25 Jan 2013

Lari #Cerkon






Jam ditangan Hamid tepat pukul 1 pagi. Hamid tahu dia kena gerak awal dari kampung untuk kebandar Kuala Lumpur. Dia tahu dia diburu polis untuk kejadian 3 bulan lepas. Kejadian pembunuhan 5 orang pekerja TM di Pekan Lama Selekoh. Tak boleh tangguh dah. Hari ni dah masuk 2 hari Hamid duduk bawah titi depan rumah tok penghulu. Tok penghulu tidak berminat untuk membantu penjenayah sepertinya. Dia tahu risiko tunggu disitu. Hanya titi itu sahaja tempat dia berlindung sementara. Nasib baik air di parit itu kering.

Sambil duduk itu dia neneliti keadaan sekeliling. Mana tahu kalau-kalau tok penghulu tengah skodeng dia. Kalau anak tok penghulu si Mira skodeng, takpa lah. Walaupun bersaiz 32 B dan berkulit sedikit hitam, janji perempuan. Terangkat adik kecil Hamid dalam seluar tu ketika membayangkannya.

“Zzeeettt... Zeetttt!”

Telifon bimbitnya bergetar. Dikeluarkan dari poket. Termenung dia membaca SMS dari Johan.

‘Maafkan aku Mid, aku gerak dulu. Polis berapa kali dah datang rumah tanya pasal kau.’

“Ahh... Cilaka kau Johan” dengus Hamid.

Dia kini sendiri. Kalau ikutkan rancangan mereka berdua gerak bersama. Mereka harus keluar dari Malaysia. Lari dari Polis dan sekutu dengannya. Hamid tahu dia kena gerak sekarang juga. Bekalan makanan yang dibawa sudah hampir habis.

Bingkas Hamid capai beg galas berisi barang-barang keperluan keluar dari tempat persembunyiannya. Berlari-lari anak dia ke tepi jalan besar. Tercungap-cungap.

“Aku tahu tindakan aku bodoh. Harap-harap kalau naik bas awam tak kena tahan. Macam orang dulu-dulu kata, tempat paling bahaya adalah tempat paling selamat” monolog hamid.

Hamid tunggu disebalik semak. Di kuis-kuis semak guna pelepah kelapa kalau-kalau ada babi tengah projek. Karang mengganggu susah pula hamid. Bila dipastikan tempat itu selamat baru dia mencangkung. Hamid keluarkan telifon bimbitnya dan menaip SMS untuk dihantar pada Johan. Dia meminta Johan untuk bersiap sedia setibanya di Kuala Lumpur. Mereka perlu gerak ke Johor untuk ke Padang, Indonesia. Dari situ mereka boleh mengkoordinasi laluan mereka seterusnya.

“Zzeeettt... Zeeett”

Getaran terasa di poket Hamid. Johan dah membalas. Johan menanya Hamid untuk gerak naik apa dari situ ke KL. Hamid balas 'Naik bas la mangkuk. Aku bukan ada kereta ke ape'

Selesai membalas, Hamid membuka beg galasnya dan menyemak barang keperluan dan duit bersamanya. 2 bungkus maggi besar,1 botol air masak 1 liter dan duit RM500 berada didalam begnya. Dia berkira-kira masa untuk tiba di KL. Harapannya bekalan itu cukup sehingga tiba di Padang nanti. Ambil masa 1 jam dari tempat itu ke KL kalau naik bas dan tambang dalam RM12.50. Tak Mahal. Maggi itu pun tahan 4 hari kalau ikutkan. Dia bukan makan banyak. Makan sekadar untuk hidup. Yang jadi masalah, cuma air. Dia kuat berpeluh maka dia perlukan air. 

“Zzeeettt... Zeeett” SMS masuk

“Kepala bana kau! Kau tengok jam pukul berapa sekarang. Bas apa ada sekarang. Lagi satu, masa kau cabut dari rumah dulu aku sempat masuk maggi dengan air aje. Kalau kau bawa semua tu, macam mana nak makan? Bukan ada cerek nk masak air. Mangkuk pun takda. Kau nak tadah guna mulut ke?”

Dihayunkan tangan kiri ditekap ke dahi.

No comments:

Post a Comment