31 Dec 2011

Happy new year...

Salam tahun baru kepada semua pembaca ... (err cliche sehh!)

Ni nak wish new year kat korang. Slumb3r nak out malam ni g dataran ipoh tgk munge api. tapi nak tido dlu ptg ni dulu sebab malam kang nak berjaga.

To Abg Adi ngan Abg Azril thanks to reading blog yang tak seberapa ni. Seronok sangat kerja LHDN dan yang paling best untuk ending 2011 ni, dapat jumpe korang2 kat LHDN nun di sana.

Nak recap ape yg berlaku 2011, tapi agak tak sedap bila cerita kat CC ni. Minggu depan baru gaji masuk baru la boleh repair PC. Adoyai... Seksa jugak takda PC ni.

Ape2hal, happy new year....

28 Dec 2011

Pengarah LHDN Cawangan Ipoh

Slumb3r mempunyayi pengalaman baru nak share hari ini.

Hari ni ada perhimpunan bulanan yang dihadiri oleh hampir semua staff LHDN kat tingkat 8 hari ni. Kami sempat juga me-release-kan tension sebentar dengan kerenah boss LHDN Ipoh, Encik Chakngari @ Yusof Bin Daud.

Beliau merupakan boss yang terbaik dalam dunia. How can I say that? The story is just beginning

Kami ada meeting dengan wakil unit koperat dari HQ Kuala Lumpur. Ni adalah first time Slumb3r g benda2 macam ni, before this tak pernah. Kesian kan?

okay, Surprisingly LHDN is what I imagine before this was like


But all of that went down when we had some fun in the end of the assembly. Like what??!!





Really enjoy working professionally there. Just like being a part of a big team. Semangat giler!

Perhimpunan stat slow. Seronok sebab LHDN punye koir team nyanyi lagu negaraku dengan lagu rasmi LHDN dengan semangat.

YES guys! LHDN ade lagu sendiri. I didn't expect that. Sumpah!

Then pengucapan awam punye slot. Public speaking thinggy. But for me that kind of speach is not like 'real' public speaking. More to pidato and syarahan.

Keadaan makin hangat bila En. Chak berucap. Semangat giler babeng! macam memberi manifesto. Macam Anuar Ibrahim punye intonasi. Memukau dan memberi semangat. Terbaik.

First Slumb3r jumpa En. Chak masa ceramah maal hijrah dulu. Dia bantai gelak tak ingt dunia. Bila abes ceramah, kami tak sangka org yg gelak giler babeng tadi tu lah boss LHDN Ipoh. Sempoi gila!

Part paling best ending. Kami kena nyanyi 3 lagu. YES! 3 lagu. First impression:

OHH!! this going to be looooong day! 3 lagu! ingt ape?! banyak tu!

But in the end, 3 lagu tu la enjoy bersama2 En. Chak!

lagu pertama, I called it lagu paralimpik sebab first time denga time tu. Lagu 1 malaysia.
Second song, Bila diri disayangi.

The second song shocked me totally! Tu lagu feveret kot! UKAY'S! Enjoy! En Chak suro kami nyanyi kuat2 siap suro dak2 sambilan yg 3 orang kat depan (Farhan aka Hong kong, Fadil ngan Fakar) menari. SERIUS! Diorang menari bersama En. Chak! Kami bantai gelak je tgk gelagat diorang. Bukan senang nak menari dengan PENGARAH LHDN IPOH!

Slumb3r pon nyanyi semangat giler lagu tu. Tambah dengan pengarah yang sempoi dan baek!

Lagu ketiga, Pokok from Meet Uncle Hussain! YESS! lagu tu!

Doesn't make sense kan?! but that was actually happening. LIKE WHAT?!!!

Tanya sama pungkok~~ apa sebab goyangg.. jawab orang yang goncang... OPPS!

HAHAHA!

Really respect sama itu En. Chak. U r the best lah!.

Kita bila boss macam tu, kita jgn pula pijak kepala dia, tapi kita kena kerja lebih sebab beliau jaga kita. Sumpah, siapa yang tanak wat koje macam dia dah tak hormati En. Chak yg baik tu.

Seems I cannot fine his pics from anywhere. Takpe la. Tapi pujian yg Slumb3r tulis ni ikhlas bukan mengampu bagai. Tak da benefit ape pon Slumb3r ngampu2 ni.

untill next post...

ps: Cerita pasal dak2 LHDN tu, post lain lepas PC dah ok kot baru tulis...

24 Dec 2011

Komputer dan duit

Slumb3r tak sedar sebenarnya komputer tu dah menjerit.. cuma buat2 tak dengar je..

dia dah jerit..

Duit...
Duit...
Duit...

Hardisk rosak, os tak leh on jadinye PC tak leh guna. Faker tol. Tak tahu la sebab ape leh jadi macam tu plak.

Pagi2 dah mencarut. Semua sebab hardisk.
Mungkin lepas dapat gaji kang baru beli. Gaji proses 30 hb. Dpt dalam seminggu lepas tu. Mati.... Mati... Cane nak survive neh?!

Ada 1 cerita panas nak tulis. Tapi Slumb3r perlu clarify beberapa perkara sebelum tulis. Cerita opis antara brader2 LHDN tu.

Azril, Amril, Adi, Alif, 'the' Wan, Iwan, Kak Fuzah, Kak Nisa, Kak Ima, Ain, Gee, Kak Ana, Kak Amy, Kak Aini, Fadil, Fadeli dan.... Err... Ila kot. Ah... betolla tu...

Slumb3r sebut pasal diorang bukan apa. So far diorang suke dok bahan Slumb3r. Atas sebab Slumb3r berperangai tak matang.

I admit memang ada. Tapi.... Nanti2 la cerita. Sebab cerita panas... Kalo depa baca blog ni, konpem kena bahan.... OOOHHH DEMM!...

Slumb3r harus merahsiakan perkara ini dari mereka-mereka.... adios~!

22 Dec 2011

Human Intrest [Day#*ahh! lost count!]

Assalamualaikum...

Penat. Siyes, lepas taip entry ni konpem trus tido. Saja nak update sebab dah lama tak update.

Ni nak cerita satu isu. A lil bit politics but I'm not going to call it as politics, I'd prefer it to be called as human interest. Why does it called as 'human interest?' because it attracts people to read. The key point is attract.

Itulah seperti mana yang diberitahu oleh En. MyNewsHub. Slumb3r cuma tolong menyampaikan dan membetulkan apa yang selama ni Slumb3r pon sala juga.

Just an update pasal isu SMM aka Solidarity Mahasiswa Malaysia dengan people soooo called as "panglima".

I have 2 different point of view that pointing both parties are WRONG! 2 pandangan berbeza dan masing2 ada salah sendiri. First!

17 hb aritu minta maaf sebab Slumb3r agak slow pasal ni. Dah lama tak baca paper sebab sibuk kerja. Slumb3r dah tulis banyak dah pasal perhimpunan ni. Just tanya balik diri korang, sesuaikah status korang itu sebagai mahasiswa membuat DEMONSTRASI aman? Word yg highlight kat situ adalah DEMONSTRASI. Harap maklum.

Tak kira la aman atau huru hara, the word are stated up there.

To me, there is lots of other way to demonstrate your feelings. Demonstrasi bukan wadah dan jalan. Itu dah cukup melambangkan betapa ceteknya pemikiran korang. Guna kreativiti korang. Bukan dengan cara simbolik demonstrasi turunkan bendera la bagai.

Slumb3r tahu yang itu hanya simbolik dan tindakan spontan mahasiswa yang meluap2 semangat perjuangan, tapi you are FAIL!! FAIL in terms of what? in terms of creativity... Cetek giler pemikiran.

Ok! yang group of Pemuda UMNO yang buat statement kat utube pasal marah korang kat sekelompok mahasiswa neh.

To me, itu pun adalah satu pemikiran yang cetek. Sama seperti ceteknya pemikiran orang yang buat demonstrasi. Tindakan anda yang buat kat utube tu tak profesional dan menampakkan gangster dan 'barbaric'.

Which video I'm talkin about? This video:




yeah... Gangster pui! sume tu! Bajek buat macam tu ingt dah hebat la tu? Muka dah kena mark, konfem lepas ni kena bahan. SIYES!

Mujurlah ada segelintir MAHASISWA yang mempunyai kesedaran untuk meleraikan isu ini dengan buat PC. Ikutilah  video ini. Menjawab segala persoalan korang tu.


Slumb3r agak terkilan la dengan tajuk video ni. The words "beradab" itu mungkin boleh digunakan untuk brader 2 orang yg cakap tu jer. Yang lain tu tak leh pakai. DEMONSTRASI tu adab? atau..... AH-HA!

malas nak sambung ayat tu sebenarnya. I still think both parties are wrong!

I have a theory. A theory yang membuatkan anda fikir. Kenapa ini semua berlaku. Ni Slumb3r nak cerita sedikit.

The theory called third party theory. Slumb3r amek dari buku ape tah tak ingt. Nama pembuat theory ni pon lupe.

Teori ni mengatakan bahawa isu ini takkan ada sekirannya satu pihak melaga-lagakan 2 pihak itu. Mungkin untuk kepentingan diri sendiri atau ada agenda tersembunyi yang lain. Pihak ketiga ni boleh terdiri daripada organisasi atau persendirian.

Ada pihak yang dah hasut SMM dengan 'panglima' ni. Melaga-lagakan diorang. Biasanya pihak media. Sebab diorang nk news. Itu tak mustahil berlaku kan?

Well, it just a theory and cannot be proven YET! Nak buat a lil bit deeper research but unk ape? Slumb3r bukan reporter paper ape. Just a LHDN punya kuli untuk Bantuan Rakyat 1 malaysia (BR1M). Yes! I'm a kuli.!

Korang leh la layan video ni plak. Video sequel selepas video pertama keluar. Enjoys!

Ni yang terbaik so far, yg lagi 1 ni budak UiTM Melaka yang buat. Ni pon terbaek!

Selamat malam. Kepada nak komen, komen la ape pon. Aku bukan pengecut. Nak lawan, lawan la kalo rasa tak puas hati.

18 Dec 2011

Wishlist kebanyakkan seniman

Salam Ahad or should I say, Sunday! Ah-ha!

Otak tak berapa nak betul sikit hari ni sebab terperap dalam bilik depan komputer je satu hari ni. Takpe2 bukan Slumb3r wat kerja tak senonoh yeh seperti melayari porno bagai! Ah-ha!

Okay! dah lama tak post pasal benda yang sedikit berinfo selepas beberapa post lepas dok merungut cerita pasal kerja je. Tapi secara serius, kerja memang penat. Tapi hari ni Slumb3r rasa tak berapa nak penat sebab dah terlalu lama rehat. Slumb3r perlu kerja!! Nak duit!

Oleh kerana kebosanan, Slumb3r usha video kat Utube. Macam biasalah Slumb3r subscribe FILMRIOT! 

Dah lama gila follow. Admire diorang punya work. Sumpah terbaek. Semua hardware Slumb3r insyaallah boleh guna, tapi bila dah masuk bab software, I really need a teacher!

And now I'm looking any  book that can teach me Adobe After Effects CS3. Nak sangat belajar.

Slumb3r takda video recording equipment tapi rasanya nak naik degree karang, I've should have one coz I really needed one!

Slumb3r berminat dengan 1 video yang diupload oleh Filmriot. Check this one out!:



If they were kind enough to give tutorial link for the transition effects during their talk show, I've really appreciate it!..

So far for me I've got none info about how to use Adobe After Effects. If I can only discover any tutorial to make a video transition and introduction for example as shown above, that really help me.

I want to make a video for all my Chinese friends for the upcoming Chinese new year on February. I also wanna make a video on registering as voters with SPR for the upcoming general election. Hopefully it works well.

To tell the truth, all the gadgets shown in the video are amongst the things that I want (not what I need). Obvious kot, semua tu kehendak bukan keperluan! DUH!

Takpe la, malas nak taip lagi, korang layan jerla video tu, Slumb3r nak berangan dapat barang2 tu... ADIOS!

17 Dec 2011

Degree Interview 2011

A fine morning start with subuh prayer and dress quickly to attend my future interview at UiTM Seri Iskandar.

Arrive 8am with Najmi's car and meet new friends (New?... Na ah!). Hehe!. Meeting old friends here simply drop my nervous feeling a lil bit. Had a nice talk with Amri, Ceroi, Mira, Mira (got 2 Mira here, Mira pending and Mira sizuka), Zeti, Ijat, Una, Nanad, Sarah, Naim, Anis, Ana and Ina.

A set of Masscom from UiTM Malacca that creates HAVOC at the interview waiting room. HAHA!. Miss all of my friends from there.

I think today's interview went sooo0o0 well with me as the first candidate (as usual!). Mrs. interviewee are from PR sequence. Wearing specs and blue tudung. Quite fluent with English but at the same time terkeluar melayu kadang2.

There notting much to talk about during the interview session. The interviewee just ask me what actually I'm doing during my final semester for diploma yadayadayada, a lilbit about myself, blablabla and finally a question session with her.

One of my question for her is "may I know your name miss?", "do you know when are the intake after this interview?" "do you know any scholarship for publishing?" "do you think with my result are eligible to apply any scholarship?" and finally "Is there anything else you want to ask me mam?"

Finished the session at 9.40 something and waiting for Najmi's turn.

After a loong waiting hour finally we've done with the session and having lunch at KFC Seri Iskandar to meet Fizi. Hehehe.

Okay, Just to talk that. OH! before I forgot, I've choosen Publishing as my Major during degree next coming March! So far, Najmi, Kak Nanad and Me were Perakian who choosing publishing as our major. Don't have news from other state. Hopefully the people that I can work with....

Adios!

15 Dec 2011

Minggu Super BZ

Sory sebab tak update secara konsisten. Al maklumlah, masuk opis pukul 7.50 keluar opis pukul 10 mlm and sampai rumah pukul 11.30. Penat giler babeng.

A small update only about my work. Khamis, tak buat pape cuma mengangur sakan lagi dan main UNO. Main dengan Azril, Amril, Emi, Alif, ngan Kak Ima. Adi cuma tengok jer tanak main. Slumb3r kalah teruk. Dari 3 game, jadi peserta curot 2 kali. Teruk kena bahan kaw kaw dengan depa.

Jumaat, ada meeting kat tingkat 8. Meeting pasal lokasi selama 3 hari bermula Sabtu sampai Isnin. Slumb3r asalnya dapat Kampar, tapi bertuka dengan Kak Su dapat kat Sayong Kuala Kangsar. Partner Slumb3r Ismazaizy, people call him Gee. Nice girl look like mamak a lilbit. Penyelia Slumb3r En. Sallehuddin aka En. Saleh.

Sabtu, Slumb3r paking moto kat umah Gee then En. Saleh amek kat jalan depan sebelum masuk tol Jelapang. Naik Citra. Kami ingt yg dia bawak sekali bini dia, upenye pembantu dia, Kak Sharifah. Jadi, kami berempat la g Sayong. Sampai ramai amek borang dan hantar, dalam 500-600 borang dpt hasil hari pertama.

Ahad, Macam biasa gerak then sampai2 jer dah ada yang tunggu untuk hantar borang BR1M. Kami siap2 cepat dan terus setel semua. Masa lunch boleh la sikit bernafas. Okay la tu. Besok harapan kami akan berkurangan orang yang datang.

Isnin, hari ni adalah hari HELL! Ramai giler datang. Peak time. Slumb3r penat giler layan orang. Nasib borang tak complicated sgt. Rehat pon pukul 3 dengan En. Saleh. Sumpah penat giler. Baliknyer hujan. G buat OT kat opis balik pukul 10 dengan Gee. Otw balik g makan dengan dak2 opis. Cool giler!

Selasa, staff sambilan diminta untuk berada di opis semua sebab kami dah stat key in masuk komputer. Soo diorang nak terus berada di opis untuk taklimat keyin. OT lagi malam tu dan sempat keyin dalam 50 borang. Okay la untuk ari pertama.

Rabu, Semalam. Tak berapa penat sebab Slumb3r dah kecoh nak minta cuti untuk interview degree kat UiTM Seri Iskandar. Sempat key in dalam 84 jer. Enjoy kerja sebab kawan2 ramai bole sembang dan buat2 gila. Malam tadi abang komputer tingkat 7 tu dah kabor yg kami akan dapat 1 komputer 1 untuk keyin supaya kami tak berebut untuk key in. INI SEMUA GAR-GARA KPI 240 BORANG 1 HARI!! GILER!

Buat masa ni, tu jer la nak cakap. Kang petang ni nak balik Teluk Intan sebab nak prepare untuk interview degree sabtu ni. Banyak benda nak setel neh!!

7 Dec 2011

Why u talk no moe? Day#12

 Ini adalah entry emo

Salam... Agak berat juga nak mula tulis blog hari ni sebenarnya sebab ikotkan nak main badminton dengan abang Amril dan abg Azril kat Taman Bertuah area Tasik. They both are my co-workers yang Slumb3r sangat respek. Both are engineer yang sedang mencari kerja yg lagi baik dari sini.

Hari ni agak sedih sebenarnya. co-workers Slumb3r, Mat. Dia dah nak berenti. Dia dpt offer job permanent kat securiforce kat sebelah Klinik Greentown sebagai ATM technician. Gaji agak sedap dan jawatan dia permanent.

Sebelum ni ada juga yang berenti sebab dah dpt koje engineer kat kilang ape tah. Nama dia Q. 2 minggu jer dpt kenal dia.

Sedih gak lar sebab Mat ni dok meja belakang jer. Slumb3r seronok koje dengan dia. Tapi apekan daya. Mat blah hari ni. Besok dah stat koje kat tempat baru.

Some people say that the probability of gaining permanent status here in LHDN is thin. Tapi Slumb3r sebenarnya bukan nak kejar status itu, nak penuhkan resume dengan pengalaman. Masa depan kang senang sebab dah ada working experience.

Lepas Q keluar, Pn. Maria (staff admin) ada perkenalkan staff baru. Aweks, 23 nama Fadilah. Dia gtaw semua dalam waiting list sekarang untuk kerja adalah perempuan SAHAJA. Maksudnya, bila Mat blah, more AWEKS are comin in. Well, look at the bright side-lah! Dah la 2/3 dalam tempat tu lelaki, then dlm waiting list perempuan. Agak bosan disitu sebab kami diberitahu lelaki yg result SPM tak semengah mana pun dipilih. So paham2 la perangai depa cane yea...

*******************************************************


Gambar ni ada je atas meja tepi PC ni selalu. Miss her.

Slumb3r bukan nak cerita pasal kerja sebenarnya. Slumb3r masih menunggu Miss A untuk recover setelah kes Slumb3r tulis Kisah Crush Slumb3r tu.

Malas nak pujuk sebab arahan dari Miss A simple jer. Jgn kacau sebab dia nak recover dari culture shock tu. Well, nak Slumb3r wat ape? Minta maaf tak berbalas. Dah bertukar jadi hijau kot. Bukan hulk, tapi sherek. Hehe.

Ni la meh Slumb3r cerita serba sedikit kenapa Slumb3r boleh hooked lama gila dengan Miss A. Seperti korang tahu, hubungan kami dah nak masuk 6 tahun bulan 2 tahun depan. Tengok sahaja di bawah blog ni ada time line anniversary kami.

Sangat lama. She really took my heart.

Ramai kawan2 Slumb3r faham perangai Miss A ni macam mana. Mana taknye, Miss A ni popular kot dalam kalangan batch masscom Slumb3r. Hehehe. Dah kenalkan Miss A dengan kawan2 Slumb3r masa dia dtg event Touch 2011 dulu.

Daya penarik dia lain dari yang lain. Slumb3r hanya boleh buat full gila-gila hanya dengan dia. Orang lain tak layan punya. Konfem! Dia jer berani layan. Gila2 tahap dewa punya.

Dia comel bila dia gedik. Pantang jumpe, mesti nk menggedik. Takpe la sebab kami pon jarang2 jumpe. Tak da le bosan. Tapi bila stat msg macam errr... Tak tahu nak kata apa... Part tu dah stat malas nak layan.

Penyabarnye dia hanya Allah jer tahu. Slumb3r ni dah la suke wat onar. Dia dok tahan. Sumpah! tahan giler beb. Tapi onar Slumb3r kali ni macam dia susah nk digest. Game. Slumb3r kaki main game. Kadang2 sampai tak msg dia. Tapi dia faham (kot). Kalo ada game baru masuk, memang probability untuk tidak msg tu adalah tinggi.

Lagi satu yang membezakan Miss A dengan awek2 yang lain, beliau adalah Masscom Publishing (Kos yg Slumb3r mohon sekali). Rare. Rare beb! Awek publishing ramai tak macam dia. Siyes!

Memang orang dok kata kalau couple dalam bidang yang sama ni dia punya topik ni tak lari. Mesti boring. Yer la. Memang, tapi dia stat dari STPM dan Slumb3r dari Diploma. STPM tak belajar macam kami Diploma dan sebaliknya. Banyak gila lain. Mesti la ada benda lain nak cerita.

Miss A adalah seorang yang tabah. I know her. Banyak benda yang berlaku dalam hidup beliau, beliau tempuh 1 per 1. Slumb3r sangat pantang bila ada orang lari dari masalah dan beliau bukan salah satu darinya.

Miss A tak berkira. Slumb3r ni kedekut. Bila kami keluar, dia yg belanje. Hehe. Kejam tak? Macam tu la selalunye. Cuma sesekali jer Slumb3r belanje. Dah la topap selalu dia sponser, makan pun dia belanje. Slumb3r? cuma layan kerenah dia jer la. Ape ade lagi?

Dalam banyak2 sikap dia, Slumb3r cuma tak suka 1 jer. Cepat sangat cemburu. Slumb3r ni laki. Mesti la suka berkawan. Berkawan tak bermakna suka. Kawan Slumb3r macam-macam. Ada lelaki, ada perempuan, gay, lesbian, trans, bi. Macam-macam la.

Tapi dengan Slumb3r simple jer. Kalau nak berkawan dengan sesiapa, buat la. Selagi buat Slumb3r ni special dari kawan2 yang lain. No specific rules and regulation. Tapi dalam tu ada la anak-anak dia. Ni cuma perkara pokok. Hehehe.

She is sexy in her own way. Tu yang lain. Suke. Special. Tak tahu macam mana nak cakap lagi, tapi tu la hakikatnye. Siapalah nk kat lo0o0ser macam Slumb3r ni. Belajar tak pandai, rupa takda duit pon takda. Badan pun tak tuff mana pun. Alhamdulillah, dia suka.

Miss A dengan Slumb3r sebaya, kami 1 sekolah, satu kelas dan sekarang 1 fakulti dalam 1 kos. Banyak persamaan kami. Takkan boring. Sebab kami akan explore benda lain dari bidang kami sama-sama. Love her very much!

Ps: Harap2 dia baca dan tak marah lagi dah lepas ni. Yay!

6 Dec 2011

RM 500 Kerajaan Bagi dibawah Bajet 2012

Selamat hari Selasa semua.

Slumb3r hari ni kerja agak enjoy sebab hari ni lain dari yang selalu. Hari ni Slumb3r kena duduk jaga kaunter untuk RM500 kat ground floor. Maksudnya, barisan hadapan antara LHDN dengan orang awam.

Seperti yang sedia tahu dan kepada orang yang tak tahu menahu, ni Slumb3r nak cerita. Cerita apa? Cerita pasal duit lar chooor!!

Dalam budget 2012 hari tu, goverment (Gomen) ada peruntukkan 2 billion untuk diagih-agihkan kepada rakyat sebanyak RM500 kepada setiap isi rumah berpendapatan bawah RM 3000. Yeap! Ini sangat di tunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia.



Prosedur nak dapat senang jer. Ada 3 benda korang kena buat.

Prosedur nak dapat duit bantuan kerajaan RM500 dibawah budget 2012.

1. Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan. Ape jadah pulak peraturan yang ditetapkan?
  • Warganegara
Haaa... Ni sangat penting sebab RM500 itu hanya layak kepada warganegara Malaysia sahaja. Ada client Slumb3r tanya.

Abang ipar saya orang Nepal, macam mana?

Secara jujuq la ceq gitaw ah... Memang tak layak.

Tapi kakak saya orang Malaysia.

Ate, susoh beno kome nak paham. Letak la nama pemohon bini dia dan laki dia sebagai tanggungan. Apa adahal!
  • Pasangan yang dah berkahwin
Kalau ikotkan memang tak layak sebab takda tanggungan. Tapi kome kena pikir gak, kalo lakinye yg mohon mestile letak nama isteri sebagai tanggungan. Dapat le tu choor!!
  • Pasangan yang dah berkahwin dan ada tanggungan
Ni simple jer la. Tak payah nak explain panjang2. 
  • Orang bujang yang ada tanggungan
Slumb3r explain kat org ramai key point of interest benda ni. "orang bujang pon boleh apply". Benda betul. Memang boleh apply. Dengan syarat depa ada tanggungan. Senang jer.

Katakanlah Ahmad ni bujang. Baru dapat kerja sebagai buruh. Parent beliau dah lama meninggal. Oleh kerana beliau anak sedara misali, beliau menyara mak sedara beliau yang sedang sakit jantung dikampung dan adik perempuan beliau yang nak SPM tahun depan. Maka Ahmad termasuk dalam kategori ini.
  • Warga emas yang hidup sebatang kera kara
Definisi untuk warga emas adalah orang yang 60 tahun keatas. Hidup sebatang kara  ni bermaksud dia hidup sorang2 dan tiada orang lain yang duk menyara beliau kat rumah. Hidup kais pagi makan pagi, kais petang makan hati. Beliau layak!

Lagi satu, warga emas pencen pon boleh apply gak! Jangan lepaskan peluang ini!

Ada lagi 1 client Slumb3r tadi dok tanya:

Saya ada 3 orang anak. Saya duduk sama itu perempuan (bini) saya sama anak saya juga. Dua anak ada, tapi kerja itu Singapore mari. Balik jarang2 mah. Satu tahun 1 kali mari. Saya talak kilija. Anak saya pun sama, kilija talak tau mah. Saya boleh apply?
Boleh apply. Kiranya 1 rumah dia cuma ada 3 orang, bini dia, anak dia ngan dia. Masih boleh apply.

Ada juga yang tanyaa:

Kalau saya dalam proses penceraian sebab laki saya ni isap dadah (penagih dadah) pun boleh apply? Sebab saya takut dia pulak cekau duit tu wat beli dadah pulak, kang tak merasa anak saya.
Senang jer kak, kalo akak dalam proses penceraian, akak apply guna nama akak then letak nama anak-anak sebagai tanggungan. Sama kak! boleh apply.

Ape2 hal pun senang citer pendapatan kasor (tak temasuk OT bagai) bawah RM3000, anda adalah layak untuk memohon.

2. Bawa salinan IC depan belakang sekeping sebagai dokumen sokongan.

Bahagian ni sangat simple. Cuma bawa salinan IC depan belakang jer. Tak payah cop pengesahan ketua kampung atau pegawai kumpulan A. Tak payah bawak payslip gaji. Tak payah bawak ape-ape pon. IC jer. Serius! IC!

Tujuannya adalah untuk memudahkan segala urusan. Cuma la bayangkan kalau orang kampung yang susah2 nak buat benda2 kompleks! mane maunye!

3. Isi borang dan hantar.

Masalahnya hanya dibahagian ini pada setakat ini.

Borang permohonan bantuan RM500 dibawah budget 2012 akan mula diedarkan pada 10 Desember 2011 dan tempoh tamat penghantaran borang adalah pada 9 Januari 2012.

Borang boleh didapati buat masa ni disemua lokasi Lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh Malaysia (LHDN) pada pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. Paling best, untuk minggu pertama ni kami buka pada hari Sabtu dan Ahad pada waktu dinyatakan. Tak tutup.

Ada rumors yang mengatakan borang2 akan diedarkan kesemua lokasi kompleks penghulu, pejabat tanah, shopping komplex dan sebagainya untuk memudahkan urusan orang ramai. Buat masa ini tiada apa makluman mengenai benda tu dan borang hanya ada di pejabat LHDN SAHAJA! (buat masa ini)

Buat masa ni kami diberitahu seperti di atas. Lebih daripada tu, boleh tanya pegawai LHDN yang bertugas atau telefon talian bebas tol 1-800-222-500. 

Perlu diingatkan bahawa penipuan kat dalam borang itu boleh dikesan. Ini kerana semua permohon akan di masuk ke dalam database yang mana ada link dengan semua organisasi dalam Malaysia seperti KWSP, PDRM, Kebajikan masyarakat, blablabla.

Tugas anda mohon, kami terima permohonan dan masukkan data. Yang luluskan permohonan adalah sistem. BUKAN KAMI! ANDA BOLEH MOHON, LULUS ATAU TIDAK ITU ADALAH SISTEM!

Bonus kepada yang dah daftar dengan e-kasih jabatan kebajikan masyarakat. Anda cuma perlu tempuh prosedur nombor 2 dan tiga jer. Sebab anda punya data sudah ada dan menyenangkan lagi prosedur anda.

Benda simple choor!

********************************************************

Slumb3r masih tak terima msg dari Miss A pasal cerita cinta Slumb3r dulu2.

Tak pa lah. Dia masih tak faham kenapa Slumb3r tulis benda tu. Moga-moga dia tak merajuk lama sangat.

5 Dec 2011

Moments of Story in My Life... Day#10

Salam...

Hari ni hari kesepuluh dan gaji tak masuk2 lagi untuk yang bulan 11 punya. En. Zamzam kata paling lewat hari Jumaat. sumpah susah seh. Tak bayar lagi sewa abang najmi tu. Makan lunch pun dia belanje. Baik gila seh.

Hari ni En. Nor mintak kami buat senarai file mati kat hall kami. Memang untuk dibuang. Kiralah dari file tahun 1990 pon ade lg. Lama dan lusuh dah file tu sesuai untuk dibakor.

Tak tahu kenapa tapi rasa penat gila. Penat gelak atau penat bercerita jer. Ni suma kes selalu dibuli oleh Abg Azril dengan Abg Amril. Dua orang engineer yang otak sangat geliga. DEM!

**********************************************************************

Bukan nak cakap apa la. Harap Miss A tak kecik hati kalau Slumb3r tulis benda ni. Siyes. Ni bukan bermaksud Slumb3r tak suka perhubungan kami atau apa-apa yang negatif. Tapi just monolong hati.

Slumb3r suka perhubungan kami berdua. I miss her soo much. Dah lama giler tak jumpa. Dah la dok jauh. Tiap2 malam dok YM jer ilangkan rindu. Slumb3r bukan nk jadi jiwang, tapi ni la hakikatnyer.

Just a simple story sementara Slumb3r tak buat apa-apa nih. A story of my crush.



**********************************************************************

The story start way back in year 2001. Darjah 5 Othman (kalau tak silap) Sekolah Agama Ayer Hitam.

Slumb3r digosip2 dengan seorang girl ni. Slumb3r panggil dia Miss E (Bukan nama sebenar, nama panggilan jer).

Miss E ni sweet orangnya. Sangat bijak. That is why Slumb3r envy ngan dia. Owh. By the way, Slumb3r ni dari kecik ada satu sikap yang sangat merendah diri sampai melevelkan diri ni dengan lantai. I'm not bright student during my childhood.

Miss E kelas 6 B, Slumb3r kelas 6 C. B kelas first. C kelas kedua. Slumb3r cuba masuk kelas B waktu sekolah dulu, tapi bila dah dpt nombor 1 masa darjah 3, pindah pulak darjah 4 kat Sk Bukit Waha kat Kota Tinggi. DEM!

Miss E ni comel masa tu. Ingat lagi rupa dia masa dia duduk belakang belah kanan meja Slumb3r. Ada lesung pipit kat belah pipi kanan dia. Siyes comel.

Teringat gak masa tu Miss E ada digosipkan dengan Mr. N (bukan nama sebenar). Lama gak. Tak tahu la diorang kapel atau tak. Slumb3r agak bengang disitu sebab Miss E dengan Mr. N tu satu kelas kat sekolah agama dengan sekolah rendah. DEM!

Lama Slumb3r admire dia. Pandai, comel dan ramah. Rare nak jumpe orang macam dia pada masa itu. I'm not used to girl, so Slumb3r pendam jer la rasa hati tu.

Dari situ, Slumb3r try folow dia. I mean follow dia punya story. Study, life, friends yadayadayada. I know yang dia ni gedik sikit. That is normal lah. Girl mana tak gedik weh?

Result UPSR keluar, rasa takda la jauh mana, Slumb3r dpt 3A 2B and surprisingly she did the same. I know somewhere yang sememangnya kami sekufu. Slumb3r sangat membezakan antara budak kelas B dengan C ni. Semua cikgu syg kelas B dan ada sesetengah jer sayang kelas C. Slumb3r bukan salah seorang darinya. Slumb3r ibaratkan kelas B dengan C macam langit dengan bumi.

Tahun 2002 is the last time I see her face. Since then tak tahu dia kemana. Totally lost contact. Some say that she moved to Terengganu. But I know that is just a rumors, and apparently I don't trust rumors.

Sekolah menengah tahun 2003. I'm still looking for her. But she wasn't in SMK Datuk Menteri. I asked her friends. Many of her friends don't know. Some say she moved to SMK Kolam Air at Batu Pahat, some say Terengganu. I don't know where is she.

I've got her home phone number and tried to called sometimes, but the phone line were terminated. Hancur musnah harapan nak kenal Miss E lebih dalam.

Now 2011. Facebook era. Sound so0o0 typical giler kan? mesti korang tahu apa Slumb3r nak cakap.

"Dah jumpa dia la tu"

Yes. Dah jumpa. Just nak tahu update pasal dia jer. The story behind that:-

Satu hari Slumb3r tegur member Miss E, Fazrina Aziz. Dok sembang dengan dia. Dia anak Dokto kat Klinik gomen Ayer Hitam. Memang kenal la En. Aziz tu. Saje jer nyembang.

Dia belajar kat Politeknik Johor Bahru. Sem Akhir dalam diploma tourism. Dah nak abes dah kot. Dok tanya pasal kawan2 lama ni panjang juga lah kami sembang kat FB.

Dia tny pasal kawan2, Slumb3r tny la pasal Miss E punya facebook. Alhamdullilah! Dia tahu.

FB Miss E ada 2 suku kata. S A jer huruf depan suku kata dia. Cukup berkias-kias. Tak perlu sebut nama.

I know she is somewhere in Perak now atas sebab kursus AutoCAD kat Politeknik Ungku Omar. Pun dalam pengajian semester terakhir sama macam Fazrina tu. Dekat giler dengan Slumb3r. Ada rezki, jumpa la kami.

One thing I still have respect of her is that, she is DAMN! good in religion. Sangat kuat agama. How that I know? during 2003, she went to Sekolah Agama Parit Raja. Tak lama lepas tu dia pindah SMK Sultan Ismail Parit Raja. No wonder Slumb3r tak jumpe dia masuk sekolah biase.

What I know is that she has coupled with someone else and she is happy with him. Alhamdulillah. I'm happy for her. Saja jer nak tahu cerita kawan2.

Sebab dia kuat agama, dan dah happy dengan couple dia membuatkan sekarang Slumb3r nak tegur dia naik segan. Seriously! Siapalah Slumb3r ni ha. Dip UiTM Melaka dalam kos yang sosial2 ni dan agama pun tak kuat mana nak compare dengan dia. DEM!! macam langit dengan bumi jauhnyer.

Still I have stigma pasal budak2 kelas B. They are clever. High respect for them. Ada yang dah pergi Jepun, g mane2 tah lagi. Slumb3r je macam ni. Lo0o0ser yang kerja sementara kat LHDN sambil diperkotak katik oleh family sendiri pasal pertanyaan kahwin awal. YES! AKU MASIH SENTAP PASAL BENDA TU!

Tah la. Slumb3r ada FB dia, ada YM da dan dah follow blog dia. I'm just like creepy stalker. Yeah! Stalker!. Lo0o0ser punya stalker. DEM! Morale down minggu ni pasal kes minggu lepas. Dah la gaji tak masuk lagi!

What I can say know, I wish she know my feeling. Tu jer. Tak lebih. Sekarang dia dah tak boleh diganggu lagi. Tak pasal2 Slumb3r kena tumbuk dengan BF dia. Dia dah tembam sikit sekarang. Tah. Tak tahu plak. Tak pernah jumpa. Just stalk picture dia jer. Giler creepy punya stalker



*****************************************************************
Morale of the story:-

Bukan niat untuk bermain kayu tiga, skandel atau apa2 yang boleh menggugat kesetiaan selama 5 tahun Slumb3r dengan Miss A. I still in love giler2 kaw punya dengan Miss A. Cerita Miss E ni cerita masa kecik2 dulu. Sekarang dah jadi kawan2. Long lost friend depa kata. Harap Miss A tak kecik hati. At least dia kenal siapa Slumb3r.

I've never tell Miss A so detail about Miss E. Just leave it la. Cerita lama. I like my relationship now. Miss Miss A sooo much. Plan nak jumpa dalam masa terdekat. Tapi tak tahulah. Dia sibuk nak exam, Slumb3r sibuk kerja. Ada masa kami jumpa la. Walaupun untuk makan tengah hari macam haritu. Tak sampai 3 jam pun jumpa. Masa banyak habis diperjalanan.

Ps: Cuba teka Miss E tu siapa kalau sesiapa yang kenal Slumb3r lama giler babeng. Clue: dia masih comel tapi dah gemuk sikit.

3 Dec 2011

Kita menghormat lepas tu kita dihormati

Ini merupakan entry emo.

Semalam Slumb3r g solat Jumaat kat Masjid sebelah Politeknik Ungku Omar. Pergh! Superb beb! Mesjid ber aircond. Selesa. Paking besar, tempat wuduk baik giler.

Khutbah semalam cerita pasal isu suami isteri.

Slumb3r teringat kat Miss A. Tah ape dia buat pepagi ni. Slumb3r malas nk msg pepagi ni. Dah la malam tadi tdo awal.

Dalam khutbah tu ada cerita pasal nikah, kahwin bagai. Balik jer dari Masjid tu Slumb3r msg mak Slumb3r

"kalau abg kawen awal cane? Mama stuju?"
Then beliau telefon- malas nak angkat sebab tengah kerja. Terus dpt msg:
"baca doa selamat untuk diri sendiri dengan solat 5 waktu pun tak pas lagi"

Slumb3r balas
"owh, 2 je?"

"itu major. Lain2 banyak lagi"

Slumb3r dpt msg dari Miss A. Dia tgk facebook adik Slumb3r.



Slumb3r dah agak perkara ni mesti berlaku. Sentap mak hayam biler bace. Siyes sentap! Sedih giler babi. Sumpah sedih giler.

Bekecamuk hati. Remuk giler babi.

Tu baru sikit tanya sudah diperkotak katikkan. Kalau yang besar lagi macam mana?

Slumb3r lepas balik opis terus tgk statement tu dan terus sms mama:

"Abg rase macam silap beso tny mama pasal tu... Sory ma... Tp abg rase macam tak dihormati... Abg baru tanya sikit... Sebarkan la 1 dunia... Ni last abg citer benda personal dri kat mama.."

"Kan cite tu biase je... mama terima seadanya..."

Slumb3r ni socialists... Learn psychology, human communication and sociology blabla... Slumb3r tahu la baca body language bagai. And I can read double meaning words meant for me. Don't treat me like I was in high school or what. Seriously!

The word 'mama terima seadanya' itu sebenarnya tak ikhlas. I Know. I can see in her face when the first time I tell her that I have a girl friend. Fikir lakonan berjaya la macam tu? avoiding eye contact when say that, shaking body not like naturally with hands fetching her glass and try to drink. Not normal thing to do when we discussing seious matter.

The sms-ing continue.

"x payah la ma.. antara kenapa abg malas nk citer pasal prempuan kat mama sebab mama masih jumut lg... abg ingt lepas umo 21 ni mama bimbing abg untuk hadapi makhluk nama prempuan ni.. ape yg abg dpt?... x dpt pape... Bimbingan ape tah.. rasanya takda kesan pape pon abg gtaw mama..." 

What I seek is a guidance. Really. Slumb3r ane ade adik bradik prempuan lain. Kakak2 Slumb3r semua dah kawen. I don't know how to deal with 'girls'.

When I tell her about I'm in love with a girl. I can see in her eye that tells me, "kaw kecik2 lagi. Tak perlu benda2 macam tu lagi" and "my son is in love? hahahaha!" with a small laugh within her smile. What the hell is that?!

"xpe. Ko fikir baik2. mama rase blm sampai masenye kut! perkara ni kene bincang"

Slumb3r admit. Silap la msg2 ni. Not the best media to discuss serious matter. Tapi itu bukan Q untuk memperkotak katikkan pertanyaan yang simple.

Slumb3r akhiri sms dengan perasaan kecewa dan membalas:

"nk bincang ape lagi tah.. Rasanye takda benda nk bincang lg da..."

Apa yang Slumb3r pelajari dari ini adalah:

Even your mom cannot be trust. (or me just being so ego)

Ah! sudah la... Nak cari manusia lain la untuk ajar... harap2 Slumb3r bertanya pada orang yang betul. Silap besar share dengan mak sendiri. Serious. Silap besar.

Harap2 lepas kejadian ni Miss A faham kenapa sesuatu perkara berkaitan kami terpaksa ditipu. Kalau keluar dating lepas ni gtaw mak g CC main game ker atau keluar repair moto.

Malas ckap pasal perempuan lagi dengan mak. Don't blame me if I do somethng wrong. I got no guidance. I pray that someday my mom will see things in the same view of me.

Alhamdulillah.

2 Dec 2011

Menghormat Dan Dihormat

Update dulu pasal kerja. Post lain kang baru citer benda lain.

Day 6th (Selasa)

Lambat. Ni jer yang boleh cakap. Slumb3r patot balik semalamnya (Isnin). Ada sedikit salah faham antara mak Slumb3r dengan Slumb3r menyebabkan delay 1 hari.

Slumb3r gerak pukul 6.15 dari rumah dan tiba 8.02 am. Tu yang tertera di punch card. Terus tak lawa. Ada 1 merah. Gampang! terus morale down 1 hari serta dibahan oleh opismate. HAHAHAA!

7# (Rabu)

Hari ni punch card baru. Si Khairul (Brader penghulu) kabor punch card kena letak dalam kotak tepi tempat punch card. Buruk dah punch card tu. Ade seketul meroh. Gampang betoi!

Pagi hari Rabu ada task unk tolong org angkat file mati untuk dilupuskan. Giler! file dari tahun 2003 dan kebawah. Banyak giler. 1 pajero buat 3 trip. Itu untuk yang level ground. Yang level 1 baru je bawak turun kebawah. Besoknye baru angkot.

Pakai T-shirt hari ni. Okay la gak. Takda la panas sebab kerja luar. T-Shirt KOMED Slumb3r pakai. Bangge tak terkata beb! Makan pon ade sponser 1 hari neh. Sumpah jimat!

8th (Khamis) 1 December 2011

Hari ni punch card yang tidak lawa diberi kepada pemiliknya. Khairul kata nak kena tunjuk sebab kenapa bole tak lawa. Slumb3r dapat. Dah la kena naik tingkat 7. Tinggi nak mampos.

Pukul 2.30 Slumb3r, Abg Amri, Abg Adi dengan Abg Azril g le atas. Azril tu takda punch card pon. Saje je nyemak katanya. Dah sampai Slumb3r pon tny Khairul, rupanya Pn. Siti Zaleha ada tetamu. Tak dpt nak kena titik sebab lambat tu. Just kena tulis kat tepi punch card kenapa datang lambat.

Pagi tu kami setelkan sikit file. 1 trip jer tapi 2 Pajero. Licin tang tu.

Petang bilik gerakan kami diserbu pelawat. Ade bebudak ngah main poker tu cepat2 disuruh simpan sebelum pelawat masuk. HAHAHA!

Lepas jer pelawat tu masuk. Kak Aini gtaw yang kitorang ada kena station kat bawah ikot shift. Slumb3r kena dengan Mat. Hari Selasa pagi minggu depan. Ni semua gara-gara yang duit RM500 tu dikabor kuar hari ni. Padahal 1 hb. Dah kesian Alif dengan Wan meja blakang kena buat first day tu sebab ramai punch card tak lawa.

Balik kerja lepak ngan Abg Azril kejap kat kedai mamak sebelah Tesco.

9th (Jumaat) Hari ni

Slumb3r pakai baju Melayu for the first time nak g koje neh. Hari Jumaat. Seronok. Sebab besok cuti. Ape yg best hari ni dpt lepak dengan Abg Azril (sekali lg) dengan Abg Amri. Seronok dikelilingi oleh orang cerdik pandai neh.

Insyaallah next time mungkin Abg Adi dengan Mat ikot sekali. Diorang ade komitmen lain lepas kerja, tu pasal tak leh join kami kot.

Alhamdulillah, dah 2 minggu kerja. Nak tunggu next gaji masuk tak tahu bila. Sewa rumah tak bayor lg neh.