17 Aug 2014

Hidup tak indah seperti yang disangka

Fail...

Aku tak tahulah macam mana. Tapi aku rasa sangat down. Pasal duit. Aku rasa aku patut hold dulu Shenget Store ni.

Banyak alasan kenapa aku patut hold dulu Shenget Store ni dan jangan buat pinjaman untuk kembangkan bisnes kompeni kecik aku ni. Sebab yang pertama adalah aku memang tak boleh run benda ni sorang-sorang.

Memang Miss A partner aku. Tapi aku rasa dalam banyak kes, aku yang berhempas pulas fikir itu ini. Nak pos barang pun kena ada aku. Apa yang dia boleh buat pun aku cuma rasa halo2 supplier, setup akaun, dan buat kerja-kerja pentadbiran yang lain. Benda hands on semua aku kena buat. Design, ambik, hantar barang (Tak semua, yg kecik2 Miss A buat), deal dengan printer, deal dengan customer, marketing dan cara nak cari funding... Tu yang aku paling pening... Cara nak cari funding...

Aku fulltime kerja dari pukul 9 sampai pukul 6. Tapi masa aku dari pukul 8.30 pagi sampai 7 malam tu aku peruntuk untuk kerja fulltime. Masa nak pergi kerja dengan balik kerja tu aku maksudkan. Satu hari hampir 12 jam aku peruntuk masa aku untuk kerja fulltime. Semua tu demi mencari duit untuk disalurkan ke Shenget Store.

I need some sleep.

Sepatutnya aku pergi PWTC dengan Hidan, tapi dia bizi tetibe so aku rase aku malaslah nak pergi sebab aku sensorang je pergi... Zaman aku sekarang susah nak cari 'partner-in-crime' yang ade vibe yang sama dengan ko. Banyak sangat alasan. Semua alasan tu tak boleh elak. So nak atau pun tak, aku rasa aku yang kena buat ikut rentak aku sendiri. Cari partner JV pun susah...

11 Aug 2014

Shenget Store dan life aku

Aku dah setup syarikat 'haram' Shenget Store.

Ianya haram sebab belum daftar SSM lagi. Next week bila aku dah masuk rumah sewa baru aku akan daftar.

Fuck up sikit ni. Masuk kali ni dah 2 kali silap order pelanggan semenjak dari aku buka Shenget Store dalam 5 bulan lepas. Dalam banyak-banyak tempahan, hanya dua bermasalah. Lain semua clear. Aku tak tahu la. Human error. Aku belajar banyak dari 2 kesalahan ni. Paling best bila aku tahu sebenarnya banyak kebaikan kalau register syarikat ni. Aku kena daftar secepat yang boleh.

For the time being, aku rasa aku kena hadapi kerugian beratus ni dahulu. Siyes down gila aku sekarang. Aku rasa ni okay lagi dari silap masa buat job fotografi dulu. Memang down gila.

Aku kena kena setup plan kecemasan sekiranya berlaku kesilapan pada masa hadapan. Fuck up wei. Fuck up wei...