30 Apr 2012

BERSIH 3.0 versus ...



Assalamualaikum... Post ni panjang. Kalau taknak baca boleh tekan 'x' kat bucu kanan atas monitor ni.

Slumb3r dah muak dengar pasal BERSIH ni. Sebab BERSIH ni mainstream kat online media, maka rasa macam perlu tahu la juga.

Just a small recap of what happen last Saturday. Most of the info are from twitter, facebook and from my own personal analysis. So, this post are most of my views.

Peserta-peserta perhimpunan BERSIH 3.0 berkumpul di dua tempat iaitu Central Market, Masjid Negara dan beberapa kawasan lain dan bakal berarak ke Dataran Merdeka lepas Zohor.

Foto-foto pada awal perhimpunan nampak biasa dan seperti dirancang. Dengan gerombolan peserta berpakaian serba kuning sebagai simbolik semakin bertambah dari pagi turut menambahkan suasana ceria dan bersemangatnya setiap peserta perhimpunan.

"Solat 'Jumaat' di Masjid Negara pada hari Sabtu" itulah tajuk berita dari Harakah Online jelas menunjukkan betapa ramainya peserta BERSIH berkumpul di Majsid Negara pada ketika itu.

Apa yang Slumb3r dapat tahu, Tuan Guru Nik Aziz tak pergi sebab sakit2 katanya, namun beliau menyokong penuh perhimpunan ni dan Harakah Online mengatakan beliau 'sponser' sebilangan peserta BERSIH ni.

Antara pemimpim PR yang pergi adalah DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah. Turut menyertai mereka, Datuk S. Ambiga. Mereka menyokong penuh apa yang diperjuangkan oleh BERSIH.

Para pemimpin PR tiba di lautan penyokong BERSIH dan memberi ucapan dengan penuh bersemangat kepada para peserta. Kedengaran gemuruh dan riuh sorakan penyokong BERSIH berkumandang apabila DS Anwar memberikan ucapan.

Maka mereka pun berarak ke Dataran Merdeka beramai-ramai mengikut seperti apa yang dirancang.

Keadaan masih lagi terkawal sebelum pukul 3 petang. Kelihatan para penyokong extremist mula mengangkat penghadang yang diletakkan di atas jalan ke Dataran Merdeka. Mereka kata perhimpunan mereka itu tak patut dihalang kerana ada permit dan sebagainya.

Anggota Polis bertugas hanya berundur kebarisan kedua dan menunggu tindakan para penyokong bersih.

Terdapat pelbagai pendapat yang mengatakan tindakan polis begitu sebagai provokasi polis terhadap penyokong BERSIH seperti dikatakan oleh saudara Hilal Asyraf.

Slumb3r setuju dengan pendapat beliau mengenai BERSIH ni sebagai berjaya. Tindakan para penyokong yang bertukar huru-hara pada jam 3 petang tu sebagai titik hitam keseluruhan pehimpunan ini.

DS Anuwar Ibrahim meminta para peserta supaya bersurai pada jam 5.30 melalui twitternya seperti dikatakan oleh Harakah online. Mereka turut melaporkan misteri kehilangan para pemimpin PR selepas kekecohan berlaku di Dataran Merdeka kelmarin.

Kes pukul-penyokong-pukul-polis.

Banyak gambar dan video yang dispin untuk digunakan dalam hujah

"Polis pukul penyokong"

"Penyokong pukul polis"

Seperti dilihat dalam portal seorang blogger, Abu Aqif Studio, banyak kita boleh kupaskan.

Tidak mengapalah, anda lihat, baca dan nilaikan sendiri. Untuk makluman, PDRM menerima banyak aduan mengenai BERSIH 3.0 ni. Kita bagi sahaja pihak berwajib untuk penyiasat perkara ini lebih lanjut dan tak payahlah besar-besarkan lagi hal ni.

Kesimpulan

'Matlamat tidak menghalalkan cara'

Memang tujuan ikhlas BERSIH ini untuk menyuarakan tuntutan mereka untuk pilihanraya adil dalam sistem demokrasi di Malaysia. Tetapi penyelesaian masalah tidak akan berlaku dengan kita hanya menunjuk perasaan kita di jalanan.

Seperti orang yang tidak bertamadun.

Slumb3r ingin memetik kata-kata hikmat dari mantan presiden Indonesia yang pertama, Sukarno;

"Berikan aku 10 orang tua, akan aku gegar 1 gunung. Berikan aku 10 anak muda, akan aku gegar 1 dunia"

Kebanyakkan penyokong BERSIH 3.0 adalah anak muda dan rata-rata mereka bertindak secara spontan. Jangan provoke kami. Kami mungkin akan bertindak lebih ganas.

Dulu Slumb3r gelak bila perkara ni berlaku kat tempat orang, sekarang sedih bila kat negara sendiri berlaku. Kalau Tunku Abdul Rahman masih hidup, sudah tentu beliau menangis melihat keadaan rakyat sekarang.

Slumb3r masih dengan pendirian 'menyokong tuntutan BERSIH bukan perhimpunan BERSIH' seperti post BERSIH 2.0 lepas. Banyak lagi cara, kenapa PERHIMPUNAN dipilih?

20 Apr 2012

Band Islamik

Assalamualaikum... Layan la dulu lagu ni.

Lagu ni genre progressive rock. Agak heavy sedikit sebab dia guna gitar distort. Creative. Lagu ni dari band Al-Farabi.

Slumb3r tertarik dengan pembawakan maksud lagu ni sendiri. Diorang berjaya untuk menarik orang yang suka muzik macam Slumb3r ni untuk berfikir kearah Islamik.

Walaupun lirik dia kena tambah baik sebab pada Slumb3r, ulang - ulang - ulang memang kadang-kadang perlu, tapi cuba dengar banyak2 kali lagu ni boleh jadi boring gak.

Slumb3r suka beat dia, vocalist terbaik, suara clear dan bunyi 'base' vocal tu ada. Syiok woee...

Mesti tak ramai sedar kewujudan band ni dalam Malaysia. Slumb3r first sedar diorang keluar paper Kosmo! kalo tak silap. Susulan dari tu lecturer Slumb3r (Mr. Anuar) cakap pasal band ni dalam kelas. Agak tertarik dan terus buat small research pasal diorang.

Terdiri daripada 6 orang yang mananya diorang engineer yang terlibat dalam membangunkan simulasi kapal terbang berkongsi minat yang sama menubuhkan band ni.

Nazri (lead guitar/vocalist), Rina (basist), Samuel (keyboardist), Ameerul (drummer), Nasaie (vocalist). Yes. Ada seorang girl kat dalam band ni. Diorang punya basist. MEGA!

Slumb3r harap korang akan berjuang sehabis baik walaupun mendapat tentangan dari orang yang tak puas hati terhadap genre muzik korang bawa. Jangan risau. Allah ada bersama-sama orang yang benar.

Sumber:
www.alfarabiband.com

18 Apr 2012

Down at the moment

Assalamualaikum... Slumb3r mengambil keputusan untuk berundur dari mengambil kelas kemahiran silat buat kali kedua. Owhh... down... Lepas msg Abg Madi (jurulatih kelas kemahiran UiTM Shah Alam) dengan text beliau "Ekut ske ko la" terus moral down. ~Sumimasen~ Kepala ni masih teringat akan kelas di Melaka dulu. Pasal kelas kemahiran. Down. ~Kuso!~ Slumb3r nak Melaka juga! Rindu kelas UiTM Lendu. Rindu kelas latihan sana. Rindu nak aktif sana. dT_Tb Takpalah. Semua ni dugaan. Cepat habis degree, cepat kerja, cepat dapat duit. Hopefully dapat aktif balik. Slumb3r nak nasihat dr Abg Asri, Abg Budin, Abg Aizuddin. Ja. Anata mo wakarimasen. Sayonara desu....

16 Apr 2012

Academic book designing

Okay. Sepatutnya post ni sebelum poster buku 1 Malaysia tu. Slumb3r kena design 2 page layout buku akademik. Macam yang pertama ni ada format sendiri. Design dia kena 3 column. Justified dan tajuk 2 line. Kena guna knowledge pasal typography and book design untuk buat benda ni. Content dia tah ape-ape, tak kesah sangat sebab lecturer cuma nak tgk layout design. Yang kedua ni simple sikit dari yang first. 2 cloumn dengan tajuk single line. Satu page ni tak justified. Kedua-duanya ni adalah hasil kerja yang paling tinggi buat masa ni dari design-design sebelum ni. *kembang tekak!* Ada lagi 2 design nak tunjuk, tapi nanti2 la upload sebab bz sikit malam ni. Mata pun dah ngantuk. Besok kelas 8.30 pagi.

14 Apr 2012

Mansuh PTPTN


Sedang sibuk melayari internet beberapa puluh minit yang lepas, Slumb3r terjumpa video ni. Ada seorang sahabat share dekat facebook. Tertarik juga nak cerita pasal ni sebab secara langsung melibatkan Slumb3r kini bergelar mahasiswa.




Susah nak percaya, tapi ini adalah hakikatnya. Mereka menuntut pemansuhan PTPTN.

Seperti yang kita sedia maklum, PTPTN adalah satu badan yang bagi duit pinjaman kepada mahasiswa-mahasiswa untuk belajar di universiti dan mengenakan 1% amaun sebagai sur caj, riba atau bahasa yang mereka perkenalkan sebagai 'ujrah'.

PTPTN tak salah sebenarnya. Masalahnya kat sini hanya kepada kadar bunga 1% tu. Isu ni telah dipolitikkan untuk menarik pengundi dari golongan mahasiswa.

Sayang sekali melihat begitu ramai mahasiswa tidak berkelakuan seperti status mereka.

Lihat sahaja mereka mengusung sepanduk, poster dan sebagainya seterusnya menjadi 'anjing' kepada organisasi yang mempunyai kepentingan peribadi tertentu.

Mereka bukan sahaja menuntut pemansuhan PTPTN, bahkan menuntut pendidikan tinggi percuma kepada semua rakyat Malaysia.

Tidak mustahil sebenarnya nak buat pendidikan percuma. Tidak salah untuk mengatakan pendidikan bukan perniagaan. tidak salah sama sekali.

Kuasa Mahasiswa

Kuasa mahasiswa bukan terletak pada laungan 'mansuh PTPTN' atau 'jahanam 1 Najib 1 Rosmah' atau pun 'UMNO celaka'. Kuasa anda semua lagi besar dari itu.

Tak perlu bazir tenaga tunjuk perasaan. Tak perlu bazir masa buat demo macam tadi. Tak payah buat semua tu.

Kuasa anda terletak pada akal.

Kongsi ideologi anda dengan kawan2 seperjuangan anda melalui jalan yang berhemah dan melambangkan status anda.

Apa yang anda dapat jikalau berdemo sahaja?

Apa yang anda dapat kalau cakap sahaja tapi belum tentu ada tindakan?

Penyelesaian dan kesimpulan

Yakin bahawa Allah akan ada pada pihak yang benar. Yakin bahawa Malaysia akan menjadi sebuah negara yang lebih baik dari sekarang. Undilah dalam pilihan raya yang akan datang. Daftar mengundi dulu baru cerita lebih.

Cerita pom tapi tak daftar mengundi lagi baik tak payah la. 1 undi mampu mengubah sebuah negara. Ingatlah, kita ada tanggungjawab lebih besar dari fikir pasal benda-benda ni. Belajar dulu. Undi la ikut pilihan masing-masing. Itu konfem akan mengubah segala-galanya dalam Malaysia.
Korang nak hentam, hentamlah. Tapi fikir la. Apa-apa pun PRU-13 ni korang tunjukkan la siapa berkuasa.
Mentaliti tu....

Poster buku

Assalamualaikum... Tulis nak cepat. Sebab kejap lagi ada test bahasa Jepun. Senang je kot. Nak share design poster buku. Ada lagi 2 design nak share, tapi tak ingt kat pendrive sape.. takpe la, nanti la upload. Upload ni je dulu. Poster ni pasal buku gagasan 1 Malaysia. Banyak2 buku, buku ni gak Sir Zul nak. Ape2 pun, Bole la...

3 Apr 2012

3 Design 4 Days

Cliche...

Sebenarnya banyak benda nak cerita, tapi korang suka ke tengok words?

Daripada banyak kajian yang dibuat oleh para pengkaji, menunjukkan yang sebenarnya orang lebih suka tengok gambar dari baca. Maka dengan itu, Slumb3r mempersembahkan 3 design 2 minggu lepas.

Magazine Layout Content
Ini magazine content. Nak tiru ala-ala gempak sebenarnya. Leisure content. Kena kritik sebab guna justify kat text dan sepatutnye nk kena ada tajuk besar yang 'eye catchy'. Frame pun kena tegur sebab menampakkan padatnye content dlm ni. gambar pun sepatutnye tak payah frame. Rigid. Nampak kemas tapi rigid. Kena hati2 nak guna frame.

Lepas kritik, ni la hasilnya.

Magazine Layout Content
Tulisan dah highlight. Still guna justify sebab nampak tak kemas kalau tak justify. News paling mega guna tulisan besar. Just a minor adjustments.

Newspaper Tabloid Layout Design
Takda idea sebenarnya nak buat macam mana. Antara sebabnya ialah tabloid adalah berformat dan agak rigid. Senang kata, limited la. Tapi takda la susah mana.

Takda adjustment. Komen pun kurang. Tapi masih kena tegur sebab frame tu. Takda freedom. tu je la.

Ni la contoh yang bagus sebab frame takda. Freedom. Tulisan guna pun dah eye catchy. Cool what!

Ada lagi 2 design nak tunjuk. Tapi sekarang nak g joging... babai...