Kejap tadi ade seorang member aku post minta pendapat. Korang kena rujuk dulu gambar kat bawah kalau nak tau cerita sebenarnya. Aku cuma bagi pendapat aku sebab aku juga menghadapi masalah yang sama macam ko Anis... Tak perlu berhenti kerja untuk kejar cita2. Cuma pandai susun masa semula je aku rasa.
Aku tak tahu nature kerja ko macam mana, tapi nature kerja aku agak pelik sikit. Aku habiskan masa untuk kerja full time 8 pagi sampai 7 petang. Nampak pelik kan working hours aku macam tu. Hakikatnya aku cuma kerja dari 9 pagi sampai 6 sahaja hari-hari. 2 jam tu adalah masa aku untuk ulang alik dari rumah ke tempat kerja. Aku ambil masa 45 minit sehingga 1 jam untuk sampai ke opis. Sepajang perjalanan pergi dan balik tu aku berangan macam mana nak rangka strategi hidup ni. Banyak betul masa aku berfikir. Hahaha
Jadi, waktu tidur aku pula adalah pukul 10 sehingga pukul 6. Lama kan aku tido. Hahaha... Tak cukup tidur boleh bawa masalah besar pada aku. Mengantuk misalnya.
Aku punya free time dari pukul 7 petang sehingga pukul 10 malam dan dari pukul 6 pagi sampai pukul 8 sahaja kalau hari biasa. Hujung minggu yakni Sabtu dan Ahad adalah hari free aku saje. Kebanyakkan hujung minggu aku occupied untuk hari bersama keluarga. Tambah2 selepas kematian arwah adik aku, aku kerap pulang ke Perak dan kadangkala ke Johor untuk melawat ayah aku. Cuti dan lain2 aku kurang ambil kira sebab kalau takda special occasions, aku tak cuti.
Persoalannya sekarang, apa yang aku guna masa free aku hari biasa? Free time ada lebih kurang empat jam satu hari yang wajib.
20% masa tu aku buat rutin. Basuh baju, masak, kemas rumah, ibadat, personal grooming yadayadayada. Aku ada 3 jam 20 minit (agak2 la, aku bukan reti matematik sgt).
Ape yang aku buat, aku buat ape yg aku suke la. Caranya:
1. Set target besar dan pecahkan target besar tadi jadi tugasan kecik2.
Contohnya kau nak kereta besar dan kosnya lebih kurang 80k. Pecahkan target ko kepada task yang kecik. Kau kena saving atau kau kena ada extra income misalnya. Boleh lagi detail lagi untuk task tadi.
-Saving berapa ratus yg mampu?
-Sebulan jumlah untuk hidup berapa?
-Ape yang boleh dibuat untuk cut cost hidup?
Tu part saving, part extra income pula boleh jadi;
-Nak mula ada modal atau tiada modal?
-Apa skill aku ada dan boleh guna?
-Apa aset lain aku ada?
2. Bila dah ada tugasan, set dateline untuk capai tugasan tadi.
Misalnya nak kumpulkan 80k tadi perlukan masa 3 tahun.
-Jadi berapa banyak kena saving sebulan untuk kumpulkan duit downpayment?
-Budget kos hidup sebulan boleh tahan berapa lama?
-Free time aku cuma 3 jam, 20 minit (misalnya) apa aku boleh buat?
-Kalau aku dapat saving 300 je sebulan, berapa lama masa aku ada untuk kumpul downpayment?
3. Istiqamah.
Part ni agak susah. Aku pun masih dalam part istiqamah sebab bahagian ni perlukan usaha yang berterusan. Bab ni terpulang pada ko. Execute your plan within your capabilities. Nak cabaran dan lebih ilmu macam ko cakap? Ape tak boleh pula, boleh saje. Minggle around with your co-workers atau kenalan yang lain dan minta cadangan atau orang dalam jaringan mereka yang boleh beri kau peluang dan ruang untuk capai target ko dengan lebih cepat atau lebih besar nilainya. Keyword untuk cabaran besar sikit adalah cepat dan besar nilainya.
Kadang2 kawan2 dalam jaringan kita yang rajin beri peluang dan ruang yang kita sendiri kena cekup cepat2 supaya tak terlepas. Businessman and entrepreneurs are opportunists. So, ape yang tak boleh? Semua boleh laaa...
Kesimpulan.
=========
Tak payah berhenti kerja.
Nak cabaran? Nak ilmu? Cipta matlamat sendiri dan buat cara sendiri. Cabarannya ko harus patuhi rules and regulations full time work dan cuba patuhi etika ketika bekerja. Kita pun cari keberkatan dalam bekerja. Tu kena ingat juga.
Ko baru 2 tahun kerja dah boring. Aku start masuk kerja dulu pun dah boring. Dah dekat 2 tahun juga kerja sekarang. Dari first year aku dah buat sebab aku nak cabar diri. Ikutkan aku, waktu tidur on paper sahaja pukul 10 malam. Mampu juga aku exceed sampai pukul 4 atau 5 pagi siapkan kerja.
Dalam perjalanan mencapai matlamat ko tu akan jumpa juga ilmu, jaringan dan diiring pengalaman yang tidak ternilai harganya.
Kerja full time buat otak aku tepu. Tiada OT, tiada elaun lain, tiada juga kerja luar. 9-6 duduk dalam opis depan PC. Masalah kesihatan lain timbul. Kerap juga aku sakit belakang atas alasan duduk terlalu lama. Cabaran juga tu.
Nak cabaran ni?