21 Jun 2011

Cadangan: Buat blog untuk Pix

Selamat Hari Selasa semua...

Slumb3r terasa nak post kat sini pasal nak buat blog lagi satu yang bersifat show off. Show off gambar saje. bukan gambar ape pon.

Ini kerana Slumb3r dapati bahawa blog sekarang yang slumb3r guna ni dah macam tak fokus la. Menampakkan ketidak profesionallan Slumb3r.

Lagi satu, content dalam blog slumb3r sebenarnya berbentuk release tension dan bukan untuk nilai komersil pun macam sesetengah blog.

Tidak pula slumb3r nak mencari duit dengan buat iklan macam kebanyakkan orang sebab Slumb3r bukan nak duit dari blog pun. Nampak sedikit kemas dan cepat sikit nak load page bila kurang element dalam blog.


KISAHNYA

Sebelum Slumb3r cerita kenapa Slumb3r nak buat lagi satu blog yang hanya memaparkan gambar, Slumb3r nak update sedikit pasal problem yang terngiang2 dikepala ni.

HARDISK ROSAK

Hardisk Slumb3r terhempas masa tengah guna kat PC ni ahad lepas 12 hb menyebabkan kegagalan untuk komputer kesan kewujudannya. Segala-gala data penting yang terkandung dalamnya sudah terkunci dan tidak dapat dikeluarkan.

1 melaka dah round dan semua bagi jawapan yang sama iaitu
"hardisk lu losak la kawan...  tala boley litek layie woe"
"Soli arr, wa ta lapat tolong lu la... Kalo ini lad-lisk lapat lilek, wa bole tolung sama lu mah"

Ada 1 kedai, dia cakap boley claim warranty tapi tak jamin data dapat diselamatkan la. Tidak juga ketinggalan yang mengatakan bahawa boley dapat data balik tapi kos rawatan hardisk tu RM 300 - RM 1000++... mapuh!~~

Slumb3r nak operate je sendiri hardisk tu. Tapi sebelum tu ada orang kata letak hardisk dalam peti ais boley cure sementara. Tapi belum buat lagi la.

Jika sapa-sapa taw macam mana nak buat bagi tahu yea.

ADIKKU oH~ ADIKKU

Slumb3r baru balik dari kampung semalam sebab mama Slumb3r dok bising pasal adik Slumb3r nak masuk UNIKL. Mama Slumb3r mintak pendapat pasal tu dan berkehandakkan Slumb3r talk dengan adik Slumb3r, tetapi HARAM! Adik Slumb3r balik johor pulak time tu.

MAU UPGRADE PC

Slumb3r dah pikir masak2 mau upgrade PC... tuka processor, motherboard, hardisk dengan RAM... Baek!~

BACK TO TOPIC~
Slumb3r ada buat job photography dan Slumb3r dah mula dengan seriusnya job ni. Slumb3r suka seni tapi masa di sekolah tidak berpeluang la pulak nak ikut kursus seni. Well, takpalah sebab sekarang Slumb3r dah mula follow my PASSION!

So~ Slumb3r dah mula dengan beberapa job dibawah label Slumb3rStudio dan disokong oleh teman-teman rapat. Slumb3r mohon jasa baik pembaca untuk like page tu. Tolong support Slumb3r.


To look and feel like a pro, Slumb3r fikir dah sampai masanya untuk membuat blog khusus untuk dijadikan media memaparkan semua gambar2 Slumb3r. Walaupun Slumb3r hanya jurufoto sambilan tapi Slumb3r do professional work. Slumb3rstory ni dah nampak macam blog rojak dah ni bila semua entry bercampur-baur.

By the way, jangan lupe like taw... sampai sini ja...

No comments:

Post a Comment