31 Jan 2013

Selamat Hari Lahir Kak Nanod!


Dia ni dah macam akak sendiri. Tahu dia tak iktiraf Slumb3r seperti adik sendiri. AHAHAHA!

Nilah dia Kak Long kelas MC25s C 2011

Well nanod. Selamat Hari Lahir. Looking forward to workin with you next sem.

Siyesly!...


Tribute untuk ko. Nanti aku edit letak kalung bunga dengan bekas tempat letak colok. Baru onggg!

Oh... By the way, terlupe nak tanya... Kau kacukan dengan itik eh?... AHAHAHAHAH!

30 Jan 2013

Creative people need IDEA

Okay...

Tengok cerita setia hujung nyawa rasa macam nak pijak2 Zain kan?

Cuba fikir jauh sikit. Siapa yang buat idea tu? Siapa skrip writer dia? Siyes.

Post ni hadiah untuk designer, script writer, producer, director,writer dan seumpamanya. Well done!~


PS: Cerkon akan update dalam minggu ni. Setiap minggu ada 2 post. Jumaat dengan Sabtu.

26 Jan 2013

Layout sementara

Sehingga dapat kumpul duit beli software tu, ini adalah layout sementara. Cukup nampak boleh baca je. Lawa itu tidaklah. Masih pakai software lanun. Tapi kali ni lanun power versi downgrade. Boleh laaaaaa...


25 Jan 2013

Lari #Cerkon






Jam ditangan Hamid tepat pukul 1 pagi. Hamid tahu dia kena gerak awal dari kampung untuk kebandar Kuala Lumpur. Dia tahu dia diburu polis untuk kejadian 3 bulan lepas. Kejadian pembunuhan 5 orang pekerja TM di Pekan Lama Selekoh. Tak boleh tangguh dah. Hari ni dah masuk 2 hari Hamid duduk bawah titi depan rumah tok penghulu. Tok penghulu tidak berminat untuk membantu penjenayah sepertinya. Dia tahu risiko tunggu disitu. Hanya titi itu sahaja tempat dia berlindung sementara. Nasib baik air di parit itu kering.

Sambil duduk itu dia neneliti keadaan sekeliling. Mana tahu kalau-kalau tok penghulu tengah skodeng dia. Kalau anak tok penghulu si Mira skodeng, takpa lah. Walaupun bersaiz 32 B dan berkulit sedikit hitam, janji perempuan. Terangkat adik kecil Hamid dalam seluar tu ketika membayangkannya.

“Zzeeettt... Zeetttt!”

Telifon bimbitnya bergetar. Dikeluarkan dari poket. Termenung dia membaca SMS dari Johan.

‘Maafkan aku Mid, aku gerak dulu. Polis berapa kali dah datang rumah tanya pasal kau.’

“Ahh... Cilaka kau Johan” dengus Hamid.

Dia kini sendiri. Kalau ikutkan rancangan mereka berdua gerak bersama. Mereka harus keluar dari Malaysia. Lari dari Polis dan sekutu dengannya. Hamid tahu dia kena gerak sekarang juga. Bekalan makanan yang dibawa sudah hampir habis.

Bingkas Hamid capai beg galas berisi barang-barang keperluan keluar dari tempat persembunyiannya. Berlari-lari anak dia ke tepi jalan besar. Tercungap-cungap.

“Aku tahu tindakan aku bodoh. Harap-harap kalau naik bas awam tak kena tahan. Macam orang dulu-dulu kata, tempat paling bahaya adalah tempat paling selamat” monolog hamid.

Hamid tunggu disebalik semak. Di kuis-kuis semak guna pelepah kelapa kalau-kalau ada babi tengah projek. Karang mengganggu susah pula hamid. Bila dipastikan tempat itu selamat baru dia mencangkung. Hamid keluarkan telifon bimbitnya dan menaip SMS untuk dihantar pada Johan. Dia meminta Johan untuk bersiap sedia setibanya di Kuala Lumpur. Mereka perlu gerak ke Johor untuk ke Padang, Indonesia. Dari situ mereka boleh mengkoordinasi laluan mereka seterusnya.

“Zzeeettt... Zeeett”

Getaran terasa di poket Hamid. Johan dah membalas. Johan menanya Hamid untuk gerak naik apa dari situ ke KL. Hamid balas 'Naik bas la mangkuk. Aku bukan ada kereta ke ape'

Selesai membalas, Hamid membuka beg galasnya dan menyemak barang keperluan dan duit bersamanya. 2 bungkus maggi besar,1 botol air masak 1 liter dan duit RM500 berada didalam begnya. Dia berkira-kira masa untuk tiba di KL. Harapannya bekalan itu cukup sehingga tiba di Padang nanti. Ambil masa 1 jam dari tempat itu ke KL kalau naik bas dan tambang dalam RM12.50. Tak Mahal. Maggi itu pun tahan 4 hari kalau ikutkan. Dia bukan makan banyak. Makan sekadar untuk hidup. Yang jadi masalah, cuma air. Dia kuat berpeluh maka dia perlukan air. 

“Zzeeettt... Zeeett” SMS masuk

“Kepala bana kau! Kau tengok jam pukul berapa sekarang. Bas apa ada sekarang. Lagi satu, masa kau cabut dari rumah dulu aku sempat masuk maggi dengan air aje. Kalau kau bawa semua tu, macam mana nak makan? Bukan ada cerek nk masak air. Mangkuk pun takda. Kau nak tadah guna mulut ke?”

Dihayunkan tangan kiri ditekap ke dahi.

Blog kena tunggu



Template blog buat hal. Mungkin diorang dah dapat detect Slumb3r guna software lanun. Software tu bagus gila. Nak kumpul duit nak beli 1. Mana nak cekau RM200?

Template ni template biasa je. Takda special. Kena tunggulah Slumb3r beli software tu.

DAYUM!


24 Jan 2013

SEGMEN: FOLLOW BLOG DAN TWITTER AYUINSYIRAH 2013



Slumb3r mencuba nasib lagi untuk masuk dalam circle komuniti bloggers walaupun tanda diundang. Spam link semua. Dengan harapan blog Slumb3r ni di follow. Untuk itu, Slumb3r mempersembahkan semen kedua yang Slumb3r sertai. Tak payah cakap byk, baca blog kat atas tu dah cukup.


Agak susah sebenarnya nak copy paste banner ni sebab function right click dah dimatikan. Nasib baik ekspert bab copy paste ni. Kalau nak turut sama sertai, jangan segan silu klik banner tu. Mudah. Yang susah bab link dengan copypaste banner tu je. Lain-lain senang.

Kepada bloggers yg melawat. Tinggalkan link untuk Slumb3r follow.

Segmen Tambah Follower!! ~~KasihLestariAbadi~~



Ohhh. First time Slumb3r join segmen yang ada di alam maya ini. Ni salah satu cara untuk Slumb3r bina follower dalam masa cuti ni. Dah la jarang ikut trend-trend macam ni. Tulis je bukan nak bagi orang baca. Sempena tahun 2013 ni, slumb3r story sudah dikembali dikomersilkan. Bukan untuk untung yea. Kalau nak untung dah lama letak iklan. Slumb3r cuma nak orang bagi komen dan kritikan membina macam mana nk majukan penulisan Slumb3r.

Nak join? Follow lah blog KasihLestariAbadi. Tekan banner ni.


Jumlah followers terkini: 61


Kalau Slumb3r bernasib baik, adalah hadiah dapat kang.

Sape-sape ada join sekali jangan segan silu, letak link kat komen bawah. Mau follow balik.

Update Extradisi Idea




Macam tajuk kat atas tu. Extradisi Idea dah update. Penulisan dalam blog lagi satu tu bersifat ilmiah dan berteraskan fakta. Boleh klik link sini

23 Jan 2013

Hujan. #Cerkon


Azam baru  selesai  sesi  fotografinya di Pekan Ayer Hitam, Johor. Jam menunjukkan pukul 4 petang. Dia perlu segera pulang kerumah kerana esoknya dia perlu balik Sabak Bernam. Projek bersama jurufoto terkenal, Saifal Ning perlu dia teruskan. Dah 2 bulan projek itu tertangguh. Ini mungkin akan menggangu reputasinya selaku jurufoto perkahwinan profesional  dan reputasi syarikat fotografi yang diusahakan bersama Najmi.

“Zam, kita kena balik cepat ni. Hari macam nak hujan. Silap-silap kita terkandas kat sini. Kawasan sini aku tengok berita selalu banjir. Tambah-tambah dekat dengan kawasan Batu pahat. Kau kata nak ikut jalan dalam kan?” Tegur Najmi kepada Azam ketika azam sedang asyik mengemas alatan fotografinya yang bernilai ribuan ringgit.

“Haa ye lah. Aku cepat la ni. Besok si Saifal Ning tu bukan nak tunggu kita. Dia bising dah tu suruh kita cepat siapkan projek cerita ‘mayatmu dibahu jalan’. Dah tangguh lama sangat. Lama-lama KNY Photography boleh tutup. Rosak reputasi beb”

Najmi hanya mengganguk. Dicepatkan susunan barang kamera dalam beg bersama tripod. 

Azam dan Najmi bersalaman dengan Haji Kudin, ayah kepada Hamid. Hamid adalah pengantin lelaki yang melangsungkan perkahwinan untuk kali kedua selepas menduda 10 hari atas kematian isteri pertama bernama Mira akibat tercekik mempelam. Hamid tahu bahawa KNY Photography adalah yang terbaik dan termurah untuk majlis perkahwinan kali keduanya.

“Hati-hati di jalanan. Kalau Jatuh, bangun sendiri” Pesan Haji Kudin kepada Azam dan Najmi.

“Iyelah pakcik. Kami balik dulu. Dah nak hujan dah ni”

Mereka meneruskan perjalanan ke Sabak Bernam dengan perasaan risau kerana awan mendung yang berarak bawa tangis bawa basah sudah nak menumpahkan kuahnya. Azam teruskan bawa kereta Kancil mereka yang dinamakan ‘Betty’ dengan tenang. Azam masih teringat dahulu ketika ‘Putih’ kereta Saga lamanya sebelum menukar ‘Betty’. Besar jasa kereta itu. Walaupun ‘Betty’ tidak sebesar ‘Putih’ tetapi tetap sama jasanya seperti ‘Putih’.

“Putih oo Putih. Kenapa la kau rosak dulu. Kalau kau elok sekarang mesti aku tak susah hati nak gerak masa hujan lebat” Kata Azam sendirian.

“Kau da kenapa Zam? Putih tu dah takda. Usah dikenang. Karang makin teruk.” Tegur Najmi sambil mencapai tuil disebelah kiri bawah tempat duduknya untuk menurunkan tempat duduknya supaya senang hendak baring.

Perangai pelik Azam dari dulu yang tidak difahami oleh Najmi. Suka menamakan sesuatu barangan tidak bernyawa dengan namanya sendiri seolah-olah ianya bernyawa. Bila ditegur, emosi sangat si Azam ni. Kalah bapuk kekar dan gay sekitar Dataran Pahlawan, Melaka.

“Biar lah aku Mie”

Baru sahaja Najmi hendak lelapkan mata, Azam berhenti dibahu jalan.

“Apehal pula kali ni Zam? Kata nak cepat balik. Yang kau pergi berhenti  kat sini kenapa?”

“Kita tak sempat makan kenduri tadi. Aku dah lapar. Jom makan kejap”

“Kat mana kita ni?”

“Aku rasa ni kat Parit Sulung. Dah lepas Batu Pahat dah ni. Aku nak singgah Melaka kejap hantar album kat client. Ikut jalan dalam senang.”

“Lantak kau lah Zam. Aku bukan tahu jalan kat Johor ni. ”

Mereka keluar dari kereta dan berjalan menuju ke sebuah warung tak jauh dari tempat letak kereta di pinggir jalan. Kelihatan ramai orang-orang tua disitu minum dan lepak sambil main dam aji. Harmoni rasanya. Yang peliknya. Tiada kelibat seorang wanita pun disitu. Semuanya lelaki. Mungkin awek-awek disitu tak lepak dekat-dekat nak maghrib kot. Mereka duduk di meja kosong sambil mendengar perbualan pakcik-pakcik dan mat-mat rempit disitu.

“Aku tahu kerajaan Korup. Empangan buat tak betul, duit habis songlap. Kalau buat betul aku rasa dah lama kampung kita ni tak banjir. Ni dah gelap. Konfem lepas ni hujan lebat lepas tu banjir” Kata seorang pakcik memakai kopiah putih ada lambang hijau tompok putih diatasnya.

“Iya la Ajib. Itu satu kali mari, saya punya lembu banyak mati. Tahun lepas semua habis. Kalu lembu itu Sarizord mati, lagi bagus” Sambung lagi seorang mat rempit yang memakai baju biru bulan terbelah dua coraknya dengan nada India.

“Banjir tu bukan depa punya sebab. Diorang takda kena mengena dalam hal ini. Kerajaan tak boleh buat apa pun.” Tegur pakcik sedang tekun menolak buah damnya.

“Apa pasal macam tu pulak pakcik. Pakcik  apa tahu? Main dam je pandai.”

" Pakcik bukan tahu hal semasa. Balik-balik lepak kedai, main dam, balik rumah. Dam tu bini kedua eh?"

“Iya. Memang aku tak tahu apa-apa. Aku memang pandai main dam ni saje. Tapi betul ke tak kalau aku cakap yang banjir tu puncanya dari air sahaja.”

Terkedu pakcik dan mat rempit itu tadi sambil menangguk-nganguk tanda setuju. Perbualan mereka diteruskan lagi. Azam dan Najmi tergelak kecil mengangumi hujah orang tua itu. Dipanggilnya taukey kedai itu untuk memesan makanan.

22 Jan 2013

Susun atur lama dan baru



Dah baru dah semua. Isi blog ni je lama. Jenuh design 1 hari ni. Akhirnya siap juga. Nasib baik la clear semua. Boleh baca.

Projek nak jadi penulis dah gerak. Mungkin akan muat naik secara berjadual. Hari Khamis dengan Sabtu mungkin. Nak cari mood menulis ni kadang-kadang datang mengejut. Nak ikut stail zine satu malam. Cepat diorang buat kerja.

Susun atur lama tu dah lama guna. Sempena tahun baru ni maka kena la juga susunan baru. Sebagai kenangan, Slumb3r persembahkan layout lama dengan baru sebagai kenangan. RIP layout lama.

Banner je tuka 2 kali. Kalau masuk kali ni, banner tuka 3 kali. Dulu bebal lagi guna blog. Sekarang intermediate dah. Blog baru ni mungkin nampak lebih profesional. Slumb3r terpengaruh ciri-ciri indie. Nampak matang la sikit. Matang dan tersusun.

Miss A katanya nak buat blog juga. Tunggu la cerita dia. Nak kena aja 1-1. Ikutkan hati nak aja cakap

"Google sudah"

21 Jan 2013

Tak puas hati #Cerkon

"Jaga kau kejap lagi" Kata Hamid sambil mengeluarkan rokok dunhill cap kaki dari poketnya..
"Jangan ingat perbuatan kau orang aku akan diam. Aku tunggu Masa"

Dah 30 minit tunggu dalam kereta yang di parkir seberang jalan. Hatinya marah tidak terkata. Kalau ikutkan hati, dah lama dia tetak Pekerja kedai tu. Duitnya habis ditipu Mereka.
Hamid perhatikan sekeliling dari tadi. Ada beberapa pelanggan masih berada dalam kedai tu. Parang tapik arwah emaknya tersimpan dalam sarung di bonet belakang. Siap sedia dikeluarkan bila perlu. Lama dia tunggu saat ini. Dah 3 bulan dia tunggu.

Dia nekad kali ini mahu serbu tanpa bincang. Kerja gila. Dah la sorang je. Bukan berkumpulan. Memang kerja gila.

Hamid buka laci dashboard sebelah tempat duduk pemandu. Dikeluarkan revolver yang masih boleh digunakan dari laci tu. Dicampak atas seat pemandu. Hamid masih mencari-cari lagi 6 butir peluru dalam laci tu. Terkebil-kebil mulutnya menyumpah-nyumpah.

"Mana pula aku punya peluru ni. Takkan tak da kot. Semalam baru cek takkan dah kena gigit dgn Johan. Aku dah bagitahu benda tu bukan kacang"

Johan teman serumahnya. Kalau ikut rancangan asal, memang sekarang mereka bersama meneruskan misi. Tapi semalam Johan berak-berak makan cekedis dari kenduri Peah, bekas tunangnya. Johan agak, Peah masih marah sebab dia tinggalkan Peah dulu selepas jumpa Leha. Peah tahu dia tak lawa. Mungkin cekedis tu dah kena sumpahan Peah si sakit hati.

Lama Hamid cari peluru tu. Lama baru jumpa. 6 biji semuanya. Diambil revolver tah jenis apa yang dibeli di pasar karat Thailand masa 'backpacking' dengan Johan dulu. Murah senjata api kat sana. Cuma salah disisi undang-undang guna kat Malaysia.

Hamid masih lagi menanti peluang untuk menyerbu ke dalam premis TM seberang jalan. Matanya meliar memandang sekeliling. Kawasan tu bukan kawasan tumpuan sangat sebab kawasan baru. Rata-rata orang yang menjadi pelanggan TM itu orang yang kaya-kaya berdasarkan kereta mereka bawa ke kedai tu. Hamid tahu kedai tu mesti untung besar.

Berpeluh hamid tunggu. Jam dah dekat pukul 1. Nanti tutup pulak diorang rehat. Nak taknak Hamid kena pergi juga. Tiada kelibat pelanggan kelihatan. Mungkin mereka tahu kedai TM ni tutup pukul 1. Inilah peluang dia nak serbu.

Pistol revolver siap diisi peluru dicapai. Dibuka bonet belakang dan terus mencapai parang tapik arwah emaknya. Tangan kiri memegang parang, tangan kanan pegang revolver. Ditutup bonet. Dengan tenang dia berjalan ke kedai TM tadi.

Pintu dibuka.

Mira, penyambut tetamu disitu tak perasan revolver Hamid. Dia cuma nampak parang hamid. Mungkin Hamid sorok dekat belakang. Mira tak syak apa-apa.

"Err... Selamat datang. Maaf Encik, kami nak tutup dah. Lunch break." Sapa Mira di pintu.
Hamid acukan revolvernya ke kepala Mira.

"Aku tak puas hati ni! Apesal internet kat rumah aku dah 3 bulan tak boleh guna?!"

Mira terkejut. Terus menjerit dan berlari ke dalam kedai. Hamid menekan picu revolvernya.

Baam!

Tepat kena kepala Mira. Berlubang. Darah membuak-buak keluar. Tak sempat sampai kedalam lagi. Terkulai tidak bernyawa. Menggelupur dia di muka pintu.

Terdengar bunyi tembakkan tadi, 3 orang pekerja TM keluar dari kaunter dalam dan terus ke pintu.

"Apehal ni?! Mira!!" Teriak salah seorang pekerja kedai TM tadi.

Baam!
Baam!
Baam!

3 das dilepaskan. 2 tepat dikepala, satu lagi kena mata. Bersepai biji mata tu. Bukan berlubang macam yang lain-lain.

"Lain kali jangan suka hati je bagi servis internet mcm puki! Kan dah kena. 3 Bulan aku ulang alik sini internet masih tak boleh guna. Bazir 180 ringgit je bayar internet 3 bulan. Langsung tak boleh pakai. Macam bagi duit free dekat korang. Tahulah aku kerja kampung je, duit susah tau nak dapat"

"Ka... Ka...Kami tak dapat buat apa-apa bang, tu line problem"

Ada satu suara lagi dari dalam. Ketar-ketar bunyinya.

"Ah! Aku tak kira la siapa punya masalah!"

"Mana boleh mac....."

Baam!

Tak habis lagi cakap, Hamid dah tekan picu.

"Pergi mampus semua, puas hati aku!"

Perlahan Hamid berjalan ke keretanya. Dihidupkan enjin dan berlalu pergi.

Ps: Cubaan untuk menulis. Tulis dr BB je sebab tunggu mak aku kat kedai ape tah ni lambat sangat.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

































Cuti tanpa Internet

Dah cuti sem. Tapi takda internet. Habiskan mana main Anno2070. Seronok, tapi game ni panjang.

Besok g tempat beli modem. Nak suruh depa setupkan internet. Banggang betul tak betul2. Kalau dah ada internet, ingt nk ubah design blog ni. Bagi nampak makin mengarut.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

13 Jan 2013

New tag, #WriteUp

Slumb3r tak tahu apa yang berlaku petang ni. Boring maka ambil la gitar. Google chord A7X lagu Untill The End. Terlupa ada save dalam PC ni chord yang dah save. Cari guna keyword 'Avenged Sevenfold'. Ternampak satu benda ni. Tugasan masa mula masuk ijazah. Autobiografi pasal diri sendiri.

Tahu kelemahan diri yang untuk menjadi penulis kena banyak membaca. Penulisan ini banyak perlu dibaiki.

Disclaimer: Walaupun ni tulisan autobiografi pasal Slumb3r, beberapa bahagian telah di sensor untuk keselamatan pihak tertentu. Harap Maklum...

*********************************************************


Being an ordinary kids is somehow tiring but at the same time our  experience is very special to us alone and might not be special to other peoples. To this point, his life is nothing special but a good old memory and mingle around some unpleasant memory. I'm going to tell a story. A story about a boy named after Malacca former chief minister of Malacca, Tun Ghafar Baba.

            He was born in 15th November 1990 at Muar's Hospital and live inside an of an isolated place in Tangkak oil palm estate. After his father retire as the estate manager in that estate, the whole family start to move to Ayer Hitam, Batu Pahat in 1992. In that same year, his little brother was born and also named after Malacca former chief minister, Tan Sri Rahim Tambichik.The boy has 3 step sisters and 3 step brothers and one little brother. Not much known about his late step mother because in 1993 his step mother pass away due to stroke.

            His life were perfect until in 2003 his mother and father divorce. He followed his mother and moved to Bagan Datoh, Perak in 2005 and finished his school there. He had to struggle because in that new environment he need to take PMR examination. Eventually he survived the hard time with a help of someone. A girl called miss A is his special friend that help him during that hard time. They both are closed together after a year in that new environment. Now 2012 and currently he studied in the same university and surprisingly in the same course with Miss A.

            The boy's interests is just like other normal boy. He like music, photography and he like to write. He really admire an oversea music band called Avenged Sevenfold and a successful local photographer, Saiful Nang. But as for writing, he still need a mentor. He love arts as well as politics. But his experience with a failed job interview tell him that to be careful with politics because he might mistaken between 'human interest' and 'politics'.

            In 2012 he has achieved a proud diploma result of above 3.5 GPA and managed his own blog called Slumb3rstory.blogspot.com Many pleasant story we might heard from him because he try not to remember the unpleasant memories. People called him as 'Par' or his real name is Abdul Ghafar Bin Nawi.

9 Jan 2013

Media law and ethics

Seperti tajuk diatas...

Terkandas selama lebih kurang 9 jam untuk replacement class. Ada 3 kelas kena ganti. 1 kelas 3 jam. Total 9 jam.
Meen tgh taip blog gne laptop. Guna BB lagi senang.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

4 Jan 2013

Mak aku dan elektrik

Dah lama tak menulis dari BB...

Sambil tunggu nombor giliran dekat BSN yang dekat depan UiTM ni, sempat la juga berblog sebentar.

Housemates semua bising pasal penggunaan elektrik bulan lepas naik mendadak. Ape nak heran sebab 12 orang dalam rumah tu semua pengguna elektrik tegar. Aku adalah pengguna tegar paling byk guna la kot.

Nak dijadikan cerita, kami semua 'energy saver' sekarang ni. Siyes!

Aku dari dulu dah lama energy savers sebab aku tahu, PC aku adalah equipment paling byk sedut elektrik selepas peti ais. Peti ais pun rasanya sikit lg dr PC aku tu. PC aku tu banyak soket nak sumbat, speaker, dua skrin monitor, printer, byk lg la benda kena cocok kat plug.

Ya, aku sedar tentang ni. Bukan sekarang, tp dari dulu dah. Mak aku sendiri kat rumah pun dah sound byk kali.

Aku teringat apa yang mak aku pesan dulu...

"Kalau dah nampak ad lampu, kipas, Tv ke radio terpasang tanpa org guna, toksah dok bebel sapa buat. Tutup je terus..."

Ada betulnya juga apa yang mak aku tu cakap. Tak perlu mempersoalkan apa yang dah dibuat. Bukan selesai masalah tu.

Housmate aku ada juga yang pok pek pepek kat rumah tu. Bising la itu ini. Tutup sudah benda tu. Kadang2 the last user tu pun terlupe gak. Mane la tau. Paling kurang pun, selesai la sikit2 masalah bil elektrik melambung tu.

Tu satu hal. Ni lagi satu.

Aku selalu bwk kwn2 kelas balik untuk buat assignment sama2. Memandangkan isu letrik naik ni, adalah segan bagi aku untuk bawa kawan2 datang rumah buat assignment. Kang tak pasal2 aku pula jadi punca. Biasalah, kalo x amek pot laharan dan perlian kang dikatanya kita tak sensitif. Ada yang emo pula kang.

Konklusinya, kalau nampak aku tak tutup PC , lampu atau Tv sekalipun, toksah la bisin. Sumbat kang idung dgn stokin baru tahu. Tutup sudah. Bebel tu macam pondan...

Ps: jarang guna perkataan 'aku' untuk menulis. Selalu guna Slumb3r... LULZ
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 Jan 2013

Tahun Baru 2013

Azam tahun baru terlalu arus perdana.

Sesuai dengan jiwa indie aku ucapkan:

Selamat menyambut 2013. Walaupun sebenarnya same je maksudnya. Takda azam sebab rasa waste je. Buat yang terbaik. Azam untuk aku masih samar-samar untuk tahun 2013 ni.

Banyak highlights akan aku tulis selepas final paper kang. Insyaallah.