Walawei, tak sangka tajuk dia macam tu. Memang sebenarnya aku nak cerita yang aku dah kerja dua bulan.
Aku dah dapat kerja awal bulan 3 tahun ni. Kerja di Magiqads di PJ sebagai Jr. Creative Executive je. Dengan kata lain aku adalah seorang designer cabok kat situ. Kerja best. Aku tak tahu lah sebab benchmark aku punya kerja cuma ada 2. Masa tahun 2007 kat KFC Ampang Park dengan 2011 kat LHDN Ipoh. Buat masa ni aku puas hatilah dengan ape yang aku dapat sebab aku target 3 benda sebenarnya masa aku cari kerja dulu.
1. Kerja seorang designer.
Mula-mula memang niat aku nak jadi designer desktop publishing. Aku develop aku punya portfolio baek punya untuk tunjuk kat boss aku merangkap HOD creative department aku masa mula-mula interview. Nasib aku baik dan aku diterima masuk.
Spesifikasi tugas aku mudah asalnya sebab aku hanya diminta untuk melalukan superimpose iklan pada media yang disediakan contohnya wall wrap, wall banner, shelf banner, top stock, home shelf, floor stopper, table top, glass panel, air lock, travellator, bulkhead dan berbagai media lagi. Kemudian bantu buat final artwork untuk dihantar pergi cetak sambil semak dan betulkan saizing design yang akan dicetak.
Aku tak buat design menyeluruh sebab kami pun dapat design dari advertising agency atau client kami. Macam yang aku baru buat semalam, adaptation design untuk jadi trolley bay arch. Kalau korang tengok kat tesco Mutiara Damansara, Puchong, Shah Alam, Klang dgn Seberang Prai Pulau Pinang kat trolley bay tu ada gerbang Kleenex. Itu aku tak tahu installation bila. Aku submit FA Jumaat ni kat printer.
I love my job~!
2. Sabtu dan Ahad tidak diganggu.
Ini juga aku perhati je. Sebab sabtu dengan Ahad biasanya aku ade banyak program lain. Misalnya part time niaga aku ke, Aku nak balik kampung ke, lepak dgn kawan2 ke. Macam-macam la. Cukup la dalam seminggu aku kerja 5 hari, 2 hari ni fully untuk habiskan masa bersama kawan-kawan dan keluarga.
3. Gaji berbaloi dengan workload.
Bab ni subjektif kalau aku nak cerita. Sebabnya aku punya prinsip senang je sebenarnya. Kalau orang gaji besar, tanggungjawab juga besar. Bagi aku yang baru menapak dalam industri ni aku rasa ini adalah masa yang sesuai untuk aku enjoy life dulu sebelum aku dihimpit dengan pelbagai tanggungjawab yang lain. Kadang2 orang kerja gaji besar kena kacau hari Sabtu dengan Ahad, selalu outstation, balik kerumah dari opis lambat atau jalan dari rumah ke opis hari2 jem.
Aku nak work yang leisure dalam masa yang sama aku belajar benda baru hari-hari. Kawan2 ramah dan sempoi, opis yang ada waktunya riuh, working environment yang selesa. Macam tu la ape yang aku nak. Alhamdulillah, itu yang aku dapat.
Kesimpulan.
Alhamdulillah aku suka kerja aku sekarang. Walaupun gaji masih dalam istilah 'underpaid' kalau nak diimbangkan dengan beban kerja, ia adalah sangat berbaloi. Kerja sempoi. Masuk kul 9, balik kul 6. Boleh pakai tshirt round neck, tak terlalu formal, ade sarapan free kat opis, parking moto free dan selamat, cuti senang approve, HOD yang sempoi, eh seng cerita, aku puas hati la semua.
Cuma yang tak best bab gaji dengan bonus la. Bak kata Executive Director aku, "You are almost there,"
No comments:
Post a Comment