Jauh benak lubuk kusimpan
Segala rahsia pecah di badan
Aku harap tidak jadi beban
Untuk dicerita oleh sipolan
Seketika aku berfikir
Apa guna kau kami singkir
Bila kenangan pahit kau ukir
Kami dituduh anasir
Kau aku selidik
Baik sedikit dari gundik
Tak payah nak mendabik
Ramai tahu kau menggedik
Blog kau aku selongkar
Banyak benda aku bongkar
Untuk aku terima adalah sukar
Dulu kau lain, sekarang dah bertukar
Silap sikit kau nampak
Habis semua kau ungkit
Habis semua kau koyak
Kau tahukan sakit?
Kau tahu rasa kena sepak?
Nak rasa kena cubit?
Macam-macam kau lempar
Tuduh kau kena fitnah
Tapi adakah kau sedar
Sedar kau bukan amanah?
Melenting bila dikritik
Selalu kotor bermain politik
Kami sering dikotak-katik
Apa, Ingat kau cantik?
Nombor satu kami bertempat
Memang kami ingat kami hebat
Kami hebat sebab sahabat
Tu bezanya kita punya martabat
Kau pun apa kurang?
Tak besar mana pun jurang
Sebab kau sorang-sorang
Paling tak pun kau berkembang
Mari aku terus terang
Memang kami sakit hati
Sebab kau kuat temberang
Ramai juga kecil hati
Ramai juga yang berang
Tapi jangan tak sedar diri
Jangan anggap kami larang
Kami nak jadi kawan sejati
Bukan main serang-serang
Ambil segala intipati
Kami taknak hubungan renggang
Walaupun apa terjadi
Tolak ego ke tepi
Sabar kena ada selalu
Taknak tengok ko jadi sapi
Aku tengok pun berbulu
Aku nak kau perhati
Aku nak kau hayati
Bukan setakat mengerti
Puisi kawan yang mati
No comments:
Post a Comment