Assalamaualaikum….
Dah lama la aku rasa tak update blog. Tidak mengapa, semua ini sementara. Aku nak tajamkan lagi kemahiran penulisan yang aku ada ni dngan cara menulis blog.
Dekat 6 bulan gak rasanya tak tulis, Cuma nak berkongsi beberapa benda yang aku buat semasa berbulan bulan ni.
1) 1) Aku masuk ‘Publishing Team’ bulletin fakulti aku, The Medium sebagai sub-editor. Best gila! Banyak pengalaman aku nak kongsi tapi pelan-pelan kayuh. Aku kesian tengok seorang wartawan aku. Dia menulis news item, tapi nama dia x di kreditkan. Kalau aku, mesti aku sakit hati gak.
Tapi bila fikir balik la kan, aku xnak glamor dan blablabla. Aku cuma nak pengalaman dan ilmu untuk menulis. Bila aku dpt glamor dan blablabla, aku Cuma anggap itu hanya sebagai satu bonus ja.
2) 2) Aku masuk Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia UiTM. Yang ni best! Aku masuk sebagai orang baru, tapi aku dah macam orang lama dalam silat nih. Mane taknya, adalah satu hari tu persatuan kami ada buat perkhemahan kat Pulau Besar. Aku jadi bidan terjun kat sana. Aku kena jadi pengacara majlis. Haram aku tau wat pape pasal silat. Aku kosong je.
Tapi kan, dlm silat ni ade tiga cabang yang aku rasa lain dari Jawatankuasa Penggerak Masjid (JPM), Student Intellectual Association (INSAN), INSPIRASI atau Kelab Komunikasi dan Media (KOMED) sebab ada 3 benda yang gerak sekali:
a. Persatuan
b. Persilatan
c. Perguruan
Aku nak terangkan panjang, tidak mengapalah, aku terangkan dalam post-post lain.
3) 3) Aku belajar subjek ‘Photo Communication. Dalam post aku yang lepas, kan aku ada bagitahu pasal DSLR Camera yang aku baru beli. Aku beli untuk subjek ni la. Aku rasa bebas sangat nak bergambar. Takpa, aku letak kang gambar-gambar yang best kat sini kang.
Cukup je la takat sini aku tulis, nak tulis panjang-panjang buat ape, bukan ade orang baca pon… Ciao.!
No comments:
Post a Comment