Assalamualaikum...
Malam kelmarin [12.9.2010] pukul 10, rancang nak duduk rumah je... tapi dah macam mane, aku dapat panggilan dari seorang member aku... Nama member aku tu abang F...
Abg F: Assalamualikum gapor...
Aku: Walaikumsalam bang, ape cer tepon?
Abg F: Kema dekat mana ni?
Aku: Dekat kampung simpang tiga le, kat perak... ngaphe?
Abg F: Idok le, saje je nelepon... nak ajak kema datang barbekue skarang... ade gak 5 ekor ayam ni... sape nak makan?... moh le datang...
Aku: Bior betul yeop?... kema kat mane ni?... aku tak boleh lame2 sebab besok aku dah nk balik johor...
Abg F: Bior betol kema nk balik johor udah... ate, baghu nak ngajak baraye ni...
Aku: Sape je yang ade ni yeop?
Abg F: Anak murid kaw gak ni ha... ni ha dier [dier pon pas kat panjang, aku dah x knl sore sape tu... malas nk tulis ape yg aku ckp ngan dier, panjang sgt... macam orangye... haha]
Aku: Rasenye bole ni bang kot... kema kat mane?... aku datang sekarang...
Abg F: Cepat sikit, ayam dah nak masak ni... kami dekat parit 7... bile kema dah sampai sekolah khir johari, telepon...
Aku: ok... tadahal...
Maka, bersama "tenggiling" cepai[EX-5} berdesup g tempat yang dikatakan pada malam jumaat ni...
Tak lama aku pon sampai... sampai je dijemput pula oleh Gemok, budak pengakap kelana...
Terkejut... kerana abg F bersama panjang sekali sedang mengipas ayam yang dikatakan 5 ekor tadi... Cisss! celaka... aku dah kena tipu... baru sekor je ayam tu dikata 5 ekor... Anyway, diorang kelana juga... tapi abang F dan aku dah "retired"... Kira malam ni jumpa-jumpa kami la... saja lepak memalam buta ni kat rumah si gemok ni ha...
Ayam dah siap panggang, aku pon dok cekik la ngan depa...
Aku suka ngan abg F ni sbb dia suka bercerita... cerita dia buat kita berfikir... abg F ni orang2 silat... tapi dia silat yang mistik2 dan misteri... aku tak tahu sangat la pasal mistik2 dier... anyway, aku bukan nak citer pasal dia ni... aku nk cerita pasal benda lain...
==============================================================
Lepas makan, kami pon lepak di ruang tamu... bercerita pasal pengakap... aku dah lama tak amik pot pun pasal pengakap dah dekat setahun... apa yang aku tahu, jawatankuasa daerah dah dirombak... pesuruhjaya pengakap daerah hilir perak bukan cikgu aku lagi... dah tuka kepada abang johari... abang johari ni gemok pendek, ade misai tebal... kalau mekap sikit dah boleh jadi badut sarkas... asik kena buli kat kem... kami panggil dia 'tedi bear'... comel... tapi dah tua... ade misai lg... hehe... bayangkan la muka dia sama dengan badut sarkas idung merah gemok pendek... jalan terkengkang2... haha... tapi dier baik... sumpah tak tipu... aku tak hairan ngape dia dapat jadi pesuruhjaya daerah... dia berkaliber... berdarah muda... walaupun dah berumur sikit...
cerita pertama...
Kitorang bercerita pasal hal kenapa aku dan abg F keluar pengakap... sebab panjang ngan gemok ni tak tahu... diorang orang baru... aku dah lepas king scout, baru diorang nk masuk... storynye macam ni:
Kenapa aku dan abg F keluar pengakap... ====>
Kes aku di SK selabak semasa pentauliahan pengakap kelana yang baru, aku datang lambat masa pentauliahan sbb ikut abg F ni balik... ===>
Ade ura2 yang mengatakan aku telah dirancang untuk membuang aku dari pengakap ===>
Aku dah dapt agak, ade 4 orang iaitu Abg K, Abg E, Abg L ngan Abg ape tah lg sorang... aku tak dapat ingat... ===>
Dah terlanjur cerita pasal 4 orang ni, cerita la ngape kami taksuka kat diorang...
kes pertama
Ini kes yang paling aku ingat sekali kerana ini adalah hari aku rasa dah "LOST" dengan pengakap sbb miss pentauliahan kelana tu la...
aku pelik sbb :
1) Ade sorang kakak pemimpin pengakap yang aku panggil Kak R, dia datang kem tu dengan adik perempuan dia... kenapa? biase dia datang sorang2...
2) Akak R ni balik rumah dan tidak bermalam di SK selabak tersebut pada pukul 2 pagi bersama adik dia walaupun dipujuk oleh Pak Y [otai pengakap]... biasanya dia tidor sekali ngan Iqa [awek aku yang datang same ngan aku kat kem tu]...
Aku tak tahu cerita sebenar...
Rupanya, adik perempuan dia di "seksual harrasment" oleh seorang pemimpin pengakap dan orang itu adalah salah seorang dari 4 orang tu...
Bukan takat tu je, Kak R ni pon pena kena time perkhemahan di Batu 8, Teluk Intan...
Aku punye la terkezut...!
Sebenarnya 4 orang itu adalah antara orang yang aku respek sekali dalam pengakap sebabnya diorang dah byk tolong aku masa aku nk jadi pengakap raja dulu... salah seorang dari diorang la yang "seksual harrasment" Kak R dan adik dia [brape byk kali dah mau mention]... yer le kite tak rase... cuba yang kena bini ker @ anak kita sendiri... memang hanjeng perangai macam tu...
Susahnye nak percaya diorang macam tu...
Bila dah jadi macam ni... aku berkobar2 nak bwt research lagi... bukan hapa, aku sayangkan pengakap ni... aku taknak pengakap ni musnah...
siri siasatan aku bersambung di lain post...
17 Sept 2010
14 Sept 2010
It is time promoting!!
Assalamualaikum!!...
Dah lama tak menulis balik... aku rasa dah complete 90% dah blog aku ni... logo untuk blog dah design.. tinggal nk post jer...
Anyway... aku nk promote aku punye blog... ala sekadar share benda... aku dah design logo unk letak kat gambar... Ala-ala brand baru untuk blog ni... karang aku post...
Takda pape pon sebenanye tulis... cuma nk Mintak Maaf Zahir Batin kepada semua yang mengenali diri ini di:
Tadika ABIM Ayer Hitam [1996]
SK Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor [1997-1999, 2001-2002]
SK Bukit Waha, Kota tinggi Johor [2000]
SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor [2003-2004]
SMK Tun Abdul Razak, Selekoh, Perak [2005-2007]
SMK Saint Anthony, Teluk Intan, Perak [2008]
GIATMARA Teluk Intan [2008]
UiTM Lendu, Alor Gajah Melaka [2008-now]
Peh!! ramai siak!
Tidak mengapa... aku nk trace membe2 yang dah ilang lame2 neh...
anyway... aku banyak benda nk tulis, bermula dengan pengenalan logo aku pada post akan datang...
Challo..!
*pic credited to ibnismail.wordpress.com*
21 May 2010
Sepi kembali ceria
Assalamaualaikum….
Dah lama la aku rasa tak update blog. Tidak mengapa, semua ini sementara. Aku nak tajamkan lagi kemahiran penulisan yang aku ada ni dngan cara menulis blog.
Dekat 6 bulan gak rasanya tak tulis, Cuma nak berkongsi beberapa benda yang aku buat semasa berbulan bulan ni.
1) 1) Aku masuk ‘Publishing Team’ bulletin fakulti aku, The Medium sebagai sub-editor. Best gila! Banyak pengalaman aku nak kongsi tapi pelan-pelan kayuh. Aku kesian tengok seorang wartawan aku. Dia menulis news item, tapi nama dia x di kreditkan. Kalau aku, mesti aku sakit hati gak.
Tapi bila fikir balik la kan, aku xnak glamor dan blablabla. Aku cuma nak pengalaman dan ilmu untuk menulis. Bila aku dpt glamor dan blablabla, aku Cuma anggap itu hanya sebagai satu bonus ja.
2) 2) Aku masuk Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM. Yang ni best! Aku masuk sebagai orang baru, tapi aku dah macam orang lama dalam silat nih. Mane taknya, adalah satu hari tu persatuan kami ada buat perkhemahan kat Pulau Besar. Aku jadi bidan terjun kat sana. Aku kena jadi pengacara majlis. Haram aku tau wat pape pasal silat. Aku kosong je.
Tapi kan, dlm silat ni ade tiga cabang yang aku rasa lain dari Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM), Student Intellectual Association (INSAN), INSPIRASI atau Kelab Komunikasi dan Media (KOMED) sebab ada 3 benda yang gerak sekali:
a. Persatuan
b. Persilatan
c. Perguruan
Aku nak terangkan panjang, tidak mengapalah, aku terangkan dalam post-post lain.
3) 3) Aku belajar subjek ‘Photo Communication. Dalam post aku yang lepas, kan aku ada bagitahu pasal DSLR Camera yang aku baru beli. Aku beli untuk subjek ni la. Aku rasa bebas sangat nak bergambar. Takpa, aku letak kang gambar-gambar yang best kat sini kang.
Cukup je la takat sini aku tulis, nak tulis panjang-panjang buat ape, bukan ade orang baca pon… Ciao.!
Subscribe to:
Posts (Atom)
