Slumb3r hari ni kerja agak enjoy sebab hari ni lain dari yang selalu. Hari ni Slumb3r kena duduk jaga kaunter untuk RM500 kat ground floor. Maksudnya, barisan hadapan antara LHDN dengan orang awam.
Seperti yang sedia tahu dan kepada orang yang tak tahu menahu, ni Slumb3r nak cerita. Cerita apa? Cerita pasal duit lar chooor!!
Dalam budget 2012 hari tu, goverment (Gomen) ada peruntukkan 2 billion untuk diagih-agihkan kepada rakyat sebanyak RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan bawah RM 3000. Yeap! Ini sangat di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.
Prosedur nak dapat senang jer. Ada 3 benda korang kena buat.
Prosedur nak dapat duit bantuan kerajaan RM500 dibawah budget 2012.
1. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Ape jadah pulak peraturan yang ditetapkan?
- Warganegara
Abang ipar saya orang Nepal, macam mana?
Secara jujuq la ceq gitaw ah... Memang tak layak.
Tapi kakak saya orang Malaysia.
Ate, susoh beno kome nak paham. Letak la nama pemohon bini dia dan laki dia sebagai tanggungan. Apa adahal!
- Pasangan yang dah berkahwin
- Pasangan yang dah berkahwin dan ada tanggungan
- Orang bujang yang ada tanggungan
Katakanlah Ahmad ni bujang. Baru dapat kerja sebagai buruh. Parent beliau dah lama meninggal. Oleh kerana beliau anak sedara misali, beliau menyara mak sedara beliau yang sedang sakit jantung dikampung dan adik perempuan beliau yang nak SPM tahun depan. Maka Ahmad termasuk dalam kategori ini.
- Warga emas yang hidup sebatang
kerakara
Lagi satu, warga emas pencen pon boleh apply gak! Jangan lepaskan peluang ini!
Ada lagi 1 client Slumb3r tadi dok tanya:
Saya ada 3 orang anak. Saya duduk sama itu perempuan (bini) saya sama anak saya juga. Dua anak ada, tapi kerja itu Singapore mari. Balik jarang2 mah. Satu tahun 1 kali mari. Saya talak kilija. Anak saya pun sama, kilija talak tau mah. Saya boleh apply?Boleh apply. Kiranya 1 rumah dia cuma ada 3 orang, bini dia, anak dia ngan dia. Masih boleh apply.
Ada juga yang tanyaa:
Senang jer kak, kalo akak dalam proses penceraian, akak apply guna nama akak then letak nama anak-anak sebagai tanggungan. Sama kak! boleh apply.Kalau saya dalam proses penceraian sebab laki saya ni isap dadah (penagih dadah) pun boleh apply? Sebab saya takut dia pulak cekau duit tu wat beli dadah pulak, kang tak merasa anak saya.
Ape2 hal pun senang citer pendapatan kasor (tak temasuk OT bagai) bawah RM3000, anda adalah layak untuk memohon.
2. Bawa salinan IC depan belakang sekeping sebagai dokumen sokongan.
Bahagian ni sangat simple. Cuma bawa salinan IC depan belakang jer. Tak payah cop pengesahan ketua kampung atau pegawai kumpulan A. Tak payah bawak payslip gaji. Tak payah bawak ape-ape pon. IC jer. Serius! IC!
Tujuannya adalah untuk memudahkan segala urusan. Cuma la bayangkan kalau orang kampung yang susah2 nak buat benda2 kompleks! mane maunye!
Masalahnya hanya dibahagian ini pada setakat ini.
Borang permohonan bantuan RM500 dibawah budget 2012 akan mula diedarkan pada 10 Desember 2011 dan tempoh tamat penghantaran borang adalah pada 9 Januari 2012.
Borang boleh didapati buat masa ni disemua lokasi Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh Malaysia (LHDN) pada pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. Paling best, untuk minggu pertama ni kami buka pada hari Sabtu dan Ahad pada waktu dinyatakan. Tak tutup.
Ada rumors yang mengatakan borang2 akan diedarkan kesemua lokasi kompleks penghulu, pejabat tanah, shopping komplex dan sebagainya untuk memudahkan urusan orang ramai. Buat masa ini tiada apa makluman mengenai benda tu dan borang hanya ada di pejabat LHDN SAHAJA! (buat masa ini)
Buat masa ni kami diberitahu seperti di atas. Lebih daripada tu, boleh tanya pegawai LHDN yang bertugas atau telefon talian bebas tol 1-800-222-500.
Perlu diingatkan bahawa penipuan kat dalam borang itu boleh dikesan. Ini kerana semua permohon akan di masuk ke dalam database yang mana ada link dengan semua organisasi dalam Malaysia seperti KWSP, PDRM, Kebajikan masyarakat, blablabla.
Tugas anda mohon, kami terima permohonan dan masukkan data. Yang luluskan permohonan adalah sistem. BUKAN KAMI! ANDA BOLEH MOHON, LULUS ATAU TIDAK ITU ADALAH SISTEM!
Bonus kepada yang dah daftar dengan e-kasih jabatan kebajikan masyarakat. Anda cuma perlu tempuh prosedur nombor 2 dan tiga jer. Sebab anda punya data sudah ada dan menyenangkan lagi prosedur anda.
Benda simple choor!
********************************************************
Slumb3r masih tak terima msg dari Miss A pasal cerita cinta Slumb3r dulu2.
Tak pa lah. Dia masih tak faham kenapa Slumb3r tulis benda tu. Moga-moga dia tak merajuk lama sangat.
terbaik la slumb3r...
ReplyDeleteahh kaw!... sembangan kencang bagai!
ReplyDeletewah hebat la abang ghafar nawi ni
ReplyDeleteterimas sahabat-sahabat..
ReplyDeletegaji pokok atau campur elaun?
ReplyDeleteBuat masa ni kami diberitahu cuma gaji kasar... Pasal elaun bagai tu tak konfem lagi... ape kata abg mohon jer.. tapi jgn tipu... dapat atau tak belakang kira...
ReplyDelete