14 Apr 2012

Mansuh PTPTN


Sedang sibuk melayari internet beberapa puluh minit yang lepas, Slumb3r terjumpa video ni. Ada seorang sahabat share dekat facebook. Tertarik juga nak cerita pasal ni sebab secara langsung melibatkan Slumb3r kini bergelar mahasiswa.




Susah nak percaya, tapi ini adalah hakikatnya. Mereka menuntut pemansuhan PTPTN.

Seperti yang kita sedia maklum, PTPTN adalah satu badan yang bagi duit pinjaman kepada mahasiswa-mahasiswa untuk belajar di universiti dan mengenakan 1% amaun sebagai sur caj, riba atau bahasa yang mereka perkenalkan sebagai 'ujrah'.

PTPTN tak salah sebenarnya. Masalahnya kat sini hanya kepada kadar bunga 1% tu. Isu ni telah dipolitikkan untuk menarik pengundi dari golongan mahasiswa.

Sayang sekali melihat begitu ramai mahasiswa tidak berkelakuan seperti status mereka.

Lihat sahaja mereka mengusung sepanduk, poster dan sebagainya seterusnya menjadi 'anjing' kepada organisasi yang mempunyai kepentingan peribadi tertentu.

Mereka bukan sahaja menuntut pemansuhan PTPTN, bahkan menuntut pendidikan tinggi percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Tidak mustahil sebenarnya nak buat pendidikan percuma. Tidak salah untuk mengatakan pendidikan bukan perniagaan. tidak salah sama sekali.

Kuasa Mahasiswa

Kuasa mahasiswa bukan terletak pada laungan 'mansuh PTPTN' atau 'jahanam 1 Najib 1 Rosmah' atau pun 'UMNO celaka'. Kuasa anda semua lagi besar dari itu.

Tak perlu bazir tenaga tunjuk perasaan. Tak perlu bazir masa buat demo macam tadi. Tak payah buat semua tu.

Kuasa anda terletak pada akal.

Kongsi ideologi anda dengan kawan2 seperjuangan anda melalui jalan yang berhemah dan melambangkan status anda.

Apa yang anda dapat jikalau berdemo sahaja?

Apa yang anda dapat kalau cakap sahaja tapi belum tentu ada tindakan?

Penyelesaian dan kesimpulan

Yakin bahawa Allah akan ada pada pihak yang benar. Yakin bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih baik dari sekarang. Undilah dalam pilihan raya yang akan datang. Daftar mengundi dulu baru cerita lebih.

Cerita pom tapi tak daftar mengundi lagi baik tak payah la. 1 undi mampu mengubah sebuah negara. Ingatlah, kita ada tanggungjawab lebih besar dari fikir pasal benda-benda ni. Belajar dulu. Undi la ikut pilihan masing-masing. Itu konfem akan mengubah segala-galanya dalam Malaysia.
Korang nak hentam, hentamlah. Tapi fikir la. Apa-apa pun PRU-13 ni korang tunjukkan la siapa berkuasa.
Mentaliti tu....

No comments:

Post a Comment