15 Feb 2011

Ada cara lebih berhemah untuk menegur??

Assalamualaikum...

Hui!! Panas la seh!! Ada orang dok ngata penulisan aku ni hampeh...

Haha.. takda la... saja je. Sebenarnya Slumb3r baru buka blog ni, tengok la jugak komen-komen yang lepas. Then tadi tertengok satu komen kat post bertajuk Terkejut..

Cuba perhatikan anonymous tu kabor..
Anonymous said...
salam, ana br saja melawat blog ente.. menarik blog ente ini... tapi... ana ingin beri nasihat.. jgnlah jadikan blog ente sbg tmpt untuk ente lepaskan geram dan kutuk kwn2 ente.. bkn apa kerana blog ente ramai yg baca.. perasaan yg kita singgung bkn kita tahu bukan begitu? ana sekadar beri nasihat kerana apa yg ente tulis kekal di blog ente.. dosa mengutuk dan mengumpat kekal di sini.. berpanjangan.. harap2 ente dpt berhemah dlm penulisan ente... wassalam, -jeddah-


Dier kate Slumb3r
1) Dok ngumpat orang.
2) Bagi orang lain dosa ngumpat gak

Share la cara lain yang berhemah untuk tegur kalau anda seorang yang terer...

This is not the way to tell people to change.  
You tell the mistake then tell how to repair it. 
Itu baru gentelmen la der. Itu baru pendidik. Macam Nabi kita ajar. [ecece Slumb3r neh... nabi konon... yer la... tak dapat ikut semua apa yang nabi aja, kita ikut sikit pun jadi la]

Okay, Slumb3r berfikiran positif la juga. Okay la dier dok ngata cara Slumb3r ni tak betul la kan. Secara ilmiahnya Slumb3r ni berkongsi pendapat dan menegur dengan cara dah habis berhemah dah ni. Slumb3r tak tulis pun nama dan besar kemungkinan Slumb3r reka jer cerita ini. Maka, jangan lah kamu bersangka buruk.

Bagus jugak dier komen. Kot tak Slumb3r macam tak sedar diri. Ala... Fish theory...

"Kimak ape fish theory? cube la kabor yang betoi punye" <== Musti korang tertanya-tanya.

Okay, Ikan tu tak tahu pun dia basah sampailah kiter kata kat dia "woi ikan, kau tu basah... kau tahu tak??"
Then ikan tu jawab "Iye ke??... Macam mana kau tahu aku ni basah??"
"Sebab aku pegang kaw la aku tahu kau basah"
"Kaw tipu ni... Aku pegang badan aku tak basah pun"
"Betul la... Tak percaya cuba tengok ape ada kat tangan aku lepas pegang kaw... Ni la air penyebab basah"
"Owhh... ye ke??" [cerita theory je... ibarat sahaja]


Pokok pangkalnya, bagus dia tegur.

Okay... Mamat ni tak salah secara fizikal. Tetapi mungkin terlampau banyak ilmu dia tuntut, maka dia pon konpius la ape yang Slumb3r nak sampaikan dalam post tue. Dengan kata lain... Salah Faham..

Telah menjadi tanggungjawab Slumb3r la nak fahamkan semua pembaca diluar sana yang post tu sebenarnya :

1) Nak kritik sikap sesetengah orang yang tidak boleh berdikari
2) Nak bagi cadangan penyelesaian kepada masalah berdikari tu dengan mengangap itu suatu cabaran yang harus ditempuh dalam hidup manusia ni.
3) Nak kritik orang yang tidak berani sahut cabaran dalam hidup ni bahawa beliau adalah selemah pondan~~.

Tak puas hati lagi dengan cara Slumb3r?...

Nyatakan cara yang terbaek... Tak salah kan untuk kongsi bersama...

Ps: Rasanya Slumb3r nak kena buat disclaimer bahawa cerita dalam blog ni tiada kena mengena antara hidup dan mati kot...

PPS: Tapi cerita dari post tu memang betul cuma tidak didedahkan siapa kata apa... Ayat beliau Slumb3r paraphrase saje tanpa bagitahu siapakah gerangan sebabnya bukan dia seorang jer dalam dunia ni buat macam tu... Ramai kot buat macam tu...

No comments:

Post a Comment