30 Apr 2012

BERSIH 3.0 versus ...



Assalamualaikum... Post ni panjang. Kalau taknak baca boleh tekan 'x' kat bucu kanan atas monitor ni.

Slumb3r dah muak dengar pasal BERSIH ni. Sebab BERSIH ni mainstream kat online media, maka rasa macam perlu tahu la juga.

Just a small recap of what happen last Saturday. Most of the info are from twitter, facebook and from my own personal analysis. So, this post are most of my views.

Peserta-peserta perhimpunan BERSIH 3.0 berkumpul di dua tempat iaitu Central Market, Masjid Negara dan beberapa kawasan lain dan bakal berarak ke Dataran Merdeka lepas Zohor.

Foto-foto pada awal perhimpunan nampak biasa dan seperti dirancang. Dengan gerombolan peserta berpakaian serba kuning sebagai simbolik semakin bertambah dari pagi turut menambahkan suasana ceria dan bersemangatnya setiap peserta perhimpunan.

"Solat 'Jumaat' di Masjid Negara pada hari Sabtu" itulah tajuk berita dari Harakah Online jelas menunjukkan betapa ramainya peserta BERSIH berkumpul di Majsid Negara pada ketika itu.

Apa yang Slumb3r dapat tahu, Tuan Guru Nik Aziz tak pergi sebab sakit2 katanya, namun beliau menyokong penuh perhimpunan ni dan Harakah Online mengatakan beliau 'sponser' sebilangan peserta BERSIH ni.

Antara pemimpim PR yang pergi adalah DS Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan Nurul Izzah. Turut menyertai mereka, Datuk S. Ambiga. Mereka menyokong penuh apa yang diperjuangkan oleh BERSIH.

Para pemimpin PR tiba di lautan penyokong BERSIH dan memberi ucapan dengan penuh bersemangat kepada para peserta. Kedengaran gemuruh dan riuh sorakan penyokong BERSIH berkumandang apabila DS Anwar memberikan ucapan.

Maka mereka pun berarak ke Dataran Merdeka beramai-ramai mengikut seperti apa yang dirancang.

Keadaan masih lagi terkawal sebelum pukul 3 petang. Kelihatan para penyokong extremist mula mengangkat penghadang yang diletakkan di atas jalan ke Dataran Merdeka. Mereka kata perhimpunan mereka itu tak patut dihalang kerana ada permit dan sebagainya.

Anggota Polis bertugas hanya berundur kebarisan kedua dan menunggu tindakan para penyokong bersih.

Terdapat pelbagai pendapat yang mengatakan tindakan polis begitu sebagai provokasi polis terhadap penyokong BERSIH seperti dikatakan oleh saudara Hilal Asyraf.

Slumb3r setuju dengan pendapat beliau mengenai BERSIH ni sebagai berjaya. Tindakan para penyokong yang bertukar huru-hara pada jam 3 petang tu sebagai titik hitam keseluruhan pehimpunan ini.

DS Anuwar Ibrahim meminta para peserta supaya bersurai pada jam 5.30 melalui twitternya seperti dikatakan oleh Harakah online. Mereka turut melaporkan misteri kehilangan para pemimpin PR selepas kekecohan berlaku di Dataran Merdeka kelmarin.

Kes pukul-penyokong-pukul-polis.

Banyak gambar dan video yang dispin untuk digunakan dalam hujah

"Polis pukul penyokong"

"Penyokong pukul polis"

Seperti dilihat dalam portal seorang blogger, Abu Aqif Studio, banyak kita boleh kupaskan.

Tidak mengapalah, anda lihat, baca dan nilaikan sendiri. Untuk makluman, PDRM menerima banyak aduan mengenai BERSIH 3.0 ni. Kita bagi sahaja pihak berwajib untuk penyiasat perkara ini lebih lanjut dan tak payahlah besar-besarkan lagi hal ni.

Kesimpulan

'Matlamat tidak menghalalkan cara'

Memang tujuan ikhlas BERSIH ini untuk menyuarakan tuntutan mereka untuk pilihanraya adil dalam sistem demokrasi di Malaysia. Tetapi penyelesaian masalah tidak akan berlaku dengan kita hanya menunjuk perasaan kita di jalanan.

Seperti orang yang tidak bertamadun.

Slumb3r ingin memetik kata-kata hikmat dari mantan presiden Indonesia yang pertama, Sukarno;

"Berikan aku 10 orang tua, akan aku gegar 1 gunung. Berikan aku 10 anak muda, akan aku gegar 1 dunia"

Kebanyakkan penyokong BERSIH 3.0 adalah anak muda dan rata-rata mereka bertindak secara spontan. Jangan provoke kami. Kami mungkin akan bertindak lebih ganas.

Dulu Slumb3r gelak bila perkara ni berlaku kat tempat orang, sekarang sedih bila kat negara sendiri berlaku. Kalau Tunku Abdul Rahman masih hidup, sudah tentu beliau menangis melihat keadaan rakyat sekarang.

Slumb3r masih dengan pendirian 'menyokong tuntutan BERSIH bukan perhimpunan BERSIH' seperti post BERSIH 2.0 lepas. Banyak lagi cara, kenapa PERHIMPUNAN dipilih?

20 Apr 2012

Band Islamik

Assalamualaikum... Layan la dulu lagu ni.

Lagu ni genre progressive rock. Agak heavy sedikit sebab dia guna gitar distort. Creative. Lagu ni dari band Al-Farabi.

Slumb3r tertarik dengan pembawakan maksud lagu ni sendiri. Diorang berjaya untuk menarik orang yang suka muzik macam Slumb3r ni untuk berfikir kearah Islamik.

Walaupun lirik dia kena tambah baik sebab pada Slumb3r, ulang - ulang - ulang memang kadang-kadang perlu, tapi cuba dengar banyak2 kali lagu ni boleh jadi boring gak.

Slumb3r suka beat dia, vocalist terbaik, suara clear dan bunyi 'base' vocal tu ada. Syiok woee...

Mesti tak ramai sedar kewujudan band ni dalam Malaysia. Slumb3r first sedar diorang keluar paper Kosmo! kalo tak silap. Susulan dari tu lecturer Slumb3r (Mr. Anuar) cakap pasal band ni dalam kelas. Agak tertarik dan terus buat small research pasal diorang.

Terdiri daripada 6 orang yang mananya diorang engineer yang terlibat dalam membangunkan simulasi kapal terbang berkongsi minat yang sama menubuhkan band ni.

Nazri (lead guitar/vocalist), Rina (basist), Samuel (keyboardist), Ameerul (drummer), Nasaie (vocalist). Yes. Ada seorang girl kat dalam band ni. Diorang punya basist. MEGA!

Slumb3r harap korang akan berjuang sehabis baik walaupun mendapat tentangan dari orang yang tak puas hati terhadap genre muzik korang bawa. Jangan risau. Allah ada bersama-sama orang yang benar.

Sumber:
www.alfarabiband.com

18 Apr 2012

Down at the moment

Assalamualaikum... Slumb3r mengambil keputusan untuk berundur dari mengambil kelas kemahiran silat buat kali kedua. Owhh... down... Lepas msg Abg Madi (jurulatih kelas kemahiran UiTM Shah Alam) dengan text beliau "Ekut ske ko la" terus moral down. ~Sumimasen~ Kepala ni masih teringat akan kelas di Melaka dulu. Pasal kelas kemahiran. Down. ~Kuso!~ Slumb3r nak Melaka juga! Rindu kelas UiTM Lendu. Rindu kelas latihan sana. Rindu nak aktif sana. dT_Tb Takpalah. Semua ni dugaan. Cepat habis degree, cepat kerja, cepat dapat duit. Hopefully dapat aktif balik. Slumb3r nak nasihat dr Abg Asri, Abg Budin, Abg Aizuddin. Ja. Anata mo wakarimasen. Sayonara desu....