Salam semua.
Slumb3r rasa Slumb3r patot post hari-hari pasal benda ni la. ade la dalam 1 post 1 hari. Tak rugi mana pun. Sambil tu boleh la jugak Slumb3r share pengalaman Slumb3r sebelum dan semasa dalam persatuan ni.
Slumb3r sebenarnya ada la juga berlatarbelakangkan sebuah persatuan lain sebelum Slumb3r bergiat dalam PSSCM ni, Slumb3r merupakan bekas ahli Persekutuan Pengakap Malaysia a.k.a PPM. Slumb3r cuma join takat peringkat daerah je, Daerah Hilir Perak. Ada la juga 4 tahun bergiat daripada tingkatan 4 sehingga sebelum masuk UiTM dulu.
Ada cerita pedih kenapa Slumb3r taknak sambung sampai dapat manikayu dalam Pengakap. Politics. Biasa la.
Lepas Slumb3r jauh dari daerah Slumb3r, Slumb3r masuk UiTM. Masa tu Slumb3r ternampak poster untuk kemasukan ahli baru bagi PSSCM. Slumb3r minat seh. Masa tu Slumb3r ajak la kawan-kawan Slumb3r. Antaranya ialah Ponsen a.k.a Syahriz, Baek a.k.a Fariz, Kotar a.k.a Sahair dan Busan a.k.a Zaki.
Setiap orang ada cerita mereka sendiri kenapa diorang masuk dan kekal.
Ponsen atau lebih mesra dengan panggilan posh (sebutan macam kereta Porsche tu ha...). Beliau berkobar2 nak masuk la. Cerita letopzz bukan maen. Tu la, ni la. blablabla. Tapi bila tarikh majlis penerangan tu dia takda. Haha. Bukan nak salahkan dia. Slumb3r pun tak tahu apa cerita sebenar dia. Maka dia tak la jadi ahli.
Baek ni pula datang masa hari majlis tu. Duduk dan dengar pungpang pungpang orang ceramah kat majlis tu. Tapi setelah 3 @ 4 kali kelas beliau terus tidak menampakkan batang hidung beliau yang mancung itu. Katanya tak dapat beri komitmen la bagai. Takpa la. Slumb3r tak kesah. Itu dia punya hal. Malas nak amek tahu.
Sahair atau nama panggilan kolej beliau, kotar ini pula alhamdulillah. Beliau bersama-sama Slumb3r belajar sehingga tamat silibus matapelajaran Silat Cekak dan pernah menghadiri Kelas Kemahiran untuk Sijil Rendah Silat Cekak bersama-sama Slumb3r. Syabaz. Beliau pun masih dalam persatuan sehingga sekarang.
Slumb3r, Sahair dan lagi seorang sahabat kami iaitu Zaki. Kami bertiga sahaja yang terselamat dari batch kami yang dahulunya seramai 21 orang pelajar dan kini kelas UiTM KAG 15 (kalau tak silap) ni je la yang tinggal. Zaki adalah wakil tunggal dari batch kami yang dapat menghabiskan Kelas Kemahiran dan berjaya lulus dengan cemerlang Ujian Sijil Rendah PSSCM.
Well. Nak kekal dalam sesebuah persatuan bukan mudah. Komitmen, masa, tenaga dan wang ringgit banyak yang perlu disumbangkan. Slumb3r sudah puas motivasikan diri ini selama 6 sem ini untuk teruskan sebab ini adalah persatuan MELAYU yang ori. Slumb3r tak main politik. Slumb3r tak suka persatuan samseng ala-ala 3 line samseng tahi yang sesat @ double 7 samseng yang bajek otai tu.
Slumb3r bukan racist taw. Slumb3r cuma nak bangunkan bangsa MELAYU yang perlukan perubahan paradikma kearah sesuatu yang lebih baik.
Next post Slumb3r nak cerita benda lain pula.
P/s: Slumb3r masih teringat dekat jurulatih Slumb3r yang pertama, Abang Rozaimi. Kenapa kaw menghilang(walaupun Slumb3r tahu kenapa dia menghilang)
is not about being racist,is about being malay !
ReplyDeletebest takk...????
ReplyDelete