31 Jul 2011

Musim lagu akustik

Salam~

Aku Mahu Acustic

Slumb3r terlupa nak post pasal 1 benda ni. Beberapa minggu lepas Slumb3r dan bebudak rumah pergi tengok satu konset amal anjuran DMC 6 C iaitu side event TOUCH 2011 bertajuk Lendu Acustic Night di Dataran Keris dalam UiTM Lendu tu.

Kelas Slumb3r pun ade buat side event unk TOUCH 2011. Kami ade la buat sedikit jualan amal untuk disumbangkan dalam Big Boxx of HELL yang dibuat oleh TOUCH 2011 event committee. Big Boxx of HELL itu akan disumbangkan kepada 10 badan kebajikan yang diwakili setiap kelas. Kelas batch kami cuma ada 5 je. So 1 kelas dapat 2 badan kebajikan. Total is 10.

Cerita pasal 'Lendu Acustic Night' aka LAN (Bukan LANciau atau LAN Julies Goes Overseas). Lagu yang dimainkan dalam event itu semua boleh di nyanyikan bersama oleh para hadirin. Tapi apakan daya, Slumb3r tak berapa layan lagu akustik meleleh neh. Guwa layan screamo dan lagu yang keras2.

Ada 1 lagu yang didendangkan oleh Haiqal DMC 6E dan Ben DMC 6 E. Diorang main lagu Avenged Sevenfold aka A7X bertajuk 'So far away' versi akustik.

Hanya lagu itu sahaja yang Slumb3r boleh nyanyi penuh sebab Slumb3r selalu gak dengar lagu ni dalam playlist Itunes Slumb3r.

Apa kata korang enjoy dulu lagu ni daripada dok bace benda2 yang Slumb3r tulis ni.

30 Jul 2011

Baru aku tahu... Dunia ini Bulat...


Selamat berkenalan kepada rakan2 bloggers di group fb 'sahabat blogger' dan 'blogger'


Salam...

Slumb3r terkejut dan ta'ajub sekejap bila bukak2 je fb, sahabat Slumb3r iaitu Ahmad Rafiq aka Ah chow promote blog dier kat fb guna macam2 group unk bloggers.

Selama ini Slumb3r hanya menggunakan buzz marketing aka Words Of Mouth (WOM) marketing dan group 'blogger uitm' sahaja nak bagi orang baca blog ni.

Walaupun hati ini ada niat untuk menaikkan rating blog ini dengan niat untuk bertukar pendapat, tapi Slumb3r rasa la kan sudah tiba masa untuk Slumb3r letak beberapa keping iklan kat blog tak seberapa ni. Dapat jana side income.

Slumb3r sebenarnya taknak letak iklan sebabnya:

1. Blog ni bukan blog komersial
2. Blog ni bertujuan unk berkongsi tentang fotografi, senireka, muzik dan ceritera kehidupan
3. Pembaca ramai akan sakit mata sekiranya terdapat banyak iklan yang kelip2 kat keliling
4. Lambat nak loading
5. Bila lambat nak loading, pembaca malas nak baca

Sudah terang lagi nyata pasal ni. Takpa lah, tunggu sahaja bila sudah capai beberapa target pageviews, barulah letak. Bak kata orang, pageviews ni menunjukkan kematangan setiap blog.

CEH! Takda maknya nya!

By the way, Slumb3r akan spam beberapa gambar event TOUCH 2011 setiap post kat blog ni sebagai effort unk sapot event Slumb3r. Nanti2 la cerita pasal event tu. Bila sampai masanya.Entah bila, Slumb3r pon tak tahu.

Ps: Guwa terasa nak main organic SEO la lepas ni.

26 Jul 2011

Khamis, Dewan Shahbandar, 9.30 pm. Event KOMED + Kelab Sequence Masscom Shah Alam

Tolong Fakulti.



Salam, Slumb3r takda content sangat la nak post cuma benda-benda kecil je. Poster atas tu saje2 je letak tapi sebenarnye nak cerita pasal lain.

Khamis ni kelab KOMED dari fakulti Komunikasi dan Pengaijian Media UiTM Melaka dengan kerjasama beberapa kelab dari sequence degree dari UiTM Shah Alam akan buat sesi penerangan mengenai 3 khursus baru di dalam fakulti iaitu Instructional Communication (MC 226), Interpersonal Communication (MC22*) dan Communication and Policy Studies (MC 22*). Slumb3r tak ingt nama pernuh khursus baru ni ape cuma kami guna bahasa pasar, kos instructional, inter dengan policy. Kod khursus pon tak ingt sangat.

Mula pukul 9.30 pagi sampai 6.15 petang katanya dekat Dewan Shahbandar. Makan dan minum disediakan. Ada sesi ice breaking, Explorace dan ade la jugak ceramah yang simple untuk menerangkan mengenai khursus-khursus baru dalam fakulti.

Part 6 digalakkan hadir sebab dengan cara ini korang boleh bukak mata dan tengok khursus apa yang ada selain 5 khursus lama yang dah popular tu. Antaranya, Publishing, Broadcasting, Public Relation, Advertising dan Journalism. For sure la Slumb3r straight to Publishing. Slumb3r minat buku dan design. Hehe.

Okay guys! Datang tau~

Touch 2011 # 1

Teaser poster dah naik


23 Jul 2011

Pertandingan Fotografi TOUCH 2011.


Part 6 professional project : Touch 2011

Okay, Slumb3r kali ini nak cerita pasal pertandingan yang bakal berlangsung bermula dari saat ini sehingga 31 Ogos 2011 sepatutnya. Tapi kalau korang tengok balik blog fakulti Slumb3r, KOMED Melaka ni tulis 31 Julai. Slumb3r dapat konfemkan info ni false bila kawan, merangkap hosmate dan romate kate 31 Ogos 2011 kat Blog dia, khairnaj.

Seperti mana pertandingan di seluruh alam ini ada kalah dan menang. Maka kebiasaanya yang menang ni adalah penyertaan yang memenuhi syarat pertandingan. Antara syarat pertandingan ialah:-

1. Korang boleh hantar seberapa banyak gambar selagi mahu. Takda limit. Beriban gambar pon takpe.
2. Gambar korang pulak tak boleh ada korang punya watermark atau segala bentuk pengenalan diri korang.
3. Sebabnya gambar tu dah jadi hak milik penganjur sepenuhnya.
4. Gambar tu dah la tak boleh letak watermark, nak manipulasi pon tak boleh. Yang boleh cuma editing yang simple macam ubah tone warna ke. Boleh la tu.
5. Gambar2 korang tadi pulak mesti dalam bentuk JPEG dan bukan dalam bentuk lain. Kalau bentuk lain korang kalah.
6. Sertakan sekali nama, no ic dan alamat rumah korang. Kalau korang student UiTM Alor Gajah sila sertakan sekali no kad matrix dan jugak kelas korang. Senang nak kontek kalau ade pape kang.
7. Gambar harus dihantar melalui e-mail kat touch2011photo@yahoo.com. Pepandai korang la carik internet speed yang laju. Slumb3r guna berukben pon macam haram jer nak upload gambar ni ha.

Makluman lebihan korang tengok jer la poster atas tu. Tema gambar korang ni dah jelas dinyatakan kat poster tu.

Slumb3r masuk pertandingan ni. Nak kumpul duit buat repair hardisk. hahaha.

Hadiah adalah dalam bentuk RM. Berbaloi masuk.

Ps: Slumb3r nak update sikit pasal semalam Slumb3r punya produk iaitu Filem pendek: Ramah 3 Rumah dah dapat Bronze Medal dalam pertandingan IID Deria anjuran UiTM Melaka peringkat kebangsaan di Mini Stadium Bestari Melaka. Bangge tak terkira. Ada 2 post korang boleh akses kat sini dan sini. Benda ni la yang menang semalam.

18 Jul 2011

Lookin for new hair styles.

Salam~

Slumb3r agak sibuk jugalah beberapa hari ni. Ada kerja sedikit. Excited sebab dapat hantar adik g UniKL MIMET kat Lumut kelmarin.Ada beberapa gambar semasa berada dilokasi. Sumpah terbaek! I've seen a mega structure in some awesome conducive learning places. So0o0 overwhelming. haha

By the way, dikesempatan ini Slumb3r nak ucapkan tahniah la kat adik Slumb3r, Abdul Rahim Nawi sebab berjaya melanjutkan pelajaran ke pringkat ijazah di UniKL MIMET dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektik perkapallan. To be honest, he is one of the family that broken the chain of carrier in our family besides me. Dialah satu-satunya pencebur bidang industri perkapalan dalam family. Slumb3r pula pencebur dalam bidang industri media. haha. giler kentang.

Alhamdullilah, Slumb3r dapat la juga hidupkan PC kat rumah ni. Pc lama ni cuma perlukan perhatian dan kasih sayang je. Setelah merobek selama 2 hari, barulah hidup. GUMBIRA HATIKU~

Kalau korang perasan, design blog Slumb3r ni ala-ala emo dalam kegelapan. Slumb3r ada letak beberapa gambar dari beberapa kumpulan pemuzik yang Slumb3r minat. Antaranya kumpulan A7x a.k.a Avenged Sevenfold.

Slumb3r adore salah seorang guitarist beliau diberi gelaran Zacky Vengence. Selain skill beliau main gitar, Slumb3r suka je tengok gaya rambut beliau. Teringin la nak buat rambut macam tu.

Nak buat style macam dia. Tapi ada beberapa halangan antaranya beliau merupakan lelaki bertatu dan bertindik disamping beliau tidak sunat... HAHAHA!

Slumb3r just folow je la ape yang boleh iaitu hairstyle dier je. There are some pictures of him that I wanna share with you.~ Enjoys!
Ada iras2 tak?... hahah!

Handsome dan khacak!~ Minus smoking, tattooing, and piercing.

Ps: Slumb3r nak fingerless hand glove yang dier pakai ni. Senang nak buat kerja dalam library yang sejuk giler sambil menaip...

14 Jul 2011

Expressing your feeling VS Merungut

Salam....

'Bos saya merungut sebab beliau terlampau banyak meeting'
'Tak lah, dia tak merungut, cuma meluahkan pendapatnya'
'Tak! dia merungut. Dia buat aku tension dengan cakapan dia. Ibarat aku tak buat kerja langsung dan dia jer yang memajukan syarikat ni'
'Nak kena cepuk? memang la dia yang bangunkan company ni sendiri. Dah company ni dia punya sendiri'

Whoaa...
Slumb3r agak demotivated sikit dalam beberapa hari ni mengenangkan nasib gambar wedding yang tak siap dan beberapa tempahan wedding yang bertindih tarikh. Slumb3r tahu juga bezakan mana yang utama dan tidak. Wedding boleh tunggu, study kena first!

Slumb3r cuba nak dapat RM1600 dalam masa beberapa bulan ni untuk repair hardisk. Takda source lain selain mak Slumb3r. Tapi bukan dalam bulan ni, mak dah keluar duit banyak nak masukkan adik kat UniKL. Biar lah.

Slumb3r nak meluahkan pendapat jer. Bukan merungut.
1. Got another big fight with my GF menyebabkan Slumb3r di-hanjing oleh kengkawan. Katanya 'terlalu sabar', 'terlalu berlembut' dan blablabla. Haha. Well, I've got to say this. Feeling is to0o0 abstract and each and everyone around me give different oppinion. I accept. Tak melantun. Tidak merungut itu ini tak kena. GF Slumb3r mengamuk bersebab, bukan suka suki. My bad.

2. My daddy kirim duit semalamnya. Slumb3r dah berapa bulan tak balik Johor. Ada sebab and my daddy understand. Alhamdulillah. Tapi Slumb3r berazam yang raya ni Slumb3r akan beraya kat Johor kalau takda aral melintang. Sorry family and friends kat Perak. hehe... Rasa bersalah sebab lama tak balik Johor.

Slumb3r dah dididik dari kecik supaya redha dengan apa yang ada dalam dunia. Hidup ni alakadar je. Tak payah nak bermegah-megah.

Slumb3r peratikan sekeliling Slumb3r pasal-pasal student ni ha. Dok UiTM. Dah la dapat hostel, dapat elaun makan. Rupa dah macam orang susah, tapi laptop, henpon MEGA. Ada kereta besar. Pakaian brended. Kasut pon mahal. Suka benor overnight dengan alasan pergi buat assignment. Ape kimak tu?

Layakkah anda belajar di UiTM atau tempat anda sepatotnya di Lim Kok Wing University?

Family Slumb3r golongan pertengahan je. Mak pesara cikgu. Bapak  pesara manager estet. Mak Slumb3r sekarang berkebun dan makan duit pencen sambil menyara 2 orang anak di Universiti. Bapak Slumb3r dah mula sakit2. Source of income takda melainkan 1 buah rumah sewa dan anak-anak yang dah bekerja.

No special gadjet. Henpon pon pinjam orang. Moto ade 1 je, tu pon mak tak bagi bawa sebab adik nak guna.

Ada DSLR Nikon D3000 dengan speedlight murah. Cuma tambah sikit bateri speed lite tu betri caz. PC motherboard DDR2 RAM 2 gig. Hardisk 1 teraB + 500 GB. Ada gitar yang beli RM 300 baru, amp dengan multi effect beli secondhand dari senior masa part 2, RM 300. Kasut dah 2 tahun tak tuka, baju brended baru beli sem ni. Ada 2 pasang jer. Plus 1 RM50 monthly broadband that my mom support me.

No cars, No motorcyles, No other branded clothing, No handphone that really working fine, NO rich parents, NO rich siblings, No SmartPhone. No Ipad 2...

Bukan bermaksud takda semua benda tu takda life. Life ada. Depan PC jer. Main gitar pon tengok PC.Berhibur, release tensi, bersosial pon depan PC. Pendek cerita, semua la depan PC.

Layak ker aku belajar kat UiTM?

=================================
Terfikir balik cakap mak.
'Orang merungut ni tak bagus'
Orang bagus = orang tak merungut. Kenapa?

Soalan yang bermain-main kat kepala dah berapa hari ni. Kenapa ye?
Cek balik, Irfan khairi, Dato' Syekh Muzaffar, Dato' Siti, Saiful Nang, Nabi Muhammad sendiri pon takda hikayat pasal diorang merungut.

Teringat lagu 'kau boleh'
"Jika kau fikirkan kau boleh, kau hampir boleh melakukan,
jika kau fikirkan ragu-ragu usaha kau tidak menentu"

Teringat cerita pasal 'Law Of Attraction'
'Thought become things' <= Kompleks nak explain

Banyak lagi la side effect bila merungut ni. Tak bagus semua.

Okay. Slumb3r cuma nak motivasikan diri ni la juga.

Merungut = orang yang mengata benda-benda negatif terhadap sesuatu pekerjaan yang dilakukan dan bembeza-bezakan kerja itu dengan kerja yang lain. (tafsiran sendiri)

Berbeza dengan meluahkan pendapat. Beza kedua ni adalah pada bahagian 'negatif' ditukar kepada 'positif' dengan meletakkan solution kepada masalah (benda negatif) tersebut.

Contoh:
'Malas giler aku nak buat kerja ni! Ada 2 orang kerani, tapi kenapa aku je kena buat kerja?' <=Merungut!
'Malas giler aku nak buat kerja ni! Ada 2 orang kerani, tapi kenapa aku je kena buat kerja? Ah! takpe la. Cepat buat, cepat siap. Boleh Rehat' <= Meluahkan pendapat...~

Secara asas, 'You are what you think' and at the same time you are giving your self motivation to go further beyond your capabilities. GOT MY POINT?

Tak payah nak salahkan orang lain tak buat kerja. Kaw buat jer kerja kaw. Kalau terasa tak adil, jangan merungut. Sebaliknya carik jalan penyelesaian. Orang sekeliling tak larat nak dengar penekanan terhadap masalah sebaliknya cadangkan solution. Paling tidak, doa jer supaya orang tu sedar. Lagi mulia.

Dah la, terlalu banyak masalah dah ni Slumb3r. Fokus jer lah pada objektif yang lebih penting. Slumb3r bukan orang cepat terasa atau melantun. No point nak buat semua tu. Baik cari solusi.

Memang tak dapat la time ni. Kena tido dulu. Bila otak dah fresh, baru boleh pikir. Gud nite.!

11 Jul 2011

Aku, dia dan orang ketiga

Salam semua.

No BERSIH 2.0 post this time. I still disagree pasal perhimpunan itu adalah sebagai satu-satunya cara untuk buat 8 tuntutan tu. There are others alternative ways that can be practically used. I support BERSIH punya tuntutan 100% tapi bukan cara berhimpun.

Is not appropriate for me to say this but, I think my GF does not trust me anymore coz of this 1 girl.

Entry ni cuma entry merungut. Takda apa-apa istimewa.

Again, tuduhan kali ni sebab Slumb3r layan dak tu istimewa menyebabkan Slumb3r dituduh macam2.

FYI, layanan Slumb3r terhadap kawan2 Slumb3r semua sama. Takda yang special. Semua biasa-biasa.

Kalau tak percaya, sukahatilah.

AKU PERLUKAN KEPERCAYAAN, BUKAN KERAGUAN.

-END-

10 Jul 2011

Gambar Kenduri Cukur Jambul Nur Damia #6

 Dah berapa lama Slumb3r dok post pasal kenduri ni, maka ini adalah post terakhir. Gambar ini adalah kenangan kembali post post yang lepas. Notthing to say much. Enjoys people.



Adik Wafi! Chumel!!
Oh ya, by the way this is adik kepada Wajdi. Nama beliau Wafi. Comel kan?.. Tapi kesian, beliau ada luka kecil sebab ruam kat muka. hahaha. Cacat sedikit dimuka. Well, ovewal comel belaka.

9 Jul 2011

Respon BERSIH 2.0

Salam semua...

Slumb3r terima 2 komen yang agak lancang lepas Slumb3r post pasal BERSIH 2.0.

Hahahaha!! Kelakar.....

Slumb3r tahu korang ada yang fikir Slumb3r nak main SEO atau sekadar nak naikkan blog Slumb3r yang tak seberapa ni. Korang tengok la sekeliling blog ni. Ada tak iklan? Ada tak cara untuk bubuh duit dalam poket ni? Adoi! kamon la! Slumb3r takda niat pun nak main SEO neh. Kalau nak main SEO guna domain blogger? Apa barang brader!

Slumb3r tahu yang korang guna alasan perlembagaan persekutuan. Slumb3r study la pasal politik kat kelas. Try cek dekat artikel 10. Slumb3r pun guna artikel 10 ni. What? Salah ke?

Korang mesti tertanya kenapa polis dok sebok buat roadblock bagai. Slumb3r percaya, segala apa yang berlaku dalam dunia ni mesti ada sebab baik termasuklah cerita pasal polis.

Take a look at that artikel 10 fasal 2 (a). Carik pasal ketenteraman awam. Simple je. Ada jaminan ke yang penganjur perhimpunan tu behave like it supposed to be? Jaminan takda. Jadi polis tu bukan suka suki jer kat situ. Back then, Okay jer perhimpunan tu tadi. Takda la riot or what so ever. Totally respek!

Pasal tahanan segelintir peserta perhimpunan, diorang kena lock up 24 jam jer. Kalau takda reason kukuh unk tahan diorang, mesti b4 24 jam diorang dah dilepaskan.

Slumb3r dah tahu pasal 8 tuntutan BERSIH 2.0 ni.
1. Clean electoral roll
2. Reform postal ballot
3. Use indelible ink
4. Minimum 21 days campaign period
5. Free and fair access to media
6. Strengthen public institution
7. Stop corruption
8. Stop dirty politics

Slumb3r sokong semua agenda ni. Tak dinafikan bahawa SPR sudah tidak telus. Terbukti. I don't deny that.

But the thing is, MATLAMAT tidak menghalalkan CARA. Nabi sendiri tak ajar kita untuk demonstrasi sebagai protes. Al-Quran terang2 dah tunjuk tak ada guna pasal demonstrasi. Tengok video yang Slumb3r post semalam. Hujah tu dah cukup terang dan jelas.

Tak perlu perhimpunan-perhimpunan BERSIH 2.0. Walaupun sampai BERSIH 9.0 pun belum ada jaminan SPR akan telus. BERSIH tak jalan, korang nak buat apa? Pakai baju merah cakap REFORMASI ramai2. Eh! Kamon la. Macam lalat. Bising tak ketahuan.

Korang dok sebok tanya "Mana dia jalan lain? Media dah kena blok, blablabla"

Jawapan Slumb3r simple je.

Jalankan tanggungjawab anda.

Slumb3r seorang PELAJAR. Maka, Slumb3r rasa tak payah pergi BERSIH 2.0 atau BERSIH 1000000000.0 pun Slumb3r dah boleh buat semua 8 tuntutan BERSIH tu. Slumb3r belajar rajin-rajin. Bila dah grad, boleh jadi pemimpin yang:
1. Mengamalkan pilihanraya bersih,
2. Pemimpin yang merombak sistem undian pos,
3. Mengizinkan penggunaan dakwat kekal ketika pilihanraya,
4. Pemberi kebenaran untuk kempen pilihanraya selama 21 hari,
5. Pemberi hak penggunaan media yang percuma dan adil,
6. Perkukuhkan lagi institusi awam macam supaya bebas bersuara,
7. Pemimpin yang anti rasuah dan
8. Pemimpin yang mengamalkan sistem politik yang bersih.

See. Slumb3r dapat je buat semua tu dengan cara lebih aman, damai lagi mulia. Tak payah bazir pergi perhimpunan bagai. Select your leader and support them.

Dok kumpul ramai2 then yang hantar memorandum sorang jer. Ape masalah anda? Biar je la sorang hantar. Bagi jer sokongan dengan cara lain. Sokong pemimpin anda. Tak payah dok ramai2. Dok kat umah, study rajin2. Bila dah grad, jadi la pegawai politik yang baik. APA SUSAH??

Minta maaf dengan tulisan Slumb3r yang tidak menyenangkan mana-mana pihak.

Allah bagi kita akal untuk berfikir. Korang yakin ker apa yang korang buat tu betul? Takkan takda cara lain?

Daripada dok buat kempen BERSIH, baik korang buat kempen BELAJAR RAJIN-RAJIN 1.0. Setel. Lebih mulia. Jaminan itu ada.

Apabila seorang anak Adam meninggal, maka tinggallah segala-gala di dunia kecuali 3 perkara, sedekah jariah, ILMU YANG BERMANFAAT dan anak yang soleh yang mendoakan kesejahteraannya.

"Kenal diri rata-rata baru kenal tuhan yang nyata" (YM Ustaz Haji Hanafi, Pengasas PSSCM)

8 Jul 2011

Perhimpunan Bersih 2.0




Salam ukhuwah semua…

Korang tengok video yang Slumb3r post kat atas... Berbaloi tunggu lama-lama... Nak menangis la pulak dengar ustaz ni ceramah...

Ulasan video: 
Video ni cerita pasal cara nak menentang kemungkaran. Bukan melaui protes dan demonstrasi. Nabi ajar kita ada 3 cara. 1. Guna tangan 2. Guna suara. 3. Guna hati.
Cara ustaz ni cakap sumpah terbaek. Slumb3r dah banyak kali diterangkan pasal cara menentang kemungkaran sampai kena buat presentation kat kelas pasal ni masa subjek CTU part 3, Islam dan Komunikasi. I'm aware of that...


Slumb3r tulis benda ni saja suka suka. Slumb3r dah muak dok tgk kat paper, fb dan media disekeliling Slumb3r ni. Diorang dok sebut pasal BERSIH. Ala! Perhimpunan yang dijangka diadakan besok. Hadoi~

Slumb3r sangat menentang benda ni. Khutbah jumaat hari ni tadi pon dok kata benda yang sama. Rata-rata feedback dari memember Slumb3r diorang menentang.

Ada la juga Slumb3r buat onar kat fb bersih cakap pasal benda ni yang tidak berfaedah. Tak sampai 15 minit letak, dah ada bermacam-macam komen. Ada yang menyokong, ada juga yang menentang. Slumb3r cucuk sikit je, hentam macam ape tah diorang.

Back to the topic, Slumb3r bukan tahu sangat tujuan diorang buat benda ni. Tapi bongok benor le kalau Slumb3r tak tahu 1 pon. Salah satu sebab utama diorang buat perhimpunan ni adalah untuk memastikan pilihanraya yang tidak lama lagi diadakan secara telus dan adil. 

Slumb3r tak salahkan diorang, tak dinafikan bahawa SPR telah tidak telus. Ini telah terbukti dengan terbongkarnya beberapa orang pengundi hantu di kawasan-kawasan tertentu dalam Malaysia ni. 

“Macam mana SPR boleh tidak telus?”

Persoalan inilah yang bermain-main dalam fikiran. Slumb3r tahu yang Malaysia ni menggunakan system demokrasi berparlimen. Tapi kalau system demokrasi dalam Malaysia ni tidak telus, macam mana??

Slumb3r cetek pasal perlembagaan Malaysia ni, tapi tidaklah bodoh sampai tak tahu. Slumb3r tak rasa pun yang perhimpunan ni patot dibuat hanya sebab SPR tu. Babi betol!!

Cuba korang fikir, banyak giler saluran yang boleh digunakan tetapi kenapa perhimpunan yang dibuat?

“Dah takda cara lain, ini adalah cara yang terbaik”

Butoh pak ang lar!

Slumb3r tahu, media massa dah tak boleh pakai sebab kerajaan sememangnya telah masuk campur dalam media massa semenjak zaman Tun Dr. Mahathir jadi perdana menteri. No need for further explanations sebab Slumb3r rasa cerita ni panjang.

Ape la bongok diorang yang pergi perhimpunan tu. Ape kata korang sebarkan ideologi korang itu secara lebih aman.
Slumb3r menentang perhimpunan ni je, bukan ideologi perhimpunan ni. Slumb3r tak yakin yang pihak pengajur dapat mengawal emosi peserta perhimpunan. Serius tak yakin. Korang tengok jer contoh kat negara serantau. Banyak je negara yang tidak aman sebab rata-rata keganasan seperti rusuhan ni bermula dengan perhimpunan aman yang bertukar menjadi ganas.

Sudah-sudahlah merosakkan budaya orang MALAYSIA ni.
Bukan budaya kita buat demonstrasi atau perhimpunan ni. Sedarlah wahai sahabat-sahabatku.

Ps: Slumb3r bengang sebab ramai sahabat dan rakan tak dapat menjalankan kehidupan seharian dan bisnes ramai kawan Slumb3r tergendala.

Ps2: Kalau kawan-kawan Slumb3r jual air, makanan, niaga hotel dan t-shirt takpa la juga. Dapat gak untung.

Ps3: Kesian Najmi, Hafizi, Faris dan Zainal… Nak pergi konset siti pun susah hari sabtu ni.

7 Jul 2011

Ajaran Sesat Fukers!

Salam ukhuwah semua...

Slumb3r dah beberapa hari buat sedikit research pasal konsep nikah batin. Dah takda kerja yang baik dari buat research macam tu. HAHA!

"kaw dah kenapa buat benda tu?"

Yer la, Slumb3r tengok sekarang ni kumpulan underground ajaran sesat dah banyak buat aktiviti dengan orang yang terdekat dengan Slumb3r. Baru-baru ni kawan Slumb3r ade sebut pasal kakak beliau ada buat nikah batin dengan seorang lelaki. Intrestingnye, Slumb3r ingt benda tu main-main jer, sekali betul-betul la pulok.

Slumb3r pon gagahkan diri buat research. Just key-in je kat google search box 'konsep nikah batin'.

Tetiba keluar 1 blog ni dari sumber yang Slumb3r boleh percayai. Link dia sini. Ini kerana sumber dari blog ini adalah dari jabatan agama islam.

Ada satu pengikut ajaran batiniah dalam Malaysia ni yang mengamalkan konsep nikah batin. Slumb3r belajar kat sekolah dulu rukun nikah ada 5, pengantin lelaki, pengantin perempuan, 2 orang saksi, wali dan akad. Tapi nikah batin hanya menggunakan 1 dari 5 rukun tu, akad. Tu pun Slumb3r tak pasti sebab Slumb3r tah tahu bebenda semua ni.

Tetiba Slumb3r teringat masa belajar kat sekolah agama masa kat Johor dulu. Kami tak diajar pasal ajaran-ajaran sesat pun. Tapi kali diajar perkara basic pasal cabang-cabang fikh seperti Munakahat, Muammalat, Faraaid dan Jenayat. Ada la juga perkara fardu ain macam ibadah, tauhid, hafazan, hadith. So far, Slumb3r ingt tu je la subjek yg diajar.

Slumb3r belajar benda ni bila dah masuk tingkatan 5 masa kat sekolah menengah. Adalah ajaran taslim, Bahai dan ape ape tah.

Persoalanya, kenapa kami diajar semasa ditingkatan 5??

Slumb3r konpius... Takpa la, at least Slumb3r tahu macam mana nak bezakan antara benda btul dan salah. Korang jangan pulak ikot benda-benda yang terang2 haram ni...

p.s: Dah lama Slumb3r tak main gitar...

5 Jul 2011

Dah nak mula


Okay guys!... Final words...

Slumb3r nak pasang PA system jap lagi. Dikesempatan ini Slumb3r nak jemput korang-korang datang. Ilmu ni guna sampai mati. Tak rugi kot. Korang boleh jaga diri korang. Lepas jaga diri baru boleh jaga agama, bangsa dan negara.

"Wah kaw! sembang lebat"

Yess... Slumb3r sembang lebat, tapi Slumb3r buat kot. Lebih baik korang datang je sini dari ikot perhimpunan haram kat memane. Baik kot. Ajak la junior, senior, kengkawan, clasmate, segala-galanya datang. Mungkin korang dapat tolong dia jadi berani ke.

For girls,
Kalau sesape ade wat sexual harassment kat korang, boleh jer tibai kat situ. Bila dah terbaring kat situ, boleh la cabut lari. Selamat.
Kalau ade sesiapa nak pukul ke atau korang ade tak puas hati dengan boypriend pas tu rasa macam nak beduk je, tapi tak bleh, join je silat.
KAMI TAKKAN AJA KORANG BEDUK ORANG. Tapi kita boleh main batin.. hahah!!
Bukan mendrem-mendrem. Tapi korang akan diaja bertaubat, belajar memaafkan dan yang paling penting belajar bersabar. Dari rasa nak beduk orang, korang akan terus belajar nak memaafkan orang plak.

For boys,
Kalau korang selalu dibuli, korang boleh self defense. Cukup la sekadar bagi pengajaran.
Kalau korang ada member yang selalu kena buli, korang boleh tolong. Atau tetiba rasa tak puas hati dengan pak gad uitm yang macam hanjing je. Dok teguq orang macam kita buat kesalahan membunuh je, boleh jer....
BUKAN BOLEH BELASAH...
Boleh belajar macam mana nak sabar dari dok beduk orang...

Anyhow, korang ada pape pertanyaan pasal PSSCM, korang boleh jer datang dan terus tanya kami. Kami ni bertauliah untuk menjawab sebarang pertanyaan. Korang jangan tanya silap orang. Tanya orang yang betul-betul layak.

Chow! Slumb3r nak g solat dan gerak... tata!

4 Jul 2011

Mula tumbuk, Lepastu tersungkur.

Salam~!

Semalam Slumb3r dah cerita sikit pasal pengalaman masa mula-mula nak masuk Silat ni dulu. Kali ni Slumb3r nak cerita pasal silibus matapelajaran dan beberapa FAQ pasal Silat Cekak ni.

Silat cekak tersangatlah mudah,
Bagi mereka yang mendapat hidayah,
Sungguhpun begitu hendaklah tabah,
InsyaAllah mendapat faedah.

Ini adalah salah satu daripada 8 pantun yang dikarang oleh YM Almarhum Ustaz Haji Hanafi Bin Haji Ahmad, Pengasas PSSCM. Slumb3r nak kupas sikit je pasal ni. Mungkin akan membantu anda menjawab soalan dan rungutan:

1. Belajar Silat ni mesti susah kan?

Tak la susah. Kalau susah mana ade orang nak belajar benda yang bahaya ni. Walaupun buah matapelajaran ni ada 21 pun dah kira macam banyak, tapi hakikatnya senang.Okay. Meh Slumb3r cerita kenapa senang.

Korang nak belajar membaca kat sekolah dulu macam mana? Cikgu aja korang macam mana sampai boleh masuk U sekarang?

Sama macam Silat Cekak. Korang akan diajar berperingkat-beringkat. Korang takkan diajar secara tiba-tiba untuk menangkis serangan bersenjatakan pisau. NONSENSE!

-Belajar kenal huruf. Metafora untuk langkah pertama belajar kaedah tangkis serangan. Ada 4. Kaedah A,B,C dan D. Kaedah ini akan digunakan dalam semua buah matapelajaran.
-Lepas dah kenal huruf, kita belajar buat perkataan dengan suku kata. Metafora untuk kelas asas. Pada Slumb3r kalau korang taknak tunggu sampai habis sebab lambat sangat nak habis sampai buah 21, buah asas Silat Cekak boleh guna dah.
-Lepas dah buat perkataan, kita buat ayat. Masa ni korang akan belajar macam mana nak jatuhkan lawan. Masa ni lah korang akan merasa cium tanah dan bengkak bengkil. Jangan risau. Lagi lama korang belajar, makin berani. Tak takut dah sakit ni.
-Buat karangan dan artikel. Masa ni korang dah tamat silibus matapelajaran Silat Cekak. Tiba masa korang belajar macam mana nak tahu orang yang kita lawan tu ahli persatuan kita ke. Pada peringkat ini korang juga akan diajar macam mana nak tangkis serangan dari seni bela diri yang lain. TERBAEK!

So... Dun wury la pasal susah atau tidak. dah cukup simple benda ni.

2. Konpem balik latihan je, mesti bengkak bengkil. Kan?

Kelas seni bela diri. Cuba bagitahu, kelas seni bela diri mana yang tidak terlepas daripada begkak, luka, terkehel dan lebam? Semua sama.
Tapi jangan risau. Jurulatih yang sedia ada ni sudah cukup terlatih. Korang akan diaja untuk meminimakan risiko kemalangan ketika berlatih. Di kelas latihan sahaja korang akan diajar macam tu. Tapi bila betul-betul gadoh, ikot korang la nak bagi lembut atau kasar.

3. Malas la nak belajar, hari-hari kena turun kelas.

Tak. Kami fleksibel. Kelas wajib turun cuma 2 hari seminggu. Kalau di UiTM KAG, Isnin dan Rabu pukul 9 malam sebelah Masjid Al-Hikmah di tepi pondok wakaf.

Kalau korang ada kelas malam, lepas kelas pun boleh datang. Apadahal? lagipun kelas ni ada 2 sesi. Sesi pertama latihan kaedah dan matapelajaran lepas. Lepas rehat pula sesi kedua iaitu buah matapelajaran yang baru. Kalau terlepas sesi pertama, korang boleh je masuk terus sesi kedua. Sebab benda penting sini korang kena dapat buah untuk tamat silibus pada waktu ditetapkan. Tak lama pun belajar kalau datang kelas hari-hari. 4 Sem dah boleh grad!

4. Duit. Nak belajar mesti guna duit. Takda duit la nak bayar.

Slumb3r pun menghadapi masalah macam korang. Yuran persatuan untuk ahli baru tak banyak. Cuma RM 65 (Last sem punya harga).

Guess what! Itu je korang kena keluar sehingga korang dah tamat silibus. Takda duit uniform. Takda kos-kos tersembunyi yang lain. Apa yang ada hanyalah derma seikhlas hati untuk persatuan buat beli benda runcit untuk kelas latihan. Contoh macam air, kuih-kuih dll.

Uniform korang kena beli dan wajib pakai ketika dah tamat sahaja. Ni untuk ringankan beban. Sebab yang penting kat persatuan ini adalah korang belajar.

Kalau korang boleh keluar duit untuk henpon beriban-riban, overnight tetiap malam sampai balik pagi-pagi, takkan RM 65 untuk 4 sem tak boleh keluar? 

Dah la tu, banyak sangat Slumb3r bebel tah pape. Ni baru sikit rungutan dan benda-benda yang biasa Slumb3r dengar sebelum masuk Silat. Senang cerita, masuk dulu baru tahu.

P/s:Tiba-tiba Slumb3r teringat nak basuh uniform Slumb3r. Dah kotor dah sebab simpan lama-lama.

3 Jul 2011

Gambar Kenduri Cukur Jambul Nur Damia #5

Guwa samseng lu tau tak?!
 Okeyss... This time Slumb3r will post all the picture about this cute little devil. haha. Dia la yang menyebabkan Kamera SLR Slumb3r hampir kena pecah. Tapi belum pecah lagi la. Dia boleh rampas dari tangan Slumb3r dengan selamba. Tapi tak sampai hati nak marah. Dia tak tahu pun kamera tu mahal. Dia ingat macam barang meinan dia kot.
 Masa gambar kat atas ni diambil, budak kecik ni masih degil sehh. Walaupun mak beliau dah cubit, tengking dan sebagainya beliau masih tegar melakukan aksi2 yang boleh dikategorikan sebagai extreme pada umur sebegini.



Last last, sapa nak marah budak bernama Wajdi Suhaili ni? Comel ya amat! Beliau ada adik, tapi adik beliau takda la ganaz macam beliau. Tak jadi nak marah la seh bila tengok muka dia neh.

ps: makcik Slumb3r kata, abang sepupu Slumb3r pun dulu macam ni. Maka sesuailah dikatakan "Bapak borek anak rintik" hahahaha!!

PSA PSSCM~ Baek giler Slumb3r!

Salam semua.
Slumb3r rasa Slumb3r patot post hari-hari pasal benda ni la. ade la dalam 1 post 1 hari. Tak rugi mana pun. Sambil tu boleh la jugak Slumb3r share pengalaman Slumb3r sebelum dan semasa dalam persatuan ni.

Slumb3r sebenarnya ada la juga berlatarbelakangkan sebuah persatuan lain sebelum Slumb3r bergiat dalam PSSCM ni, Slumb3r merupakan bekas ahli Persekutuan Pengakap Malaysia a.k.a PPM. Slumb3r cuma join takat peringkat daerah je, Daerah Hilir Perak. Ada la juga 4 tahun bergiat daripada tingkatan 4 sehingga sebelum masuk UiTM dulu.

Ada cerita pedih kenapa Slumb3r taknak sambung sampai dapat manikayu dalam Pengakap. Politics. Biasa la.

Lepas Slumb3r jauh dari daerah Slumb3r, Slumb3r masuk UiTM. Masa tu Slumb3r ternampak poster untuk kemasukan ahli baru bagi PSSCM. Slumb3r minat seh. Masa tu Slumb3r ajak la kawan-kawan Slumb3r. Antaranya ialah Ponsen a.k.a Syahriz, Baek a.k.a Fariz, Kotar a.k.a Sahair dan Busan a.k.a Zaki.

Setiap orang ada cerita mereka sendiri kenapa diorang masuk dan kekal.

Ponsen atau lebih mesra dengan panggilan posh (sebutan macam kereta Porsche tu ha...). Beliau berkobar2 nak masuk la. Cerita letopzz bukan maen. Tu la, ni la. blablabla. Tapi bila tarikh majlis penerangan tu dia takda. Haha. Bukan nak salahkan dia. Slumb3r pun tak tahu apa cerita sebenar dia. Maka dia tak la jadi ahli.

Baek ni pula datang masa hari majlis tu. Duduk dan dengar pungpang pungpang orang ceramah kat majlis tu. Tapi setelah 3 @ 4 kali kelas beliau terus tidak menampakkan batang hidung beliau yang mancung itu. Katanya tak dapat beri komitmen la bagai. Takpa la. Slumb3r tak kesah. Itu dia punya hal. Malas nak amek tahu.

Sahair atau nama panggilan kolej beliau, kotar ini pula alhamdulillah. Beliau bersama-sama Slumb3r belajar sehingga tamat silibus matapelajaran Silat Cekak dan pernah menghadiri Kelas Kemahiran untuk Sijil Rendah Silat Cekak bersama-sama Slumb3r. Syabaz. Beliau pun masih dalam persatuan sehingga sekarang.

Slumb3r, Sahair dan lagi seorang sahabat kami iaitu Zaki. Kami bertiga sahaja yang terselamat dari batch kami yang dahulunya seramai 21 orang pelajar dan kini kelas UiTM KAG 15 (kalau tak silap) ni je la yang tinggal. Zaki adalah wakil tunggal dari batch kami yang dapat menghabiskan Kelas Kemahiran dan berjaya lulus dengan cemerlang Ujian Sijil Rendah PSSCM.

Well. Nak kekal dalam sesebuah persatuan bukan mudah. Komitmen, masa, tenaga dan wang ringgit banyak yang perlu disumbangkan. Slumb3r sudah puas motivasikan diri ini selama 6 sem ini untuk teruskan sebab ini adalah persatuan MELAYU yang ori. Slumb3r tak main politik. Slumb3r tak suka persatuan samseng ala-ala 3 line samseng tahi yang sesat @ double 7 samseng yang bajek otai tu.

Slumb3r bukan racist taw. Slumb3r cuma nak bangunkan bangsa MELAYU yang perlukan perubahan paradikma kearah sesuatu yang lebih baik.

Next post Slumb3r nak cerita benda lain pula.

P/s: Slumb3r masih teringat dekat jurulatih Slumb3r yang pertama, Abang Rozaimi. Kenapa kaw menghilang(walaupun Slumb3r tahu kenapa dia menghilang)

2 Jul 2011

Datang! datang!! Ajak kengkawan datang!!

Salam semua!

Slumb3r nak update sikit je pasal 1 pengumuman amal untuk Persatuan Seni Silat Cekak Universiti Teknologi Mara Kampus Alor Gajah (PSSCM UiTM KAG).
Persatuan ini akan buat 1 majlis iaitu Majlis Penerangan dan Demonstrasi. YES! DEMONSTRASI.

Bila cerita pasal demonstrasi, Slumb3r rasa korang mesti dah tahu kan?...

Majlis ini ada je bebudak yang buat teknik-teknik silat depan-depan orang ramai. Luka, lebam dan sakit itu adalah antara yang korang akan dapat lihat. Tapi bagi para pembuat demonstrasi tersebut telah biasa dan dilatih dengan cekap dan pantas untuk meminimakan risiko kecederaan semasa sesi demonstrasi.

Maka, DO NOT TRY THE TRICKS WITHOUT PROPER TRAINING!...

Kalau buat juga, Silat Cekak cuma ada 3 akibat je: 1. Pengsan. 2. Tak engsan, patah. 3. Tak patah, MATI.

Tak pecaya, buat.

Back to topic, Majlis ni akan berlangsung di Dewan Shahbandar pada jam 8.30 malam pada hari Selasa minggu depan. Keahlian terbuka kapada semua warga UiTM berbangsa Melayu dan beragama Islam. Tidak ada had umur dan jantina.

Slumb3r tak dapat nak hadir cepat sebab hari tu clash dengan meeting batch part 6 untok event mega kami yang bakal berlangsung seminggu lepas raya.

OK! Sesiapa berminat nak masuk boleh telefon nombor yang tertera atau boleh telefon Slumb3r direct! Tak rugi wehh! Ilmu guna sampai mati ni weh...

ps: Slumb3r sem ni langsung tak turun kelas. Berazam selepas majlis berlangsung, baru Slumb3r datang.

1 Jul 2011

Music make me calm

Feelings! BAH!... semua itu TAHI!~

Nak mulakan bulan baru dengan senyuman! Selamat bulan 6 semua. Tak lama lagi dah nak masuk bulan Syaaban. Dah sedia ke nak puasa?

Walaubagaimanapun, hari ni Slumb3r bukan nak emo-emo lagi. This blog is not for emo people although some of the post is to0o0o emotional.

Hari ini Slumb3r nak share pasal 1 video ni. Rasa macam dah post, tapi belom kot. Ha ha! By the way, Before tengok video kat bawah ni Slumb3r nak ingatkan bahawa video ini mungkin akan membuat anda muntah sehingga keluar muntah hijau. Tapi korang tengok tangan dia main bass mcm mane. Tinggal tutup muka je. yang lain semua 'HOT'.




Beliau no cosplay lelaki. Kalau korang search kat youtube banyak kot video dier. Slumb3r suka cara dia main bass dalam video ni. Teknik yang dia main dalam video ni dipanggil 'slam'. Slumb3r tidak la berapa arif pasal ni sebab Slumb3r biasa main gitar lead dengan acoustic. Gitar bass ni pun nak petik dia ada cara yang lebih mudah compare to conventional guitar.

Paling best pasal gitar bass ialah note dia. Note adalah bunyi yang dikeluarkan oleh sesebuah alat muzik. Note biasa ialah, A,A#/Bb,B,C,C#/Dd,D,D#/Eb,E,F,F#/Gb,G,G#/Ab.

Slumb3r nak explain macam susah je korang nak faham. Tapi yang senang dalam semua alat muzik ni ada kod nyaring dan dalam. Gitar bass mengeluarkan bunyi yang dalam.

Fuh. Slumb3r nak kena guna laras bahasa orang awam kalau nak sembang pasal muzik kat sini. Takpa lah. At least Slumb3r tahu. Music keep me calm.