23 Jul 2011

Pertandingan Fotografi TOUCH 2011.


Part 6 professional project : Touch 2011

Okay, Slumb3r kali ini nak cerita pasal pertandingan yang bakal berlangsung bermula dari saat ini sehingga 31 Ogos 2011 sepatutnya. Tapi kalau korang tengok balik blog fakulti Slumb3r, KOMED Melaka ni tulis 31 Julai. Slumb3r dapat konfemkan info ni false bila kawan, merangkap hosmate dan romate kate 31 Ogos 2011 kat Blog dia, khairnaj.

Seperti mana pertandingan di seluruh alam ini ada kalah dan menang. Maka kebiasaanya yang menang ni adalah penyertaan yang memenuhi syarat pertandingan. Antara syarat pertandingan ialah:-

1. Korang boleh hantar seberapa banyak gambar selagi mahu. Takda limit. Beriban gambar pon takpe.
2. Gambar korang pulak tak boleh ada korang punya watermark atau segala bentuk pengenalan diri korang.
3. Sebabnya gambar tu dah jadi hak milik penganjur sepenuhnya.
4. Gambar tu dah la tak boleh letak watermark, nak manipulasi pon tak boleh. Yang boleh cuma editing yang simple macam ubah tone warna ke. Boleh la tu.
5. Gambar2 korang tadi pulak mesti dalam bentuk JPEG dan bukan dalam bentuk lain. Kalau bentuk lain korang kalah.
6. Sertakan sekali nama, no ic dan alamat rumah korang. Kalau korang student UiTM Alor Gajah sila sertakan sekali no kad matrix dan jugak kelas korang. Senang nak kontek kalau ade pape kang.
7. Gambar harus dihantar melalui e-mail kat touch2011photo@yahoo.com. Pepandai korang la carik internet speed yang laju. Slumb3r guna berukben pon macam haram jer nak upload gambar ni ha.

Makluman lebihan korang tengok jer la poster atas tu. Tema gambar korang ni dah jelas dinyatakan kat poster tu.

Slumb3r masuk pertandingan ni. Nak kumpul duit buat repair hardisk. hahaha.

Hadiah adalah dalam bentuk RM. Berbaloi masuk.

Ps: Slumb3r nak update sikit pasal semalam Slumb3r punya produk iaitu Filem pendek: Ramah 3 Rumah dah dapat Bronze Medal dalam pertandingan IID Deria anjuran UiTM Melaka peringkat kebangsaan di Mini Stadium Bestari Melaka. Bangge tak terkira. Ada 2 post korang boleh akses kat sini dan sini. Benda ni la yang menang semalam.

No comments:

Post a Comment