10 Jan 2011

Kisah seorang ex-mat rempit

Assalamualaikum...

Post ni pendek. Ayat pun pendek. Boring la seh sebab dah lama tak letak gambar dalam entry. Bukan tak nak tapi Slumb3r dah sibuk sedikit dengan life ni.

Nak cerita sedikit. Kerana Slumb3r ni seorang bekas mekanik motor, maka dengan ini sesuailah bila Slumb3r kata yang housemate Slumb3r mintak bebenda teknikal pasal moto diorang neh, bole la tolong sikit-sikit.

Haa... Slumb3r dah buat kerja gila pada hari Jumaat dan Ahad semalam.

Hahaha!!

Mana taknya, hari Jumaat dengan Azril pergi ambil motor dia dekat rumah abang dia. Rumah abang dia kat Rawang. Gerak pukul 11 lebih [tak ingat pukul berapa bertolak] sampai rumah abang dia pukul 3 lebih. Gerak balik Melaka pukul 4 dan sampai pukul 8 lebih.

Tu dah pulas throttle abes da. Dapat pergi 110 km/j.

Ok la motor dia cuma ada masalah sikit dekat timing dia. Timing rendah sangat dan senang mati. Lagi satu motor dia ada masalah signal yang tak berkelip. Ni angkara 'flashing unit' dier dah mengong. Senang je nak tukar benda tu. Tapi Slumb3r tak tau pulak mane benda tu diletak dekat motor lagenda ZR tu. Motor Yamaha Slumb3r susah sikit nak maintain sebab tak beberapa expose sangat kecuali RXZ.

On the way nak balik takda masalah sangat sebab Azril tahu jalan. Kami berhenti kejap dekat Seremban isi minyak. Lagenda kurang la makan minyak sebab Slumb3r bayar minyak tak sampai RM 15 sekali pergi dari Rawang ke Melaka.

Yang menjadi isunya disini hari Ahad.

Slumb3r boleh bantai sesat dekat Shah Alam.

Punca:

1. Laluan motor.

Keluar Pintu gate UiTM Shah Alam yang ada trafik light tu trus ikut lorong untuk motosikal sebab dah disediakan. Masalahnya laluan tu dah jauh terpisah dengan laluan kereta membuatkan rasa janggal sedikit dan seram sebab bilangan motor yang lalu kat tempat tu sedikit.

2. Signboard yang mengelirukan.

Oleh kerana laluan berasingan dengan kereta, maka signboard pun lain la. Jenuh juga nak cari jalan pulang sebab signboard kecik dan dimuatkan dengan maklumat yang sedikit.

Signboard tulis 'Sungai Besi'. Tau-tau dah menghala ke UPNM. Slumb3r ingat tu pergi ke tol Sungai Besi.


Fuuuukkkkk!!!


Lagi satu, bila dah sesat abang sepupu Slumb3r kata :


"Follow je signboard KLIA"

Yep! Follow je la. Tau-tau dah sampai dekat Putrajaya.

Fuuuuuuuukkkk!!!!!

Satu kerja patah balik....

Gerak sebelum pukul 8, sampai-sampai pukul 11.45 [time AJL umum yang Ana Rafeli menang]. Balik-balik tengok orang ramai dekat rumah sewa neh tengok AJL. Dah macam parti dah. hahahah!!




3. Malam.

Bila dah gelap, Slumb3r tak cam jalan. Maka main taram je la. Petua orang-orang tua kalau sesat kat hutan pun jangan jalan malam. Hahaha!!

Anyway, Slumb3r selamat sampai la jugak.

Untuk pengatahuan semua, Slumb3r ni suka sangat sesat terutama dekat bandar-bandar besar macam KL. Dengan pengalaman yang banyak tu la juga mengajar cara kembali kepangkal jalan bila dah sesat. hahahahah!!

ish ish ish mat rempit neh!!

Oh! lupa nak bagitahu yang motor Azril Yamaha Lagenda ZR dan moto pinjam Slumb3r [pinjam awek saje, tak mampu nak beli] Modenas Kristar.

Next  week Slumb3r balik kampung sebab nak ambil tools repair moto. Wajib kena ada benda tu sebab kat rumah ni dah ada 4 bijik moto dan lagi satu kenderaan bakal datang.

Adios~

p/s: Tips nak recover dari sesat.

1. Trust your guts 80% than signboard.
2. Hear music and calm down.
3. Ask people there [works every time]
4. Full tank of petrol needed.
5. Enjoy the view first.

No comments:

Post a Comment