Aku nak kerja designer... Sama ada majalah, buku, iklan atau ape2 sahaja pun janji designer.
Aku dah apply dah kerja designer tu. Portfolio pun dah buat siap. Apa yang aku perlukan adalah masa. Masa untuk aku menunggu sama ada panggilan temuduga atau panggilan terima kerja. Jadi designer memang haluan yang aku pilih.
Aku akui yang sebenarnya aku ni tidaklah begitu kreatif seperti mana budak dibawah fakulti seni. Aku letak diri aku sebagai design untuk komunikasi. Beza antara design untuk cantik dengan design unuk komunikasi. Tengok pun dah tahu. Aku tak berapa gemar design untuk cantik bagai ni. Tu sebab aku amek Masscomm sebagai bidang aku.
Alhamdulillah, hasil usaha dan komitmen aku masa belajar maka aku tidak perlu bayar PTPTN. Itu adalah pencapaian terbesar aku buat masa sekarang. Hanyaa Allah je tahu betapa susahnya mak aku nak cari duit bagi aku belajar.
Aku nilaikan diri aku sebagai seorang yang berjaya. Sebab aku belajar tidak se-stress mana. Yelah, masa minggu2 exam dulu, aku takdalah belajar teruk2.
Aku perati je kawan2 aku ni. Push diorang punya luck sampai limit. End up result tak setimpal dengan usaha. Tertekan. Masa, tenaga harta semua dah dilaburkan untuk tu, tapi hasilnya tidak memuaskan.
Aku? Belajar kena rilek. Esok paper, kawan2 sibuk study. Aku main game. Ye. Main game. Aku bukan gifted. English aku pn tak berapa fluent sangat. Grammar tunggang langgang juga. Waktu belajar takda tambah, takda kurang. Sama je 1 sem tu dengan kawan2 yang lain.
Kalau kawan2 yang study terok tu, tanya balik diri korang. Yakin ke belajar terok2 tu dapat 4 flat? Kalau yakin, continue la. Kalau tak, chillax la. Chill pun chill gak, kelas jangan tak pergi. Kalau setakat hujan tak dapat nak g kelas, itu bodoh namanya. Takut basah, takut itu, takut ini... Result gempak tu pun takut nak datang. Tu dapat result biasa2 je.
Tak payah study teruk. Tak payah perform sangat. Buat rilek je. Sebab kalau buat rilek je, kita dapat jaga performance kita. Kita nilai sendiri performance kita okay atau tidak.
Kepada kawan2 yang esok nak paper, malam baru nak study, yang kawan2 ajak keluar, taknak dengan alasan nak belajar, yang taknak g kelas sebab hujan je, yang bagi banyak alasan bila suruh buat discussion, yang kipas pensyarah, yang jilat pensyarah, yang guna kabel semua. Ucapan aku pada korang senang je. Moga2 dapat 4 flat.
And fuck off...