18 May 2016

Review Buku Pedagogi Bahasa Tertindas oleh Zul Fikri Zamir

Lama juga aku nak habiskan baca buku ni. Adalah 2 minggu. Mulanya aku tak minat buku falsafah ni, tapi minat aku pasal falsafah mendorong aku untuk kencari buku2 bergenre berat macam buku Pedagogi Bahasa Tertindas ni selepas baca SBPUBK.

Ada 161 mukasurat je. Banyak space sebab selang antara bab. Diterbitkan oleh DuBook Press tahun 2013. Aku beli cetakan pertama tahun 2013.

Penulis dia Zul Fikri Zamir. Penulis yang sama tulis buku SBPUBK atau Sekolah Bukan Penjara Universiti Bukan Kilang. Buku tu adalah buku berat pertama aku khatam. Terus terang aku cakap, tak masuk akal buku berat2 ni sebenarnya.

Tapi buku tu aku habiskan tahun 2013 dulu, zaman PRU. Aku taksub dengan buku SBPUBK sampai masa nak mengundi, buku ni aku usung nak masuk bilik buang undi. Tak faham sangat ape pun isinya, cuma berkisar isu semasa mahasiswa dan kaitannya dengan negara.

Buku PBT atau Pedagogi Bahasa Tertindas ni lebih kepada mengkiritik PPSMI atau program kerajaan bermula tahun 2003 dulu yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penggantar. Pelajar yang lahir tahun 1990 seperti aku adalah 'mangsa' kepada sistem ini. Kami adalah batch pertama yang menjadi bahan eksperimentasi untuk program Ini.

Dalam buku ini turut dikongsi apakah 'disebalik' PPSMI yang makhluk macam aku terlepas pandang. Contohnya:

1. Rasionalisasi peng-Inggerisan matapelajaran matematik dan sains kepada bahasa Inggeris.

Pada aku bagus sebenarnya penggunaan BI dalam matematik dan sains sebab berguna untuk memudahkan rujukan pada peringkat kolej dan universiti. Aku sendiri memahami banyak terma sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.

Cikgu matemetik aku tidak mempunyai masalah sekiranya mengajar dalam BI, tetapi ada cikgu yang menyebut terma sains dalam bahasa Inggeris slanga Jawa. Kelakar bunyinya, tapi itulah hakikat.

Pandangan aku ditambah tentang keburukan PPSMI, contohnya tender buku2 teks dan latihan akan diberi kepada kroni, jurang ilmu antara orang kampung dan bandar semakin besar, penjualan penerbitan ilmiah dalam bahasa Melayu semakin merosot, amalan BM sebagai bahasa kebangsaan diabaikan, PPSMI menentang falsafah pendidikan kebangsaan dan berbagai isu dikaitkan dengan perlaksanaannya yang banyak kesan kepada masa depan negara.

2. Peranan pemimpin sebagai penetap keputusan.

Pemilihan pemimpin perlu dititikberatkan untuk memastikan negara tersebut mempunyai kelangsungan yang mapan disamping tidak meninggalkan aspek nilai negara bangsa itu sendiri.

Pemimpin yang bijak lahir daripada kesedaran yang proaktif mencari penyelesaian masalah. Mereka pula dibantu oleh golongan cendekiawan sebagai 'think tank' dalam menilai sesuatu keputusan sebelum digubal menjadikan polisi.

Dalam buku ini juga jelas menunjukkan mereka juga adalah manusia biasa yang pernah silap dan salah. Apa yang kita boleh ambil pengajaran adalah, bagaimana langkah pemulihan dilakukan selepas kesilapan dibuat. Pada aku, itulah yang paling utama.

'Past is past, let it go and move on fucker!'- (Ghafar Nawi, 2016)

3. Tugas tarbiah untuk semua golongan, bukan hanya insan2 terpilih.

Ini dapat digambarkan dengan peranan Zulfa mengingatkan ayahnya selaku pembesar untuk memikirkan dan menimbang semula keputusan yang telah dibuat.

Walaupun Dr. Hussein adalah abang kepada Dato Farid telah menasihati adiknya untuk mengubah polisi kerajaan tidak berjaya, Dr Hussein meminta anak buahnya, Zulfa menasihati ayahnya.

Pada aku ini adalah lambang dakwah dan tarbiah sebenarnya. Setiap titip surat Widya, Zulfa, Dr Hussein dan Dato Farid  sering mengingatkan satu sama lain. Kalau bukan berkenaan agama, mesti berkaitan bangsa isinya.

Kesimpulan

Cukup aku berikan 3 point. Ada banyak lagi aku boleh tulis, tapi aku perlu bersiap pergi kerja pagi ni. Buku ni sudah lama aku beli tapi belum sempat baca.

Lepas ni buku La Adri InsyaAllah...

Dalam list aku ada:
1. La Adri (tak ingat penulis dia sebab buku kat opis)dari DuBook Press
2. Filsuf untuk Noob oleh Dayang Sifar dari Thukul Cetak
3. Sang Penguasa oleh Nicolo Marcheavelli terjemahan oleh Thukul Cetak
4. Pidato dan Strategi Perang oleh Che Guevara terjemahan oleh Thukul Cetak
5. Mentaliti Jamban oleh Khairul Abdullah dari Komrad Buku

Kalau korang ada buku yang berbentuk falsafah untuk dicadangkan, boleh le kabor ye. Tapi syaratnya tak lebih 200 Mukasurat. Kalau bergambar lagi bagus.

Maaflah, aku malas membaca...

6 May 2016

#Day 1: Hanya 4 jam Tido.

Aku terpanggil untuk mencabar diri aku untuk tidur 4 jam kerana 1 sebab. Aku ingin menjadi Muslim yang produktif.

Aku terperasan 1 video dalam FB berkenaan how to be productive Muslims. Antara bait-bait pesanan dalam video tu aku ingat adalah amalan wajib dan sunat yang lain yang dilakukan secara istiqamah (disiplin). Caranya mudah, tidur pukul 9 malam, bangun pukul 2 atau 3 pagi untuk solat tahajud, baca Quran, zikir, kemudian teruskan solat Subuh, then pergi kerja. Pukul 9 atau 10 buat Solat Dhuha, sambung kerja semula. Lepas merarau, Solat Zuhur. Masuk je waktu Solat  Asar, amek rehat kejap dalam 15 minit untuk pergi solat. Balik rumah petang tu terus Solat Maghrib, beramah mesra dengan keluarga bagai, bila masuk waktu, terus Solat Isya' dan sebelum tidur buat Solat Witir.

Simple je kan, tapi nak buat, MasyaAllah..... Struggle betul la rasanya.

Aku mulakan langkah pertama. Tidur cuma 4 jam. Tidur pukul 9 dan bangun pukul 2.30 gitu. Tak buat Solat Tahajud sebab aku dah lupa, lama tinggal. Baru google tadi. Nanti nak minta mak aku ajar aku semula. Last buat masa nak SPM dulu, tu pun atas dasar ikut program sekolah.



Kenapa pukul 9 tido?

Aku pernah baca artikel yang kata tidur 4 jam sahaja sememangnya cukup untuk rehatkan badan bukan 6 jam atau 8 jam seperti yang dicadangkan saintis. Syaratnya tidur pukul 9 sehingga pukul 2 atau 3 pagi. Kerana pada waktu itu adalah waktu hormon tidur sedang aktif dan sekiranya kita tidur pada waktu itu, badan akan mendapat kualiti tidur yang terbaik.

So, apa aku buat?

Aku tidur pukul 9 malam. Takda 9 malam sangat sebab aku kengkadang sampai rumah pun dah pukul 9 malam, kemudian bangun pada pukul 2.30 pagi. Sehingga pada post ini ditulis, aku masih segar walaupun aku dah bangun dari pukul 2.30 pagi.

Tapi silap aku, aku makan sebelum tidur. pergh. Gemuk sial. Tu aku nak kena ubah juga...

Masalah aku hadapi, aku ngantuk sekiranya stay up semalaman dalam pukul 9 atau pukul 10 pagi. Jadi aku tanya Kerut (Naim), dia bagi tips.

"Minum kopi bila bangun tu. Kafein biasanya bertindak selepas 5 jam kita consume. Kalau ko dengar sembang orang bangun pagi minum kopi terus segar, itu hanyalah sembang kotey,"

Tulah, aku cuba buat dulu, nanti aku share la ape yang aku rasa.

Oleh kerana aku dah bangun tadi, aku terus buat artikel nak post dalam TelukIntanKini.com sebagai featured writer. Saja je hantar artikel, mana tahu kena publish. Editor dia minta aku tulis, jadi aku takde idea sebelum ni, aku pun tulislah pagi tadi.

Gerak dulu nak bersiap g kerja. Pape, roger.

1 May 2016

Cara Aku Berdisiplin Ketika Berbelanja

Lama tak tulis benda-benda ilmiah ni kan? Alhamdulillah, aku tetiba ada banyak masa pulak malam ni, jadi aku terasa nak menulis sesuatu yang kritikal dan sensitif lagi. Berkenaan kewangan. 

Ramai kawan dalam circle 'kawan' dan kenalan aku bertanya pasal cara pengurusan kewangan aku. Aku tak berdisiplin sebenarnya untuk mengatakan sistem yang aku guna ini adalah sistem yang terbaik dan korang patut guna. Sebab sistem yang aku gunakan ini adalah sistem menjerat diri. Aku mengolah ianya supaya menjadi motivasi kepada diri aku sendiri. Dalam post ini aku akan berkongsi sistem yang aku maksudkan tu.


Screenshoot kat atas ni adalah halaman pembayaran kad kredit aku pada bulan ini. Aku menggunakan kad kredit bagi membantu aku berdisiplin dalam berbelanja. Nampak cam bangang je, tapi inilah yang memberi motivasi kepada aku.

Meh aku fokuskan sikit kat tempat bulat tu.

Oh yeah. Memang negatif. Aku terlampau berdisiplin berbelanja sehinggakan CIMB berhutang dengan aku sebanyak RM 5.25. Kah kah kah!

Ehem...

Bukan. Jangan salah sangka. Aku sebenarnya bulan lepas terbayar lebih pula. Punya aku paranoid takut terkurang bayar, jadi aku bayar lebih. Rasionalnya aku menggunakan kad kredit ni ada beberapa perkara. Berikut adalah alasan kenapa:

1. Aku guna kad kredit untuk 2 benda; Hiburan dan belanja dapur.


Aku membeli belah barangan dapur selalunya di Econsave Alam Jaya sebab situ je dah banyak pilihan. aku tak perlu untuk pergi jauh nak berbelanja. Tak payah aku susah-susah keluar cash dan amaun dia aku boleh kawal. Setiap bulan penyata kad kredit akan dikeluarkan menunjukkan keterangan terperinci mengenai perbelanjaan.

Walaupun keterangan perbelanjaan itu tidak sedetail seperti resit pembelian, dari situ aku boleh tengok berapa banyak aku berbelanja pada waktu dan tarikh yang tercatat.

Untuk hiburan pula aku guna sebab senang. Contohnya menonton wayang. Punyalah jarang aku keluarkan cash untuk tengok wayang sebab aku dah guna kad kredit. Kalau dengan kengkawan pulak, aku kelihatan kaya sedikit kerana aku hanya mengeluarkan sekeping kad plastik. Time ni nak acah-acah kaya depan kengkawan. Phuiiiii!~ Kah kah kah!

Point sama macam belanja barang dapur, aku boleh tengok dan rekod perbelanjaan bulanan aku. Kalau terperasan yang bulan ni banyak tengok wayang, bulan depan kena kurangkan. Berapa banyak kena kurangkan? Itu berdasarkan data-data perbelanjaan tempoh hari dan budget bulanan. Aku biasanya carry forward budget hiburan ni. Takdak save-save.

Aku bayar website punya bil, bil telefon, langgan Spotify, langgan Smule, langgan apps bisness lain semua pakai kad kredit. Bahkan shopping kat lazada pun pakai kad kredit. Yup... Smule... Aku tak tahu kenapa aku suka apps tu... Kah kah kah!

2. Disiplinkan lump sump bayar sebelum 17 hb.


Bayangkan, bayar duit dapur, hiburan yang beratus-ratus tadi dengan hanya 3 minit. Wow... Sangat pantas dan cekap aku buat kerja. Tak perlu terkial2 beratur kat ATM nak cucuk duit. Tak payah terkial2 keluarkan duit syiling tatkala cashier minta duit sen-sen ni. Tak payah woi! Kad kredit jimat masa kau banyak.

Jadi masa yang lebih tu korang boleh guna untuk benda yang lain lebih manfaat. Contohnya bagaimana mahu menambah pendapatan sampingan. Masa adalah komoditi yang mahal. Berhati-hati.

Persoalannya kenapa 17 hb?

Kalau tak silap aku, CIMB start kira bunga lepas tarikh tu. Kalau tak silap aku la. Mana yang salah tu, minta betulkan. Jadi aku ada tempoh 'free bunga' setiap bulan. Dah la jimat masa, ada fasa 'free bunga' pula. Best betul!

3. Kad kredit ada points


Ini adalah salah satu kelebihan kad kredit. Contoh macam kad kredit aku ni, ada cash rebate sebanyak 5% kalau aku isi petrol. Jimat 5% woi. Katakanlah aku isi RM 100, aku jimat RM 5 kot. Tahan la 2 hari isi minyak moto aku ulang alik g kerja.

Macam kawan aku sorang ni, Azril. Dia gunakan kad kredit untuk beli barang elektronik kat AEON. Dia utilize betul-betul point dari kad kredit dan point dari AEON member's card. Itu dah satu level yang lain.

Untuk utilize point mata kad kredit ni, kena tanya yang pakar. Nak tahu, boleh tanya agen kad kredit mana-mana bank. Setiap kad kredit ada pakej point tadi yang berbeza-beza. Aku punya kad kredit kaya dengan cash rebate. Belanja banyak, banyak la jimat. Bak kata pepatah, 'orang tamak selalu untung'


Kesimpulan


Tiada masalah guna kad kredit. Lepas guna, bayar. Konsep dia mudah. Bila lapar, kita makan. Bila mengantuk, kita tidur. Bila sakit, jumpa doktor. Bila hutang, mesti bayar.

Jangan takut untuk berhutang. Tapi pastikan hutang kita tu bukan hutang jahat. Hutang jahat macam Personal loan. Sekali amek personal loan, interest rate dah jalan. Kad kredit? Bila tak bayar baru kena caj.

Rasa bermanfaat? Share la woi!