4 Jan 2013

Mak aku dan elektrik

Dah lama tak menulis dari BB...

Sambil tunggu nombor giliran dekat BSN yang dekat depan UiTM ni, sempat la juga berblog sebentar.

Housemates semua bising pasal penggunaan elektrik bulan lepas naik mendadak. Ape nak heran sebab 12 orang dalam rumah tu semua pengguna elektrik tegar. Aku adalah pengguna tegar paling byk guna la kot.

Nak dijadikan cerita, kami semua 'energy saver' sekarang ni. Siyes!

Aku dari dulu dah lama energy savers sebab aku tahu, PC aku adalah equipment paling byk sedut elektrik selepas peti ais. Peti ais pun rasanya sikit lg dr PC aku tu. PC aku tu banyak soket nak sumbat, speaker, dua skrin monitor, printer, byk lg la benda kena cocok kat plug.

Ya, aku sedar tentang ni. Bukan sekarang, tp dari dulu dah. Mak aku sendiri kat rumah pun dah sound byk kali.

Aku teringat apa yang mak aku pesan dulu...

"Kalau dah nampak ad lampu, kipas, Tv ke radio terpasang tanpa org guna, toksah dok bebel sapa buat. Tutup je terus..."

Ada betulnya juga apa yang mak aku tu cakap. Tak perlu mempersoalkan apa yang dah dibuat. Bukan selesai masalah tu.

Housmate aku ada juga yang pok pek pepek kat rumah tu. Bising la itu ini. Tutup sudah benda tu. Kadang2 the last user tu pun terlupe gak. Mane la tau. Paling kurang pun, selesai la sikit2 masalah bil elektrik melambung tu.

Tu satu hal. Ni lagi satu.

Aku selalu bwk kwn2 kelas balik untuk buat assignment sama2. Memandangkan isu letrik naik ni, adalah segan bagi aku untuk bawa kawan2 datang rumah buat assignment. Kang tak pasal2 aku pula jadi punca. Biasalah, kalo x amek pot laharan dan perlian kang dikatanya kita tak sensitif. Ada yang emo pula kang.

Konklusinya, kalau nampak aku tak tutup PC , lampu atau Tv sekalipun, toksah la bisin. Sumbat kang idung dgn stokin baru tahu. Tutup sudah. Bebel tu macam pondan...

Ps: jarang guna perkataan 'aku' untuk menulis. Selalu guna Slumb3r... LULZ
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

  1. eparuh bdk rumah kau tu bukan lembut ke par? hahaha... ;) *jahat x mulut aku?

    ReplyDelete
  2. Kalo depa nampak ang pnye komen ni, tak pasal2 kena tindih tau dok...

    ReplyDelete