27 May 2013

Balik sini je tension~

Kat Johor Sekarang. Aku emo. Tu je nak cakap. Bila aku emo, aku menulis. Menulis kat mana?

Aku rasa ramai tahu bila aku emo aku tulis kat mana...

15 May 2013

Design MANUSKRIP 2013 [unfinished]

Pengajaran pada aku jugalah benda ni.

Hari Sabtu, Ahad dengan Isnin lepas aku sangat sibuk. Sibuk buat event. Awal pagi tadi aku terima e-mail. E-mail tu dari orang yang aku tak kenal. Dia nak tahu pasal jurusan yang aku belajar ni.



Terkena pula dengan benda yang bakal aku tulis dalam post kali ni, pasal publishing.

Sabtu lepas kelas aku ada mengatur satu majlis. Majlis ini adalah wajib kepada semua warga semester lima kohot lama. Kohot lama ni macam silibus lama la. Jadi, kelas aku adalah pelajar menggunakan kohot lama, dan kelas A (kelas dari STPM, diploma lain, politeknik, matrikulasi dsbg) adalah dari kohot baru.

Silibus lain-lain. Macam kelas aku, kami kena buat ceramah. Sesi ceramah kami kali ni berkisar mengenai penerbitan elektronik atau lebih dikenali sebagai e-publishing. Sangat awesome persembahan berteknologi tinggi dari EN. Syed Muhammad Faiz. Beliau adalah pengurus untuk syarikat Xentral Methods Sdn. Bhd. yang pertama memberikan perkhidmatan penerbitan secara elektronik.

Jadi itu kisah kelas aku. Kelas A pula lain ceritanya. Esoknya hari Ahad, kami satu batch telah pergi ke SMK Ungku Aziz untuk sesi mengajar para pelajar tingkatan enam rendah mereka software Adobe Photoshop, Illustrator, Indesign dan Microsoft word. Macam bodoh pula bila sebut belajar Word. Kami bukan belajar taip-taip bodoh, tapi belajar cara edit manuskrip profesional. Sangat best sebab balik hari Isnin.

Secara ringkasnya, sequence Publishing ni sebenarnya belajar bidang editorial, design dan management. Aku nasihatkan kepada bakal-bakal Publishing student ini buatlah tugasan pada semester tiga, semester empat betul-betul. Sebabnya bila korang dah semester lima nanti dah mula-mula sibuk, korang boleh "recycle" assignment. Assignment masa diploma tu pun boleh "recycle" juga. Tapi "recycle" kat sini bukan copy paste, tapi lebih kepada "recycle" interview lepas untuk diguna masa assginment semester lima.

Balik-balik editorial, designing, editorial, design, event. Tu je ulang-ulang.

Cakap pasal design ni, aku terlupa bawa design aku untuk tunjuk kat student kat SMK Ungku Aziz. Aku ada upload jugak masa design2 sem lepas. Sem ni kelas aku kena buat magazine MANUSKRIP. Jadi aku letak juga design aku kat blog senang orang nak tengok. Semua dari artikel, design aku hasil sendiri. Kecuali gambar la. Gambar kebanyakan dari google. Aku tunjuk je la.





Kalau ada apa-apa nak tanya pasal kos Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Dan Pengajian Media (Penerbitan) UiTM Shah Alam, just tuit ke, e-mail ke ape ke. Aku gembira nak share.

7 May 2013

Sembilan alasan kenapa saya tidak suka kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak


Tajuk dia ni boleh bikin orang marah. Aku tahu aku sedikit emosi bila menaip artikel ini malam tadi. Terima kasih pada Miss A. Kalau ikutkan aku cuma dapat 7 je. Lain-lain tu Miss A bagi idea.

Sembilan alasan kenapa saya tidak suka kepimpinan Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak

Aku bersyukur tempat kawasan aku ni masih dipegang BN. Aku bersyukur kerana BN diberi mandat untuk memerintah negeri Perak. Aku bukan penyokong BN yang tegar. Aku penyokong BN yang mahukan perubahan dalam parti itu sendiri. Tidak suka sesuatu bukan bermakna kena tukar terus.

Transformation vs. Reformation

Aku sokong perubahan berbanding pembentukan semula. Macam nak repair kereta juga kes ni. Anologinya kalau kereta rosak, adakah bermakna kita kena tukar terus kereta? Mestilah kita tukar bahagian yang rosak kepada bahagian yang baru kerana kalau tukar kereta terus, belanjanya lagi besar dan nak tunggu tempahan lagi lama. Boleh je amik yang ready stock, tapi mungkin belum tentu berfungsi 100%.

Seperti isu PTPTN yang aku rasa boleh ditambah baikkan sepatutnya. Idea untuk menjadikan pendidikan percuma memang boleh diusahakan. Kerangka kerja dari YB Rafizi boleh diguna pakai, tapi ada sesuatu seperti 'sustainability' seperti diunjurkan YB Khairi tu pun kena diambil kira.

Senang kata aku menyokong transformation berbanding reformation.

Kepada sahabat yang mahukan pembaharuan, boleh kongsi dengan aku kat twitter, atau kat ruangan komen kat bawah sebab aku mahukan respon pembaca sekalian.

Blog bukan sekadar tempat untuk join segmen, jual barang, diari dan lain-lain. Blog juga tempat kita luahkan pendapat. Kalau anda gelarkan diri anda mahasiswa, maka sama-sama kita fikir macam mana nak bangunkan Malaysia.

Artikel Sembilan alasan kenapa saya tidak suka kepimpinann Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak boleh dibaca disini. Comment, share and give your oppinion.

5 May 2013

Pesanan Rakyat Marhaen Kepada Bakal Sang Pemerintah Malaysia


Mungkin aku terasa poyo yang amat apabila menulis watikah ini. Tapi ini mungkin pesanan aku kepada seluruh wakil rakyat seluruh Malaysia yang bakal memerintah Malaysia ini. Baca dengan minda dan hati yang terbuka. Kalau nak buka baju sambil baca pun aku tak kesah.

############################################################################

Assalamualikum wbt.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah dan syukur kepada para pengundi dalam Malaysia yang bersiap sedia untuk mengundi besok. Alhamdulillah, tahun ini adalah tahun yang ke 13 kita mengundi. Banyak perkara baru yang kita akan tempuh kali ini. Antaranya adalah penggunaan dakwat kekal oleh SPR.

Bersyukur juga kehadrat illahi bahawa inilah kali adalah pertama bagi saya untuk keluar mengundi. Saya telah daftar sebagai pemilih tepat pada 15 November 2011 di Pejabat Pos Selekoh, Perak. Saya telah diheret oleh mak saya untuk daftar menjadi pemilih.

Kepada sahabat-sahabat yang tidak daftar mengundi lagi, adalah rugi kepada anda kerana anda adalah orang yang rugi. Yaaaa. Rugi. Kerana anda tak dapat duit pengundi luar. Banyak tau elaun pengundi luar ni. Jangan main-main. Nasiblah.

Seperti tajuk diatas, rasanya tidak perlulah saya memberi saudara baca lebih banyak celoteh saya kerana saya tahu saudara-saudari tidak rajin membaca. Dah la tulisan saya ni tak berapa nak menarik, jadi wajiblah saya teruskan menulis pesanan saya (rakyat marhaen) kepada bakal pemerintah Malaysia akan datang.

1. Seperti dalam petikan filem 'Rock- Rimba Bara Kembali', ada tiga perkara yang boleh menjatuhkan negara. Yang pertamanya rasuah, kedua, tidak menepati masa dan chinggey. Saya taknak sentuh yang lain, tapi saya berminat nak sentuh yang pertama iaitu rasuah.

Janganlah pemimpin makan rasuah atau sedara-mara mereka (kroni) makan hasil rasuah. Nanti rakyat susah nak percaya. Contohnya seperti kes Khir Toyo dan Shahrizat. Duit rakyat tu. Jangan makan.

2. Cuba kurangkan terbit isu perkauman dan pupuk semangat perpaduan seperti mana Rasullulah kita ajar dahulu. Kita ikut. Tak jadi masalah kalau perkara seperti hudud dan seumpamanya dikuatkuasakan. Tapi cuba kaji balik, ada tak negara Islam yang mengamalkan 100% hudud?

Saya dapat tahu bahawa negara Arab Saudi pun ada kepincangan dari segi pelaksanaan hukum hudud ini. Tambah-tambah ketika melibatkan kes keluarga diraja. Kalau macamtulah, perlu perbincangan semula untuk melaksaan hukum hudud ini.

3. Buang semua isu politik lucah dan fitnah bagai. Kami sebagai rakyat tidak mahu lagi mendengar cerita kutuk mengutuk lagi. Tambah-tambah dalam ceramah politik.

Sepatutnya ceramah politik menceritakan "apa yang boleh parti ini buat untuk anda" bukan menuding jari siapa salah. Masing2 ubah.

4. Berhati-hati memilih orang bawahan. Ini sudah banyak terjadi kepada pemimpin yang terdahulu. Orang bawahan ini kadang kala tidak jujur ketika melakukan tugas. Dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab kepada pemimpin tersebut untuk memerhati orang bawahan mereka.

Seringkali kami mendengar kejadian "duit hilang" ketika menyampai bantuan kepada rakyat. Adalah lebih baik sekiranya duit dari kerajaan, pemimpin tersebut yang beri sendiri kepada rakyat dan bukan melalui orang tengah. Dikhuatiri orang tengah ini tidak jujur dan akhirnya ketua mereka mendapat nama buruk.

5. Layanan sama rata terhadap rakyat jelata. Tolak unsur perkauman, agama, perbezaan parti politik. Asalkan nama rakyat Malaysia, adalah wajib dibantu tidak kira kroni atau bukan. Ini adalah perbezaan yang ketara antara setiap wakil rakyat.

Jangan sesekali memilih bulu untuk membantu. Menjadi kewajipan anda untuk membantu kami tidak kira apa jua keadaan sekali pun. Kami tidak mahu pemimpin kami sombong selepas mendapat gelaran wakil rakyat nanti.

Sebenarnya, banyak lagi perkara yang hendak disampaikan. Tapi mata pun dah mengantuk, pagi-pagi nanti nak kena beratur panjang untuk mengundi. Jangan lupa bawa IC.

Lagi satu, sekiranya keputusan sudah diumumkan ini adalah pesanan saya kepada parti yang menang dan kalah. Yang menang kena hormati yang kalah dan jangan dihina dan yang kalah mestilah mengiktiraf yang menang dan jangan mempersoalkannya. Pegawai SPR berkhidmat dibawah Yang di-Pertuan Agong dan bukan dengan kerajaan. Itu harus diingat.

Adios~!