30 Apr 2012

BERSIH 3.0 versus ...



Assalamualaikum... Post ni panjang. Kalau taknak baca boleh tekan 'x' kat bucu kanan atas monitor ni.

Slumb3r dah muak dengar pasal BERSIH ni. Sebab BERSIH ni mainstream kat online media, maka rasa macam perlu tahu la juga.

Just a small recap of what happen last Saturday. Most of the info are from twitter, facebook and from my own personal analysis. So, this post are most of my views.

Peserta-peserta perhimpunan BERSIH 3.0 berkumpul di dua tempat iaitu Central Market, Masjid Negara dan beberapa kawasan lain dan bakal berarak ke Dataran Merdeka lepas Zohor.

Foto-foto pada awal perhimpunan nampak biasa dan seperti dirancang. Dengan gerombolan peserta berpakaian serba kuning sebagai simbolik semakin bertambah dari pagi turut menambahkan suasana ceria dan bersemangatnya setiap peserta perhimpunan.

"Solat 'Jumaat' di Masjid Negara pada hari Sabtu" itulah tajuk berita dari Harakah Online jelas menunjukkan betapa ramainya peserta BERSIH berkumpul di Majsid Negara pada ketika itu.

Apa yang Slumb3r dapat tahu, Tuan Guru Nik Aziz tak pergi sebab sakit2 katanya, namun beliau menyokong penuh perhimpunan ni dan Harakah Online mengatakan beliau 'sponser' sebilangan peserta BERSIH ni.

Antara pemimpim PR yang pergi adalah DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah. Turut menyertai mereka, Datuk S. Ambiga. Mereka menyokong penuh apa yang diperjuangkan oleh BERSIH.

Para pemimpin PR tiba di lautan penyokong BERSIH dan memberi ucapan dengan penuh bersemangat kepada para peserta. Kedengaran gemuruh dan riuh sorakan penyokong BERSIH berkumandang apabila DS Anwar memberikan ucapan.

Maka mereka pun berarak ke Dataran Merdeka beramai-ramai mengikut seperti apa yang dirancang.

Keadaan masih lagi terkawal sebelum pukul 3 petang. Kelihatan para penyokong extremist mula mengangkat penghadang yang diletakkan di atas jalan ke Dataran Merdeka. Mereka kata perhimpunan mereka itu tak patut dihalang kerana ada permit dan sebagainya.

Anggota Polis bertugas hanya berundur kebarisan kedua dan menunggu tindakan para penyokong bersih.

Terdapat pelbagai pendapat yang mengatakan tindakan polis begitu sebagai provokasi polis terhadap penyokong BERSIH seperti dikatakan oleh saudara Hilal Asyraf.

Slumb3r setuju dengan pendapat beliau mengenai BERSIH ni sebagai berjaya. Tindakan para penyokong yang bertukar huru-hara pada jam 3 petang tu sebagai titik hitam keseluruhan pehimpunan ini.

DS Anuwar Ibrahim meminta para peserta supaya bersurai pada jam 5.30 melalui twitternya seperti dikatakan oleh Harakah online. Mereka turut melaporkan misteri kehilangan para pemimpin PR selepas kekecohan berlaku di Dataran Merdeka kelmarin.

Kes pukul-penyokong-pukul-polis.

Banyak gambar dan video yang dispin untuk digunakan dalam hujah

"Polis pukul penyokong"

"Penyokong pukul polis"

Seperti dilihat dalam portal seorang blogger, Abu Aqif Studio, banyak kita boleh kupaskan.

Tidak mengapalah, anda lihat, baca dan nilaikan sendiri. Untuk makluman, PDRM menerima banyak aduan mengenai BERSIH 3.0 ni. Kita bagi sahaja pihak berwajib untuk penyiasat perkara ini lebih lanjut dan tak payahlah besar-besarkan lagi hal ni.

Kesimpulan

'Matlamat tidak menghalalkan cara'

Memang tujuan ikhlas BERSIH ini untuk menyuarakan tuntutan mereka untuk pilihanraya adil dalam sistem demokrasi di Malaysia. Tetapi penyelesaian masalah tidak akan berlaku dengan kita hanya menunjuk perasaan kita di jalanan.

Seperti orang yang tidak bertamadun.

Slumb3r ingin memetik kata-kata hikmat dari mantan presiden Indonesia yang pertama, Sukarno;

"Berikan aku 10 orang tua, akan aku gegar 1 gunung. Berikan aku 10 anak muda, akan aku gegar 1 dunia"

Kebanyakkan penyokong BERSIH 3.0 adalah anak muda dan rata-rata mereka bertindak secara spontan. Jangan provoke kami. Kami mungkin akan bertindak lebih ganas.

Dulu Slumb3r gelak bila perkara ni berlaku kat tempat orang, sekarang sedih bila kat negara sendiri berlaku. Kalau Tunku Abdul Rahman masih hidup, sudah tentu beliau menangis melihat keadaan rakyat sekarang.

Slumb3r masih dengan pendirian 'menyokong tuntutan BERSIH bukan perhimpunan BERSIH' seperti post BERSIH 2.0 lepas. Banyak lagi cara, kenapa PERHIMPUNAN dipilih?

2 comments:

  1. sebab bila dah usul kat PM pun xda tindakan dan dikatakan mengarut.....sebab tu la d0rg bt cmtu k0t....and bl0g abu aqif tu bl0g extremis umn0....mmg la 'bias' kalau tgk sbelah pihak sja....cuba try test tgk brita BBC W0rld....=)

    ReplyDelete
  2. untuk video tu, baik kita serah pada yang pakar... aku share benda yg aku tahu je...

    jangan risau... Allah berada dipihak yang benar...

    ReplyDelete