29 Mar 2012

Isu Barangan Kawalan: Apa Perlu Kita Tahu?

Tak sempat-sempat nak update blog sebab sibuk. Minggu lepas Slumb3r diberi tugas untuk buat artikel kepenggunaan. Slumb3r telah memilih tajuk seperti di atas. Kalau ikutkan, tanak share. Tapi bila fikir-fikir balik, dah takda idea nak update ape, maka ni je la sempat share. *******************************************************

Isu barangan kawalan: Apa yang perlu kita tahu?

Malaysia sememangnya dalam proses dalam membentuk negara maju. Namun, adakah kita sedar bahawa pemikiran kita masih lagi tertutup jika dibandingkan dengan negara-negara maju, Eropah dan Asia yang lain? Tambahan apabila membangkitkan isu dan hak-hak berkaitan dengan kepenggunaan. Terdapat hak, etika dan akta dalam undang-undang Malaysia yang melindungi pengguna yang masih tidak diketahui oleh masyarakat terutamanya remaja dan golongan pasca-graduan yang baru bekerja. Artikel ini akan membincangkan salah satu akta dalam undang-undang Malaysia iaitu Akta Kawalan Bekalan 1961.

Sebelum berkata lebih mendalam mengenai Akta Kawalan Bekalan 1961, tahukah bahawa kita tergolong dalam golongan pengguna? Pengguna di dalam kamus dewan bermaksud orang yang menggunakan sesuatu; pengambil faedah daripada sesuatu benda. Ini bermakna sesiapa yang membeli dan mengguna sesuatu produk barangan atau perkhidmatan adalah pengguna.

Akta Kawalan Bekalan 1961 atau nama ringkasnya Akta 1961 adalah antara 6 akta termaktub dalam undang-undang Malaysia yang melindungi hak-hak pengguna di Malaysia. Akta ini berfungsi untuk mengawal bekalan barang-barang yang telah diisytiharkan sebagai barang kawalan. Contoh barang-barang kawalan adalah barang keperluan seperti gula dan minyak masak. Ini bertujuan untuk memastikan barangan kawalan tersebut boleh diperoleh di pasaran oleh semua lapisan masyarakat.

Selain itu, wujudnya akta ini adalah untuk membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang ke atas peniaga-peniaga yang melakukan aktiviti seperti menyorok barang atau enggan menjual barangan kawalan kepada pengguna. Aktiviti haram ini bertujuan untuk mengaut keuntungan berlipat kali ganda supaya harga pasaran melambung naik atas sebab permintaan yang banyak.

Akta 1961 berperanan besar dalam menjaga hak-hak pengguna untuk mendapatkan keperluan asas. Ini kerana barang-barang yang diklasifikasikan sebagai barangan kawalan tersebut adalah barangan keperluan harian. Contohnya seperti ayam, gula, minyak masak dan tepung gandum adalah barangan makanan yang digunakan dalam kehidupan seharian.

Barangan-barangan kawalan tersebut turut mempunyai harga yang wajib dipatuhi oleh semua peniaga dan telah ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Harga tersebut dikenali sebagai harga syiling. Para penjual tidak boleh sama sekali menjual barangan kawalan tersebut melebihi dari harga syiling yang ditetapkan. Sekiranya arahan ini diingkari, peniaga tersebut boleh dikenakan tindakan undang-undang seperti denda atau penjara.

Isu krisis minyak masak pada awal tahun ini merupakan contoh terbaik untuk mengaplikasikan Akta 1961. Kekecohan timbul berikutan laporan daripada media massa tempatan mengenai kekurangan bekalan minyak masak dalam pasaran tempatan seterusnya mendapat perhatian oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Ada laporan mengatakan wujudnya segelintir pihak yang bertindak menyorokkan minyak masak dan menunggu pengumunan oleh kerajaan untuk kenaikan harga minyak masak demi mengaut keuntungan secara berlebihan.

Perkara ini diberi perhatian serius oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob dan semua simpanan minyak masak dikeluarkan bagi mengelakkan pembelian panik oleh orang ramai. Pasaraya besar turut melakukan catuan bekalan minyak ke atas pembeli sebagai langkah memastikan bekalan minyak masak dapat diagihkan sama rata kepada pengguna di musim perayaan Tahun Baru Cina pada ketika itu. Beliau turut memberi jaminan bahawa mana-mana peniaga yang bertindak menyorokkan barangan kawalan tersebut tidak terkecuali daripada tindakan undang-undang.

Selain daripada isu kekurangan bekalan minyak, isu popular yang sering berlaku setiap kali musim perayaan tiba adalah isu kekurangan bekalan gula. Pada awal Ogos 2009, kita dikejutkan dengan penemuan sebuah gudang yang menempatkan sebanyak 23.8 tan metrik gula di Perlis. Isu ini acap kali berlaku dan ramai percaya bahawa perkara ini didalangi pihak yang tamak dan tidak berfikir mengenai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat.

Jadi, apakah tanggungjawab kita sebagai pengguna untuk menangani isu-isu bekalan barangan kawalan tersebut? Adakah kita perlu menyerahkan seratus peratus masalah ini kepada pihak berkuasa untuk membuat tindakan? Sebagai pengguna, kita harus mengetahui tanggungjawab kita sebagai pengguna.

Kesedaran untuk mengkritik jika berlaku sebarang penyalahgunaan atau penyelewengan terhadap hak-hak pengguna harus dipupuk dalam diri. Kita juga harus terlibat sama dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan hak-hak pengguna tidak terabai. Selain itu, anggap perbuatan kita sebagai pengguna adalah tanggungjawab sosial atas kesedaran terhadap masyarakat dan rakyat Malaysia. Akhirnya kita sebagai pengguna haruslah bersatu-padu untuk membendung masalah ini supaya tindakan menyorokkan bekalan dan menaikkan harga barang kawalan sesuka hati tidak dilakukan pihak-pihak tertentu.

Kesimpulannya, Akta Kawalan Bekalan 1961 ini diperlukan bagi memastikan hak-hak pengguna seperti hak untuk mendapatkan keperluan asas terpelihara. Kejadian seperti isu gula dan minyak masak patut dijadikan iktibar supaya Malaysia kekal menjadi negara yang stabil ekonominya dan rakyatnya terpelihara.

25 Mar 2012

Designing after a lo0o0o0ng time

Designing time

Serius lama dah tak designing. Adalah dalam masa 6 bulan. last design pasal ape tah. Tak ingt.  Oh yea! Biz card dulu. Tah ape jadi tah. Malas Pikir.

Kelas hari Khamis, kelas typography. Kami kena buat 3 design dalam masa 2 jam iaitu magazie content, product poster, tabloid cover.

Ape mimpinye En. Zul bagi kami design benda tu dalam masa 2 jam. Gilo hapo?!

last-last, dia terlupa kelas hari tu cuma 2 jam je. Hampehnye En. Zul. Hahahaha!



Dalam masa 2 jam, ni yang sempat hasilkan. Sebenarnya mula-mula kami ingt kena buat magazine cover, tapi sebenarnya content. DMN! silap. Nampaknya kena tukar yang betul punya lah. Malam nanti buat. Kejap je kot. Sebab konsep masih sama cuma format berbeza.

Kang dah siap, akan diupload secepat mungkin. Adios!~

ps: ah edit byk kali unk typo En. Zul tu... nama dia zul...

18 Mar 2012

emo~

Emo lagi~
Ape-ape je la.

Recap semalam. Meroyan tak tentu pasal. Marah 1 hal, penat lagi. Ingat hari ni nak buat assignment tapi malas la pulak. Malas la pikir pasal semalam. Macam bodo je.

To Miss A. I bet u read this but if not, this set as a reminder to my self.

Control your anger. Marah tak tentu pasal. Layanan bukan kelas pertama yada-yada-yada. Penat lah. Sebab benda remeh. Shit! I cannot believe it! Snap out of it la. Jangan marah sebab tak angkat telefon. Sms ke tak bole? bbm ke?

As for me. I need to be more tolerate. Kalau nak berjalan kne pagi. Tak boleh petang atau malam. Mungkin akan ada plan mengejut. Be more cool when Miss A sentap. Need to create more powerful excuse not to go to certain place.

Oh yea. If Miss A emo lepas baca post ni, jangan baca lagi. Emo sebab post, emo sebab benda remeh. PTUIH!

16 Mar 2012

Harapkan pagar...

Tak boleh harap langsung!

Taik punya senior.

Hati tengah geram. Kami tak diberitahu bahawa bil rumah sewa kami ada tertunggak sampai 2 bulan. Apekah ini?

Sori seniors rumah lama. Kami rasa macam kena tipu hidup-hidup. Harap-harap satu hari nanti korang sedar apa yang korang buat ni salah. Jangan risau. Tuhan tu maha adil.

Bil Unifi tertunggak 2 bulan. Tadi baru setel RM150, tambah RM5 sebagai surcaj. Unifi baru dapat guna semula. Ni baru unifi. Kalau bil air dengan eletrik apa cerita pula?

Jangan weh! Kami golongan terinaya. Doa kami makbul. Jangan sesekali buat.

Mungkin korang ada reason sendiri. Apa pun reason korang, kami tak leh terima. Pundek!

    
Kami Marah!  
Ps: Jangan main-main dengan kami.

13 Mar 2012

Mentaliti Meleis?

Assalamualaikum... Kum kum ape kompang... Pang ape Pak cik... Cik apa Cicak...
Lagu main2 masa bebudak kecik dulu...

Okay. Tak nak cerita pasal gay or pondan walaupun hakikatnya ia pasti mengundang tetamu yang tak diundang seperti bapok, kelempok dan sekutunya.

Kita sentuh pasal isu mentaliti.

Cerita...

Satu hari pada waktu malam selepas pukul 11, Slumb3r pergi makan bersama Azril (LHDN). Tunggu Azril kat 7e Tasik sebelum g makan. Beli la topap seploh hingget kat 7e.

Keluar 7e, diri tepi tong sampah. jari ni jenuh taip2 nombor pin topap dari kertas topap tu. Tenyeh punya tenyeh tak lama lepas tu Azril pun sampai dengan kereta ABE dia. Slumb3r pun campak je kertas topap tadi kat lantai dan terus masuk kereta untuk g makan.

Azril geleng kepala dan terus sound, "kau ni mentaliti kelas ketiga". "kenapa?" "Sebab buang sampah bersepah-sepah walaupun sebelah kau ada tong sampah" "oo... Ha ah"

Baru buang sampah sikit dah kena label mentaliti kelas ketiga.

Yes. Memang la. Common sense kot benda tu. Slumb3r pon sengal. Tak tahu la plak kenapa nak buat macam tu. Spontan kot.

Sangat jarang orang yang Slumb3r jumpa berfikiran macam Azril. Sebab dia punya pemikiran kadang kala kita fikir benda remeh, tapi apa yang dia cakap tu betul. Tidak dinafikan sikap dia yang suka loya buruk tu mungkin penyebabnya. HAHAHA!

Enough talking about him.

Slumb3r nak tulis pasal mentaliti.

Apa yang anda dapat bezakan antara kedekut dengan penjimat?

Anda sedang menuju ke kelas dengan menaiki kereta bersama housemate anda. Setibanya disatu persimpangan empat penjuru, anda nampak lampu isyarat hijau dan cuba untuk melepasinya tetapi tak lepas maka anda pun berhenti di barisan hadapan. Enjin kereta pun dimatikan.

Tiba-tiba kawan anda tanya, "weh, enjin kereta kau mati la" "ye, kenapa? aku sengaja matikan" "apehal?" "kan lama lagi nak tunggu turn kita jalan, jimat sikit minyak kereta" "pergh! kedekutnya!".

Anda pun jelaskan "Kalau kat Jepun, diorang matikan enjin kereta sebab tak nak berlaku pembaziran tenaga. Lagi pun lama lagi turn kita. Rilek lah"...



So... Anda sekarang berada di dalam kategori penjimat atau kedekut?

11 Mar 2012

Cabaran si 'Pondan'

Weh! lu takda telo! Setakat benda tu sikit dah nak give up. Macam pompuan! Pompuan pon tahan lagi taw!

Ayat cliche yang selalu Slumb3r guna bila ada kawan2 yang agak malas atau tidak mampu untuk membuat sesuatu cabaran atas pelbagai alasan.

Apa yang sebenarnya kita nak dalam hidup ni?

Kebodohan dan kealpaan kita sebagai manusia sememangnya dihujani pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya segelintir sahaja bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menghadapai cabaran itu. Macam mana dengan selebihnya?

Bagi Slumb3r semua ujian dalam dunia ni adalah suatu cabaran.

  • Menjadi seorang sahaja lelaki dari penerapan masuk kelas Jepun.
  • Clasmates cuma 8 orang.
  • Kelas banyak 4 credit hour.
  • Fakulti jauh dari kedai makan sesedap.
  • Perempuan hanya 2 orang dalam kelas.  Boring dok ngadap muke laki je ramai
  • Taip2 hari kelas pukul 8.30 pagi.
  • Duit selalu habis buat jimba semenjak dok shah alam.
Dan banyak lagi cabaran berlaku...

Post ini bertujuan sebagai motivasi diri.

Bergantung hati pada Allah itu paling penting. Kita tahu Allah maha adil dan bijaksana. Rezeki pun Dia yang uruskan. Tugas kita berusaha dan terus berusaha.

Jangan takut dan gentar pada cabaran. Jangan takut dengan ujian. Kita yakin bahawa segala penat lelah kita berbaloi suatu hari nanti. Mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit, harta benda. Mungkin dalam bentuk lain. Mukin akan jadi lelaki sejati dari pondan. Mungkin Mungkin Mungkin!

Sooo, Jangan mudah putus asa. Allah itu maha adil.

Kepada sahabat-sahabat yang dah dapat kos bukan diminati, dapat UiTM Kedah, Terengganu, Melaka dan bukan Shah Alam, rasa macam nk tuka kos, fakulti dan sebagainya. Korang sepatutnya bersyukur.

Kawan2 ofis di LHDN dulu ramai nak masuk UiTM tapi diorang tak dapat. Sedih jangan citer la. Korang yang dapat jangan give up. Itu Cabaran. Allah tu maha Adil.

Memang Slumb3r tak rasa seperti korang rasa. Tapi Allah tu paling tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya. Denying your destiny = disobeying qada & qadar = disobeying rukun iman = MURTAD!

Simbolik kepada ADIL.
 Adilkah? *mata keatas tangan dicelah ketiak*


Nak google gambar dacing, ni yg kua. Ah! lantak la. You got my point right?!

8 Mar 2012

New life Shah Alam

Konichiwa!
Hello!

Shah Alam is not bad at all.

Dari langkah pertama menjejakkan kaki ke tempat yang ramai pelajar UiTM mahukan, Slumb3r sudah tahu yang degree kali ini semestinya mencabar. Persekitaran, kawan dan khursus yang baru Sememangnya dinanti-nantikan oleh kami para pelajar penerapan diploma UiTM Melaka.

Tidak dinafikan selain kami menantikan semua yang baru, kami juga telah didedahkan dengan kehidupan berdikari secara extreme.

Macam mana boleh ada didalam mode berdikari extreme?

Hari pertama kami pergi fakulti dan terus tengok jadual dan terus pergi kelas tanpa mengetahui kelas dimana. Bagus sangat. Tandas pun tak tahu kat mana, ni kan pula kelas. Terpinga-pinga kami.

Takpalah. Masalah kecil sahaja itu. Biasa la kan, cabaran.
***************************************************

First kelas masuk hari Selasa, com research punya tuto dengan Pak Lah. Selepas tu, kelas Online Journalism. Kelas Minor.

Pensyarah kelas tu sangat sempoi dan open minded. Agak sedikit emo terutama bila bercakap pasal politik. Sukalah dia punya view pasal politik kat Malaysia!

Beliau punya muka agak biasa Slumb3r tengok. Bila dia masuk, Slumb3r ckp dengan Kak Nanad, "muka dia macam selalu tengok la". Maka sesi perkenalan dimulakan.

Bila tiba turn beliau, barulah Slumb3r tahu dimana nampak. Beliau salah seorang columnist untuk majalah Mastika. Nama beliau adalah Dr. Rahmat Ghazali.

Ada 2 artikel yang beliau buat yang memikat hati untuk membaca. Pertama artikel beliau bertajuk "Hebatkah Hang Tuah?" dan pasal subjek sastera untuk para pelajar yang lemah. Semasa beliau menerangkan tentang dua artikel tu, ramai antara kami terkesima kerana apa yang beliau cakap itu adalah benar belaka. Beliau menulis dari satu sudut pandangan berbeza. Itu sangat MEGA!

Enough for that.

Kelas lain yang menarik minat nak belajar adalah third language. Slumb3r pilih Japanese. Slumb3r seorang lelaki dari penerapan yang masuk kelas A.

Kelas pertama itu kami telah mempelajari 5 tulisan Jepun. Semua vokal dan beberapa salam aka. greetings. Contohnya macam "ohaiyo", "sumimasen", "Ogenki des ka?" dan "arigato". Perlu menghafal rasanya.

Dah la. Malas nk tulis. Penat kang nak baca. Cukup la tu.
Ja mata!
Bye2

Ps: Gambar2 LHDN aritu akan diupload tak lama lagi. Software dah dapat tinggal cari masa nak edit je.