2 Jun 2012

Publishing Club Dinner 2012




Dah lama tak update pasal PSA

Jumaat ni Kelab Publishing atau lebih dikenali sebagai Publishing Club yang dianuti oleh semua pelajar Komunikasi dan Pengajian Media jurusan penerbitan di UiTM Shah Alam akan mengadakan Majlis Makan Malam. Pakaian bertemakan Hollywood Glamour bertempat di The Summit Hotel, Subang pada pukul 7.45 malam.

Majlis gilang gemilang ni telah dianjurkan oleh pasukan yang mantop dibawah pimpinan Datuk Sri Najib Aeti Amira, para pelajar semester 3 penerbitan.

Sepatutnya kami kena buat family day. Tapi rasanya terlalu mainstream macam sebelum-sebelum ni dan demand yang tinggi dari maklum balas para pelajar yang lain maka Majlis Makan Malam dianjurkan. Kami mahukan perbezaan supaya batch kami akan diingati oleh seluruh junior dan senior yang pernah bergelar pelajar penerbitan.

Maka anda yang menggelarkan diri anda sebagai pelajar penerbitan wajib menghadirkan diri kemajlis ini. Kehadiran adalah WAJIB WAJIB WAJIB.....

Dan jangan lupa besoknya kita ada hari sukan. Sukan tak berat pun. Benda-benda bodoh yang best untuk dimain. Ada bran? Moh le kite battle esoknya.

-Transmission Ends-

Ps: Pasal personal ada sikit update kat notes disini. Tak perlu baca rasanya.

2 comments:

  1. Puas hati dengan entry ni. Hahaha. Let's do this thingggg! Goodluck untuk semua comity!

    ReplyDelete
  2. Thank You... aku tatau ko blogging gak...

    ReplyDelete