Al-fatihah untuk arwah nenek aku, Hajah Sapiah Binti Poan.
Walaupun aku dengan nenek aku tak rapat, tapi lepas aku pindah Perak tahun 2005 dulu, aku semacam rindu plak kat arwah nenek aku tu. Dia seorang yang tegas dan sederhana. Sekali dia marah, memang takkan ada dapat tahan. Semua orang takut. Cucu-cucu, anak sedare bahkan anak dia pun. Dia punya penangan 'the elder' tu sangat tinggi.
Nenek aku seorang yang peniaga. Darah seorang pedagang mengalir dalam keluarga aku dari dulu. Keturunan aku dari Banjar datang ke Perak atas dasar berdagang lalu menetap di Bagan Datoh. Ada juga yang menetap di Kampung Sungai Manik dan merata-ratalah lagi. Tapi kat Perak, tempat popular untuk orang Banjar, kat Sungai Manik Teluk Intan.
Nenek aku ada prinsip dan falsafah sendiri mengenai duit. Dia pesan kat mak aku dan mak aku pesan kat aku.
"Duit takkan habis kecuali dengan 2 benda. Pertamanya hiburan, kedua berjalan"
Simple je. Tapi inilah yang aku amalkan sampai sekarang. Hiburan aku cuma ada bila ada yang mengajak. Untuk aku pergi sendiri, adalah sesuatu yang mustahil. Aku lebih rela habiskan duit kat PC dan duduk rumah je main game. Itu hiburan aku.
Untuk berjalan pula, aku rasa agak sedikit bercanggah dengan ideologi kawan2 aku mcm Najmi, Azril dan mana yang kaki2 jalan yang lain. Diorang rasa kalau berjalan tambah pengalaman, dapat kenal kawan baru, dapat rasa pengalaman baru.
Tak dinafikan semua tu memang akan dapat. Tapi aku rasa masa aku terlalu berharga. Aku rela habiskan masa, tenaga aku untuk tambah duit. Aku nak bercuti bila tak payah fikir pasal duit. Aku nak berjalan tanpa perlu fikir belanjawan bulanan hari-hari. Nak beli ole-ole untuk kawan2 at least t-shirt. Takda la klise bagi stiker, keychain ke. Kah kah kah! Sentap kawan2 yang bagi keychain bagai. At least diorang ingat gak kat aku.
Maksud aku, takkan aku pun nak bagi keychain? Setakat keychain mesti kawan2 aku dah berlambak dapat. Tapi tu la, kena ada financial freedom dulu baru fikir untuk jalan2 ke hiburan ke.
For the time being, aku rasa duit aku banyak pergi kat Shenget Store. Sebab aku rasa Shenget Store tu adalah cara nombor 3 untuk dapat duit. Kalau ikut Robert T. Kiyosaki, ada 4 cara untuk jadi kaya:
1. Makan gaji
2. Kerja sendiri
3. Berniaga
4. Pelaburan
Jangan keliru no 2 dengan 3 tu. Kerja sendiri tu aku rasa lebih kepada part time, freelance.Kalau bukak bisnes sendiri pun aku rasa masuk dalam kategori ni tapi nombor 3 tu lebih kepada orang bekerja untuk ko. Ko bukak syarikat dan uruskan banyak anak syarikat. Nombor 4 adalah yang paling stabil dan menjamin steady flow of income. Cara paling senang nak kaya tapi lambat (dan paling rendah 'kasta') no 1 tu, kerja makan gaji. Itulah aku sekarang.
Pelan-pelan aku merangkak untuk pergi ke level 2.
Hahaha... Aku takde fikir untuk beli kereta atau rumah buat masa ni. Aku pun taknak sambung belajar sebab aku dah rasa industri tak value degree, diploma atau master dengan setimpal seperti apa yang diimpikan oleh para pelajar di universiti. Ini realiti. Kat tempat aku kerja ni pun sekarang orang value pengalaman daripada pelajaran.
Come on... Step on the reality for a second guys...
Aku dulu pun berangan gaji dalam 2k+ masa nak masuk industri dulu. Tapi haram.....
Ada kawan-kawan dapat, tapi tak ramai dan peluang untuk dapat environment kerja yg seronok dalam masa yang sama gaji yang setimpal. Biarlah dulu dengan gaji aku yg kecik ni. Kecik pun aku rasa cukup. Dapat bagi mak, simpan tabung haji, simpan ASB pun dah cukup... Macam nenek aku cakap.
No comments:
Post a Comment