Hari ni hari kesepuluh dan gaji tak masuk2 lagi untuk yang bulan 11 punya. En. Zamzam kata paling lewat hari Jumaat. sumpah susah seh. Tak bayar lagi sewa abang najmi tu. Makan lunch pun dia belanje. Baik gila seh.
Hari ni En. Nor mintak kami buat senarai file mati kat hall kami. Memang untuk dibuang. Kiralah dari file tahun 1990 pon ade lg. Lama dan lusuh dah file tu sesuai untuk dibakor.
Tak tahu kenapa tapi rasa penat gila. Penat gelak atau penat bercerita jer. Ni suma kes selalu dibuli oleh Abg Azril dengan Abg Amril. Dua orang engineer yang otak sangat geliga. DEM!
**********************************************************************
Bukan nak cakap apa la. Harap Miss A tak kecik hati kalau Slumb3r tulis benda ni. Siyes. Ni bukan bermaksud Slumb3r tak suka perhubungan kami atau apa-apa yang negatif. Tapi just monolong hati.
Slumb3r suka perhubungan kami berdua. I miss her soo much. Dah lama giler tak jumpa. Dah la dok jauh. Tiap2 malam dok YM jer ilangkan rindu. Slumb3r bukan nk jadi jiwang, tapi ni la hakikatnyer.
Just a simple story sementara Slumb3r tak buat apa-apa nih. A story of my crush.
**********************************************************************
The story start way back in year 2001. Darjah 5 Othman (kalau tak silap) Sekolah Agama Ayer Hitam.
Slumb3r digosip2 dengan seorang girl ni. Slumb3r panggil dia Miss E (Bukan nama sebenar, nama panggilan jer).
Miss E ni sweet orangnya. Sangat bijak. That is why Slumb3r envy ngan dia. Owh. By the way, Slumb3r ni dari kecik ada satu sikap yang sangat merendah diri sampai melevelkan diri ni dengan lantai. I'm not bright student during my childhood.
Miss E kelas 6 B, Slumb3r kelas 6 C. B kelas first. C kelas kedua. Slumb3r cuba masuk kelas B waktu sekolah dulu, tapi bila dah dpt nombor 1 masa darjah 3, pindah pulak darjah 4 kat Sk Bukit Waha kat Kota Tinggi. DEM!
Miss E ni comel masa tu. Ingat lagi rupa dia masa dia duduk belakang belah kanan meja Slumb3r. Ada lesung pipit kat belah pipi kanan dia. Siyes comel.
Teringat gak masa tu Miss E ada digosipkan dengan Mr. N (bukan nama sebenar). Lama gak. Tak tahu la diorang kapel atau tak. Slumb3r agak bengang disitu sebab Miss E dengan Mr. N tu satu kelas kat sekolah agama dengan sekolah rendah. DEM!
Lama Slumb3r admire dia. Pandai, comel dan ramah. Rare nak jumpe orang macam dia pada masa itu. I'm not used to girl, so Slumb3r pendam jer la rasa hati tu.
Dari situ, Slumb3r try folow dia. I mean follow dia punya story. Study, life, friends yadayadayada. I know yang dia ni gedik sikit. That is normal lah. Girl mana tak gedik weh?
Result UPSR keluar, rasa takda la jauh mana, Slumb3r dpt 3A 2B and surprisingly she did the same. I know somewhere yang sememangnya kami sekufu. Slumb3r sangat membezakan antara budak kelas B dengan C ni. Semua cikgu syg kelas B dan ada sesetengah jer sayang kelas C. Slumb3r bukan salah seorang darinya. Slumb3r ibaratkan kelas B dengan C macam langit dengan bumi.
Tahun 2002 is the last time I see her face. Since then tak tahu dia kemana. Totally lost contact. Some say that she moved to Terengganu. But I know that is just a rumors, and apparently I don't trust rumors.
Sekolah menengah tahun 2003. I'm still looking for her. But she wasn't in SMK Datuk Menteri. I asked her friends. Many of her friends don't know. Some say she moved to SMK Kolam Air at Batu Pahat, some say Terengganu. I don't know where is she.
I've got her home phone number and tried to called sometimes, but the phone line were terminated. Hancur musnah harapan nak kenal Miss E lebih dalam.
Now 2011. Facebook era. Sound so0o0 typical giler kan? mesti korang tahu apa Slumb3r nak cakap.
"Dah jumpa dia la tu"
Yes. Dah jumpa. Just nak tahu update pasal dia jer. The story behind that:-
Satu hari Slumb3r tegur member Miss E, Fazrina Aziz. Dok sembang dengan dia. Dia anak Dokto kat Klinik gomen Ayer Hitam. Memang kenal la En. Aziz tu. Saje jer nyembang.
Dia belajar kat Politeknik Johor Bahru. Sem Akhir dalam diploma tourism. Dah nak abes dah kot. Dok tanya pasal kawan2 lama ni panjang juga lah kami sembang kat FB.
Dia tny pasal kawan2, Slumb3r tny la pasal Miss E punya facebook. Alhamdullilah! Dia tahu.
FB Miss E ada 2 suku kata. S A jer huruf depan suku kata dia. Cukup berkias-kias. Tak perlu sebut nama.
I know she is somewhere in Perak now atas sebab kursus AutoCAD kat Politeknik Ungku Omar. Pun dalam pengajian semester terakhir sama macam Fazrina tu. Dekat giler dengan Slumb3r. Ada rezki, jumpa la kami.
One thing I still have respect of her is that, she is DAMN! good in religion. Sangat kuat agama. How that I know? during 2003, she went to Sekolah Agama Parit Raja. Tak lama lepas tu dia pindah SMK Sultan Ismail Parit Raja. No wonder Slumb3r tak jumpe dia masuk sekolah biase.
What I know is that she has coupled with someone else and she is happy with him. Alhamdulillah. I'm happy for her. Saja jer nak tahu cerita kawan2.
Sebab dia kuat agama, dan dah happy dengan couple dia membuatkan sekarang Slumb3r nak tegur dia naik segan. Seriously! Siapalah Slumb3r ni ha. Dip UiTM Melaka dalam kos yang sosial2 ni dan agama pun tak kuat mana nak compare dengan dia. DEM!! macam langit dengan bumi jauhnyer.
Still I have stigma pasal budak2 kelas B. They are clever. High respect for them. Ada yang dah pergi Jepun, g mane2 tah lagi. Slumb3r je macam ni. Lo0o0ser yang kerja sementara kat LHDN sambil diperkotak katik oleh family sendiri pasal pertanyaan kahwin awal. YES! AKU MASIH SENTAP PASAL BENDA TU!
Tah la. Slumb3r ada FB dia, ada YM da dan dah follow blog dia. I'm just like creepy stalker. Yeah! Stalker!. Lo0o0ser punya stalker. DEM! Morale down minggu ni pasal kes minggu lepas. Dah la gaji tak masuk lagi!
What I can say know, I wish she know my feeling. Tu jer. Tak lebih. Sekarang dia dah tak boleh diganggu lagi. Tak pasal2 Slumb3r kena tumbuk dengan BF dia. Dia dah tembam sikit sekarang. Tah. Tak tahu plak. Tak pernah jumpa. Just stalk picture dia jer. Giler creepy punya stalker
*****************************************************************
Morale of the story:-
Bukan niat untuk bermain kayu tiga, skandel atau apa2 yang boleh menggugat kesetiaan selama 5 tahun Slumb3r dengan Miss A. I still in love giler2 kaw punya dengan Miss A. Cerita Miss E ni cerita masa kecik2 dulu. Sekarang dah jadi kawan2. Long lost friend depa kata. Harap Miss A tak kecik hati. At least dia kenal siapa Slumb3r.
I've never tell Miss A so detail about Miss E. Just leave it la. Cerita lama. I like my relationship now. Miss Miss A sooo much. Plan nak jumpa dalam masa terdekat. Tapi tak tahulah. Dia sibuk nak exam, Slumb3r sibuk kerja. Ada masa kami jumpa la. Walaupun untuk makan tengah hari macam haritu. Tak sampai 3 jam pun jumpa. Masa banyak habis diperjalanan.
Ps: Cuba teka Miss E tu siapa kalau sesiapa yang kenal Slumb3r lama giler babeng. Clue: dia masih comel tapi dah gemuk sikit.
No comments:
Post a Comment