21 Feb 2015

Bila terdesak, semua jadi kreatif

Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. 

Tiba-tiba kau lalu jalan yang kau pilih tadi, ada dua persimpangan. Belah kiri nampak ramai orang lalu, tapi blah kanan ni kurang sikit. Ada segelintir je yang lalu. kau pilih yang mana?

Hidup aku sekarang ni memang dah banyak liku-liku aku lalu. Memang tengah desperate nak cari duit. Aku hold dulu kehendak. Ada plan besar tahun ni.

Enough said. Cakap tak guna, kena buat kan? Wait and see lah....

10 Feb 2015

Keep minding my own business for now


Kalau siapa friend atau follow aku kat FB, mungkin kenal kut pakcik ni.

Kata-kata bernas dari beliau yang membuatkan aku terfikir kenapa aku masih macam ni. Oh, Btw, ni adalah susulan status FB Abam Faizul haritu. Aku kaitkan cerita aku ye, bukan status atas ni.

Beberapa hari lepas Abg Faizul ade cerita yang dalam usia 20-an beliau dahulu ada juga curi tulang hujung minggu untuk bercuti. Dia rasa sebal sangat sebab Bill Gates pernah cakap yang;


So, aku sebenarnya tak kesah sangat kalau hujung minggu aku tak normal seperti kawan2 yang lain. Yelah, macam rilek kat rumah, tido, bergi berjalan, tgk wayang, makan2 ngan kawan2.

Ade lagi satu aku nak clarify sebab ada yang pernah bertanya dengan aku pasal sifu-sifu aku dan siapa mereka. Aku nak terangkan beberapa perkara yang berbangkit.

Aku mengagumi seseorang dan menggelarkan mereka sifu aku bukan sebab diorang tu superb dan perfect, tapi lebih kepada aku value diorang sebab diorang lebih bagus dari aku. Takda siapa lagi boleh kata kita ni bagus atau tidak melainkan diri sendiri. Senang cerita, benchmark bagus atau tak tu ditetapkan oleh diri sendiri.

You all have your own way to define success, so do me.

If having a big car, or going to a great vacation are one of your success, then let it be. Korang kan yang letak target tu, jadi cubalah capai. Tak salah kalau mampu la kan?

4 Feb 2015

Produk penting?

Lama aku tak cerita pasal perniagaan. Maaflah, aku memang ngah bizi setup bisnes. Management kucar kacir dan aku perlukan sistem untuk uruskan perniagaan ni. Terima kasih kat Miss A sebab memahami situasi aku.

Okay, berbalik pada topik.

Aku tertarik satu post dari Makcik Ainon. Salah seorang sifu perniagaan aku. Dalam salah satu post FB dia ada cerita kepentingan produk dalam sesebuah syarikat. Nasihat beliau sesuai pada orang yang baru nak up untuk berbisnes.


Satu benda lagi. Pakcik Robert Kiyosaki kabor produk adalah benda terakhir kau perlu ambil perhatian salam menubuhkan sesebuah perniagaan.

Geng-geng gila2 aku dah setup bisnes jual perfume. Good luck to Fath, Anis, Rafiq and Syahriz on your setup-ing the company. Good luck. Jangan putus sahabat kalau tetibe salah seorang dari kome tak dapat bagi komitmen yang terbaik. Dan lagi satu, modal korang letak tu anggapkan sebagai yuran belajar berniaga. Jangan harap sangat dapat balik 100% dalam masa terdekat.

The first rules of the rich.

"The rich does not work for money" Robert T Kiyosaki.

Belajar dan jangan pernah putus asa. Kalau ada apa-apa masalah nanti korang nak idea, meh kita duduk tempat selain Starbucks atau Seoul Garden untuk discuss. hahaha... Selagi boleh korang cut cost untuk meeting, cut cost la.

Anyway, good luck.