Assalamualaikum...
Buat first time Slumb3r nk story pasal raya Slumb3r.. Seronok raya ni... Cuma slumb3r kali ni raya 2 tempat... kat Johor ngan kat Perak... Johor rumah bapak slumb3r, uma mak pulak kat Perak... Parents Slumb3r dah devorce... UiTM bagi cuti 2 minggu... Tapi bukan kat Shah Alam kot...student UiTM Shah Alam masih ade kelas sehingga la 9 hb kabornye... mane la teman tahu semua itu... apa yang teman tahu, teman dah cuti hari khamis 2 hb lagi... sebab kelas for that day dah batal... hakikatnye, kami sendiri yang kanselkan kelas tu... Pensyarah bagi kansel sbb yang datang mungkin bawah sepuluh orang... hahaha... Tapi tak boleh lawan budak kelas A... Diorang lagend...
2.9.2010 sampai 12.9.2010 Slumb3r stay kat rumah abah kat Johor, sangat boring... tak tipu... sebab semua abang ngan kakak Slumb3r pergi beraya rumah mertua diorang... 12.9 tu slumb3r balik naik bas sampai KL...
Sangat tragis, Slumb3r ditinggal bas... Slumb3r dah tunggu kat bawah signboard kat platform 8... Tapi bas tu jalan je... Dah tahan... Tapi driver tu halau... gampunk!... Lepas tu Slumb3r pergi je la kat kaunter... Beli tiket lain... Malas nak marah2... Bukan dapat balik kalau marah pun... Slumb3r naik la second bas...
Raya ke 4 sebenarnya Slumb3r dah gerak... Tapi gambar untuk hari tu kat kamera D3000 Slumb3r... Kamera tu kat awek Slumb3r... Lupa nk hambek...
Credit to Alan. This is his camera.*clap clap clap* |
Story raya ke 5 ni bermula pada pukul 2. Hasrat hati memang nk gerak pukul 2, tapi tergerak pukul 3. Rumah mula2 Rumah Leha. pukul 3 lebih dekat pukul 4 baru group last sampai iaitu Basyd, Azhar ngan Faizul aka Cikgu Faizul. Katanya Basyd lambat, "
Sampai rumah Enot, Faizul ngan Azhar tak singgah. diorang lepak dekat mana tah dengan alasan dah beraya dulu. Tak lama kami sampai, Khaidir dengan Alan sampai. Yang aku geram, Alan tak keluarkan kamera dia masa kat rumah Enot tadi. 9 tambah 2 jadi la 11 orang. Kami terus pergi ke rumah Khaidir. sampai rumah Khaidir, ni je yang sempat ambik sebab baru pegang kamera tu. Main tekan2 jer la.
All the girlz are here.. |
All the boyz acept me and khaidir is here. |
Tengok gigi Basyd yang bersinar tu, kalau tak edit, Basyd nampak gigi je |
Lepas rumah Basyd, kami gerak ke rumah Slumb3r.
Mak Slumb3r terkejut sebab diorang sekejap je datang.Sebab kami banyak tempat lagi nak pergi. takpe la.
Hahaha. ade personal experience yang slumb3r nk kongsi. Raya-raya ni ramai la yang datang rumah Slumb3r termasuklah awek Slumb3r. Yang tak tahan, for the first timenye awek Slumb3r dapat di tangkap dalam kamera sedang salam dengan mak mertua dia sebelum balik. Konpem la gambar tu Slumb3r simpan sampai mati. hahaha. no hard feelings, sj seronok-seronok.
This is my mom. |
Selesailah sudah rumah Slumb3r, diorang gerak ke Tebuk Haji Tahir. Ape lagi, rumah Azhar la. Nak tergelak rasanye bila baju Syudz sama tema kaler dengan rumah Azhar. Ade beberapa gambar untuk menunjukkan bukti. hahaha! lepas ni kalau nak nyorok, berdiri jer kat dinding. Macam sesumpah tu ha. hahaha!. Slumb3r suka pergi beraya rumah Azhar sebab rumah dia banyak gula-gula. Rumah Awek Slumb3r suka pergi sebab selain ada awek slumb3r, ada byk jajan. fuh! terbaek!
Dengan kerusi pon boleh sama! |
Kebetulan sama... hahaha! |
Bapak buruk! |
Comel kan pic Slumb3r ngan awek slumb3r. Tapi pic ni blurr la. dekat sgt kot. tidak mengapa lah. Janji ada.
Slumber tak tahan nk gelak. Sebenarnya Faizul, yang baju hijau ni tak keruan. Sebab Rayben [spec mata] dia dah hilang. Dia letak dekat dalam raga motor dia. dia sedar hilang masa dekat rumah Khaidir. Bila datang rumah Azhar, dia senyap. Tak bising-bising.
Slumb3r tanya la kenapa. dia jawab spec mata dia hilang. Slumb3r tanya Azhar masa nak balik dari rumah Azhar tadi pasal spec si Faizul ni. Dia bagitahu Slumb3r yang Basyd dah ambil spex tu. Tapi si Faizul tak tahu. Last-last, malam tu dia dapat balik. Dah kena sebijik bang bang bom raya hahaha!
Kesian kat bakal cikgu neh. kesian kena buli.
At last, kami pergi rumah awek Slumb3r, Iqa. Slumb3r dah raye unk kali ke-2nya sebab semalam dah pergi. Hari ni pergi lagi. Malas nak cerita byk pasal rumah Awek Slumb3r sebab dah pergi hari tu. haha. ape yang nk bagi tahu, kakak awek slumb3r ni mulut agak lazer. Masa nak balik tu slumb3r cakap la kat nenek awek Slumb3r "balik dulu makcik, selamat hari raya", dia boleh kate, "bukan makcik, nenek la". hampeh betol. Kalau dah konfem slumb3r jadi husben awek Slumb3r, takdak la segan mane nak panggil macam tu.
Bajek hensem la tu. Azhar neh! |
Ada satu gambar yang agak menimbulkan spekulasi. aku nk clearkan spekulasi ni. korang jangan pikir hape2 yea...
Adios~~ slumb3r ciao
*p/s: lepas ni, jgn tau buat program mengejut!
* Kalau korang dah raya rumah tu, tak salah nak raya buat kali ke-2
*Kalau buat kepala sendiri, tak payah ikut konvoi raya
*Nak gambar?... mintak le, aku bgi pakai e-mail
*Nak gambar?... mintak le, aku bgi pakai e-mail
No comments:
Post a Comment