memang sekarang mereka bersama meneruskan misi. Tapi semalam Johan berak-berak makan cekedis dari kenduri Peah, bekas tunangnya. Johan agak, Peah masih marah sebab dia tinggalkan Peah dulu selepas jumpa Leha. Peah tahu dia tak lawa. Mungkin cekedis tu dah kena sumpahan Peah si sakit hati.

Lama Hamid cari peluru tu. Lama baru jumpa. 6 biji semuanya. Diambil revolver tah jenis apa yang dibeli di pasar karat Thailand masa 'backpacking' dengan Johan dulu. Murah senjata api kat sana. Cuma salah disisi undang-undang guna kat Malaysia.

Hamid masih lagi menanti peluang untuk menyerbu ke dalam premis TM seberang jalan. Matanya meliar memandang sekeliling. Kawasan tu bukan kawasan tumpuan sangat sebab kawasan baru. Rata-rata orang yang menjadi pelanggan TM itu orang yang kaya-kaya berdasarkan kereta mereka bawa ke kedai tu. Hamid tahu kedai tu mesti untung besar.

Berpeluh hamid tunggu. Jam dah dekat pukul 1. Nanti tutup pulak diorang rehat. Nak taknak Hamid kena pergi juga. Tiada kelibat pelanggan kelihatan. Mungkin mereka tahu kedai TM ni tutup pukul 1. Inilah peluang dia nak serbu.

Pistol revolver siap diisi peluru dicapai. Dibuka bonet belakang dan terus mencapai parang tapik arwah emaknya. Tangan kiri memegang parang, tangan kanan pegang revolver. Ditutup bonet. Dengan tenang dia berjalan ke kedai TM tadi.

Pintu dibuka.

Mira, penyambut tetamu disitu tak perasan revolver Hamid. Dia cuma nampak parang hamid. Mungkin Hamid sorok dekat belakang. Mira tak syak apa-apa.

"Err... Selamat datang. Maaf Encik, kami nak tutup dah. Lunch break." Sapa Mira di pintu.
Hamid acukan revolvernya ke kepala Mira.

"Aku tak puas hati ni! Apesal internet kat rumah aku dah 3 bulan tak boleh guna?!"

Mira terkejut. Terus menjerit dan berlari ke dalam kedai. Hamid menekan picu revolvernya.

Baam!

Tepat kena kepala Mira. Berlubang. Darah membuak-buak keluar. Tak sempat sampai kedalam lagi. Terkulai tidak bernyawa. Menggelupur dia di muka pintu.

Terdengar bunyi tembakkan tadi, 3 orang pekerja TM keluar dari kaunter dalam dan terus ke pintu.

"Apehal ni?! Mira!!" Teriak salah seorang pekerja kedai TM tadi.

Baam!
Baam!
Baam!

3 das dilepaskan. 2 tepat dikepala, satu lagi kena mata. Bersepai biji mata tu. Bukan berlubang macam yang lain-lain.

"Lain kali jangan suka hati je bagi servis internet mcm puki! Kan dah kena. 3 Bulan aku ulang alik sini internet masih tak boleh guna. Bazir 180 ringgit je bayar internet 3 bulan. Langsung tak boleh pakai. Macam bagi duit free dekat korang. Tahulah aku kerja kampung je, duit susah tau nak dapat"

"Ka... Ka...Kami tak dapat buat apa-apa bang, tu line problem"

Ada satu suara lagi dari dalam. Ketar-ketar bunyinya.

"Ah! Aku tak kira la siapa punya masalah!"

"Mana boleh mac....."

Baam!

Tak habis lagi cakap, Hamid dah tekan picu.

"Pergi mampus semua, puas hati aku!"

Perlahan Hamid berjalan ke keretanya. Dihidupkan enjin dan berlalu pergi.

Ps: Cubaan untuk menulis. Tulis dr BB je sebab tunggu mak aku kat kedai ape tah ni lambat sangat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

































3 comments:

  1. gaya macam cerita porno da ni

    ReplyDelete
  2. Bodoneh... Mana ade bhai... Aku tak layan porno2 bagai...

    ReplyDelete
  3. hahah,
    just sayin, jangan terasa pulak

    ReplyDelete