Azam baru selesai
sesi fotografinya di Pekan Ayer
Hitam, Johor. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Dia perlu segera pulang kerumah
kerana esoknya dia perlu balik Sabak Bernam. Projek bersama jurufoto terkenal, Saifal
Ning perlu dia teruskan. Dah 2 bulan projek itu tertangguh. Ini mungkin akan
menggangu reputasinya selaku jurufoto perkahwinan profesional dan reputasi syarikat fotografi yang
diusahakan bersama Najmi.
“Zam, kita kena
balik cepat ni. Hari macam nak hujan. Silap-silap kita terkandas kat sini.
Kawasan sini aku tengok berita selalu banjir. Tambah-tambah dekat dengan
kawasan Batu pahat. Kau kata nak ikut jalan dalam kan?” Tegur Najmi kepada Azam
ketika azam sedang asyik mengemas alatan fotografinya yang bernilai ribuan
ringgit.
“Haa ye lah. Aku
cepat la ni. Besok si Saifal Ning tu bukan nak tunggu kita. Dia bising dah tu
suruh kita cepat siapkan projek cerita ‘mayatmu dibahu jalan’. Dah tangguh lama
sangat. Lama-lama KNY Photography boleh tutup. Rosak reputasi beb”
Najmi hanya
mengganguk. Dicepatkan susunan barang kamera dalam beg bersama tripod.
Azam dan Najmi
bersalaman dengan Haji Kudin, ayah kepada Hamid. Hamid adalah pengantin lelaki
yang melangsungkan perkahwinan untuk kali kedua selepas menduda 10 hari atas
kematian isteri pertama bernama Mira akibat tercekik mempelam. Hamid tahu
bahawa KNY Photography adalah yang terbaik dan termurah untuk majlis
perkahwinan kali keduanya.
“Hati-hati di jalanan.
Kalau Jatuh, bangun sendiri” Pesan Haji Kudin kepada Azam dan Najmi.
“Iyelah pakcik.
Kami balik dulu. Dah nak hujan dah ni”
Mereka
meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam dengan perasaan risau kerana awan mendung
yang berarak bawa tangis bawa basah sudah nak menumpahkan kuahnya. Azam
teruskan bawa kereta Kancil mereka yang dinamakan ‘Betty’ dengan tenang. Azam
masih teringat dahulu ketika ‘Putih’ kereta Saga lamanya sebelum menukar ‘Betty’.
Besar jasa kereta itu. Walaupun ‘Betty’ tidak sebesar ‘Putih’ tetapi tetap sama
jasanya seperti ‘Putih’.
“Putih oo Putih.
Kenapa la kau rosak dulu. Kalau kau elok sekarang mesti aku tak susah hati nak
gerak masa hujan lebat” Kata Azam sendirian.
“Kau da kenapa
Zam? Putih tu dah takda. Usah dikenang. Karang makin teruk.” Tegur Najmi sambil
mencapai tuil disebelah kiri bawah tempat duduknya untuk menurunkan tempat
duduknya supaya senang hendak baring.
Perangai pelik Azam dari dulu yang tidak
difahami oleh Najmi. Suka menamakan sesuatu barangan tidak bernyawa dengan
namanya sendiri seolah-olah ianya bernyawa. Bila ditegur, emosi sangat si Azam
ni. Kalah bapuk kekar dan gay sekitar Dataran Pahlawan, Melaka.
“Biar lah aku
Mie”
Baru sahaja
Najmi hendak lelapkan mata, Azam berhenti dibahu jalan.
“Apehal pula
kali ni Zam? Kata nak cepat balik. Yang kau pergi berhenti kat sini kenapa?”
“Kita tak sempat
makan kenduri tadi. Aku dah lapar. Jom makan kejap”
“Kat mana kita
ni?”
“Aku rasa ni kat
Parit Sulung. Dah lepas Batu Pahat dah ni. Aku nak singgah Melaka kejap hantar
album kat client. Ikut jalan dalam senang.”
“Lantak kau lah
Zam. Aku bukan tahu jalan kat Johor ni. ”
Mereka keluar
dari kereta dan berjalan menuju ke sebuah warung tak jauh dari tempat letak
kereta di pinggir jalan. Kelihatan ramai orang-orang tua disitu minum dan lepak
sambil main dam aji. Harmoni rasanya. Yang peliknya. Tiada kelibat seorang
wanita pun disitu. Semuanya lelaki. Mungkin awek-awek disitu tak lepak
dekat-dekat nak maghrib kot. Mereka duduk di meja kosong sambil mendengar
perbualan pakcik-pakcik dan mat-mat rempit disitu.
“Aku tahu
kerajaan Korup. Empangan buat tak betul, duit habis songlap. Kalau buat betul
aku rasa dah lama kampung kita ni tak banjir. Ni dah gelap. Konfem lepas ni
hujan lebat lepas tu banjir” Kata seorang pakcik memakai kopiah putih ada lambang
hijau tompok putih diatasnya.
“Iya la Ajib.
Itu satu kali mari, saya punya lembu banyak mati. Tahun lepas semua habis. Kalu
lembu itu Sarizord mati, lagi bagus” Sambung lagi seorang mat rempit yang memakai baju biru
bulan terbelah dua coraknya dengan nada India.
“Banjir tu bukan
depa punya sebab. Diorang takda kena mengena dalam hal ini. Kerajaan tak boleh
buat apa pun.” Tegur pakcik sedang tekun menolak buah damnya.
“Apa pasal macam
tu pulak pakcik. Pakcik apa tahu? Main
dam je pandai.”
" Pakcik bukan tahu hal semasa. Balik-balik lepak kedai, main dam, balik rumah. Dam tu bini kedua eh?"
“Iya. Memang aku
tak tahu apa-apa. Aku memang pandai main dam ni saje. Tapi betul ke tak kalau
aku cakap yang banjir tu puncanya dari air sahaja.”
Terkedu pakcik dan mat rempit itu tadi sambil menangguk-nganguk tanda setuju. Perbualan mereka diteruskan lagi. Azam dan Najmi
tergelak kecil mengangumi hujah orang tua itu. Dipanggilnya taukey kedai itu untuk memesan makanan.
No comments:
Post a Comment